ads

Isnin, 3 Mac 2014

di negeri kedah - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

di negeri kedah - Google Blog Search


Bekalan air <b>di Kedah</b> mampu menampung keperluan <b>negeri</b> <b>...</b>

Posted: 26 Feb 2014 03:59 PM PST


Kedah tak perlu catu air dalam masa terdekat


ALOR SETAR - Kedah tidak perlu mencatu air dalam tempoh terdekat kerana bekalan di beberapa empangan utama masih mencukupi untuk menampung keperluan domestik, industri dan aktiviti pertanian.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Bekalan Air, Sumber Air dan Tenaga, Perumahan dan Pembangunan Insan Kedah, Badrulhisham Hashim berkata jika keadaan kering dan kemarau sekarang berterusan, empangan di Kedah dijangka masih mampu menampung keperluan air untuk tempoh 10 bulan lagi.

"Kerajaan Kedah belum timbang buat catuan air. Kita dapat maklumat daripada Mada (Lembaga Kemajuan Pertanian Muda), JPS (Jabatan Pengairan dan Saliran), Lembaga Sumber Air Negeri Kedah, air di Kedah di tahap boleh bertahan. Kerajaan Kedah tak pernah bincang untuk buat catuan," katanya di sini hari ini.

Sehubungan itu, para pesawah tidak perlu bimbang bakal berhadapan masalah pengairan kerana Mada akan membuat pelepasan akhir seperti yang dijadualkan hujung bulan Mac untuk musim pertama 2014.

"Isu air di Kedah tidak rumit sangat ketika ini. Bagaimanapun, kita rasa bimbang juga jika kemarau berlarutan dan berpanjangan, kita mungkin tak dapat bertahan.

"Semuanya bergantung kepada keadaan kemarau. Kalau berterusan baru pertimbang untuk catuan. Kalau ikut ramalan cuaca, pertengahan Mac hujan turun, harap jadi kenyataan," katanya.

Badrulhisham berkata mengikut laporan Mada, penggunaan domestik hanya sekitar 10 hingga 15 peratus daripada air yang dibekalkan, manakala kebanyakannya untuk pengairan.

Sementara itu, Pengarah Lembaga Sumber Air Negeri Kedah Dr Fadzil Abdul Kadir berkata paras air di empangan utama iaitu empangan Pedu, Muda, Ahning dan Beris masih berada pada tahap normal.

"Oleh itu tidak perlu untuk kita mencatu air atau menjalankan pembenihan awan untuk menghasilkan hujan kerana empangan utama mempunyai air yang mencukupi," katanya.

Paras air di Empangan Pedu hari ini berada pada paras 100 meter (tahap minimum 61.5 meter), Empangan Muda pada paras 93.84 meter (tahap minimum 82.2 meter), Empangan Ahning pada paras 103.98 meter (tahap minimum 72.8 meter) dan Empangan Beris pada paras 81.26 meter (minimum 68 meter).

Namun Fadzil berkata Empangan Padang Saga di Langkawi mencatat penurunan paras air yang ketara iaitu 18.05 meter berbanding p

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG KEDAH

Copyright 2010 All Rights Reserved