ads

Selasa, 8 April 2014

02 di baling - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

02 di baling - Google Blog Search


4 Ribu <b>Di</b> Muhabitul Rasul <b>Baling</b> #selawatperdana. - Pisau.Net

Posted: 05 Apr 2014 05:50 AM PDT

Sekarang sedang berlangsung Muhabitul Rasul di Baling. Kehadiran telah mencecah 4000 .

Dengan.kuasa Allah  tempat pas ceramah 'himpunan baling' petang tadi hujan lebat ..di Padang Awam Kupang Baling.

Niat tak baik dibalas dengan hujan yang amat lebat..

Pisau kata "syukur alhamdulilah"

MALAM CINTA RASUL <b>DI BALING</b> PULAK... MENGAMUK LAGILA <b>...</b>

Posted: 02 Apr 2014 11:00 PM PDT


Jelajah Malam Cinta Rasul diteruskan lagi. Kali ini di Baling pula. Berbeza daripada tanggapan sebahagian orang yang baru belajar kenal Islam, Malam Cinta Rasul bukanlah Malam Puja Rasulullah s.a.w seperti Wahabi memuja Muhammad bin Abdul Wahab, pengasas fikrah Wahabiyyah, sebaliknya menggalakkan dan mengingatkan masyarakat mencintai Rasulullah walaupun sekadar berselawat kepada baginda, kecintaan paling rendah menerusi lidah dan lisan.

Dari peringkat rendah itu, perkumpulan masyarakat kemudiannya akan diterapkan dengan ilmu yang berkaitan menerusi ceramah-ceramah agar masyarakat tidak sekadar berpandangan mencintai Rasulullah s.a.w cukup sekadar berselawat.

Dan mentahkikkan lagi kecintaan kepada Rasulullah s.a.w adalah dengan mengqiyaskan kepada kebajikan dan maslahat yang diberikan kepada masyarakat, menerusi pelbagai program bersifat sosial.

Mungkin ramai yang melihat program-program berkenaan sekadar selitan dan untuk menarik orang ramai, namun dalam Islam, hiburan tidak diharamkan melainkan ia melanggar batas-batas syariat dan melekakan umat daripada penyembahan kepada Allah Taala.

Jom beramai-ramai kita ke MALAM CINTA RASUL dan KARNIVAL RAKYAT DAERAH BALING yang akan diadakan pada 5 April 2014 (esok) di DATARAN MDB bersebelahan dengan KFC Baling dari jam 8:00 pagi sehingga 12:00 tengah malam.

Antara penceramah jemputan termasuklah USTAZ FATHUL BARI.

Mari bersama-sama kita menjalinkan ukhwah dan kecintaan sesama kita menerusi program-program berikut:

PAGI - PETANG
1. PESTA SEPAK RAGA TUJU
2. JPJ BERSAMA RAKYAT
3. STREET SOCCER
4. PEMERIKSAAN KESIHATAN
5. SUKANEKA RAKYAT
6. PAMERAN PELUANG PEKERJAAN
7. PAMERAN PELUANG LANJUT PELAJARAN
8. CABUTAN BERTUAH


HADIAH :
- 3 BUAH MOTOSIKAL
- 100 BUAH LED TV 32"
- 10 UNIT TELEFON BIMBIT CANGGIH
- 100 UNIT HELMET IM4U

9. KENDURI RAKYAT TENGAHARI
10. BERAMAH MESRA DGN 3 ORG PEMAIN BOLA SEPAK KEDAH
11. PAMERAN JABATAN KJAAN N SWASTA

MALAM
1. SOLAT MAGHRIB BERJEMAAH
2. SOLAT HAJAT BERJEMAAH
3. SOLAT ISYAK BERJEMAAH
4. SELAWAT BALING BERSAMA KUMPULAN INTIM N AL MAWLID.

HEBAH-HEBAHKAN DI KALANGAN KAWAN-KAWAN, SAHABAT HANDAI, SANAK SAUDARA DAN JIRAN TETANGGA....

ISLAM DATANG BERSAMA-SAMA PERSAUDARAAN. ISLAM DATANG BERSAMA KASIH SAYANG DAN RASULULLAH S.A.W ITU RAHMAT KEPADA SEKALIAN ALAM... MARI KITA LAKSANAKANNYA DAN BUKTIKAN BAHAWA UMAT ISLAM BUKAN SEKADAR BERETORIK SEBALIKNYA BIJAKSANA DALAM MEMPRAKTIKANNYA!

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG KEDAH

Copyright 2010 All Rights Reserved