ads

Sabtu, 26 April 2014

02 di jitra - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

02 di jitra - Google Blog Search


TAMAN TASIK DARUL AMAN <b>DI JITRA</b> | INILAH REALITI

Posted: 22 Apr 2014 08:47 PM PDT


Minggu lepas, sempat balik kejap kampung di Kedah. Balik sebab hantar burung. saya ada bagitahu dalam entry yang lepas. Bila saya cakap balik hantar burung, ada yang ketawa, ada yang nak tengok gambar burung tu. hihi.. Gambar nanti saya kongsiakan yer dalam entry yang lain.. Betul, itulah tujuan balik kampung. Balik 3 hari je. Sungguh sekejap. Tak puas bertemu keluarga sendiri. Keluarga saya di Merbok, keluarga mertua di Jitra.. 
Dalam ruang masa yang agak terhad tu, sempat kami suami isteri ke Taman Tasik Darul Aman. Dari rumah mertua hanya 5 minit je. Tapi, percaya tak ini kali pertama kami singgah setelah 2 tahun bernikah. hihi..
Kalau datang time cuti dengan keluarga yang besar memang best.. Boleh naik 'itik' kat atas tasik tu. hihi. Boleh main layang-layang, main belon yang besar-besar tu. Eh apa ntah orang panggil. hihi. 
Macam saya ni, bagi ikan makan. hikhik. Beli je makanan ikan kat sini.  satu bungkus seringgit je. Memang banyak betul ikan kat sini. Geram je saya tengok. Bila kita bagi makan, berebut-rebut dorang timbul nak makan. 

Bila saya nak post gambar ni kat instagram saya, tiba-tiba teringat lagu ikan kaloi. hikhik. (ada kena mengena ke?..)
Jom tengok lirik dia. Mesti korang pernah dengar kan :)
Lirik Lagu Perigi Biru - Kamariah Noor
Wahai perigi... perigi airnya biru
tempat bermain... bermain pari dan mambang
Mohon izinkan hamba merayu ibu
bagi penawar hatiku yang bimbang
wahai bonda ibu kandungku


Nasi malukut dengan sayur keladi
nasi malukut sayur keladi
untuk bondaku di pagi hari
wahai bonda ibu kandungku

OST Filem Bawang Putih Bawang Merah

"Ya Allah, terima kasih atas segala nikmat yang telah Kau berikan kepada ku dan keluargaku... Ya Allah, aku mohon padaMu Ya Allah, kurniakanlah zuriat yang soleh dan solehah buatku dan suamiku(Roshazareeza dan Muhammad Sabri). Juga buat semua yang sedang menanti rezeki dariMu Ya Allah. Sesungguhnya Engkaulah Maha Mengasihani HambaMu ini, Ya Allah." :)

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG KEDAH

Copyright 2010 All Rights Reserved