ads

Khamis, 3 April 2014

02 di merbok - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

02 di merbok - Google Blog Search


Tengku Adnan Nasihat Penganjur Batal Hasrat Adakan <b>...</b>

Posted: 08 Jun 2013 07:15 PM PDT

Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Mansor menasihatkan penganjur perhimpunan di Padang Merbok pada 15 Jun ini agar membatalkan hasrat itu kerana kawasan berkenaan bukanlah lokasi yang sesuai untuk berbuat demikian.

Menyifatkan ia terlalu terbuka dan boleh mengundang kesesakan, beliau menasihatkan agar kawasan lain dipilih jika mereka berhasrat meneruskan perhimpunan berkenaan.

"Pada saya, Padang Merbok terbuka dan kita tidak boleh beri kepada mereka (untuk melakukan perhimpunan). Kita ada undang-undang, bukannya tiada. Jadi, mereka perlu akur akan undang-undang itu dengan memilih tempat lain.

"Kalau nak Stadium Merdeka contohnya, cakap sahaja dengan tuan punya, begitu juga Stadium Bukit Jalil," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Hari Bersama Pelanggan Kementerian Wilayah Persekutuan bersama agensi, Sabtu.

Beliau mengulas penganjuran perhimpunan 'Black 505′ oleh pembangkang pada 15 Jun ini di Padang Merbok, yang terletak di bawah bidang kuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur.

- BERNAMA

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG KEDAH

Copyright 2010 All Rights Reserved