Ahad, 20 April 2014

02 di padang terap - Google Blog Search

02 di padang terap - Google Blog Search


BLOG KEDAH: 02 <b>di padang terap</b> - Google Blog Search

Posted: 19 Feb 2014 07:33 AM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

TV9 - Penduduk <b>Padang Terap</b> Mengeluh Masalah Air

Posted: 26 Jan 2014 10:00 PM PST

27 Jan 2014, 02:00pm by Syuhada Rais


"semakin keruh dan tebingnya kian terhakis."

Itu keluhan penduduk di Daerah Padang Terap, berhubung masalah pencemaran di Sungai Sari, Kedah.

Mereka bimbang jika masalah ini berlarutan, penggunaan air oleh penduduk akan terjejas.

Dakwa penduduk, keadaan berpunca daripada aktiviti pengorekan pasir di bekas lombong bijih timah di Pintu Wang, Padang Sanai.

Mula diusahakan kembali sejak setahun lalu, keadaan mengakibatkan air sungai sari bertukar warna dan berbau busuk.

Penduduk bimbang keadaan menjadi lebih buruk jika kekotoran daripada Air Sungai Sari memasuki sungai padang terap pula.

Keadaan ini bukan sahaja menyakitkan mata memandang malah dibimbangi boleh mengancam kesihatan penduduk.

Sehubungan itu, penduduk mahu pihak berwajib segera memantau semula setiap operasi serta lokasi kuari pasir di Kedah.

Dakwa mereka, antara kampung terjejas ialah Kampung Baru Ladang, Kampung Sungai Sari dan beberapa kampung sekitar Padang Terap.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan