Hari ni Faris nak berkongsi pengalaman Faris ketika menyertai KEM MOTIVASI TRANSFORMASI DIRI 2014 KSAH di Kem Kenari, Yan, Kedah pada 27-28 Februari 2014.
Walaupun hanya 2 hari 1 malam tetapi banyak benda dikongsi fasilator-fasilator yang terlibat dari Institut Perguruan Darul Aman.
Peserta-peserta bertolak dari Kolej Sultan Abdul Hamid pada pukul 2.00 petang (Lambat sejam dari waktu yang sepatutnya sebab sebab-sebab tak dielakkan). Kami sampai di Kem Kenari pada pukul 3:15 petang (tak pasti). Sampai saja di sana, kami menjamu selera dulu dengan perut yang lapar (bagai orang mengantuk disorongkan bantal). Selepas itu, kami masuk ke asrama masing-masing. Selepas itu, kami pergi ke dewan yang diberi nama Dewan Terapung. Kami diperkenalan dengan fasilator-fasilator dan dibahagikan kumpulan.
Faris masuk ke dalam Kumpulan 6 di bawah pimpinan fasilator Kak Rika.
Selepas beberapa aktiviti didalam dewan, kami diberi masa untuk solat Asar dan menyalin baju untuk aktiviti di dalam kolam air. Selepas siap menyalin baju yang sesuai, kami diberikan aktiviti leadership dan war game. Game leadership memerlukan ketua memilih suara haiwan yang lain supaya ahli boleh mengecam suara ketua. Kami memilih untuk buat suara Harimau 'start' motor (Lain dari yang lain).Selepas itu ketua harus memilih tempat yang masing-masing dalam kolam air. Selepas itu, kami kena mencari ketua dengan mata tertutup. Tetapi macam biasa, kami bukan tutup mata sangat, main tipu jugak la kalau nak menang.
Selepas itu, kami main game War Game. Kami bergabung dengan kumpulan 5 kerana kena ada 4 pasukan sahaja. Kami diberi 10 belon yang perlu diisi dengan air. Kami juga perlu memilih seorang jeneral, pada mulanya kami memilih Nazim sebagai Jeneral tetapi akhirnya Faris juga kena jadi jeneral dari 10 orang yang lain (macam pak sanggup). Permainan kami mengambil masa yang lama sebab dua-dua pasukan tiada strategi. Sebab lama sangat permainan, kami hanya boleh mengambil 3 pemain yang masih hidup untuk terus bermain (termasuk jeneral). Sebab tiada strategi, akhirnya pasukan kami tewas ditangan pasukan 7 & 8.
Redha jer la. Walaupun kalah, kami tetap seronok bermain game ni. Selepas tamat War Game, kami diberi masa untuk bermain di dalam kolam. Waktu ni kami balas dendam sebab kami kalah.
Itu Sahaja buat masa ini Faris kongsi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan