ads

Jumaat, 2 Mei 2014

02 di baling - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

02 di baling - Google Blog Search


P.R.O - fm: 10,000 berhimpun <b>di Baling</b> tanpa Anwar Ibrahim

Posted: 06 Apr 2014 06:28 PM PDT


Hujan lebat yang melanda kawasan perhimpunan di Baling, Kedah semalam tidak mematahkan semangat ribuan yang hadir untuk bagi memperingati demonstrasi berhubung hak pengusaha getah di lokasi sama, 40 tahun lalu.

Suasana di padang awam di Kupang yang biasanya hening itu bertukar meriah dengan lautan penyokong PAS yang berbaju-T hijau dan membawa sepanduk dan poster dengan pelbagai slogan.

Antara yang berucap ialah seorang isteri kepada seorang penoreh getah, Siti Aishah Ghazaliyang berkata harga getah kini terlalu rendah sehingga menyebabkan kehidupan warga sepertinya penuh sukar.

Turut berucap ialah presiden Persatuan Anak Peneroka Felda Mazlan Aliman yang berkata beliau akan menghantar memorandum kepada perdana menteri berhubung harga getah.

Ketua Pemuda PAS Suhaizan Kaiat pula berkata kerajaan perlu menjalankan lebih banyak usaha untuk mengawal harga getah dan memperkenal mekanisme untuk mengesan jika penoreh atau peraih ditipu oleh syarikat besar.

"Antara 11 syarikat pembeli getah, lapan tawar harga rendah, hanya tiga tawar harga tinggi. Apa yang kerajaan buat?

Kita tidak boleh bersaing dengan negara jiran. Thailand eksport kira-kira 4 bilion kg setahun, Indonesia, 2 bilion kg. Bagaimana dengan Malaysia? 0.8 bilion kg setahun, tak sampai satu bilion pun!," katanya.

'Perhimpunan Derita Rakyat 2.0' anjuran Pemuda PAS yang bermula pada jam 3 petang hanya berakhir pada tengah malam selepas presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan pesuruhjaya PAS Kedah Datuk Mahfuz Omar menyampaikan ucapan.

Mahfuz mendakwa 40,000 namun wartawan menganggarkan jumlah peserta sekitar 10,000 orang.

Para hadirin berkenaan menyokong deklarasi lapan perkara yang ditandatangani oleh 16 pertubuhan dan dibacakan oleh ketua pembangkang Kedah Amiruddin Hamzah, berhubung usaha untuk meningkatkan taraf hidup penoreh getah dan pekebun kecil.

Ia antara lain menuntut kerajaan persekutuan menyedia subsidi baya untuk tempoh 25 tahun.

Ia juga menuntut kerajaan menetapkan harga lantai lantai getah pada kadar RM4 sekilogram.

"Kadar ini sesuai untuk pekebun kecil getah yang perlu menanggung kos pengeluaran sebanyak RM3.20 sekilogram," kata ADUN Anak Bukit itu.

Perhimpunan tersebut memperingati himpunan tahun 1974 yang membawa isu kemiskinan petani, dipimpin oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim, seorang aktivis siswa pada masa itu.

MP Permatang Pauh itu bagaimanapun tidak hadir dalam acara berkenaan pada malam tadi, walau ia bertujuan untuk memperingati peristiwa yang melonjakkan karier beliau dalam politik. 

mk

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG KEDAH

Copyright 2010 All Rights Reserved