ads

Khamis, 29 Mei 2014

02 di baling - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

02 di baling - Google Blog Search


Majukan Tanah Terbiar <b>Di Baling</b> Untuk Pertanian - blog rasmi <b>...</b>

Posted: 10 May 2014 07:07 PM PDT

BALING 10 Mei - Kerajaan negeri akan memajukan tanah terbiar di daerah ini dengan mewujudkan satu kluster makanan yang bersesuaian dalam masa terdekat ini.
Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Kebajikan Masyarakat, Pertanian dan Industri Asas Tani negeri, Datuk Suraya Yaacob berkata, kerajaan negeri menerusi Jabatan Pertanian negeri akan memajukan 300 hektar daripada 800 hektar tanah terbiar yang dikenal pasti untuk sektor pertanian.
"Tanah-tanah terbiar di sini masih banyak, kerajaan negeri bersedia mewujudkan satu kluster makanan yang bersesuaian dengan lebih terperinci dan akan dilaksanakan dalam masa terdekat.
"Kerajaan negeri juga sedang menyiapkan pemetaan untuk setiap daerah menurut kluster masing-masing di bawah jawatankuasa daerah," katanya ketika lawatan kerja sehari ke daerah ini di Ulu Legong, baru-baru ini.
Turut hadir Ketua Pemuda UMNO Bahagian Baling, Mohd. Noor Mohd. Amin dan Pengerusi Biro Pertanian UMNO Baling, Taufik Yaacob.
Menurut beliau, jawatankuasa tersebut diberi tugas untuk merancang perbelanjaan dan cara memaksimumkan persekitaran sedia ada.
Sementara itu, Pengerusi Biro Pertanian UMNO Bahagian Baling, Taufik Yaacob menyambut baik cadangan untuk menggunapakai tanah-tanah terbiar tersebut dengan tanaman kontan seperti kayu ubi dan sebagainya.
"Daripada kajian, keperluan pasaran untuk ubi kayu yang siap diproses memerlukan lebih kurang 200 tan sebulan bagi keperluan pasaran dan eksport.
"Ia juga berpotensi menjana ekonomi setempat dan membuka peluang kepada masyarakat kampung untuk mengkomersialkan hasil tanaman mereka di tanah-tanah terbiar yang mereka usahakan," kata Taufik.
Taufik juga berkata, melalui Biro Pertanian yang diterajuinya akan cuba membantu mengenalpasti tanah-tanah terbiar tersebut dari segi hak milik, kesesuaian tanah dan sebagainya supaya ia dapat dilaksanakan dengan kadar segera.
Ketika lawatan itu, Suraya turut melihat beberapa projek pertanian dan pelancongan yang boleh dikomersialkan seperti Homestay Keda Air Panas Ulu Legong; pembuatan makanan ringan seperti kerepek bawang, bahulu panas dan makanan tradisional; ternakan madu kelulut, udang galah, ayam kampung; dan kopi.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG KEDAH

Copyright 2010 All Rights Reserved