ads

Jumaat, 9 Mei 2014

02 di baling - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

02 di baling - Google Blog Search


malam cinta rasul <b>di baling</b>... puak pas pulak usung <b>...</b> - The Flying Kick

Posted: 05 Apr 2014 04:07 AM PDT


Antara masalah PAS ialah kesukaran untuk membuang tabiat meminta sedekah dan derma. Apa-apa sahaja program yang dilakukan, membolehkan otak orang PAS berfikir ligat untuk mencari duit. Oleh kerana mereka bukanlah jenis yang kuat bekerja tetapi kuat bercakap dan bergebang, maka satu-satunya cara untuk mendapatkan duit ialah dengan mengusung tong-tong dan tin-tin derma.

Sebarang saingan yang mengurangkan jumlah kehadiran dalam program yang membolehkan kutipan derma tin-tin milo berkurangan, akan menyebabkan para pemimpin dan macai-macai mereka naik angin.

Itulah sebabnya, macai-macai PAS terutama sekali yang mempunyai kepentingan dalam kutipan derma tin-tin milo meradang sakan apabila Azeez Rahim, Ketua UMNO Bahagian Baling menganjurkan malam Cinta Rasul di Dataran Baling, bersebelahan dengan Restoran KFC lengkap dengan pelbagai program yang memberikan manfaat kepada rakyat marhein berbanding mendengar ceramah dan temberang Pakatan Rakyat yang tidak habis-habis dengan cerita tidak puas hati mereka.


Dan menariknya lagi ialah, macai-macai yang baru mengenal agama menerusi parti politik, menarik dan mengheret anak-anak kecil untuk mereka didik sebagai macai pada kemudian hari. Gelagat anak-anak kecil yang beribu bapakan pengikut PAS, dapat dilihat dengan mudah di Baling sempena program membela KOTE BENGKOK Anwar Ibrahim yang dinamakan Demo Derita Rakyat Baling.

Derita Rakyat Baling tang mana entahlah... tapi yang pasti, walaupun berkali-kali PAS menguasai Parlimen Baling, tidak banyak program manfaat untuk rakyat kerana PAS sekadar tahu berceramah, bertazkirah, berkempen dan memberi tarbiyah semata-mata untuk mendapatkan undi dan pengaruh.

Anwar Ibrahim ketika bergelar Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan, pernah menafikan hak untuk menyalurkan bantuan kepada rakyat Baling atas alasan sebarang pembangunan di Baling, tidak memberikan manfaat. Orang yang sama jugalah menafikan hak mendapatkan air bersih di Kelantan apabila menafikan dan menyekat bantuan Kerajaan Persekutuan kepada Kelantan untuk mempertingkatkan mutu pengagihan air bersih.

Hanya pada tahun 1999, apabila Anwar Ibrahim sudah dimasukkan ke penjara, Nik Aziz menghadap Tun Dr. Mahathir dan peruntukan diluluskan serta-merta sebanyak RM600 juta untuk mempertingkatkan mutu pemberian air bersih kepada rakyat Kelantan.

Sekarang orang yang sama, bercakap tentang DERITA RAKYAT BALING walhal semasa dia berkuasa dahulu, dialah yang paling tegar menderitakan rakyat di seluruh Malaysia terutama sekali dalam usaha mendapatkan sokongan untuknya.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG KEDAH

Copyright 2010 All Rights Reserved