ads

Ahad, 18 Mei 2014

02 di kuala kedah - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

02 di kuala kedah - Google Blog Search


Dua beradik maut dalam kebakaran <b>di Kuala Kedah</b> – BorneoPost <b>...</b>

Posted: 11 Mar 2014 04:03 PM PDT

ALOR SETAR: Dua beradik berlainan bapa maut dalam kebakaran selepas rumah dua tingkat di Taman Seri Putra, Kuala Kedah dekat sini yang mereka diami musnah terbakar malam kelmarin.

Dalam kejadian membabitkan tiga buah rumah pada jam 9.40 malam itu, mayat Zamzuri Asraf Dun, 13, ditemui pasukan Bomba dan Penyelamat di dalam bilik air manakala abangnya, Zamzuri Aswad Zainol Abidin, 34, ditemui rentung di tingkat atas rumah.

Timbalan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Kedah Awang Hidzel Awang Bujang berkata pihaknya menerima panggilan pada jam 9.45 malam dan tiba di tempat kejadian jam 10.08 malam.

Beliau berkata mayat mangsa berusia 34 tahun ditemui berdekatan tangga dalam keadaan rentung manakala seorang lagi ditemui di dalam bilik di bahagian belakang rumah.

Bomba berjaya mengawal kebakaran pada jam 10.14 malam dengan kekuatan 14 anggota serta dua jentera, dan turut dibantu 54 anggota bomba sukarela, katanya ketika ditemui di tempat kejadian semalam.

"Kita masih menyiasat punca kebakaran dan anggaran kerugian," katanya.

Awang Hidzel berkata kebakaran membabitkan tiga buah rumah namun penghuni dua lagi rumah berjaya menyelamatkan diri.

Katanya rumah mangsa terletak di tengah-tengah dan bahagian dalamnya musnah manakala dua lagi rumah di sebelah kiri dan kanan dapat diselamatkan daripada musnah teruk.

Saksi kejadian Habib Mat Zain yang juga mangsa kebakaran berkata ketika kejadian, dia bersama keluarga menonton televisyen apabila terhidu bau seperti getah terbakar.

Dia segera bergegas keluar rumah dan mendapati rumah jirannya yang terletak bersebelahan rumahnya terbakar serta api marak lalu dia menjerit meminta anggota keluarganya menyelamatkan diri.

"Nampak saja api saya jerit minta ahli keluarga saya keluar dari rumah dan turut minta jiran lain selamatkan diri. Saya jadi panik dan terus mendapatkan bantuan daripada pasukan penyelamat," katanya kepada pemberita ketika ditemui di tempat kejadian di sini lewat malam kelmarin. — Bernama

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG KEDAH

Copyright 2010 All Rights Reserved