Khamis, 8 Mei 2014

02 di langkawi - Google Blog Search

02 di langkawi - Google Blog Search


Cerita Saya: Bercuti <b>di Langkawi</b> 2014

Posted: 28 Apr 2014 09:10 AM PDT

Seperti sebelum2 ni jugak, kesibukkan aku dah mengurangkan aktiviti berblogging buat masa ni.. Memang bz sangat sejak 2-3 bulan ni.. Sampai nak jenguk blog pun tak sempat.. Jadi chegu zaman la ni memang mencabar.. Dulu orang kata, senang jadi cikgu.. keja setengah hari.. cuti banyak.. Tapi zaman la ni dah berbeza.. Keja chegu ni dibawak sampai ke malam.. Kadang-kadang sampai 2-3am.. Bukan tak mau selesaikan disekolah, tapi disekolah pun banyak lagi benda nak selesaikan.. Huhuhu..
Cerita holiday aku ni dah basi sebab dah 2 bulan lepas.. Hari ni ngam 2 bulan dah aku pi holiday di Pulau Langkawi.. Apa yg best di Pulau Langkawi? Ntah la.. Tapi aku dan Pn.Isteri suka pi Langkawi.. Terima kasih Air Asia sebab bawak kami terbang ke Langkawi dengan harga yang murah.. Kami 3 beranak cuma RM286 termasuk luggage dan seat.. Ok lah tu.. Kalau naik kereta, mau lebih dari tu termasuk lah kena massage pinggang dengan perjalanan ke Kuala Kedah yang ambik masa 7-8 jam perjalanan dari Nilai..
Penginapan? Mcm tahun lepas jugak, destinasi penginapan ialah Rumah Peranginan Persekutuan @ Federal Villa, Pantai Cenang.. RM55 / malam.. Hotel ni dibawah selenggaraan Holiday Villa.. Tempat mat salleh menginap oooo.. Hahahaha.. Alhamdulillah la dapat dok RPP Langkawi.. Jimat & Memuaskan.. Kalau sapa2 nak booking, boleh lah bukak website Bahagian Pengurusan Hartanah , Jabatan Perdana Menteri.. Klik SINI ... Okey..
Aku nak bercerita panjang pun tak sempat rasanya, sebab dok sibuk buat soalan exam utk PKSR 1 lagi dua minggu.. Kali ni 3 paper aku kena set.. Tak pernah dalam sejarah aku kena buat 3 paper.. Tapi takpa la.. Aku tak kesah pun.. "Saya yang menurut perintah,.." Hahaha..
Jadi, layan dulu la gambar di bawah..





Tiada ulasan:

Catat Ulasan