ads

Isnin, 19 Mei 2014

02 di langkawi - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

02 di langkawi - Google Blog Search


PERCUTIAN <b>DI LANGKAWI</b> PAKEJ 3 HARI 2 MALAM - BANYAK <b>...</b>

Posted: 11 May 2014 06:56 PM PDT

Salam kasih sayang untuk anda semua, hari nie juz nak share entry percutian di Langkawi kami sekeluarga. Wah!! bunyi mcm besar sangat, padahal kami 3 anak beranak je.hehe. Ekcely dah lama plan nak g sana, tapi asyik tak menjadi je, macam2 hal, en usben xleh cuti la, masa xsesuai la..haha..mcm2..tapi yang menjadi kali nie pun mmg x plan pun, sebut je trus up jadi..haha...pelik yang plan x jadi. yang x plan pulak jadi. hehe..apa2 pun Alhamdulillah berjaya jugak hajat nak bawak cik zara bersuka ria kat sana.
Bila dah cik usben bagi 'Green Light' yang dia boleh cuti, saya trus tanya n confirmkan pakej yg sesuai untuk 3 branak kami. Alhamdulillah pakej yang kami dapat sangat2 berbaloi dan tiptop dan sangat2 sesuai untuk cik zara yang sangat lasak.haha..
Pakej tersebut termasuk (3hari 2 malam)
Kami bergerak dari taiping ke Alor Star pada hari Sabtu petang, memandangkan ada kenduri kawin di Bukit Merah (umah babysitter zara), dan tido dirumah mak saya. So bsok paginya baru bergerak ke jeti Kuala Kedah. Sebelum tu mmg plan nak beli tiket feri online je tapi bila fikir balik takut x sempat sampai on time (plan dari taiping). Memandangkan percutian kami nie jatuh pada hari bekerja, so x payah nak risau sangat beli tiket on da dot pun x apa, orang pun xramai n  x perlu bersesak2..Relax aje lepas parking keta, ambil barang dan beli tiket.
Tiket feri dari Kuala Kedah pukul 9.30 dan tiba di Langkawi pukul 11 pagi, sepanjang perjalanan merentasi laut, cik zara la orang yang paling excited bila nampak air (kalo kat umah pun pantang pintu bilik air terbuka, ada ja projek juta-juta dia, mmg peminat air la cik zara) "Wowww, mama....water!! saya suka2" (terpengaruh dgn mei2 upin ipin)
Sejurus tiba di terminal kami disambut oleh kak Surina Pison dan terus ke Hotel Uptown di Pekan Kuah. Lokasi hotel Uptown mmg strategik kerana berhampiran dengan Pekan Rabu, Haji Ismail Group, Idaman Suri dan banyak lagi. Semua tempat2 nie sangat2 sesuai untuk kaki2 shopping..Ahakss..termasuk saya..huhu.

Selesai check in hotel, lepak2 kejap (rugi lepak lama2..haha), kami trus kluar mencari lokasi untuk mengisi perut (mkn tengahari) dan terus ke destinasi Cable Car. Tiket Cable car (termasuk pakej) hanya untuk 2 dewasa, so saya perlu tambah lagi Rm10 untuk cik zara. Wahhh teruja lagi cik Zara, "best nya mama" sambil tunjuk Double Thumb Up. On da Way sampai ke atas cik Zara rilex je, siap usha2 kat luar sepanjang dalam Cable car. haha.(x takut langsung budak nie)
Day 2

Planning kami hari nie, berjalan sampai lebam. Kami keluar hotel sekitar jam 9 pagi, macam biasa breakfast dulu, kasi tenaga untuk buat aktiviti seharian. So destinasi pertama kami adalah di Underwater World. Tiket untuk dewasa Rm 30 sorang, cik Zara free je sbb under 3 tahun. Jimat duit mama.haha. Masuk ja Underwaterworld, Cik Zara senyum suka lagi "mama..manyak nya fish". Saya sendri pn teruja ini kan cik Zara, teruja dengan ciptaan Allah dengan segala makhluk ciptaannya. Subhanallah.Hebat. Segala hidupan laut termasuk didasar laut juga ada disini. Sangat-sangat xrugi dan sesuai untuk cik Zara. 



Pada sebelah petang, selesai saja solat zohor di Cenang Mall, aktiviti Island Hopping pula menanti kami. haha.sangat2 teruja dan tidak sabar. On da way ke tempat naik speed boat di pantai Cenang, cik zara pulak buat aktiviti taik mata selepas pekena susu. Alahai anak, mungkin letih kot tawaf satu Underwater world tadi. hehe..Okeh xpa, n hope dia jaga masa boat mula b'gerak. Tekaan mama mmg tepat, speed boat mula bergerak jam 2.30 petang dan sebelum bergerak dia dah terjaga (kejap je tido, caj battery dua tiga bar je..hehe). Standby pakai life jacket untuk cik Zara yg telah menunjukkan tanda2 excited dia..huhu..sepanjang perjalanan menuju ke Pulau Dayang Bunting, senyum meleret la dia. Setiba di pulau dayang bunting kami diberi masa 1 jam untuk menikmati keindahan tasik yang berada di Pulau Dayang Bunting, tapi untuk ke tasik tersebut kami perlu berjalan kaki sepanjang 1km dan memanjat anak tangga yang agak tinggi, mak buyong seperti saya tidak terkecuali, zara juga saya biarkan dia berjalan dan memanjat dengan sendiri. Bukan apa nak bagi suatu pengalaman yang jarang2 dia jumpa. Fuhh!! memang letih x terkata, namun hilang letih secara tiba-tiba bila terpandang keindahan dan pemandangan tasik yang memukau sesiapa sahaja yang melihatnya. Serius best wa cakap lu!!.haha. Macam biasa cik Zara ambil kesempatan mandi di situ.



Selepas 1 jam berlalu kami dibawa ke suatu pulau (saya x pasti nama pulau tu) yang sememangnya cantik, airnya hijau dan kita boleh lihat ikan2 kecil berenang2. Sampai saja, biasa la, dah dapat baca fikiran anak dara saya "mama, kakak nak mandi"..haha..Okeh terjun!!! habis saja mandi selama 1jam, kami dibawa pula melihat helang di salah satu pulau kat situ. Aktiviti island Hopping kami selesai jam 6 petang! Puas x terkata.



Day 3

Bersiap2 untuk check out pukul 9 pagi :)..Sebelum beli tiket feri, kena la shopping2 sket2 barang2. Bagi saya tempat paling best nak shopping especially untuk mak2 nie kat Idaman Suri, x jauh dari tempat penginapan kami di Pekan Kuah. X mau nak cerita  lebih2 la, kena pegi sendiri..huhu (memang rambang biji mata). Selesai shopping, kami  3 branak b'tolak ke Kuala kedah pukul 11.30 pagi dan samapi dijeti sana jam 1 tengahari. Alhamdulillah kami selamat pergi dan balik :)

p/s : So bagi sesiapa yang bercadang ingin bercuti dilangkawi boleh lah bisik2 kat saya. Oppss bukan saya agen pelancongan ye!!..Sekadar  membantu mendapatkan pakej yang sesuai dengan harga yang sangat2 berbaloi :) ekceli banyak tempat menarik kat langkawi tapi nak g semua tempat mmg xsempat. So kena stay lama sket.hehe

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG KEDAH

Copyright 2010 All Rights Reserved