Selasa, 6 Mei 2014

02 di merbok - Google Blog Search

02 di merbok - Google Blog Search


Majlis Pelancaran Kawasan Rukun Tetangga Bandar Laguna <b>Merbok</b>.

Posted: 03 May 2014 07:28 PM PDT

Assalamualaikum dan salam sejahtera
Semalam telah berlangsung majlis pelancaran KRT  Bandar Laguna Merbok di Dataran Laguna.

Penduduk BLM cukup bertuah kerana pelancaran KRT BLM telah disempurnakan oleh Ketua Pengarah Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) Malaysia, Dato' Azman Amin Bin Hassan.
Untuk pengetahuan anda,  terdapat lebih 4000 buah rumah di Bandar Laguna Merbok dan dianggarkan populasi penduduknya lebih kurang 15,000 orang. Kewujudan KRT di Laguna Merbok diharap meningkatkan perpaduan dan integrasi penduduk tanpa mengira latar belakang kaum, ideologi politik dan agama.
Selain itu, ia diharap dapat menambahbaik kawalan keselamatan di Bandar Laguna Merbok.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan