ads

Khamis, 8 Mei 2014

02 di sungai petani - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

02 di sungai petani - Google Blog Search


Empat warga Rohingya Myanmar Dirantai macam haiwan <b>di Sungai</b> <b>...</b>

Posted: 09 Apr 2014 12:00 AM PDT

Foto: EMPAT lelaki yang Dirantai macam haiwan & diselamatkan polis.

Mereka yang berusia 30-an dikurung di sebuah rumah buruk di belakang sebuah hotel di Jalan Pasar, di sini, oleh satu sindiket yang didalangi rakan senegara untuk mendapatkan tebusan daripada keluarga mangsa.

Bagaimanapun, kegiatan sindiket terbabit terbongkar apabila sepasukan anggota polis menyerbu kediaman berkenaan dan menemui semua mangsa dalam keadaan tidak bermaya dengan tangan mereka dirantai.

Serbuan dilakukan kira-kira jam 10 malam kelmarin oleh sepasukan 19 pegawai dan anggota Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah dan Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Muda diketuai Pegawai Turus D9 Deputi Superintendan Mohd Naim Asnawi.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kedah Asisten Komisioner Nashir Ya berkata, serbuan dibuat berdasarkan maklumat salah seorang daripada empat lelaki warga Myanmar yang ditahan di bandar itu kira-kira jam 6 petang..

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG KEDAH

Copyright 2010 All Rights Reserved