Selasa, 6 Mei 2014

02 di yan kedah - Google Blog Search

02 di yan kedah - Google Blog Search


Maritim Malaysia <b>Kedah</b> tahan dua nelayan pukat rawa surong <b>di</b> <b>...</b>

Posted: 12 Apr 2014 05:48 AM PDT

Maritim Malaysia Kedah tahan dua nelayan pukat rawa surong di perairan Yan

Maritim Malaysia Kedah tahan dua nelayan pukat rawa surong di perairan Yan

12/04/2014 4:00pm

ALOR SETAR - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) menahan dua nelayan dan menyita bot pukat rawa surong mereka kerana menangkap ikan tanpa lesen dan menggunakan peralatan yang tidak dibenarkan, berhampiran Pantai Murni, Yan awal pagi tadi.

Ketua Penguat kuasa Pangkalan Maritim Kuala Kedah, Lt. Kdr. Maritim Mohd. Khairi Abd. Aziz berkata, bot tersebut ditahan kira-kira pukul 2 pagi, 0.8 batu nautika dari kawasan pantai tersebut.

"Bot itu tidak mempunyai nombor pendaftaran dan tidak mempunyai lesen untuk menggunakan pukat rawa surong. Dalam bot tersebut juga mempunyai peralatan yang tidak dibenarkan. Kami turut menyita tiga kilogram hasil tangkapan nelayan tersebut," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Tambahnya, sejak awal bulan ini hingga kini, Maritim Malaysia menahan tiga bot pukat rawa surong yang menceroboh kawasan pantai Yan.

Sebarang aduan boleh dibuat menerusi talian 24 jam MERS 999 dan Pusat Operasi Maritim Pangkalan Maritim Kuala Kedah di talian 04-7621810. - Bernama

Tiada ulasan:

Catat Ulasan