Khamis, 15 Mei 2014

di negeri kedah - Google Blog Search

di negeri kedah - Google Blog Search


BLOG RASMI KERAJAAN <b>NEGERI KEDAH</b> DARUL AMAN: Pelabur <b>...</b>

Posted: 29 Apr 2014 12:25 AM PDT

ALOR SETAR 29 April – Pelabur dari China terus menunjukkan minat untuk melabur di Kedah dan ini suatu perkembangan yang positif.
Menteri Besar, YAB. Dato' Seri Haji Mukhriz Tun Mahathir berkata, beberapa syarikat besar dari negara itu berminat dalam bidang sektor pengeluaran, pertanian dan perikanan.
"Maklum balas itu diperoleh daripada lawatan pegawai Kerajaan Negeri ke beberapa syarikat besar di negara itu. Kita sudah ada kolaborasi dengan China di Gurun.
"Namun, minat pelaburnya meningkat, malah terdapat dua syarikat besar dalam bidang automotif menyatakan minat. Namun, saya belum boleh umumkan selagi tidak muktamad," katanya kepada pemberita selepas Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah ke-13 di Wisma Darul Aman, di sini.
Menurutnya, Kedah juga sedang mengintai pelaburan di Jepun dengan menganjurkan Seminar Pelaburan Kedah di Tokyo pada Mei 2014.
"Saya akan mengetuai delegasi ke Jepun untuk menyertai konvensyen dengan kerjasama Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) dan pihak swasta," katanya.
Menteri Besar juga berhasrat melawat Mie Prefecture di Jepun bagi berkongsi kejayaan mereka dalam sektor penanaman padi, industri automotif, elektronik dan elektrikal serta pelancongan pusat bersejarah.
"Ada banyak persamaan dengan Kedah. Mungkin boleh lawat untuk ketahui resipi kejayaan mereka dalam sektor berkaitan," katanya.
Mengulas mengenai projek Zon Perindustrian Petroleum Yan (ZIPY) di Sungai Limau, membabitkan Merapoh Resources Corporation Sdn Bhd (MERAPOH) dan China Energy Huacheng Industrial Investment Co.Ltd (China Enegy), Menteri Besar berkata, perincian projek sedang dilakukan bagi mengenal pasti nilai sebenar pelaburan.
"Walaupun anggaran pelaburan awal mencecah RM28 bilion (U$10 bilion), namun ia mengambil masa panjang, sebab itu saya belum umum jumlah pelaburan yang akan dimeterai," katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan