ads

Ahad, 16 Februari 2014

02 di kulim - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

02 di kulim - Google Blog Search


INFO! Sebab Kain Pontianak Mengamuk <b>di Kulim</b>! #HanyaDiKedah <b>...</b>

Posted: 10 Dec 2013 07:37 AM PST


KULIM - Misteri kedengaran suara seolah-olah wanita dikatakan mengilai-ngilai pada sebelah malam di sebuah rumah terjawab apabila penghuninya menemui seorang pengamal perubatan tradisional.

Kejadian berkenaan dikatakan berpunca apabila sehelai kain batik yang ditemui di perkarangan rumah sewa yang baru siap dibina pemiliknya di Kampung Batu 4 ½ itu dibakar.

Kakitangan awam, Aziz Othman berkata, selepas dia menemui pengamal perubatan tradisional berkenaan barulah dia dan isterinya dapat mengenalpasti punca sebenar kejadian lembaga bertenggek dan membuat bunyi seperti cakaran pada bumbung rumahnya.

Kata pengamal perubatan berkenaan, kemungkinan mereka ada mengganggu barangan milik 'penunggu' itu.

"Semua ini berpunca dari kesalahan kami. Ketika mula-mula masuk ke rumah, saya dan isteri mengambil keputusan untuk membersihkan rumah yang kami sewa itu terlebih dahulu kerana ia baru siap dibina.

"Ketika sedang membersihkan kawasan di persekitaran rumah, saya terjumpa kain batik hitam yang sudah lusuh di kaki lima rumah berhampiran pokok pisang dan membersihkan rumah dengan menggunakan kain itu," katanya.

Bakar kain buruk

Katanya, setelah selesai dia menyidai kain itu di ampaian.

"Apabila kain itu sudah kering, isteri saya mendapati kain itu sudah buruk lalu membakarnya.

"Sejak kain batik itu di bakar, suara mengilai dan jelmaan pontianak itu mula mengganggu kami serumah," katanya.

Menurut Aziz, gangguan berkenaan kemungkinan makhluk halus yang digelar pontianak.

Difahamkan makhluk berkenaan mula mengganggu mereka selepas dua bulan mendiami rumah baru sewa itu, selepas rumah lama mereka musnah akibat ribut.

Pada masa-masa tertentu, ia akan menyerupai penduduk kampung dan berjalan bersendirian terutamanya sebelah malam.

Dua bulan pertama tinggal di rumah itu amatlah memeritkan Aziz kerana diganggu lembaga itu yang juga pernah menjelma seolah-olah perempuan berambut panjang dan matanya seperti bernyala kemerahan.

Lembaga berkenaan juga pernah dilihat berada pada bahagian atas bumbung rumah Aziz.

Katanya, selepas diberitahu punca sebenarnya kejadian oleh pengamal perubatan tradisional itu, mereka terus berikhtiar menyelesaikan masalah gangguan itu.

Cari alternatif

Menurutnya, bagi mengatasi masalah itu, pengamal perubatan tradisional itu menyarankan mereka mencari kain batik yang seakan-akan sama pernah dibakar isterinya sebelum ini.

"Kami berjumpa semula pengamal perubatan tradisional itu dan dia mengarahkan kami mengelilingi rumah beberapa kali pada waktu sama.

"Keadaan menjadi agak kronik lembaga itu mengganggu saya semula minggu lalu sebelum dan meletakkan kain berkenaan di atas bumbung garaj kereta," katanya.

Sepanjang mendapatkan rawatan berkenaan, hanya kepada ALLAH kami berserah dan meminta menjauhkan segala perkara buruk dan gangguan syaitan terhadap rumah yang kami sewa ini.

"Alhamdulillah, kain itu kemudiannya saya letakkan di atas bumbung rumah dan membiarkan ia reput dan gangguan suara perempuan meminta tolong serta bunyi cakaran pontianak di atas bumbung rumah tidak lagi kedengaran," katanya.

Menurut Aziz, lembaga itu masih berkeliaran di kawasan hutan berdekatan jalan besar Sungai Ular bagaimanapun tidak mengganggu penduduk kampung.

"Pernah dikatakan empat penduduk kampung terserempak lembaga itu berjalan sendirian di tepi jalan bagaimanapun terbang setelah ditegur penduduk kampung," katanya.

Sebelum ini Sinar Harian melaporkan Aziz pernah terserempak lembaga berkenaan berada di atas bumbung rumahnya ketika menyimpan motosikal kuasa tingginya selepas curiga terdengar suara wanita mengilai kuat di hadapan rumah.-sinar harian -

02 di kubang pasu - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

02 di kubang pasu - Google Blog Search


BLOG KEDAH: 02 <b>di kubang pasu</b> - Google Blog Search

Posted: 31 Jan 2014 01:34 PM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG KEDAH: 02 <b>di kubang pasu</b> - Google Blog Search

Posted: 14 Jan 2014 01:30 PM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG KEDAH: 02 <b>di kubang pasu</b> - Google Blog Search

Posted: 29 Dec 2013 01:40 PM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG KEDAH: 02 <b>di kubang pasu</b> - Google Blog Search

Posted: 13 Dec 2013 01:22 PM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG KEDAH: 02 <b>di kubang pasu</b> - Google Blog Search

Posted: 27 Nov 2013 01:11 PM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG KEDAH: 02 <b>di kubang pasu</b> - Google Blog Search

Posted: 21 Nov 2013 01:22 PM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

Jawatan Kosong <b>di</b> Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) <b>Kubang</b> <b>...</b>

Posted: 03 Oct 2013 12:30 AM PDT


LOGO-MRSM

Jawatan Kosong di Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Kubang Pasu Oktober 2013 Terkini :

  • Guru Senireka DC41
  • Guru Sejarah DC41
Tags : guru mara 2013jawatan kosong guru sambilan mrsm 2013jawatan kosong guru kimia sambilan 2013Kerja kosong guru siswazahjawatan kosong maktab rendah sains marajawatan pembantu am rendah disekolah Kelantanjawatan terkini di mrsmjwatan kosong kubang pasukerja kosong guru di negeri sembilankerja kosong guru siswazah oktober 2013kerja kosong mara november 2013jawatan kosong guru mrsm november 2013jawatan kosong guru mrsm 2014guru mrsm jawatan kosong 2013jawata kosong mrsmjawatan guru kimia 2013jawatan guru mrsm 2013jawatan guru mrsm kubang pasu kedahjawatan kosomg guru sandaran mrsmjawatan kosong cikgu mara 2013jawatan kosong guru di mrsm perlisjawatan kosong guru mrsmtemuduga terbuka guru mara 2013
Jawatan Kosong di Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Kubang Pasu Oktober 2013

BLOG KEDAH: 02 <b>di kubang pasu</b> - Google Blog Search

Posted: 06 Nov 2013 01:16 PM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :- di kubang pasu - Google Blog Search

Jawatan Kosong Guru <b>di</b> Kedah - MRSM <b>Kubang Pasu</b> - Jawatan <b>...</b>

Posted: 06 Oct 2013 04:56 AM PDT

Jawatan Kosong terkini 2013 sebagai Guru di Kedah iaitu di MRSM Kubang Pasu. Permohonan adalah dipelawa daripada waraganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan di MRSM Kubang Pasu sebagai :-

1. Guru Senireka DC41
2. Guru Sejarah DC41

Tarikh tutup permohonan pada 15 Oktober 2013

Lokasi : Kedah
Sektor : Kerajaan

Maklumat iklan jawatan selanjutnya sila klik disini


Johari Optimis BN Dapat Pertahan <b>Kubang Pasu</b> myNewshub

Posted: 26 Apr 2013 10:41 PM PDT


JITRA – Calon Barisan Nasional (BN) bagi kerusi Parlimen Pokok Sena Datuk Mohd Johari Baharom merasa optimis BN mampu mempertahankan kerusi kawasan tersebut.

Beliau yang juga Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani berkata berdasarkan sokongan yang ditunjukkan setiap kali beliau turun padang bertemu rakyat, beliau yakin usaha membangunkan kawasan itu selama ini tidak sia-sia.

"Sepanjang tempoh berkempen, saya telah turun melawat ke semua Pusat Daerah Mengundi dalam Parlimen Kubang Pasu dan gelombang yang dirasai meyakinkan saya BN akan terus bertahan di sini kerana ini adalah kubu kuat BN," katanya kepada Bernama.

Beliau yang akan bertanding buat kali ketiga di Kubang Pasu berkata sokongan masyarakat lain seperti Siam dan India juga sangat menggalakkan kerana kebanyakkan keperluan serta janji demi kesejahteraan mereka berjaya ditunaikan pemimpin BN.

"Contohnya tempat pembakaran mayat masyarakat Siam telah diadakan di sini dan kita juga melihat keperluan ain seperti membaik pulih dan naik taraf kuil Hindu," kata Mohd Johari.- Bernama

Johari Optimis BN Dapat Pertahan Kubang Pasuhttp://mynewshub.my/wp-content/uploads/2013/04/Datuk-Mohd-Johari-Baharom.jpghttp://mynewshub.my/wp-content/uploads/2013/04/Datuk-Mohd-Johari-Baharom-150x150.jpgMyNewsHub Pilihan Raya Umum Ke 13Terkini

JITRA - Calon Barisan Nasional (BN) bagi kerusi Parlimen Pokok Sena Datuk Mohd Johari Baharom merasa optimis BN mampu mempertahankan kerusi kawasan tersebut. Beliau yang juga Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani berkata berdasarkan sokongan yang ditunjukkan setiap kali beliau turun padang bertemu rakyat, beliau yakin usaha membangunkan kawasan...

JITRA - Calon Barisan Nasional (BN) bagi kerusi Parlimen Pokok Sena Datuk Mohd Johari Baharom merasa optimis BN mampu mempertahankan kerusi kawasan tersebut. Beliau yang juga Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani berkata berdasarkan sokongan yang ditunjukkan setiap kali beliau turun padang bertemu rakyat, beliau yakin usaha membangunkan kawasan itu selama ini tidak sia-sia. "Sepanjang tempoh berkempen, saya telah turun melawat ke semua Pusat Daerah Mengundi dalam Parlimen Kubang Pasu dan gelombang yang dirasai meyakinkan saya BN akan terus bertahan di sini kerana ini adalah kubu kuat BN," katanya kepada Bernama. Beliau yang akan bertanding buat kali ketiga di Kubang Pasu berkata sokongan masyarakat lain seperti Siam dan India juga sangat menggalakkan kerana kebanyakkan keperluan serta janji demi kesejahteraan mereka berjaya ditunaikan pemimpin BN. "Contohnya tempat pembakaran mayat masyarakat Siam telah diadakan di sini dan kita juga melihat keperluan ain seperti membaik pulih dan naik taraf kuil Hindu," kata Mohd Johari.- Bernama

mukhayyam arabiy <b>di</b> sbp integrasi <b>kubang pasu</b> - ARABIC2U

Posted: 14 Nov 2013 11:46 PM PST

BLOG KEDAH: 02 <b>di kubang pasu</b> - Google Blog Search

Posted: 08 Nov 2013 01:03 PM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

EDtv: (Zlurpp!!) Sarapan <b>di</b> Pasar <b>Kubang Pasu</b>, Kelantan

Posted: 04 Jun 2013 04:53 PM PDT

Hai, selamat pagi! ED nak kongsi pengalaman ED bersarapan di Kelantan minggu lepas. Disebabkan hotel ED dekat dengan Pasar Kubang Pasu, ED dan adik ED berjalan kaki di pagi hari menuju ke Pasar Kubang Pasu. Berikut cerita selanjutnya..
Perjalanan dari hotel ke Pasar Kubang Pasu kira2 pukul 7 pagi. Lihat, tak sibuk jalan raya di sini.
Ini dia Pasar Kubang Pasu..
 Pengalaman pertama ED nak rasa nasi tumpang..
Nasi tumpang. Harganya RM1.50 satu.
Beginilah rupa nasi tumpang. Dalamnya macam nasi himpit dan ditumpangkan beberapa jenis lauk di dalamnya. Lupa la, lauk apa dalamnya.. Hehe..
Selain itu, ED juga beli sate ni. Pagi2 dah ada jual sate di Kelantan. Harganya 40sen secucuk.
Sebagai makanan penutup, ED cuba nasi dagang Kelantan. Hehe..
Ada pelbagai jenis kuih-muih khas Kelantan yang dijual di pasar ni. ED tak beli sebab kuih-muih di Kelantan ni manis2. ED lebih tertarik beli makanan yang rasa pedas dan berempah di sini. Hehe.. Udada Ubabye!!
Segmen makan-makan di blog..

BLOG KEDAH: 02 <b>di kubang pasu</b> - Google Blog Search

Posted: 16 Dec 2013 01:21 PM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

UMNO <b>Kubang Pasu</b> kumpul pakaian terpakai bantu mangsa banjir <b>...</b>

Posted: 13 Dec 2013 12:53 AM PST

JITRA, 13 Dis: Prihatin dengan nasib mangsa banjir di negeri Pantai Timur, Umno Bahagian Kubang Pasu hari ini menyumbangkan bantuan berupa pakaian terpakai kepada mereka yang memerlukan.

Menurut Bernama, Timbalan Ketua Umno Bahagian Kubang Pasu Zulfitri Yaacob berkata program bersama Pegerakan Puteri Umno bahagian itu berjaya mengumpulkan sebanyak empat tan pakaian terpakai untuk diagihkan kepada mangsa banjir di Pahang, Terengganu dan Johor.

Katanya pakaian tersebut diperoleh hasil sumbangan orang ramai menerusi program Kutipan Derma dan Baju Terpakai untuk mangsa banjir bermula Selasa lepas dan berakhir hari ini yang dihebahkan melalui Facebook dan 160 cawangan parti itu.

"Kita asingkan pakaian lelaki, wanita dan kanak-kanak bagi memudahkan proses pengagihan dibuat oleh pasukan sukarelawan kepada semua mangsa banjir," katanya kepada pemberita ketika ditemui di Pejabat Umno Bahagian Kubang Pasu di sini hari ini.

Seorang penyumbang, Abdul Rahman Aziz, 27, berkata dia mendapat tahu mengenai program tersebut menerusi Facebook dan mengambil peluang menyumbang pakaian terpakai yang masih elok.

"Ini sahaja yang mampu saya lakukan. Saya harap bantuan saya ini dapat digunakan oleh mangsa banjir yang amat memerlukan dan dapat meringankan beban mereka," jelasnya.

02 di padang terap - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

02 di padang terap - Google Blog Search


BLOG KEDAH: 02 <b>di padang terap</b> - Google Blog Search

Posted: 02 Feb 2014 07:21 AM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

TV9 - Penduduk <b>Padang Terap</b> Mengeluh Masalah Air

Posted: 26 Jan 2014 10:00 PM PST

27 Jan 2014, 02:00pm by Syuhada Rais


"semakin keruh dan tebingnya kian terhakis."

Itu keluhan penduduk di Daerah Padang Terap, berhubung masalah pencemaran di Sungai Sari, Kedah.

Mereka bimbang jika masalah ini berlarutan, penggunaan air oleh penduduk akan terjejas.

Dakwa penduduk, keadaan berpunca daripada aktiviti pengorekan pasir di bekas lombong bijih timah di Pintu Wang, Padang Sanai.

Mula diusahakan kembali sejak setahun lalu, keadaan mengakibatkan air sungai sari bertukar warna dan berbau busuk.

Penduduk bimbang keadaan menjadi lebih buruk jika kekotoran daripada Air Sungai Sari memasuki sungai padang terap pula.

Keadaan ini bukan sahaja menyakitkan mata memandang malah dibimbangi boleh mengancam kesihatan penduduk.

Sehubungan itu, penduduk mahu pihak berwajib segera memantau semula setiap operasi serta lokasi kuari pasir di Kedah.

Dakwa mereka, antara kampung terjejas ialah Kampung Baru Ladang, Kampung Sungai Sari dan beberapa kampung sekitar Padang Terap.


02 di pendang - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

02 di pendang - Google Blog Search


Dua Sahabat Maut Kemalangan Jalan Raya <b>di Pendang</b> – Perak <b>...</b>

Posted: 03 Aug 2013 10:20 PM PDT

jenazah

PENDANG: Dua sahabat maut apabila motosikal mereka bergesel dengan sebuah motosikal lain mengakibatkan mereka terjatuh sebelum dilanggar sebuah kereta di Kilometer 72.3 Lebuhraya Utara-Selatan arah utara, dekat sini, Sabtu.

Kemalangan pada jam 9.30 pagi itu menyebabkan Muhammad Mohd Rozi, 19, dan Muhammad Ekhromee Muhammad Fauzi, 19, mati di tempat kejadian.

Menurut ibu Muhammad, Kalsom Kassim, 55, anaknya menaiki motosikal bersama Muhammad Ekhromee dan motosikal mereka itu bergesel dengan motosikal ditunggang Muhammad Fairuzi Musa, 19.

"Pergeselan itu menyebabkan kedua-dua motosikal terbabas. Muhammad dan Muhammad Ekhromee terjatuh lalu dilanggar sebuah kereta yang mengikut dari belakang," katanya semasa ditemui di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), di sini.

Muhammad Fairuzi pula hanya cedera ringan dan dirawat di HSB.

Kalsom berkata, anaknya dan Muhammad Ekhromee dalam perjalanan ke HSB untuk melawat ibu rakan mereka yang sakit sejak tiga hari lalu.

- BERNAMA

BLOG KEDAH: 02 <b>di pendang</b> - Google Blog Search

Posted: 31 Jan 2014 01:16 AM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

MAYAT DITEMUI SELEPAS <b>DI</b> AZAN - <b>PENDANG</b> - MuaturunSiNi

Posted: 24 Jan 2014 04:22 PM PST

ALOR SETAR - Mayat seorang lelaki yang dikhuatiri lemas di Sungai Pendang Kampung Gerigis, Jalan Datuk Kumbar, dekat sini, ditemui kira-kira jam 12.45 tengah hari, semalam selepas hampir 20 jam dilaporkan hilang.

Mayat Mohd Shukri Matt Isa, 38, mulai kelihatan berhampiran lokasi terakhir mangsa dilihat saksi sejurus laungan azan dan bacaan Yasin dilakukan seluruh ahli keluarganya di pinggir sungai.

Keadaan sungai yang lebar sedikit sebanyak menyulitkan operasi, namun kira-kira jam 12.30 tengah hari, lokasi mangsa mula dikenal pasti selepas tubuhnya dipercayai terkena jala seorang penduduk kampung yang turut sama membantu mangsa.

Turut difahamkan, sewaktu mayat Mohd Shukri dinaikkan beberapa anggota bomba berhampiran lokasi kejadian lemas berkenaan, kedua belah tangannya dalam keadaan kiam seolah-olah dalam solat.

Cam melalui kasut

Ibunya, Siri Juriah Hassan, 65, berkata, anak lelaki bongsu dari enam beradik terbabit dipercayai mula berpindah dari Gurun ke Alor Setar untuk mengaji agama di Pondok Alor Ganding, dekat sini.

"Sudah dua, tiga tahun anak makcik ulang balik dari rumah kami ke sini. Dia mengaji dan mengajar dekat tempat terbabit. Tak tau macam mana boleh berlaku, nak kata dia suka memancing tak sangat, mungkin turun basuh sesuatu.

"Kami sekeluarga sampai ke lokasi kejadian kira-kira jam 10 malam. Khabarnya anak makcik jatuh sungai melalui pengecaman kasut. Bila dapat berita, nak tidur pun tak boleh disebabkan terlalu bimbang keadaan dirinya," katanya.

Malah, katanya, dia tidak menyangka anaknya lemas kerana mangsa dikatakan ada menyuarakan hasrat kepada kawannya ingin pulang ke rumah mereka untuk bertemunya selepas tiga minggu tidak pulang.

Tidak pernah jumpa anak

Bapa mangsa, Matt Isa Matt@ Ahmad, 68, berkata, dia hanya mengetahui insiden membabitkan anak lelakinya selepas dimaklumkan menantunya, Abdul Samad Othman kira-kira jam 9 malam, kelmarin.

"Mangsa merupakan duda anak satu, namun dia tak pernah jumpa anak perempuannya yang berusia empat tahun, sebaliknya melepaskan rindu melalui gambar dalam telefon. Nampaknya, impian Shukri melihat anaknya tidak juga tertunai," katanya.

Guna dua bot

Komandan Operasi, Penolong Kanan Penguasa Bomba, Mohd Fadzil Isa berkata, operasi mencari dan menyelamat kelmarin tidak dihentikan, sebaliknya diteruskan sehingga mangsa ditemui hari ini (semalam).

Katanya, seramai 13 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Alor Setar, manakala lapan orang dari unit pasukan penyelamat dalam air (PPDA) menggunakan dua unit bot aluminium dalam operasi mencari mangsa.

Dalam pada itu, 15 anggota Jabatan Pertahanan Awam (JPAM), empat anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM), 14 Rela dan enam Rakan Persatuan Komunikasi dan Keselamatan Melayu Kedah (KMK) turut membantu mencari mangsa.

Semalam, Sinar Harian melaporkan beberapa penduduk sempat terlihat seorang lelaki meminta tolong sebelum tenggelam di Sungai Pendang, Kampung Gerigis dalam kejadian kira-kira jam 3 petang.

Bagaimanapun, mereka tidak dapat menyelamatkan mangsa sebab insiden itu berlaku dalam sekelip mata sahaja.

SUMBER  : http://www.sinarharian.com.my/edisi/utara/mayat-ditemui-selepas-azan-1.244152

02 di padang serai - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

02 di padang serai - Google Blog Search


PRU13: Anwar Umum Calon PKR Parlimen <b>Padang Serai</b>, Kulim <b>...</b>

Posted: 08 Apr 2013 01:00 AM PDT

Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), N. Surendran dinamakan sebagai calon parti itu bagi kerusi Parlimen Padang Serai sementara Setiausaha Agungnya, Datuk Saifuddin Nasuiton Ismail yang juga bekas Ahli Parlimen Machang akan bertanding di kerusi Parlimen Kulim-Bandar Baharu pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), kata Ketua Pembangkang, Datuk Anwar Ibrahim.

Penyandang kerusi Parlimen Merbok, Datuk Rashid Din akan digantikan dengan calon wanita iaitu Ketua Wanita PKR Sungai Petani, Nurin Aina Azrina Abdullah, yang juga Ahli Majlis Perbandaran Sungai Petani.

Ini merupakan kali pertama bekas jurutera berumur 38 tahun itu dipilih sebagai calon yang akan bertanding dalam pilihan raya.

Dalam pada itu, penyandang kerusi Sungai Petani, Datuk Johari Abdul akan mempertahankan kerusi yang disandangnya kali ini.

Anwar membuat pengumuman tersebut dalam satu ceramah di Laguna Merbok lewat malam Ahad.

Pada pilihan raya umum 2008, N. Gobalakrishnan dan Datuk Zulkifli Nordin masing-masing memenangi kerusi Parlimen Padang Serai dan Kulim-Bandar Baharu di bawah tiket PKR.

Bagaimanapun, kedua-dua mereka menjadi wakil rakyat Bebas selepas Gobalakrishan keluar parti sementara Zulkifli dipecat daripada parti pada 2010.

-mStar

 

BLOG KEDAH

Copyright 2010 All Rights Reserved