ads

Rabu, 5 Mac 2014

02 di sungai petani - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

02 di sungai petani - Google Blog Search


Menginap <b>Di</b> Deselesa Homestay <b>Sungai Petani</b> Kedah Sempena <b>...</b>

Posted: 16 Feb 2014 10:22 PM PST

Menginap lah Di Deselesa Homestay Sungai Petani Kedah Sempena Tahun Melawat Malaysia 2014
Tahun 2014 adalah Tahun Melawat Malaysia. Pasti ramai pelancong akan membanjiri tempat menarik di Malaysia salah satu destinasi yang anda boleh cuba ialah di Sungai Petani Kedah. Kalau anda bercadang mengunjungi negeri Kedah, menginaplah di De Selesa Homestay Sungai Petani Kedah. Rumah sangat luas dan selesa. Pastinya anda akan berpuas hati. Jom tempah sekarang!
Untuk Cuti-Cuti Malaysia kenalah tahu Jadual Cuti Umum Malaysia bagi melancarkan perjalanan dan percutian anda..betul tak? 
Berikut disenaraikan tarikh-tarikh Cuti Umum Malaysia 2014 yang boleh dijadikan tarikh percutian anda bersama keluarga dan melancong di tempat menarik di dalam Malaysia.
Semua negeri kecuali Johor, Kedah, Kelantan, Perlis & Terengganu
Hari Keputeraan Nabi Muhammad S.A.W. (Maulidur Rasul)
Hari Keputeraan Yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan
Hari Keputeraan Yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan
Kuala Lumpur, Putrajaya, Kedah, Johor, Negeri Sembilan, Perak, Penang & Selangor
Hari Keputeraan Sultan Kedah
Tahun Baru Cina (Hari Kedua)
Kuala Lumpur, Labuan & Putrajaya
Hari Wilayah Persekutuan (Replacement)
Kuala Lumpur, Labuan & Putrajaya
Hari Ulang Tahun Pertabalan Sultan Terengganu
Hari Perisytiharan Melaka Sebagai Bandaraya Bersejarah
Hari Keputeraan Sultan Perak
Hari Keputeraan Sultan Terengganu
Hari Keputeraan Sultan Terengganu (Replacement)
Hari Keputeraan Raja Perlis
Kedah, Negeri Sembilan & Perlis
Pesta Kaamatan (Pesta Menuai)
Pesta Kaamatan (Pesta Menuai) – Hari Kedua
Hari Keputeraan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong
Hari Ulang Tahun Perisytiharan Tapak Warisan Dunia Georgetown
Hari Jadi Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang
Kelantan, Kuala Lumpur, Labuan, Pahang, Perak, Perlis, Penang, Putrajaya Selangor & Terengganu
Hari Raya Aidilfitri (Hari Kedua)
Hari Kebangsaan / Hari Merdeka
Hari Kebangsaan / Hari Merdeka (Replacement)
Semua negeri kecuali Johor, Kedah,
Kelantan & Terengganu
Hari Jadi Yang di-Pertua Negeri Sarawak
Hari Jadi Yang di-Pertua Negeri Sabah
Hari Raya Haji / Raya Qurban
Hari Raya Haji / Raya Qurban (Hari Kedua)
Hari Jadi Yang di-Pertua Negeri Melaka
Semua negeri kecuali Sarawak
Hari Keputeraan Sultan Pahang
Awal Muharram (Maal Hijrah)
Hari Keputeraan Sultan Kelantan
Hari Keputeraan Sultan Kelantan (Hari Kedua)
Hari Keputeraan Sultan Johor
Hari Hol Almarhum Sultan Johor
Hari Keputeraan Sultan Selangor

02 di langkawi - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

02 di langkawi - Google Blog Search


JALAN-JALAN <b>DI LANGKAWI</b> - mEMoRi jALan-jALan - Blogger

Posted: 19 Feb 2014 03:26 AM PST

SEWA KERETA MURAH DI LANGKAWI

14 Feb 2014 (Jumaat)

Untuk kali kedua kami ke Langkawi. Sebelum ini pergi kami sewa motor je. Tapi kali ini planning nak sewa kereta plak.

Sebelum sampai Langkawi lagi suami saya dah survey contact-contact yang dia ada. Then, dapat lah kereta Toyota Vios RM70 tetapi tak terlintas plak untuk tempah sebab mengenangkan bukan peak time.

Asalnya, kami plan sewa kereta itu pada hari ke-3 kami di Langkawi. Tetapi kami tukar plan untuk sewa sehari awal daripada itu. So, kami contact semula penyewa itu.

Bile contact owner tu, dia kata kereta vios dah habis. So, mengenangkan kami pun memang tak ada buat tempahan so melepas laaa huhu..

Kami try cari contact2 yang lain, call & nego then dapat plak dengan harga yang ngam untuk kereta Vios jugak dengan harga RM300 untuk 4 hari. Inilah yang dikatakan Kereta Sewa Murah di Langkawi.

Kemudian kene bayar deposit RM50 & akan dipulangkan semula semasa pemulangan kereta nanti. Hahaha...murah kan...rezeki la tu...

Bila difikirkan semula, bukan senang sebenarnya nak dapatkan harga yang ngam. Bila dah ngam harga, kereta plak tak ada, kadang ada jugak yang tiba-tiba naikkan harga. So, berhati-hati lah apabila berurusan.

Kereta sewa kami di hantar ke Bella Vista Resort, Kuah kerana kami menginap di situ. Tetapi bila nak pulangkan nanti, kami akan hantar ke airport sebelum nak berlepas pulang.

Alhamdulillah, akhirnya dapat jugak aku merasa pakai kereta vios kan. Hah apa lagi, memang aku la jadi driver of the vacation untuk kali ini hehehe..

PANTAI TANJUNG RHU

Sejurus kami terima sahaja kereta sewa kami, kami terus menuju ke Pantai Tanjung Rhu dimana yang di war-warkan pantai ini sangat cantik oleh orang tempatan berbanding Pantai Chenang pada ketika ini, tahun 2014. 
Perjalanan lebih kurang dalam 30 minit sahaja dari Kuah & kami sampai di sana dalam jam 6 petang. Waktu yang sesuai untuk menikmati keindahan pantai & 'sunset'. 
Sesungguhnya sememangnya cantik Pantai Tanjung Rhu ini, pasir nya lembut, bersih & terjaga lagi. Kami pun apalagi duduk tepi pantai itu sambil menikmati keindahan matahari terbenam...cantik sangat...tak pernah dapat menikmati keindahan macam ini, selalunya mesti ada sahaja gangguan..betapa besarnya ciptaan tuhan...



Alright, kita sambung di coretan yang seterusnya... =)

02 di pendang - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

02 di pendang - Google Blog Search


14 kedai <b>di</b> pekan <b>Pendang</b> hangus – Perak Today

Posted: 06 Oct 2013 06:25 AM PDT

Gambar hiasan:-

Gambar hiasan:-

PENDANG: Sebanyak 14 unit kedai di Bangunan Seroja di sini hangus dalam kebakaran awal pagi ini.

Tiada sebarang kecederaan dilaporkan dalam kejadian kira-kira 2.25 pagi itu kerana penghuni sudah pulang.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Jalan Raja, Alor Setar, Mohd Izham Abd Rahim berkata anggota bomba yang tiba di tempat kejadian kira-kira 23 minit selepas menerima panggilan pada 2.25 pagi, mendapati kira-kira 80 peratus bangunan sudah terbakar.

Beliau berkata, 13 anggota dengan kekuatan dua jentera dan dibantu 10 jentera dan 80 anggota bomba sukarela berjaya mengawal kebakaran pada 3.07 pagi.

"Punca kebakaran dan jumlah kerugian masih disiasat," katanya kepada pemberita.

Peniaga barangan emas, Khairudin Majid, 39, berkata dia kerugian kira-kira RM300,000 membabitkan barangan emas dan mesin pertukangan yang musnah dalam kebakaran itu.

"Kedai ini sudah berusia lebih 20 tahun. Saya pun dah lapan tahun menyewa daripada Majlis Daerah Pendang," katanya ketika ditemui di tempat kejadian, hari ini.

Nor Asmah Ismail, 48, peniaga barangan sejuk beku yang telah berniaga di situ sejak 17 tahun lalu, berkata dia kerugian lebih RM50,000.

"Barang-barang banyak yang terbakar dan peti sejuk sudah tidak boleh digunakan," katanya.

Zainal Abidin Saad, 51, yang menjual buah-buahan dan kuih tradisional berkata dia kerugian kira-kira RM30,000.

- BERNAMA

 

BLOG KEDAH

Copyright 2010 All Rights Reserved