Khamis, 15 Mei 2014

di negeri kedah - Google Blog Search

di negeri kedah - Google Blog Search


BLOG RASMI KERAJAAN <b>NEGERI KEDAH</b> DARUL AMAN: Pelabur <b>...</b>

Posted: 29 Apr 2014 12:25 AM PDT

ALOR SETAR 29 April – Pelabur dari China terus menunjukkan minat untuk melabur di Kedah dan ini suatu perkembangan yang positif.
Menteri Besar, YAB. Dato' Seri Haji Mukhriz Tun Mahathir berkata, beberapa syarikat besar dari negara itu berminat dalam bidang sektor pengeluaran, pertanian dan perikanan.
"Maklum balas itu diperoleh daripada lawatan pegawai Kerajaan Negeri ke beberapa syarikat besar di negara itu. Kita sudah ada kolaborasi dengan China di Gurun.
"Namun, minat pelaburnya meningkat, malah terdapat dua syarikat besar dalam bidang automotif menyatakan minat. Namun, saya belum boleh umumkan selagi tidak muktamad," katanya kepada pemberita selepas Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah ke-13 di Wisma Darul Aman, di sini.
Menurutnya, Kedah juga sedang mengintai pelaburan di Jepun dengan menganjurkan Seminar Pelaburan Kedah di Tokyo pada Mei 2014.
"Saya akan mengetuai delegasi ke Jepun untuk menyertai konvensyen dengan kerjasama Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) dan pihak swasta," katanya.
Menteri Besar juga berhasrat melawat Mie Prefecture di Jepun bagi berkongsi kejayaan mereka dalam sektor penanaman padi, industri automotif, elektronik dan elektrikal serta pelancongan pusat bersejarah.
"Ada banyak persamaan dengan Kedah. Mungkin boleh lawat untuk ketahui resipi kejayaan mereka dalam sektor berkaitan," katanya.
Mengulas mengenai projek Zon Perindustrian Petroleum Yan (ZIPY) di Sungai Limau, membabitkan Merapoh Resources Corporation Sdn Bhd (MERAPOH) dan China Energy Huacheng Industrial Investment Co.Ltd (China Enegy), Menteri Besar berkata, perincian projek sedang dilakukan bagi mengenal pasti nilai sebenar pelaburan.
"Walaupun anggaran pelaburan awal mencecah RM28 bilion (U$10 bilion), namun ia mengambil masa panjang, sebab itu saya belum umum jumlah pelaburan yang akan dimeterai," katanya.

02 di padang terap - Google Blog Search

02 di padang terap - Google Blog Search


2000 penoreh bantah harga getah jatuh, demonstrasi <b>di Padang</b> <b>...</b>

Posted: 20 Feb 2014 12:37 AM PST


Penoreh getah berdemonstrasi di pekan Naka kerana tidak berpuas hati dengan kejatuhan harga getah.Penoreh getah berdemonstrasi di pekan Naka kerana tidak berpuas hati dengan kejatuhan harga getah.Hampir 2,000 penoreh getah keluar beramai-ramai di Pekan Naka, Padang Terap, Kedah semalam bagi menuntut kerajaan segera bertindak mengatasi masalah harga getah yang kini jatuh mendadak, himpunan ketiga yang dicatatkan sehingga kini.
Himpunan itu dinamakan sebagai Himpunan Sengsara Penoreh Getah, sebagai menyatakan luahan tekanan ekonomi yang terpaksa ditanggung.
Pelbagai sepanduk turut dibawa termasuk yang bertulis "Harga barang naik, harga getah turun", "BN menang rakyat senang?" dan "Getah turun ape cerita, terima kasih BN".
Mereka mendesak kerajaan menetapkan harga lantai getah kepada RM4 sekilogram bagi meringankan beban penoreh getah, lapor media rasmi PAS, Harakahdaily.
Harga getah kini jatuh sehingga RM2.40 sekilogram di kebanyakan tempat.  Sebelum ini, Presiden Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak), Mazlan Aliman mencadangkan isu kejatuhan harga getah ini dijadikan modal kempen pilihan raya kecil Kajang.

Ketua Pemuda PAS Malaysia, Suhaizan Kaiat yang turut serta dalam himpunan itu berkata, sebahagian besar penoreh getah kini terpaksa ikat perut kerana pendapatan bulanan mereka terjejas.
Suhaizan berkata, biasanya pendapatan bagi mereka yang mengambil upah menoreh dua relung getah adalah sekitar RM300 hingga RM400 sebulan dan ia masih di bawah paras kemiskinan.
"Itu ketika harga getah tinggi, dan mereka menoreh 6 hari seminggu, jika tidak hujan. Kalau musim hujan atau kemarau, pendapatan mereka kurang daripada itu.
"Pada 1974 harga sekati getah adalah 25 sen, sama dengan harga sekati gula pada waktu itu yang juga 25 sen. Sekarang harga gula RM2.85 sekilogram manakala harga getah sekerap RM2.40.
"Beza harga dengan barangan keperluan itu tinggi, " katanya.
Ketua Pemuda PAS Kedah, Nasir Zakaria, berkata kerajaan perlu segera bertindak segera menangani kemelut harga getah ini.
"Pemuda Kedah mengingatkan bahawa mungkin Demonstrasi Baling 1974 yang berlaku 40 tahun dahulu akan berulang jika kerajaan tidak bertindak segera," katanya.

02 di padang serai - Google Blog Search

02 di padang serai - Google Blog Search


BLOG KEDAH: 02 <b>di padang serai</b> - Google Blog Search

Posted: 11 Feb 2014 01:10 AM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

Misteri! Penampakan Bunian <b>Di Padang Serai</b>? (Video) | Informasi <b>...</b>

Posted: 16 Aug 2013 07:30 PM PDT

Misteri! Penampakan Bunian Di Padang Serai? (Video) | Benarkah bunian ini wujud? Seperti yang didakwa oleh orang dahulu kala, mereka juga seperti kita namun hidup di alam lain. Kita tidak boleh melihat mereka. Baru-baru ini satu rakaman video sewaktu ingin mendenak atau memikat ayam hutan telah  terakam penampakan orang berjubah putih melalui di belakang di dalam rimbunan pokok-pokok di kawasan tersebut. Persoalannya, benarkah itu bunian? Mungkin bunian, mungkin juga orang lelaki yang baru pulang dari surau ataupun masjid. Hanya Allah sahaja yang mengetahui. Anda boleh tonton video di atas ini.

ayam2

ayam1

game

P.S. I – 10 Tempat Paling Pelik Di Dunia
P.S. II – 5 Tempat Paling Ajaib di England
P.S. III – Menarik! Cara Untuk Meningkatkan Penguasaan Bahasa Inggeris

Sumber : Amekaw

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Carian kata kunci paling popular: