ads

Selasa, 3 Jun 2014

di negeri kedah - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

di negeri kedah - Google Blog Search


Kedah Port <b>Di</b> Pulau Bunting - blog rasmi kerajaan <b>negeri kedah</b> <b>...</b>

Posted: 19 May 2014 12:30 PM PDT

Tajul Urus Md. Zain (tiga dari kiri) dan Samsudin Bakar (dua dari kiri) mendengar penerangan berhubung projek pembinaan jalan baharu menghubungkan Lebuh Raya Utara-Selatan dengan Pulau Bunting di Yan, Kedah, semalam.
JERAI 19 Mei - Kerajaan negeri bercadang untuk membangunkan sebuah pelabuhan baharu di Pulau Bunting, Yan, di sini sebagai alternatif kepada pelabuhan sedia ada di Pulau Pinang.
Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengangkutan dan Kerja Raya negeri, Datuk Tajul Urus Md.Zain berkata, hasrat untuk membina pelabuhan berkenaan sememangnya telah lama tetapi tidak dapat direalisasikan.
Bagaimanapun, katanya, kerajaan kini telah mengambil langkah serius bagi menjayakan projek yang dikenali sebagai Kedah Port itu.
"Kerajaan negeri serius ke arah usaha membina pelabuhan. Bagi tujuan itu, satu perbincangan akan dilakukan dengan Kementerian Pengangkutan dalam minggu ini.
"Kita mendapati Pulau Bunting sesuai untuk dijadikan pelabuhan baharu bagi mengatasi masalah kesesakan di pelabuhan Pulau Pinang,'' katanya ketika meninjau projek pembinaan jalan baharu menghubungkan Lebuh Raya Utara-Selatan dengan Pulau Bunting di sini hari ini.
Yang hadir sama Pengarah Jabatan Kerja Raya negeri, Samsudin Bakar.
Tajul Urus memberitahu, Pulau Bunting dianggap lokasi sesuai ekoran telah mempunyai sebuah jambatan dan projek pembinaan jalan baharu dimulakan tidak lama lagi.
"Jambatan Pulau Bunting telah dibina pada tahun 2003 oleh pihak swasta, namun tidak dibuka untuk kegunaan umum. Dari segi infrastruktur memang kita sudah ada,'' katanya.
Beliau berkata, pelabuhan baharu terbabit juga dijangka menampung projek Zon Industri Petroleum Yan (ZIPY) yang dimulakan kerajaan negeri dengan kerjasama sektor swasta tidak lama lagi.

02 di kubang pasu - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

02 di kubang pasu - Google Blog Search


Markah &#39;3B&#39; untuk pentadbiran Mukhriz <b>di</b> Kedah - PAS Kawasan <b>...</b>

Posted: 27 May 2014 10:47 PM PDT

Pesuruhjaya PAS Kedah, Dato' Mahfuz Omar memberikan markah '3B' kepada kerajaan Kedah di
bawah pemerintahan BN dengan Dato' Mukhriz Mahathir sebagai Menteri Besar."3B yang saya maksudkan ialah, 'Blur' iaitu kabur, 'Blind' maksudnya buta dan 'Blank' bermakna kosong.

"Mukhriz terlalu lemah mentadbir Kedah sekarang walaupun sudah genap setahun namun, masih gagal melaksanaan program-program pembangunan malah pembangunan yang sedia ada juga tidak dapat diurus dengan baik," kata beliau pada sidang media yang diadakan 6 Mei lalu.Sidang media di Markas PAS Pokok Sena di sini sempena genap setahun Kedah di bawah pemerintahan BN.

Menurut Mahfuz, antara kegagalan BN Kedah ialah dalam menguruskan Kolej Universiti Insaniah (KUIN) dengan baik walaupun sudah mempunyai kampus tetap dan segala kemudahan yang ditinggalkan oleh oleh kerajaan Pakatan Rakyat sebelum ini.

Namun katanya, apabila BN mengambil-alih, para pelajar dan tenaga pengajar diarahkan berpindah-randah sehinggakan menimbulkan pelbagai kesulitan kepada semua pihak.

"Bukan itu sahaja, kakitangan Insaniah Holdings juga tidak dibayar gaji, status mereka tidak menentu serta hak mereka dinafikan lebih-lebih lagi ketika menjelang Aidilfitri yang lalu," jelasnya.

Sambungnya lagi, walau pun Mukhriz cuba membawa budaya berselawat di Kedah, program seumpama itu telahpun dimulakan sejak pemerintahan Pakatan Rakyat dahulu dan ianya lebih kepada retorik untuk memenangi hati golongan ustaz dan ulama di Kedah.

"Realitinya, dalam masa yang sama beliau membenarkan penyanyi separa bogel K-Pop yang dibawa masuk dari Korea membuat persembahan di Konsert EUPE di Sungai Petani.

"Dalam soal kebajikan rakyat juga, Skim Kafalah yang diperkenalkan oleh kerajaan dahulu dibatalkan sedangkan skim itu bertujuan membantu golongan berpendapatan rendah bila ahli keluarga mereka meninggal dunia, tetapi kerajaan Kedah sanggup 'bersedekah' sebanyak RM200 ribu untuk program Raja Lawak.

"Walaupun kononnya di wujudkan skim khairat kematian untuk menggantikan skim kafalah, tetapi jumlah yang diberi hanya sekitar RM280, dan sumbangan ini kepada semua tidak kira miskin atau kaya walhalnya kita dahulu mengeluarkan RM500 untuk setiap kematian dan memfokuskan kepada golongan sasaran berpendapatan ren dah," jelas Mahfuz lagi.

Dalam masa yang sama Mahfuz mendakwa kerajaan BN Kedah juga gagal me nyelamatkan kawasan ta nah sawah apabila mengumumkan Projek Zon Industri Petroleum Yan (ZIPY) akan diteruskan di Yan dan dijangkakan akan mengorbankan tanah sawah yang luas.

"Sedangkan semasa pemerintahan Pakatan Rakyat dahulu, Projek ZIPY yang ditukarkan kepada Sungai Limau Hydrocarbon Hub (SULIHH) hanya akan diteruskan di kawasan laut dan tidak melibatkan tanah sawah rakyat.

"Kalau mereka nak berbangga dengan Projek ZIPY, mereka kena ingat projek itu telah pun dirancang sebelum 2008 lagi dan mere ka hanya menyambung perlaksanaannya sahaja dan bukannya dari hasil pe merintahan yang ada se karang.

"Sepatutnya dalam setahun ini sahaja, Mukhriz yang sudah tiga kali ke London tentulah dapat membawa balik hasil untuk Kedah, tapi apa yang kita semua dapat lihat, Kedah sekarang hanya mampu me nyumbang 30 peratus be kalan be ras negara berbanding semasa pemerintahan Pa katan Rakyat di mana Kedah menyumbang sebanyak 44 peratus.

"Ini pula, bila Projek ZIPY nak diteruskan, akan melibatkan sebahagian kawasan tanah sawah di Yan, sedangkan kawasan itu amat terkenal dengan kesuburan dalam menghasilkan padi. Macam mana saya tak kata blur, blind dan blank," kata Mahfuz lagi.

Selain itu, Mukhriz juga dikatakan gagal bercakap benar dalam isu pembelian kereta baharu untuk Menteri Besar Kedah baru-baru ini di mana beliau mengeluarkan kenyataan kononnya kereta tersebut untuk kegunaan Yang di-Pertuan Agong padahal nombor pendaftarannya secara terangterangan tertera per kataan "Menteri Besar Kedah".

"Kenapa Mukhriz harus berbohong sedangkan duit yang dia gunakan itu adalah duit rakyat. Kalau beliau berani buat beranilah tanggung semuanya.

"Begitu juga dalam hal kereta rasmi Exco daripada Toyota Camry ditukar kepada Proton Perdana walhal Camry itu baharu sahaja ditukar kerana kereta yang sebelum itu terlalu uzur.

"Maknanya mereka sang gup mengeluarkan wang yang banyak demi kepuasan nafsu mereka sen diri tetapi untuk kebajikan rakyat seperti Skim Kafalah diberhentikan," jelasnya

02 di baling - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

02 di baling - Google Blog Search


P.R.O - fm: 10,000 berhimpun <b>di Baling</b> tanpa Anwar Ibrahim

Posted: 06 Apr 2014 06:28 PM PDT


Hujan lebat yang melanda kawasan perhimpunan di Baling, Kedah semalam tidak mematahkan semangat ribuan yang hadir untuk bagi memperingati demonstrasi berhubung hak pengusaha getah di lokasi sama, 40 tahun lalu.

Suasana di padang awam di Kupang yang biasanya hening itu bertukar meriah dengan lautan penyokong PAS yang berbaju-T hijau dan membawa sepanduk dan poster dengan pelbagai slogan.

Antara yang berucap ialah seorang isteri kepada seorang penoreh getah, Siti Aishah Ghazaliyang berkata harga getah kini terlalu rendah sehingga menyebabkan kehidupan warga sepertinya penuh sukar.

Turut berucap ialah presiden Persatuan Anak Peneroka Felda Mazlan Aliman yang berkata beliau akan menghantar memorandum kepada perdana menteri berhubung harga getah.

Ketua Pemuda PAS Suhaizan Kaiat pula berkata kerajaan perlu menjalankan lebih banyak usaha untuk mengawal harga getah dan memperkenal mekanisme untuk mengesan jika penoreh atau peraih ditipu oleh syarikat besar.

"Antara 11 syarikat pembeli getah, lapan tawar harga rendah, hanya tiga tawar harga tinggi. Apa yang kerajaan buat?

Kita tidak boleh bersaing dengan negara jiran. Thailand eksport kira-kira 4 bilion kg setahun, Indonesia, 2 bilion kg. Bagaimana dengan Malaysia? 0.8 bilion kg setahun, tak sampai satu bilion pun!," katanya.

'Perhimpunan Derita Rakyat 2.0' anjuran Pemuda PAS yang bermula pada jam 3 petang hanya berakhir pada tengah malam selepas presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan pesuruhjaya PAS Kedah Datuk Mahfuz Omar menyampaikan ucapan.

Mahfuz mendakwa 40,000 namun wartawan menganggarkan jumlah peserta sekitar 10,000 orang.

Para hadirin berkenaan menyokong deklarasi lapan perkara yang ditandatangani oleh 16 pertubuhan dan dibacakan oleh ketua pembangkang Kedah Amiruddin Hamzah, berhubung usaha untuk meningkatkan taraf hidup penoreh getah dan pekebun kecil.

Ia antara lain menuntut kerajaan persekutuan menyedia subsidi baya untuk tempoh 25 tahun.

Ia juga menuntut kerajaan menetapkan harga lantai lantai getah pada kadar RM4 sekilogram.

"Kadar ini sesuai untuk pekebun kecil getah yang perlu menanggung kos pengeluaran sebanyak RM3.20 sekilogram," kata ADUN Anak Bukit itu.

Perhimpunan tersebut memperingati himpunan tahun 1974 yang membawa isu kemiskinan petani, dipimpin oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim, seorang aktivis siswa pada masa itu.

MP Permatang Pauh itu bagaimanapun tidak hadir dalam acara berkenaan pada malam tadi, walau ia bertujuan untuk memperingati peristiwa yang melonjakkan karier beliau dalam politik. 

mk

02 di padang terap - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

02 di padang terap - Google Blog Search


kemesraan dikalangan pemimpin dan rakyat <b>di</b> daerah <b>padang terap</b>

Posted: 21 May 2014 11:52 PM PDT

[unable to retrieve full-text content]KEMESRAAN DIKALANGAN PEMIMPIN DAN RAKYAT DI DAERAH PADANG TERAP. KUALA NERANG - Menteri Besar, YAB. Dato' Seri Haji Mukhriz Tun Mahathir mengambil peluang beramah mesra dengan rakyat di ...

02 di yan kedah - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

02 di yan kedah - Google Blog Search


Trip 1 : Casting Tenggiri <b>di Yan</b>, <b>Kedah</b> – Persediaan | platspender <b>...</b>

Posted: 11 Jan 2014 09:17 AM PST

Baru saja dok plan trip 2014, Chip dah up trip ke Yan Kedah. Chip nak kaunter balik trip Kemaman yg dirancing Zahid, dia tak boleh ikut sebeb ada saudara kawin. Kali ni, Chip pulak yg organized. Booking tekong, umpan dan transport semuanya diuruskan oleh Chip. Kami masik menggunakan khidmat tekong yg sama seperti trip yang lepas, iaitu Tekong Abg Cha.

Tarikh kali ni ialah 15-Feb. Hari sabtu, trip bermula malam sabtu, dan berakhir petang sabtu. Mulanya zahid nak extend sehari lg, tp bila pikiag balik, tak pa la, sehari sudah tak payah nak extend sampai dua hari. Setakat hari ni hanya 4 org dah confirm nak join. Chip, Zahid, Aku dan sorang peserta baru, Mdrizal. Mdrizal ni satu opis dengan aku. Dah lama memancing, cuma tak berani nak naik bot, sebab phobia takut lemas. Cuma tahun ni, dia nak try ke laut. Yang lain yg dok sembang deraih tu bila lg.

Setting kali ni, mcm biasa saja. Set ajiking aku dah replaced dengan set Okuma Nemesis. (Aku nak juai rod ajiking aku tu, sapa mau boleh pm aku). Set yang sama aku up posting yang lepas, Trip Pulau 9. Aku harap dengan set ni, aku boleh kayuh reel dengan lebih laju.Kelajuan adalah kompenen penting casting di Yan. So, kalau boleh, gunakan reel yg laju dan rod yang ringan ke medium. Tenggiri tak besag pun.

Dlm posting ni, aku up dulu dua alat penting dlm xtvt casting tenggiri di Yan. Perambut dawai dan spoon. Perambut dawai yg aku up dlm nih, aku beli di Jeti Yan dengan harga Rm4.50. Kemudian aku tambah spoon 45g dari Bakau, Day Night Lure, Model BH41-4, saiz 45g, kaler silver. Spoon ni aku beli di Jalan Pudu dengan harga RM6.7o.

Aku akan up lg persedian trip aku kali ni.

Perambut Dawai 3 mata

Perambut Dawai 3 mata

Spoon Bakar 45g

Spoon Bakau 45g

2 minggu lepas, aku order beberapa biji jig dengan Zahid brand Magnum Duplex Microjig 18g berharga RM6.00 setiap satu. Mircojig sesuai digunakan untuk casting ternggiri. Tp selama aku cast di Yan menggunakan microjig, belum penah bg hasil. Casting menggunakan kembung lebih apdal. Tp sebenarnya microjig pun ada kelebihan tersendiri. Cuma utk aku, mungkin masih belum rezeki.

02 di padang serai - Google Blog Search

0 ulasan
URL Sumber Asal :-

02 di padang serai - Google Blog Search


Gangguan burung layang-layang <b>di Padang serai</b>, Kulim, Kedah <b>...</b>

Posted: 24 Jul 2011 11:37 AM PDT

Saya menetap di Padang Serai, Kulim, Kedah. Di sini telah diusahakan menternak burung layang-layang di kedai-kedai di sekitar pekan dan kawasan sekitar sawah padi. Terdapat sampai satu blok kedai di bela burung. Dikawasan sawah padi pulak telah ada sekitar 9 hingga 10 bangunan setinggi 3 atau 4 tingkat untuk membela burung. Tanah sawah dibeli dan ditukar kepada rumah burung. Sekarang ada bangunan baru dalam pembinaan.

Apa semua ni? Kita perlu kekalkan tanah sawah untuk pastikan pengeluaran padi negara tidak terjejas. Makanan utama kita adalah nasi bukan sarang burung. Bila bekalan padi berkurangan, masa tu baru nak kelang kabut tambah import padi dari Thailand. Tanah kita yang sedia ada tidak dikawal agar tidak ditukar jadi rumah burung. Benda ini ada kesan buruk untuk jangka panjang. Tindakan perlu diambil sekarang, bukan bila dah hujan baru nak cari payung. Harap dapat perhatian dari pihak kerajaan.

By: shazia

PERINGATAN:  AduanRakyat.com.my tidak bertanggungjawab terhadap aduan (di atas) dan komen (di bawah) yang diutarakan melalui laman web ini. Ia adalah aduan peribadi pengadu dan tidak semestinya menggambarkan pendirian AduanRakyat.com.my.

 

BLOG KEDAH

Copyright 2010 All Rights Reserved