Sabtu, 26 Februari 2011

Edisi Semasa

Edisi Semasa


Kosmo Online

Posted: 26 Feb 2011 07:17 AM PST

Kosmo Online


Mayat wanita berlumuran darah di tempat letak kereta

Posted:

Mayat wanita berlumuran darah di tempat letak kereta

Mayat wanita berlumuran darah di tempat letak kereta

26/02/2011 8:51pm

GEORGETOWN - Mayat seorang wanita berlumuran darah ditemui di tingkat dua kawasan letak kereta sebuah pangsapuri di Lorong Madrasah, Jelutong di sini, semalam.

Jurucakap polis berkata, orang ramai menemui mayat itu berusia lingkungan 20an yang berpakaian lengkap dengan beberapa kesan kecederaan teruk terutama di bahagian kepala kira-kira pukul 7.30 malam.

Katanya, berdasarkan maklumat beberapa saksi, mereka sebelum itu terdengar bunyi kecoh seperti orang bergaduh di tingkat 11 perumahan itu dan tiba-tiba terdengar satu bunyi dentuman kuat.

"Orang ramai bergegas ke kawasan tempat letak kereta berkenaan dan menemui mayat dalam keadaan terlentang serta mengalami pendarahan yang teruk di kepala," katanya kepada pemberita di sini hari ini. - Bernama

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Maut bergaduh: Polis tahan dua lagi remaja

Posted:

Maut bergaduh: Polis tahan dua lagi remaja

Maut bergaduh: Polis tahan dua lagi remaja

26/02/2011 7:09pm

NIBONG TEBAL – Polis hari ini menahan dua lagi remaja untuk membantu siasatan berhubung kes seorang remaja lelaki yang mati selepas terbabit dalam pergaduhan dengan sekumpulan remaja lain di Lima Kongsi di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan, Supt Shafien Mamat berkata, kedua-dua lelaki berusia 15 dan 20 tahun itu ditahan kira-kira pukul 4 pagi ini di dua lokasi berasingan di kawasan Lima Kongsi.

Beliau berkata, polis menubuhkan sebuah pasukan khas untuk mengesan kumpulan remaja yang terbabit dalam pergaduhan berkenaan selepas berjaya menahan empat rakan mereka semalam.

"Polis telah mengenal pasti beberapa lagi rakan mereka yang berusia antara 21 dan 24 tahun dipercayai mempunyai kaitan dengan kejadian itu dan usaha mengesan sedang dijalankan," katanya kepada pemberita selepas melawat keluarga mangsa, U. Yuhanthan, di rumahnya di Lima Kongsi di sini hari ini.

Dalam kejadian itu, Yuhanthan, 21, yang cedera parah di dada, perut dan rusuk akibat dipukul serta ditikam, mati ketika dirawat di Hospital Sungai Bakap di sini.

Beberapa jam selepas pergaduhan yang berlaku kira-kira pukul 1.50 pagi itu, polis berjaya menahan empat remaja yang dipercayai terlibat dalam kejadian berkenaan. – Bernama

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Kilang terbakar, tiga pekerja melecur

Posted:

Kilang terbakar, tiga pekerja melecur

Kilang terbakar, tiga pekerja melecur

26/02/2011 6:58pm

KLANG – Sebuah kilang membuat sarung tangan getah di Batu Belah, Meru di sini hangus dalam kebakaran pagi tadi, dan menyebabkan tiga pekerjanya yang tinggal di asrama dalam kawasan kilang melecur.

Ketua Polis Daerah Klang Utara, Supt Mohamad Shukor Sulong berkata, lima jentera bomba iaitu masing-masing dari Balai Bomba Klang Utara, Klang Selatan, Andalas, Pelabuhan Klang dan Shah Alam berada di lokasi bagi memadamkan kebakaran itu yang berlaku kira-kira 7 pagi tadi.

Beliau berkata, setakat 4 petang tadi, pihak bomba dan penyelamat masih berusaha memadamkan kebakaran itu.

"Kita masih belum dapat kenal pasti punca kejadian kerana ketika ini usaha memadamkan kebakaran masih giat dijalankan.

"Setakat ini, kita dimaklumkan tiga mangsa cedera dan dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah untuk rawatan lanjut," katanya ketika dihubungi di sini hari ini. – Bernama

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Harian Metro: Mutakhir

Posted: 26 Feb 2011 07:12 AM PST

Harian Metro: Mutakhir


Semua Pejabat Pos beroperasi esok untuk pengguna bayar saman

Posted: 25 Feb 2011 09:09 PM PST

KUALA LUMPUR: Semua pejabat pos di seluruh negara dibuka esok untuk memudahkan orang ramai menjelaskan bayaran saman trafik mereka pada hujung minggu.

Pengarah Pengurusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif Pos Malaysia, Datuk Syed Faisal Albar berkata, waktu operasi adalah seperti hari biasa.


"Kami faham ada pelanggan yang sukar menjelaskan bayaran saman mereka pada hari bekerja, justeru kami berusaha membantu dengan membuka pejabat pos terpilih untuk sebarang urusan pada hari Ahad.

"Kami harap pelanggan akan menggunakan peluang ini untuk menjelaskan bayaran saman mereka," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.


Beliau berkata untuk maklumat lanjut orang ramai boleh hubungi talian Posline di 1-300-300-300 atau layari laman web www.pos.com.my.-Bernama

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Dua kemuka borang pencalonan PRK DUN Merlimau

Posted: 25 Feb 2011 06:44 PM PST

JASIN: Dua calon, seorang dari Barisan Nasional (BN) dan seorang lagi dari PAS mengemukakan kertas pencalonan mereka sebelum tempoh penamaan calon bagi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka kawasan Merlimau di Dewan Platinum Politeknik Merlimau dekat sini, ditutup pada pukul 10 pagi.

Mereka mengemukakan borang pencalonan masing-masing kepada Pegawai Pengurus Pilihan Raya, Roslan Eusoff dalam tempoh sejam proses itu berlangsung sejak 9 pagi ini.


Calon BN, Roslan Ahmad, 44, dilihat memasuki dewan tersebut untuk menyerahkan borang pencalonan pada jam 9.09 pagi, manakala calon PAS Yuhaizad Abdullah, 38, pada 9.02 pagi.

Cuaca cerah di pusat penamaan itu melancarkan proses penamaan calon pagi ini.


Sebelum itu, Naib Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengiringi calon BN bersama ribuan penyokong ke pusat penamaan calon itu.


Turut mengiringi Ketua Menteri Melaka yang juga Pengarah Pilihan Raya Kecil BN DUN Merlimau, Datuk Seri Mohd Ali Rustam; Presiden Gerakan, Tan Sri Dr Koh Tsu Koon; Presiden Parti Progresif Penduduk (PPP), Datuk M Kayveas; Presiden MIC Datuk G Palanivel dan Setiausaha Agung MCA, Datuk Seri Kong Cho Ha.

Sementara itu, Timbalan Presiden PAS Nasaruddin Mat Isa mengiringi calon parti itu bersama ribuan penyokong ke pusat penamaan calon itu.


Turut mengiringi Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail; Pesuruhjaya PAS Melaka, Abdul Ghani Abdul Rahman dan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim. Sebaik tempoh pencalonan ditutup, borang-borang pencalonan dipamerkan di papan kenyataan berhadapan pusat penamaan itu untuk semakan umum.

Tempoh bantahan dibuka selama sejam dan tamat pada jam 11 pagi.


Pilihan raya kecil DUN Merlimau diadakan berikutan kematian wakil rakyatnya Datuk Mohamad Hidhir Abu Hassan, 56, pada 20 Jan lepas akibat serangan jantung.


Pada pilihan raya umum 2008, Mohamad Hidhir menewaskan calon PAS Jasme Tompang dengan majoriti undi 2,154.-Bernama

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Harian Metro: Setempat

Posted: 26 Feb 2011 03:37 AM PST

Harian Metro: Setempat


Pemilik letak kenderaan tepi jalan sepak penguat kuasa

Posted: 25 Feb 2011 11:07 AM PST

KUALA LUMPUR: Seorang penguat kuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) cedera selepas dipukul dan diterajang seorang pemilik kereta dalam operasi menyita kenderaan di Dang Wangi, di sini.

Dalam kejadian kira-kira jam 10.40 pagi Jumaat lalu itu menyebabkan penguat kuasa berkenaan, Muhammad Hafizuddin Sharif, 27, cedera ringan di tangan dan perut selepas dipukul bertalu-talu oleh suspek yang berusia 20-an.


Beliau berkata, dia tidak menyangka pemilik kenderaan terbabit memukul dan menerajangnya selepas rayuan untuk mengambil kembali kenderaannya tidak dilayan.

Katanya, sebelum kejadian, mereka sudah memberi amaran kepada pemilik yang meletak kereta di tepi jalan supaya mengalihkan kenderaan, tetapi lelaki terbabit tiada di tempat kejadian.

"Oleh itu, kami menyita kenderaannya dengan menggunakan kren tunda sebelum dia muncul dan merayu supaya mengembalikan keretanya, tetapi kami memintanya hadir ke depoh tunda DBKL di Jinjang untuk menyelesaikan masalah itu.


"Ketika itu, lelaki terbabit tiba-tiba mengamuk dan menendang perut saya hingga terjatuh," katanya di sini, semalam.


Menurutnya, sebaik terjatuh, lelaki terbabit terus menerus menendang perutnya menyebabkannya cedera.

"Dalam pergelutan itu, dua rakan saya sempat menggari lelaki terbabit sebelum anggota polis dari Balai Polis Dang Wangi datang membawanya ke balai polis untuk diambil keterangan.

"Selepas kejadian itu, saya dan rakan membuat laporan polis," katanya.


Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian terbabit dan siasatan lanjut dijalankan.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Kerja dajal dua rakan

Posted: 25 Feb 2011 11:03 AM PST

KUALA LUMPUR: Dua lelaki dipercayai mencampurkan pil khayal dalam minuman seorang ahli perniagaan sebelum melarikan kenderaan miliknya ketika mangsa tidur.

Lebih malang apabila mangsa hanya tersedar keesokan harinya sebelum mendapati kenderaannya sudah tiada dipercayai dilarikan dua lelaki terbabit.


Sumber polis berkata, dalam kejadian kira-kira jam 3.15 petang Rabu lalu, mangsa yang berusia 31 tahun keluar minum dengan dua lelaki yang dikenalinya sejak tiga tahun lalu.

Menurutnya, suspek mempelawa mangsa ke sebuah hotel mewah di Jalan Changkat Thamby Dollah, di sini, sebelum dibawa masuk ke dalam sebuah bilik hotel disewa itu.


"Di hotel berkenaan, mangsa mendakwa diberi minum oleh seorang daripada suspek sebelum pening dan tidak sedarkan diri. Difahamkan, mangsa pengsan akibat meminum air yang dicampurkan pil khayal.


"Mangsa yang tertidur hanya sedarkan diri sehari kemudian sebelum mendapati dua rakannya itu sudah tiada," katanya.

Menurutnya, mangsa yang keliru keluar dari hotel itu untuk ke keretanya sebelum terkejut apabila mendapati Toyota Avanza milik abangnya hilang.


"Mangsa menghubungi kedua-dua rakannya itu, namun suspek mematikan telefon. Berikutan itu, mangsa yakin diperdaya suspek yang membuatnya pengsan sebelum melarikan kenderaan itu.

"Mangsa menghubungi abangnya bagi memaklumkan kejadian itu sebelum membuat laporan di Balai Polis Dang Wangi, di sini. Susulan itu, polis melakukan siasatan dengan mengambil keterangan mangsa selain cuba mendapatkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) dari hotel berkenaan," katanya.


Sementara itu, dalam kejadian berasingan seorang pelajar lelaki berusia 30 tahun membuat laporan polis selepas mendakwa ditumbuk rakannya selepas dinasihati supaya memperbaharui visa bagi membolehkannya tinggal secara sah di negara ini.


Dalam kejadian kira-kira jam 9.30 malam kelmarin, mangsa berjumpa suspek di sebuah pusat beli-belah di Bukit Bintang, di sini, sebelum berlaku pertengkaran selepas suspek enggan mendengar nasihatnya.


Suspek yang naik berang menumbuk muka mangsa berulang kali menyebabkan mata sebelah kiri mangsa lebam. Mangsa mendapatkan rawatan di Hospital Kuala Lumpur (HKL) sebelum membuat laporan polis.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Utusan Online - Selatan

Posted: 26 Feb 2011 03:36 AM PST

Utusan Online - Selatan


12 premis makanan ditutup

Posted:

12 premis makanan ditutup

12 premis makanan ditutup

Oleh NAZARUDIN SHAHARI
nazarudin.shahari@utusangroup.com.my

JEMPOL 25 Feb. - Sebanyak 12 premis makanan telah diarah tutup sementara dalam Operasi Bersih Bersepadu Premis Makanan Daerah Jempol oleh Jabatan Kesihatan negeri, di sini semalam.

Premis yang diarah tutup itu adalah empat gerai makan, tujuh restoran dan sebuah kedai makan.

Pengarah Kesihatan negeri, Datuk Dr. Zailan Datuk Adnan berkata, arahan itu dikeluarkan kerana tahap kebersihan makanan yang rendah, pengendali makanan tidak mendapatkan suntikan pencegahan penyakit tifoid dan tidak memakai apron serta penutup kepala.

Beliau berkata, pihaknya turut mengesan kesalahan peralatan dan perkakas yang tidak bersih dan rosak, tiada kemudahan tempat mencuci pinggan mangkuk dan perkakas-perkakas lain.

Menurutnya, kesalahan lain adalah keadaan fizikal bangunan seperti lantai, dinding dan siling yang tidak memuaskan atau kotor, pembuangan sampah yang tidak teratur serta masalah berkaitan kebersihan.

"Kesemua 12 premis makanan tersebut telah diarah tutup sementara selama 14 hari di bawah Seksyen 11, Akta Makanan 1983.

"Dalam tempoh berkenaan, pengusaha perlu mengambil tindakan yang telah diarahkan oleh pegawai berkuasa bagi meningkatkan tahap kebersihan premis makanan mereka," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau memberitahu, operasi itu bermula pukul 9 pagi hingga 3 petang dengan tumpuan di pekan Bahau dan Bandar Sri Jempol.

Operasi itu diketuai oleh Pegawai Kesihatan Daerah Jempol, Dr. Ariza Zainudin dengan dibantu oleh 41 anggota Jabatan Kesihatan dari daerah Jelebu, Kuala Pilah, Seremban, Jempol dan Jabatan Kesihatan negeri.

Dr. Zailan berkata, sebanyak 39 premis makanan telah diperiksa dan dinilai tahap kebersihan premis.

Daripada jumlah itu, tambahnya, sebanyak 23 premis adalah gerai makan, 15 buah restoran dan sebuah kedai makan.

Katanya, operasi itu memberi penekanan kepada pemakaian apron, tudung atau topi dan pembuangan sampah yang teratur.

Jelasnya, teguran, nasihat serta tunjuk ajar telah diberi kepada para pengendali makanan yang terlibat.

Beliau berkata, Jabatan Kesihatan akan sentiasa menjalankan penguatkuasaan bagi memastikan peruntukan di bawah Akta Makanan 1983 dan Peraturan-Peraturan 1985 dipatuhi demi kepentingan kesihatan masyarakat.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Kenduri 1Malaysia bukti negara aman

Posted:

Kenduri 1Malaysia bukti negara aman

Kenduri 1Malaysia bukti negara aman


menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim menyampaikan sumbangan kepada orang kurang upaya sewaktu menghadiri Program Merakyatkan Seni dan Budaya 1Malaysia 'Kenduri Asam Pedas' di Pengkalan Samak, Merlimau, baru-baru ini.


JASIN 24 Feb. - Penduduk yang hadir ke Program Merakyatkan Seni dan Budaya 1Malaysia 'Kenduri Asam Pedas' menyifatkan ia bukti betapa aman negara ini melalui konsep 1Malaysia yang diketengahkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Program anjuran Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan itu mendapat pujian rata-rata penduduk yang tidak ketinggalan menghadirinya.

Mereka turut melahirkan rasa bangga kerana kampung mereka dipilih menjadi lokasi program itu dijalankan.

Bagi pesara, Hassan Saad, 62, 'Kenduri Asam Pedas' memiliki keunikan tersendiri selain menyatupadukan pelbagai kaum dalam sebuah majlis selain mendekatkan masyarakat dengan pemimpin.

"Pemimpin yang datang dilihat duduk makan bersila mengikut adat Melayu. Jika bukan melalui majlis ini, bila lagi dapat berjumpa dengan pemimpin," katanya ketika ditemui Utusan Malaysia baru-baru ini.

Bagi penjawat awam, Nurul Ilmi Ahmad, 33, program rakyat itu begitu tepat dengan konsep 1Malaysia yang ditekankan tanpa mengira kaum, bangsa, umur dan jantina.

Menurutnya, semua lapisan masyarakat berkumpul dan apa yang menarik, pada malam tersebut 'Kenduri Asam Pedas' dilihat sebagai medan pertemuan masyarakat bersama pemimpin.

"Saya berbangga menjadi rakyat Malaysia. Pada malam ini saya menjamu hidangan orang Melayu, mungkin pada masa hadapan saya berpeluang menikmati makanan India dan Cina pula melalui program sebegini," katanya.

Seorang nelayan, Tan Boon Siah, 60, berkata, program itu meninggalkan kesan positif kepada masyarakat setempat yang mungkin sebelum ini tidak berpeluang untuk berjumpa dengan pemimpin negara.

"Saya datang ke sini bukan sahaja dapat menjamu masakan asli masyarakat Melayu Melaka malah berpeluang bertemu pemimpin secara dekat seperti menteri.

"Malah apa yang menarik, saya turut duduk bersila bersama rakan-rakan lain dan berbual tanpa mengira batasan kaum," katanya.

Pendapat itu dipersetujui oleh seorang lagi pesara, K. Mahdhavan, 78, yang mahukan program sebegitu dilakukan secara berterusan.

"Saya berharap program ini tidak terhenti setakat ini sahaja tetapi adalah lebih elok jika ia diadakan sebulan sekali bersama pemimpin setempat agar dapat mengeratkan hubungan antara masyarakat kampung di sini," katanya.

Bagi S. Pumithavathy, 44, program itu menarik kerana dapat mengeratkan lagi hubungan antara kaum.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Sambut baik bina rumah kos sederhana

Posted:

Sambut baik bina rumah kos sederhana

Sambut baik bina rumah kos sederhana

JASIN 25 Feb. - Rata-rata penduduk di Air Merbau di sini menyambut baik langkah Yayasan Melaka mewujudkan kawasan perumahan kos sederhana untuk semua kaum dikenali Taman 1 Malaysia di sini yang dijangka siap dua tahun lagi.

Bagi penduduk, Anual Mahadi, 61, projek tersebut membuktikan keprihatinan kerajaan pimpinan Barisan Nasional (BN) kepada golongan penduduk berpendapatan rendah di kawasan tersebut untuk memiliki rumah.

"Memang kami amat menantikan projek-projek seperti Taman 1 Malaysia ini yang memberi banyak manfaat kepada penduduk berpendapatan rendah.

"Jika berpeluang, saya akan membeli sebuah rumah di taman tersebut kerana harganya yang amat berpatutan," katanya kepada Utusan Malaysia ketika ditemui di sini hari ini.

Pandangan sama disuarakan pekerja ladang kelapa sawit, V. Indra, 46, yang mengalu-alukan projek untuk rakyat pelbagai kaum itu.

"Saya sudah memiliki sebuah rumah, tetapi pasti akan membeli sebuah lagi rumah di Taman 1 Malaysia ini apabila ia siap kelak untuk anak lelaki saya.

"Dengan pelbagai kemudahan lain disediakan seperti kuil, sekolah, balai raya dan deretan kedai, kawasan ini pasti akan membangun dengan cepat dalam tempoh beberapa tahun sahaja," katanya.

Bagi penoreh getah, P. Leela, 49, selain harga rumah yang berpatutan, dia tertarik untuk memiliki rumah tersebut kerana didiami pelbagai kaum di negara ini.

Selain itu, katanya, nama Taman 1Malaysia juga unik sejajar dengan gagasan 1 Malaysia yang diperkenalkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Sebuah kawasan perumahan kos sederhana dikenali Taman 1Malaysia akan dibina di Air Merbau di sini dalam usaha kerajaan menyediakan kediaman mampu milik khususnya kepada rakyat di negeri ini.

Projek dilaksanakan kerajaan negeri melalui Yayasan Melaka yang dijangka siap dua tahun lagi itu ditawarkan kepada semua kaum berpendapatan rendah, sekali gus mewujudkan satu komuniti penduduk pelbagai bangsa dalam suasana harmoni.

Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam berkata, pembangunan Taman 1 Malaysia membabitkan kawasan seluas 100 ekar yang mengandungi 1,560 unit rumah kluster.

"Setiap unit rumah berkeluasan 720 kaki persegi ini yang mempunyai dua bilik tidur, dua bilik mandi, ruang tamu dan dapur akan dijual pada harga antara RM60,000 dan RM72,000.

"Taman ini akan turut mengandungi sebuah masjid, kuil, balai raya, tadika dan kawasan lapang untuk tujuan riadah dan projek dijangka siap dalam tempoh 24 bulan," katanya.

Mohd. Ali yang juga Pengerusi Yayasan Melaka berkata demikian pada Majlis Pelancaran dan Pecah Tanah Taman 1 Malaysia di Aair Merbau, di sini hari ini.

Hadir sama Timbalan Pengerusi Yayasan Melaka, Datuk Tahir Hasan dan Pengurus Besar Yayasan Melaka Sharabuddin Kudus.

Menurut Mohd. Ali, di samping itu, sebanyak 114 unit rumah teres kos sederhana rendah berkeluasan 20 kaki X 60 kaki akan turut dibina dan dijual pada harga RM90,000 sebuah.

Turut dibina, menurut beliau ialah 19 unit kedai satu tingkat bersaiz 20 kaki X 65 kaki dan setiap sebuah dijual pada harga RM145,000.

"Antara kemudahan lain yang disediakan di Taman 1 Malaysia ialah sebuah sekolah rendah Kebangsaan, dan sekolah rendah jenis Kebangsaan Tamil.

"Matlamat utama projek ini adalah memberi peluang kepada semua kaum khasnya di kawasan Air Merbau ini memiliki sebuah rumah yang sempurna dan lengkap dengan pelbagai kemudahan asas," katanya.

Tambahnya, usaha itu juga selaras dengan hasrat kerajaan negeri untuk merapatkan jurang kemajuan antara masyarakat bandar dengan luar bandar.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Utusan Online - Dalam Negeri

Posted: 26 Feb 2011 03:32 AM PST

Utusan Online - Dalam Negeri


Bantuan guaman bela rakyat

Posted:

Bantuan guaman bela rakyat

Bantuan guaman bela rakyat

Oleh HASHNAN ABDULLAH
dan NAZMIL NASIRUDIN
pengarang@utusan.com.my


Najib Tun Razak bersama Panel Penilaian Operasi, Perundingan dan Pencegahan Rasuah yang baru dilantik di Putrajaya, semalam. Turut hadir Abu Kassim Mohamed (enam dari kanan). – BERNAMA


PUTRAJAYA 25 Feb. – Perdana Menteri hari ini melancarkan Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK) yang diwujudkan untuk menyediakan bantuan guaman dan khidmat nasihat kepada semua warganegara tempatan berpendapatan bawah RM25,000 setahun.

Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, inisiatif kerajaan bersama Majlis Peguam itu penting dalam memenuhi hasrat kerajaan untuk memastikan keadilan dinikmati semua rakyat Malaysia tanpa mengira latar belakang yang menghadapi masalah perundangan.

Beliau berkata, ia juga sejajar dengan apa yang dimaklumkan bahawa lebih kurang 80 peratus orang kena tuduh (OKT) dalam kes jenayah tidak mempunyai peguam kerana tidak berkemampuan untuk membayar yuran yang tinggi.

"Keadilan merupakan prasyarat kepada negara dan rakyat yang maju dan berjaya," katanya ketika berucap melancarkan yayasan tersebut di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya di sini, hari ini.

Turut hadir, Menteri Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz, Ketua Hakim Negara, Tun Zaki Tun Azmi, Abdul Gani dan Ragunath.

Yayasan itu mengandungi 12 anggota lembaga pengarah dipengerusikan oleh Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail dan Presiden Majlis Peguam, K. Ragunath menjadi Timbalan Pengerusi.

YBGK akan membantu golongan kurang berkemampuan mendapatkan pembelaan ketika seseorang individu itu ditangkap, ditahan atau dituduh dengan kesalahan jenayah dengan caj bayaran yang minimum.

Yayasan itu bukanlah sebuah agensi kerajaan tetapi ia merupakan entiti berbentuk syarikat khairat yang bebas dan neutral dalam melaksanakan tugasnya.

Firma guaman Tetuan Shearn Delamore & Co telah bersetuju untuk berperanan sebagai setiausaha syarikat secara percuma kepada YBGK.

Najib memberitahu, sebagai tanda sokongan padu dalam menegakkan keadilan, kerajaan bersetuju untuk memberi geran pelancaran sebanyak RM5 juta kepada yayasan tersebut.

"Saya ingin menyatakan di sini, peruntukan kewangan tidak seharusnya menjadi kekangan untuk mendapatkan keadilan. Justeru, jika tidak mencukupi, kita akan berusaha untuk mencari sumber kewangan tambahan.

"Penubuhan yayasan tersebut bukanlah bermakna kerajaan hendak membela golongan penjenayah tetapi bagi memastikan semua OKT dapat menjalani perbicaraan di mahkamah dengan penuh keadilan dan ketelusan," katanya.

Mengulas lanjut berhubung yayasan itu, Perdana Menteri berkata, peguam-peguam yang menjadi panel YBGK akan memberi perkhidmatan dengan bayaran yang minimum.

"Bagaimanapun, bantuan tidak meliputi kesalahan yang membawa hukuman mati kerana Mahkamah Tinggi akan melantik peguam untuk mewakili tertuduh yang tidak mempunyai peguam," katanya.

Mengenai kerjasama antara YBGK dan agensi penguatkuasaan yang termeterai menerusi Memorandum Persefahaman yang ditandatangani dan disaksikan beliau, Najib berkata, langkah itu bagi memastikan keberkesanan YBGK.

"Apabila seseorang ditangkap atas kesalahan jenayah, adalah menjadi tanggungjawab pihak PDRM (Polis Diraja Malaysia) dan agensi penguatkuasaan lain untuk menghubungi peguam panel YBGK melainkan jika orang yang ditangkap itu hendak mengupah peguamnya sendiri," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Rakyat tidak terpengaruh 'revolusi' di Asia Barat

Posted:

Rakyat tidak terpengaruh 'revolusi' di Asia Barat

Rakyat tidak terpengaruh 'revolusi' di Asia Barat

KUALA LUMPUR 25 Feb. - Sokongan dan keyakinan rakyat terhadap kerajaan Barisan Nasional (BN) semakin meningkat dan mereka tidak terpengaruh dengan revolusi yang melanda Asia Barat sehingga mengancam beberapa buah kerajaan di rantau itu.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, sokongan dan keyakinan itu terbukti apabila undi majoriti yang diterima BN semasa Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang baru-baru ini meningkat hampir 50 peratus berbanding pada 2008.

Meskipun begitu Najib berkata, BN tidak memandang ringan mengenai cabaran politik sebaliknya akan terus mengekalkan sikap proaktif bagi memastikan jentera parti di semua peringkat diperkemaskan dan pada masa sama beliau mahu lebih banyak kelemahan diatasi.

"Kerajaan mengambil kira perkembangan semasa di dalam dan luar negara. Pada umumnya kita ambil maklum bahawa keadaan semasa semakin menjurus kepada keyakinan rakyat yang semakin bertambah kepada kerajaan dan BN," katanya.

Beliau yang juga Presiden UMNO berkata demikian selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO di Menara Dato' Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini.

Hadir sama, timbalan beliau, Tan Sri Muhyiddin Yassin; Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dan Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal serta Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

Dalam pada itu, Perdana Menteri berkata, kerajaan mengambil iktibar terhadap revolusi yang berlaku di Asia Barat dengan memandang serius suara orang muda kerana sedar golongan tersebut mempunyai tenaga untuk menggulingkan sesebuah kerajaan.

Katanya, apa yang berlaku di Asia Barat adalah manifestasi tidak puas hati golongan muda apabila masalah fundamental seperti tiada peluang pekerjaan, tiada prospek masa depan, tiada pembangunan dan pembaharuan serta saluran untuk menyuarakan kehendak tidak disediakan kerajaan.

Bagaimanapun, tegasnya, keadaan di rantau itu tidak sama dengan Malaysia apabila kerajaan BN melakukan perubahan sebaik mungkin untuk kesejahteraan rakyat dan ia terbukti apabila ekonomi negara bagi 2010 tumbuh pada kadar 7.2 peratus.

Mengenai Pilihan Raya Kecil DUN Kerdau dan Merlimau, Najib yakin pola sokongan pengundi terhadap BN akan semakin meningkat kerana parti itu telah melakukan persiapan rapi untuk memenangi hati dan fikiran rakyat di kedua-dua kawasan itu.

"Segala persiapan menghadapi pilihan raya kecil telah dilakukan dan setiap badan perhubungan negeri termasuk sayap-sayap UMNO sudah memberi komitmen untuk turun membantu calon BN mencapai kejayaan yang lebih besar.

"Jentera kita juga lancar dan tiada banyak masalah dalaman. Jika ada pada peringkat awal pun, ia sudah diselesaikan dan dengan ini kita akan memberi tumpuan kepada kerja-kerja untuk memenangi hati serta fikiran pengundi di kedua-dua kawasan tersebut," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tarikh mula pengajian 12 Mac

Posted:

Tarikh mula pengajian 12 Mac

Tarikh mula pengajian 12 Mac

Oleh MUZDALIFAH MUSTAPHA
pengarang@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 25 Feb. - Kementerian Pengajian Tinggi dan kerajaan Mesir hari ini menetapkan tarikh kemasukan semula para penuntut Malaysia ke universiti-universiti di negara itu adalah bermula 12 Mac ini sehingga 8 April depan.

Menteri berkenaan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin (gambar) berkata, Universiti Kaherah merupakan antara universiti terawal menerima kemasukan semula penuntut khususnya bagi kursus perubatan apabila akan memulakan pengajian pada 12 Mac ini.

Menurutnya, turut memulakan pengajian pada tarikh yang sama ialah penuntut perempuan bagi kursus pergigian pradental.

"Penetapan tarikh tersebut dicapai selepas pasukan kementerian yang dianggotai wakil akademik, wakil kebajikan pelajar dari Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan Mara mengadakan perbincangan dengan kerajaan Mesir sejak 19 Februari lalu sehingga semalam," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Mohamed Khaled seterusnya memaklumkan, bagi universiti yang akan memulakan pengajian pada 15 Mac 2011 pula terdiri daripada Universiti Mansurah bagi kursus perubatan tahun empat, lima dan enam dan Universiti Tanta bagi kursus perubatan dan pergigian.

Selain itu, kata beliau, Universiti Zagazig bagi kursus perubatan dan farmasi, Universiti Ain Shams bagi kursus perubatan dan Universiti Al-Azhar bagi kursus perubatan dan pergigian.

Sementara itu, katanya, universiti yang akan memulakan pengajian pada 17 Mac depan pula hanya penuntut farmasi tahun satu dan dua iaitu dari Universiti Iskandariah.

Menurut beliau, universiti yang akan memulakan pengajian pada 19 Mac pula ialah Universiti Iskandariah bagi kursus perubatan tahun empat, lima dan enam, Universiti Mansurah untuk kursus perubatan tahun satu, dua dan tiga serta Universiti Mansurah bagi kursus pergigian dan farmasi.

"Bagi penuntut perubatan tahun satu, dua dan tiga dari Universiti Iskandariah pula, mereka akan memulakan pengajian pada 26 Mac manakala penuntut pergigian tahun satu dan dua akan memulakan kuliah pada 2 April ini," katanya.

Dalam perkembangan sama, Mohamed Khaled memberitahu, penuntut kursus pengajian Islam dari Universiti Al-Azhar untuk semua tahun termasuk matrikulasi dan kelas persediaan bahasa pula diminta mendaftar semula selewat-lewatnya pada 8 April 2011.

Beliau, bagaimanapun berkata, penuntut masih diminta menunggu pengumuman daripada Majlis Keselamatan Negara (MKN) mengenai tahap keselamatan di Mesir bagi membolehkan mereka kembali ke negara itu.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Utusan Online - Utara

Posted: 26 Feb 2011 03:30 AM PST

Utusan Online - Utara


Pusat urut milik orang buta

Posted:

Pusat urut milik orang buta

Pusat urut milik orang buta

Oleh ROKIAH ABDULLAH
rokiah.abdullah@utusan.com.my.


Haszemee Abdul Hamid (tengah) memastikan pekerjanya memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada pelanggan yang datang ke pusat urutnya di Arroma Foot Reflewology & Tradisional Massage Centre , Bukit Mertajam, Pulau Pinang, baru-baru ini. – utusan/Zhafaran Nasib


PULAU PINANG 25 Feb. – Haszemee Abdul Hamid, 38, ingin berdikari seperti orang lain walaupun tergolong dalam kumpulan orang kurang upaya (OKU). Dia tidak mahu OKU sepertinya terus dipandang hina dan dilabelkan sebagai insan yang menyusahkan orang lain dan tidak mempunyai masa depan.

Bagi Haszemee yang berasal dari Alor Setar, Kedah, kecacatan bukanlah penghalang untuknya terus memajukan diri.

Katanya, selagi nafas belum terhenti, selagi ada kudrat diberi, apa pun akan lakukan dengan semangat dan ketabahan.

Dengan tekad dan azam itu, dia membuka pusat perniagaan urut refleksologi, Aroma Reflexology & Tradisional Massage Centre yang diusahakannya di sebuah bangunan yang disewa di Bandar Perda, Bukit Mertajam di sini.

Katanya, yang berpengalaman hampir lapan tahun dalam bidang urutan dan mempunyai sijil dalam bidang tersebut, perkhidmatan urut semakin mendapat tempat di kalangan masyarakat kerana kesedaran mereka dalam aspek penjagaan kesihatan.

Melihat kepada potensi dan peluang yang ada itu, dia yang dulunya hanya bertindak sebagai pekerja kini membuka Aroma Reflexology dengan bermodalkan RM40,000 hasil wang simpanannya, setahun setengah yang lalu.

Berbeza dengan kebanyakan rumah urut lain yang menggunakan gadis-gadis jelita sebagai tukang urut, pusat perkhidmatan urut miliknya itu menawarkan tukang-tukang urut yang kaya dengan pengalaman.

Semua tukang urut berkenaan terdiri daripada golongan cacat penglihatan yang masih muda.

''Setakat ini, saya mempunyai enam orang tukang urut iaitu dua perempuan dan empat lelaki. Kesemua mereka sebenarnya adalah bekas anak murid saya di Pertubuhan Orang Buta Malaysia.

''Mereka berkebolehan mengurut di seluruh badan dan bahagian tertentu mengikut kehendak pelanggan. Selain itu, kami juga menyediakan urutan untuk mereka yang terseliuh dan perempuan dalam pantang," katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Menurut Haszemee, pusat urut miliknya itu menyediakan dua bilik rawatan yang menempatkan empat katil untuk lelaki dan tiga katil untuk perempuan selain ruang menunggu untuk pelanggan.

Beliau turut menyediakan dua bilik untuk dijadikan tempat tinggal kesemua pekerjanya di premis berkenaan.

Katanya, tindakan itu dibuat untuk memudahkan urusan mereka seharian dan mengelakkan berlakunya kejadian tidak diingini sewaktu mereka pulang atau datang bekerja.

''Mereka ini datang dari Selangor, Kedah dan Kelantan selain penduduk tempatan. Jika menyewa, saya risau ada antara mereka ditimpa musibah seperti kemalangan atau jatuh,'' katanya.

Menceritakan sejarah awal penubuhan pusat urut itu, Haszemee berkata, ia dibuka pada 2010 dan sambutan yang diterima amat berkurangan menyebabkan mereka terpaksa mengurut di karnival dan ekspo yang diadakan di negeri itu.

Namun, katanya, dia dan pekerjanya tidak pernah patah semangat dan terus cuba mempromosikan pusat urut itu kepada orang ramai

''Alhamdulillah, ketika ini, pelanggan makin ramai. Waktu yang paling sibuk sebelah petang kerana kebanyakan pelanggan datang selepas habis waktu bekerja.

''Saya amat berharap pusat ini semakin bertambah maju dan menggaji lebih ramai golongan OKU. Saya mahu taraf hidup insan seperti kami ditingkatkan sama seperti orang lain dan berdaya saing," katanya.

Sementara itu, tukang urut, Norazura Aatree, 24, berasal dari Selangor berkata, beliau amat seronok dapat bekerja di Aroma Reflexology & Tradisional Massage Centre.

Katanya, peluang yang diberikan untuk berdikari tidak akan dipersia-siakan.

''Dulu, keluarga tidak percaya saya yang cacat ini boleh bekerja dan mendapat pendapatan sendiri.

''Setelah melihat saya belajar dan kemudiannya bekerja, mereka gembira dan tidak lagi memandang rendah terhadap saya. Saya harap lebih ramai OKU diberi peluang sebegini supaya mereka dapat berdikari," katanya.

Samsul Rizahi Mat Ripin, 25, dari Kelantan dan Khayfullah Ismail, 30, pula telah setahun bekerja di pusat urut tersebut.

''Setakat ini, tiada pelanggan yang mengadu. Semuanya nampak berpuas hati dan ada antara mereka telah menjadi pelanggan tetap di pusat ini.

''Kami harap lebih ramai pelanggan yang akan datang kerana pakej yang disediakan di sini sangat berpatutan," katanya.

Aroma Reflexology & Tradisional Massage Centre yang dibuka dari 10 pagi hingga 11 malam itu menawarkan pakej urut seluruh badan dan urut bersukan pada harga RM35 sejam manakala RM25 bagi urutan refleksologi dan bahagian tertentu.

Mereka yang berminat untuk membuat temu janji boleh menghubungi Haszemee di talian 04-5372535 atau pergi terus ke Aroma Reflexology & Tradisional Massage Centre, 12-A Tingkat 1, Bandar Perda, Bukit Mertajam, Seberang Perai dekat sini.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Sepiah lega rumah dilanda ribut dibaiki

Posted:

Sepiah lega rumah dilanda ribut dibaiki

Sepiah lega rumah dilanda ribut dibaiki

Oleh OPAT RATTANACHOT
uspetani@utusan.com.my


NOR Azam Abdul Ghazali (tengah) memerhatikan keadaan rumah Sepiah Taherang (kanan) yang rosak akibat dipukul ribut di Kampung Permatang Pasir, Bandar Baharu, Kedah, baru-baru ini


BANDAR BAHARU 25 Feb. - Ibarat seorang buta tanpa tongkat, begitulah nasib seorang ibu tunggal, Sepiah Taherang dari Kampung Permatang Pasir dekat sini apabila kehilangan tempat berteduh setelah rumahnya rosak dipukul ribut, Sabtu lalu.

Lebih menyedihkan, Sepiah, 66, yang kematian suami dan kini tinggal seorang diri tidak mampu memperbaiki bumbung rumahnya kerana perlu mendahulukan soal makan minum dan keperluan hariannya.

Sepanjang rumahnya rosak, dia menagih simpati dengan menumpang di rumah sanak-saudara dan jiran.

Kepayahan Sepah berakhir apabila menerima kunjungan Naib Ketua Pemuda UMNO Bahagian Kulim/Bandar Baharu, Nor Azam Abdul Ghazali kelmarin.

Nor Azam bersama para pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) daerah berjanji akan membantu menyelesaikan masalah berkenaan.

"Saya bersyukur dengan bantuan yang dihulurkan, kalau saya kumpul duit sendiri untuk baiki rumah ini memang tidak mampu. Oleh itu, bantuan yang diberikan besar ertinya bagi saya," katanya di sini.

Dalam kejadian Sabtu lalu, tiga rumah termasuk milik Sepiah dan sebuah surau di Kampung Permatang Pasir rosak teruk akibat dipukul ribut.

Bagaimanapun, tiada kemalangan jiwa atau kecederaan dilaporkan dalam kejadian kira-kira pukul 5 petang itu.

Sepiah memberitahu, kejadian berkenaan berlaku semasa dia sedang bersiap untuk menunaikan solat asar di ruang tamu rumahnya.

"Tiba-tiba angin kuat melanda, habis bumbung rumah saya diterbangkan. Saya terpaksa lari ke bahagian dapur untuk selamatkan diri. Syukurlah saya terselamat," katanya.

Sementara itu Nor Azam berkata, Pusat Khidmat Barisan Nasional Parlimen Kulim/Bandar Baharu akan menghulurkan bantuan sewajarnya kepada Sepiah dan mangsa lain melalui JKM.

"Selain itu, kita juga telah memanjangkan perkara berkenaan kepada Pejabat Pembangunan Negeri (PPN) untuk tindakan susulan dan kita jangka kerja-kerja membaik pulih dilakukan secepat mungkin," jelasnya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Bina hotel wakaf di Perlis

Posted:

Bina hotel wakaf di Perlis

Bina hotel wakaf di Perlis

Oleh MARZITA ABDULLAH
utusansabah@utusan.com.my


TUANKU Syed Faizuddin Putra Jamalullail menanggalkan pelekat plak mercu tanda Bazar Wakaf Rakyat pada majlis perasmian wakaf itu di ruang legar Masjid Sungai Adam, Jejawi, Kangar, semalam.


KANGAR 25 Feb. – Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah supaya sebuah hotel wakaf setinggi tujuh tingkat dapat dibina di negeri ini melalui Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK-10).

Baginda bertitah, pembinaan hotel tersebut menyumbang kepada pembangunan negeri ini dan akan menjadi mercu tanda baru selain menjana pendapatan untuk Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs).

"Saya amat berharap dalam RMK-10 satu lagi perkembangan baru kepada pembangunan Perlis akan wujud jika sebuah hotel wakaf dapat dilulus dan dilaksanakan," titah baginda.

Baginda bertitah demikian pada majlis perasmian Bazar Wakaf Rakyat MAIPs yang turut dihadiri oleh Naib Pengerusi Yayasan Waqaf Malaysia (YWM), Datuk Sohaimi Mohd. Salleh dan Pengerusi Jawatankuasa Agama Islam, Hadhari dan Pembangunan As-Sunnah Perlis, Jefperi Othman di ruang legar Masjid Sungai Adam, Jejawi di sini, hari ini.

Baginda turut menitahkan agar pihak jawatankuasa masjid yang terlibat dalam program wakaf itu berusaha keras menjaga dan menguruskannya dengan sebaik mungkin selain menjaga kesucian tanah wakaf dan masjid.

"Hasil sewa yang diterima hendaklah digunakan untuk melaksanakan pelbagai aktiviti bermanfaat terutama yang boleh meningkatkan ilmu pengetahuan anak kariah masing-masing," titah baginda.

Baginda bertitah, pembinaan bazar berhampiran masjid turut memberi keuntungan kepada anak-anak kariah melalui aktiviti jual beli barangan dan ingatan terhadap masjid dengan solat berjemaah.

Titah baginda, melalui RMK-9, negeri ini telah mendapat peruntukan sebanyak RM4 juta untuk membina lapan unit kedai teres dua tingkat di kawasan Bohor Lalang, Utan Aji, di sini.

"Dengan adanya bangunan kedai di kawasan tersebut maka akan wujud satu suasana perniagaan yang baru yang boleh memberi manfaat kepada para nelayan dan pengusaha kecil bagi memasarkan hasil mereka kelak," titah baginda.

Sementara itu, Sohaimi berkata, menerusi bajet 2010, YWM telah memperuntukkan RM1.1 juta untuk pembangunan hartanah wakaf di negeri ini termasuk membangunkan Bazar Wakaf Rakyat yang kesemuanya terdiri daripada 27 unit gerai.

Katanya, selain bazar di Masjid Sungai Adam yang terdiri daripada lima unit gerai, Masjid Al-Barakah, Jelempok, Arau (5), Masjid Tun Abd. Razak, Repoh ( 2), Masjid Al-Ariffin, Padang Katong (5), Masjid Putra, Simpang Empat (5) dan lima unit lagi di Masjid Amir Fawwaz, Sungai Baru.

Dalam pada itu, pada majlis yang sama Felcra Berhad dan Koperasi Peserta Rancangan Felcra Lubuk Sireh Perlis Berhad menyumbangkan zakat masing-masing berjumlah RM162,801.54 dan RM13,000.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Utusan Online - Timur

Posted: 26 Feb 2011 01:28 AM PST

Utusan Online - Timur


Abdul Manan kumpul 3,000 bilah kacip

Posted:

Abdul Manan kumpul 3,000 bilah kacip

Abdul Manan kumpul 3,000 bilah kacip

Oleh FAUZI MOHD.
utusanterengganu@utusan.com.my


Dr. Abdul Manan Embong bersama sebahagian kacip sireh yang dikumpul dari pelbagai negara di rumahnya di Kampung Bukit Besar, Kuala Terengganu. – utusan/ Fauzi Mohd.


KUALA TERENGGANU 25 Feb. – Sirih pinang pada masa silam berperanan penting dalam pelbagai suasana, termasuk upacara melibatkan kehidupan masyarakat Melayu dan Nusantara yang bersalut dengan adat istiadat dan kepercayaan.

Bukan sahaja untuk dikunyah sewaktu santai atau keramaian, ia menjadi penyeri terutama bagi majlis-majlis Melayu seperti perkahwinan sehinggalah kepada penggunaan dalam rawatan kecantikan, perubatan tradisi yang masih diwarisi dan amalan mistik.

Ia tersusun dan diatur dalam tepak dengan komponennya seperti ruang menyisip sireh, kacip bagi menghiris pinang, gobek untuk melumatkannya dan cembul untuk menyimpan ramuan sirih seperti pinang, gambir, tembakau, cengkih dan kapur di samping ketur.

Bagi pakar etnologi tempatan, Dr. Abdul Manan Embong, 58, semua itu merupakan salah satu bidang tumpuan yang bertujuan mengkaji kebudayaan dan tradisi masyarakat atau bangsa.

Ia mendorongnya menjengah ke beberapa negara untuk meneliti persamaan dan perbezaan, mengkaji makna di sebalik peranan sireh dan pinang, reka bentuk, motif dan corak pembuatan serta logam yang digunakan bagi alatan tepak.

Dr. Abdul Manan lebih tertarik dengan keunikan kacip dan menyedari alatan itu akan hilang sejajar dengan perubahan zaman, maka, sejak awal 1980-an beliau berusaha mengumpulkannya.

Katanya, kacip merupakan khazanah penting dalam kehidupan masyarakat kita termasuk dalam pelbagai upacara adat resam Melayu.

Baginya, kacip turut menjadi simbol kepada rantaian budaya serantau, namun, menyedari tiada yang memberi perhatian serius dalam soal itu, beliau merasakan perlu baginya untuk menyelamatkan khazanah itu.

''Saya membelinya dengan harga RM30 hingga RM400 sebilah dan sedang menyiapkan katalog mengenainya untuk kemudahan orang ramai," ujarnya.

Sedikit demi sedikit beliau mengumpulkannya dan sehingga kini memiliki 3,000 bilah termasuk dari India di samping Indonesia, Filipina, Kemboja, China, Vietnam, Thailand dan juga Malaysia.

Melalui bilah-bilah kacip sama ada untuk kegunaan harian atau hiasan, katanya, seseorang dapat menyelami identiti dan citra budaya dengan kehalusan dan keunikan seni ukiran serta kreativiti rekaan.

Ada yang usianya menjangkau 300 tahun dan ia menjadi pelengkap kepada muzium mini miliknya di kediamannya di Bukit Besar, dekat sini. Di muzium itu turut dipamerkan peralatan warisan seperti kukuran, tempayan dan senjata seperti keris dan lembing.

''Kacip merupakan alat yang terdiri daripada bilah tajam yang bergerak dan bahagian tumpul yang berfungsi seperti pisau pemotong isi buah pinang dan juga ubat-ubatan tradisional yang terdiri dari tumbuh-tumbuhan.

"Kacip diperbuat daripada logam keras yang ditempa dan dibentuk dengan menggunakan besi, tembaga atau perak dan kebanyakan bentuk kacip serupa, mempunyai dua bilah mata yang bertaut dan mempunyai hulu atau tangkai di kedua-dua bilahnya," katanya.

Beliau yang telah menjelajah lebih 15 buah negara hanya kerana kacip berkata, alat itu amat unik iaitu di bahagian muncung serta badan menyerupai kepala binatang termasuklah kuda, kerbau, gajah, monyet, burung, ayam, manusia atau dewa.

Katanya, terdapat juga kacip yang diukir dengan motif flora pada tangkai dan badannya dengan menggunakan salutan perak atau emas sebagai simbol status kehidupan seorang atau peri penting nilai upacara.

"Kacip juga dikenali jenisnya iaitu jantan dan betina serta ada juga yang tiada ketentuan jenis dengan pelbagai bentuk segi atau kebulat-bulatan dengan kacip jantan memaparkan kesegakkan rupa paras atau berbalung dan kacip betina pula tidak begitu menarik.

"Di dalam sesebuah tepak sirih, kacip disusun bersebelahan dengan daun sirih yang tersusun rapi dan ia merupakan perkakasan penting selain gobek bagi melengkapkan kesempurnaan sebuah tepak sirih," katanya.

Masyarakat Melayu negara ini menamakannya sebagai kacip dan di Indonesia pula disebut sebagai 'caket' terutama masyarakat Bali dan di India katanya, terdapat 21 jenis kacip yang dipanggil dengan pelbagai nama seperti 'adakottu', 'adekitta' atau 'serota' dan ada juga memanggilnya 'yanti' atau 'sudo'.

Sepanjang lebih 30 tahun kajiannya, di Indonesia terdapat 17 jenis, Filipina (5), Kemboja (4), Sri Lanka (2) dan Vietnam, Malaysia serta Thailand masing-masing 3 jenis mengikut daerah dan kelas masyarakat.

Beliau yang berkelulusan dalam bidang Etnologi dari Universiti Gajahmada, Indonesia memberitahu, bahan yang dikumpulkan turut diketengahkan dalam pameran dalam dan luar negara.

"Sebelum ini, saya telah menyertai pelbagai pameran yang dianjurkan di Malaysia, Brunei, Indonesia dan Thailand dengan memaparkan pelbagai koleksi kacip sireh yang dikumpul," katanya.

Beliau menarik perhatian, dalam masyarakat Melayu katanya, kacip juga dijadikan sebagai perkakasan penting dalam pelbagai upacara adat resam, misalnya dalam adat melenggang perut ia digunakan sebagai prasyarat perkakasan yang diperlukan.

"Ketika bayi yang baru lahir, kacip diletakkan di bahagian atas kepala ketika tidur atau di bawah bantal bayi tersebut. Mengikut kepercayaan ia menjauhkan dari sebarang gangguan makhluk halus," katanya.

Dalam amalan meraikan tetamu, kacip dihulur kepada tetamu bagi menyiapkan sendiri ramuan sireh supaya mereka tidak terasa janggal dan kekok.

Dalam tepak, sirih dilipat bersisip antara satu sama lain dan disamakan tangkainya serta disusun dalam satu baris bagi menunjukkan tertib ketika mengapur sirih dan juga mengelak tanggapan kurang sopan dan tidak menghormati tetamu.

Bagi mendahului upacara merisik, tunang dan nikah, masyarakat Melayu silam menggunakan tepak sirih sebagai pembuka kata serta 'kepala' atau ibu kepada barang hantaran untuk majlis pertunangan dan pernikahan yang lain.

''Semua ini sebahagian daripada gambaran rumpun masyarakat Melayu nusantara yang begitu kaya dengan nilai sopan-santun serta citra budaya dalam kehidupan seharian," ujarnya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Rolls Royce kenderaan rasmi Agong dipamer

Posted:

Rolls Royce kenderaan rasmi Agong dipamer

Rolls Royce kenderaan rasmi Agong dipamer

Oleh ASMA HANIM MAHMOOD
utusankelantan@utusan.com.my


Kereta rasmi Agong pertama hingga keenam, Rolls Royce Silver Wraith yang dipamer bersama kereta Rolls Royce Silver Spur di pekarangan Muzium Negeri Kelantan di Kota Bharu.


KOTA BHARU 25 Feb. - Tahukah anda apakah kenderaan rasmi yang pernah digunakan oleh Yang di-Pertuan Agong pertama Almarhum Tuanku Abdul Rahman Ibni Almarhum Tuanku Muhammad?

Bagi yang ingin mengetahuinya, mereka kini berpeluang untuk melihat secara dekat kenderaan tersebut yang dipamerkan di pekarangan Muzium Negeri di sini.

Kereta Rolls Royce Silver Wraith buatan Syarikat Rolls Royce Ltd. dari Britain itu pernah digunakan Almarhum Tuanku Abdul Rahman sehingga Yang di-Pertuan Agong keenam, Almarhum Sultan Yahya Petra Ibni Almarhum Sultan Ibrahim Petra.

Kenderaan itu dibeli oleh kerajaan selepas kemerdekaan negara dan mula digunakan dari 1958 sehinggalah giliran Almarhum Sultan Yahya Petra sebagai Yang di-Pertuan Agong yang kemudiannya mangkat pada 29 Mac 1979.

Kereta buatan tangan ini dikeluarkan syarikat pembuatnya antara tahun 1946 sehingga 1959 dan merupakan jenis Rolls Royce pertama dikeluarkan selepas zaman perang.

Pengarah Perbadanan Muzium Negeri Kelantan (PMNK), Abdul Rahman Abdullah berkata, pihak muzium membeli kereta itu daripada Jabatan Kerja Raya (JKR), Kuala Lumpur pada 19 Julai 1985.

"Harta kerajaan yang tidak digunakan umumnya akan ditawar untuk dijual melalui prosedur pelupusan aset kerajaan dan memikirkan nilai sejarah yang ada pada kereta ini, pihak PMNK ketika itu yang diterajui pengarah pertama, Wan Ali Wan Ahmad, mengambil keputusan untuk membelinya.

"Ia berdasarkan faktor Yang di-Pertuan Agong terakhir yang menggunakan Rolls Royce Silver Wraith tersebut adalah Sultan Kelantan, maka sewajarnya pihak muzium negeri ini sendirilah yang mengambil inisiatif untuk memilikinya.

"Kami merasa amat bertuah dapat mempamerkannya kerana ia bukan sahaja sesuatu yang berkait dengan penduduk Kelantan tetapi mempunyai kaitan dengan sejarah awal negara apabila pernah digunakan sebagai kenderaan rasmi sejak daripada Agong pertama lagi," katanya kepada Utusan Malaysia ketika ditemui di sini, baru-baru ini.

Kereta berwarna krim dengan ukuran panjang 5.48 meter, tinggi 1.89 meter dan lebar 1.87 meter itu dipamerkan di pekarangan kiri hadapan Muzium Negeri dan boleh disaksikan pengunjung secara percuma.

Ia dipamerkan bersama dengan kereta Rolls Royce Silver Spur keluaran 1980 yang pernah digunakan bekas Sultan Kelantan, Sultan Ismail Petra dan kerabat baginda.

Menurut Abdul Rahman, kereta Rolls Royce Silver Wraith dengan plet asal 'BE 5638' itu dibawa pulang dari Bengkel Persekutuan JKR di Jalan Cheras, Kuala Lumpur ke Kelantan pada Julai 1985 menggunakan treler.

Abdul Rahman berkata, walaupun masih boleh digunakan, kereta dengan enjin yang dibina khusus untuk negara beriklim sejuk itu agak sensitif dengan cuaca panas dan perlukan kepada penyelenggaraan semula terutama kepada bahagian bateri jika mahu digerakkan atas jalan.

Katanya, sebelum ini kereta dengan kapasiti enjin 4,887 kuasa kuda itu biasanya akan dipandu pada majlis perarakan sempena keputeraan Sultan Kelantan dan menjadi kereta utama yang diletakkan di hadapan konvoi kenderaan lain.

Menyingkap mengenai sejarahnya, Abdul Rahman berkata, sewaktu pembelian daripada syarikat Rolls Royce Ltd London pada 6 Ogos 1958, nilai yang dibayar ketika itu oleh kerajaan Malaysia adalah sebanyak RM52,447.66.

Beliau berkata, kereta dengan warna asal perak itu kemudiannya telah dicat semula dengan warna krim pada tahun 1965 dengan kos RM700 ketika itu.

Apa yang menarik, katanya, pada 1994, kereta itu pernah ditawar dengan harga RM1.2 juta oleh seorang ejen syarikat Rolls Royce.

Sementara itu, Penolong Pengarah (Pengurusan) PMNK, Abustarim Yaacob pula berkata, pembinaan sebuah galeri khas sedang dirancang untuk kereta Rolls Royce itu yang bakal dibina di Muzium Diraja.

Katanya, ia dirancang khusus sempena 'Pameran Raja Kita' yang akan berlangsung pada November ini sepanjang majlis sambutan keputeraan Sultan Kelantan.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Elak kena waran tangkap

Posted:

Elak kena waran tangkap

Elak kena waran tangkap

KOTA BHARU 25 Feb. – Jabatan Insolvensi Kelantan meminta individu yang diisytiharkan bankrap oleh mahkamah supaya memberi kerjasama kepada jabatan itu bagi mengelak dikenakan tindakan di bawah Akta Kebankrapan 1967.

Pengarahnya, Rohaiza Abd. Rahman berkata, pihaknya mendapati individu yang telah diisytiharkan bankrap sering mengelak untuk menghadiri sesi perbincangan dengan jabatan berkenaan walaupun notis mengenainya telah diserahkan.

Beliau berkata, selain tidak hadir sesi perbincangan, individu terbabit gagal membayar ansuran bulanan hutang yang ditetapkan dan tidak memfailkan penyata hal ehwal aset atau harta mereka seperti dikehendaki.

"Apabila individu tersebut mengelak daripada disiasat oleh jabatan bagi membolehkan fail pentadbiran dibuka (bayaran ansuran bulanan), ini bermakna dia menghina mahkamah dan waran tangkap boleh dikeluarkan.

"Sebagai contoh, kes seorang lelaki dari Kuala Krai yang gagal hadir sesi perbincangan sehingga terpaksa bermalam di lokap sementara menunggu bon jaminan sebanyak RM2,000 dibayar kepada mahkamah keesokan hari untuk pembebasannya," katanya di sini kelmarin.

Rohaiza berkata, banyak pihak sering menyalah anggap kewujudan Jabatan Insolvensi yang sebenarnya berfungsi membantu mereka yang berdepan dengan masalah bankrap.

Beliau berkata, di bawah peruntukan yang ada pihaknya akan memastikan individu terbabit atau sipemiutang tidak membuat apa-apa kesalahan dalam memberi maklumat mengenai kedudukan aset-aset mereka bagi membolehkan hutang dijelaskan.

Jelasnya, di bawah Seksyen 16(3) Akta Kebankrapan 1967 individu yang diisytiharkan bankrap dikehendaki memfailkan penyata hal ehwal asetnya sementara Seksyen 91(2) akta itu pula menghendaki mereka menjelaskan bayaran ansuran bulanan sementara Seksyen 28(1)(a) pula menghendaki mereka hadir ke jabatan bagi tujuan penyiasatan.

Rohaiza memberitahu, sehingga hari ini pihaknya telah memfailkan 29 kes ke atas individu terbabit di bawah ketiga-tiga peruntukan tersebut.

"Daripada jumlah itu, 10 kes dibicarakan dan empat waran tangkap dikeluarkan selepas plaintif gagal hadir ke mahkamah," katanya.

Katanya, dalam tempoh sama, pihaknya membuka 213 kertas siasatan membabitkan 19 kes tidak memfailkan penyata hal ehwal aset atau harta, 79 kes gagal membayar ansuran bulanan dan 133 kes lagi tidak hadir sesi perbincangan dengan jabatan.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Utusan Online - Muka Hadapan

Posted: 26 Feb 2011 01:25 AM PST

Utusan Online - Muka Hadapan


RM10.3b kekalkan RON95

Posted:

RM10.3b kekalkan RON95

RM10.3b kekalkan RON95

Oleh SAIFULIZAM MOHAMAD
dan MOHD. ASRON MUSTAPHA
pengarang@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 25 Feb. – Kerajaan tidak akan menaikkan harga petrol RON 95 buat masa ini walaupun harga minyak dunia meningkat ekoran pergolakan di beberapa negara di Asia Barat dan Afrika Utara.

Justeru Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak meminta rakyat supaya tidak bimbang kerana setiap tindakan kerajaan mengambil kira beban serta kos hidup yang dihadapi oleh mereka.

Untuk itu, katanya, kerajaan bersedia mengeluarkan sejumlah subsidi yang lebih besar bagi memastikan kos perbelanjaan harian rakyat boleh dikawal.

"Setiap keputusan yang kita buat akan mengambil kira beban kepada rakyat. Rakyat tetap menjadi keutamaan kita meskipun terpaksa mengeluarkan jumlah subsidi yang besar.

"Apa yang kita pentingkan sekarang ialah soal belanja atau kos hidup rakyat yang perlu kita kawal supaya kadar inflasi tidak meningkat. Setakat ini, kadarnya masih terkawal. Jika kadarnya tinggi ia akan menjadi satu sungutan di kalangan rakyat," katanya.

Beliau berkata demikian selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) UMNO di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika ditanya persediaan kerajaan mengenai kemungkinan berlaku kenaikan harga minyak dunia secara mendadak berikutan pergolakan di beberapa negara Asia Barat dan Afrika Utara seperti Mesir dan Libya.

Sebagai contoh, Libya telah menghentikan pengeluaran minyak secara perlahan-lahan sejak kelmarin ekoran syarikat minyak yang beroperasi di negara itu menutup kemudahan mereka selepas tunjuk perasaan di negara berkenaan berterusan.

Untuk rekod, harga semasa bagi RON 95 ialah RM1.90 seliter.

Mengulas isu itu Najib berkata, subsidi yang ditanggung oleh kerajaan buat masa ini berjumlah RM10.3 bilion.

"Dari segi bajet kita telah memperuntukkan subsidi sebanyak RM10.3 bilion untuk tahun ini dan jika tiada perubahan harga (minyak dunia), jumlah subsidi kita akan meningkat agak ketara.

"Namun subsidi ini tidak melibatkan RON 97 kerana ia berdasarkan harga minyak semasa," katanya lagi.

Mengenai bajet tambahan untuk subsidi sekiranya trend kenaikan minyak dunia terus berlaku beliau berkata, kerajaan akan melihat harga minyak semasa di pasaran dunia.

"Kita perlu lihat harga minyak semasa dunia kerana ia terumbang-ambing," ujarnya.

Dalam pada itu, Perdana Menteri percaya sekiranya keadaan di Asia Barat dan Afrika Utara reda dalam kadar segera, harga minyak dunia akan turun.

"Jika keadaan di Asia Barat reda dalam keadaan yang segera harga minyak pasti akan turun. Jika turun, harga RON 97 juga turun dan itu yang kita janjikan. Kita hanya kawal RON 95 serta produk yang lain seperti gas asli cecair (LPG) dan diesel," katanya lagi.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Libya kian tenat, rakyat kita dikeluarkan

Posted:

Libya kian tenat, rakyat kita dikeluarkan

Libya kian tenat, rakyat kita dikeluarkan


Orang awam mengusung keranda rakyat Libya yang dibunuh dalam pertempuran di Beghazi, kelmarin.



  • SERAMAI 131 rakyat Malaysia di Libya berjaya dibawa keluar dan diterbangkan melalui sebuah pesawat sewa khas yang mendarat di Tunis, Tunisia, pada kira-kira pukul 11.30 pagi (waktu Malaysia), semalam.
  • Askar Gaddafi menembak mati sekurang-kurangnya 100 penunjuk perasaan antikerajan di bandar Zawiya malam kelmarin.
  • Muammar Gaddafi tidak akan teragak-agak untuk menggunakan senjata biologi dan kimia apabila semakin banyak kawasan di negara ini jatuh ke tangan penunjuk perasaan antikerajaan.
  • Switzerland membekukan serta-merta aset Gaddafi dan penyokong kuatnya. Britian juga akan mengambil tindakan merampas aset Gaddafi bernilai berbilion pound yang disimpan di Eropah.
  • Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

    4 didakwa sebabkan kematian pekerja kafe siber

    Posted:

    4 didakwa sebabkan kematian pekerja kafe siber

    4 didakwa sebabkan kematian pekerja kafe siber

    PULAU PINANG 25 Feb. - Empat pengusaha aktiviti pantai 'beach boy' termasuk dua adik-beradik dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tuduhan menyebabkan kematian seorang pekerja kafe siber di Batu Feringghi pada pertengahan bulan ini.

    Mereka ialah Mohd. Shawal Ahmad, 23; Sahhar Mohd. Redzuan, 28; Muhamed Azlan Shah Mohamed Yusoof, 27; dan abangnya, Mohamed Alimshah Mohamed Yusoff, 31.

    Kesemua mereka yang memakai kemeja T dan berseluar pendek mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Sitarun Nisa Abdul Aziz.

    Keempat-empat tertuduh juga dilihat saling berpandangan antara satu sama lain sebelum masing-masing menggelengkan kepala selepas jurubahasa bertanyakan pengakuan mereka.

    Beberapa ahli keluarga dan rakan tertuduh turut hadir di mahkamah mengikuti prosiding kes tersebut hari ini.

    Mengikut pertuduhan, kesemua mereka didakwa telah menyebabkan kematian Mah Mun Zuen, 26, kira-kira pukul 2.15 pagi, 12 Februari lalu di hadapan Kedai Hasni Mini Market, Jalan Sungai di Baru Feringghi.

    Timbalan Pendakwa Raya, G. Jaya Prem mengemukakan pertuduhan mengikut Seksyen 304(a) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 30 tahun dan boleh dikenakan denda.

    Terdahulu, Jaya Prem menawarkan jaminan RM20,000 dengan seorang penjamin bagi setiap tertuduh.

    Bagaimanapun, ketika diberi peluang mengemukakan rayuan berhubung jumlah jaminan tersebut, kesemua tertuduh hanya menggelengkan kepala sambil berkata:

    "Tiada apa-apa. Ikut Puan."

    Sitarun Nisa kemudian membenarkan permohonan pihak pendakwa supaya setiap tertuduh dibebaskan dengan ikat jamin RM20,000 dengan seorang penjamin.

    Mereka juga dikehendaki melaporkan diri di balai polis berhampiran dengan tempat tinggal masing-masing sekali setiap minggu.

    Mengikut laporan akhbar, dalam kejadian tersebut, seorang pekerja kafe siber cedera parah diserang sekumpulan lelaki di Batu Feringghi dengan menggunakan topi keledar dan sebatang kayu.

    Ekoran kejadian itu, mangsa yang mengalami pendarahan teruk di kepala akibat terkena hentakan kuat dengan objek keras telah dihantar ke Unit Rawatan Kecemasan Hospital Pulau Pinang (HPP).

    Ekoran kejadian itu, lapan lelaki yang merupakan pengusaha aktiviti pantai 'beach boy' berusia antara 20-an dan 30-an telah berjaya ditahan polis tidak berapa lama selepas tiba di tempat kejadian.

    Selepas lima hari berada di HPP, mangsa meninggal dunia.

    Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

    Harian Metro: BeritaUtama

    Posted: 26 Feb 2011 01:06 AM PST

    Harian Metro: BeritaUtama


    Beratur panjang dalam kebun

    Posted: 25 Feb 2011 10:49 AM PST

    SEGAMAT: Harga getah yang melambung tinggi turut menyumbang kepada aktiviti maksiat apabila ada pelacur memindahkan operasi mereka ke stor usang di tengah kebun getah di pekan Jementah, di sini, untuk menawarkan khidmat seks kepada penoreh getah.

    Kegiatan itu terbongkar apabila polis menahan seorang wanita warga Indonesia diberi gelaran Nina Montok yang menawarkan pakej semurah RM50 untuk sekali langganan menyebabkan penoreh getah tempatan dan warga asing berkunjung ke stor itu tanpa mengira waktu.

    Tanpa segan silu, segelintir penoreh getah yang kemaruk seks beratur panjang menunggu giliran dan pada masa sama menyaksikan tayangan percuma rakan melakukan seks bersama wanita berusia 20-an itu.

    Ketua Polis Daerah Segamat, Superintendan Abd Majid Mohd Ali, berkata Nina Montok dipercayai menawarkan khidmat seks di kebun getah itu sejak beberapa hari lalu sebelum ia berakhir apabila polis menyerbu lokasi terbabit pada jam 10 malam kelmarin.


    "Ketika serbuan, wanita itu melayan seorang pelanggan manakala lima lelaki membabitkan dua warga tempatan dan tiga warga asing berada di tepi pondok berkenaan dipercayai menunggu giliran.


    "Kedua-dua lelaki tempatan terbabit yang berusia 42 dan 51 tahun serta semua warga asing yang berusia 22 hingga 40 ditahan untuk siasatan lanjut," katanya pada sidang media di pejabatnya di sini, semalam.

    Menurutnya, siasatan awal polis mendapati Nina Montok turut menghantar SMS secara rawak kepada beberapa penoreh getah di kebun berkenaan untuk mempromosi khidmat seksnya.

    Abd Majid berkata, polis turut menemui tiga peket kondom yang belum digunakan di dalam beg tangan wanita itu, telefon bimbit dan selain wang RM394 dipercayai hasil kegiatan pelacuran.

    "Pemeriksaan mendapati wanita itu masuk ke negara ini secara sah dan kes disiasat mengikut Seksyen 372B Kanun Keseksaan dan Seksyen 6 (1) (c) Akta Imigresen 1959/1963, sabit kesalahan boleh dipenjara tidak lebih satu tahun atau denda atau kedua-duanya sekali," katanya.

    Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

    Wanita pergi kerja mati

    Posted: 25 Feb 2011 10:40 AM PST

    JOHOR BAHRU: Seorang tukang cuci maut apabila tiga lelaki yang menunggang motosikal menghimpit motosikal diboncengnya dalam satu cubaan meragut di Jalan Skudai-Jalan Tun Razak di sini, semalam.

    Dalam kejadian kira-kira jam 6 pagi itu, R Alamelu, 52, mati di tempat kejadian selepas terjatuh dari motosikal yang ditunggang adik iparnya, D Ganesh, 36.

    Ketika kejadian, Ganesh dalam perjalanan menghantar mangsa ke Kompleks Imigresen, Kastam dan Kuarantin (KIK) Bangunan Sultan Ibrahim untuk berjumpa suaminya yang menaiki kenderaan berasingan sebelum mereka bersama-sama ke Singapura untuk bekerja.

    Difahamkan, Ganesh menyedari diekori sekumpulan lelaki dipercayai warga asing sebelum membelok ke stesen minyak di Jalan Padi, Bandar Baru Uda.


    Bagaimanapun, ketiga-tiga lelaki itu terus menghimpit motosikal ditunggangnya sebelum seorang daripada mereka cuba menarik beg pinggang dipakai mangsa.


    Tindakan itu menyebabkan mangsa terjatuh di atas jalan raya menyebabkan ketiga-tiga lelaki terbabit melarikan diri tanpa dapat meragut beg pinggang mangsa.

    Seorang saksi yang hanya mahu dikenali sebagai Kamil, 30-an berkata, akibat kejadian itu, kedua-dua mangsa terjatuh di atas jalan raya menyebabkan pengguna jalan raya lain memperlahankan kenderaan.

    "Pada awalnya saya menyangka ia hanya kemalangan biasa. Bagaimanapun, saya hanya mengetahui ia cubaan ragut selepas dimaklumkan mangsa. Ada pengguna jalan raya cuba mengejar tiga peragut itu tapi gagal," katanya.

    Menurut Kamil, pada waktu puncak, dianggarkan lebih 30,000 penunggang motosikal akan ke Tambak Johor melalui Jalan Skudai dan ketika itulah ada di kalangan peragut mengambil kesempatan menjalankan kegiatan.

    "Kami berharap polis mengambil perhatian berkaitan perkara ini dan lebih kerap mengadakan sekatan jalan serta rondaan bagi mengelakkan kejadian sama berulang," katanya.

    Sementara itu, Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff berkata, siasatan lanjut dilakukan bagi mengenal pasti sama ada kes berkenaan benar-benar membabitkan kejadian ragut.

    "Berdasarkan siasatan awal, barangan milik mangsa gagal dilarikan penjenayah, ada kemungkinan mangsa maut akibat serangan jantung.

    "Polis akan mengambil keterangan dan menjalankan siasatan menyeluruh berkaitan kejadian. Mayat mangsa juga sudah dihantar ke Hospital Sultan Ibrahim (HSI) untuk bedah siasat," katanya.

    Pada masa sama, beliau turut meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian itu tampil membantu siasatan.

    Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

    The Malaysian Insider :: Bahasa

    Posted: 26 Feb 2011 01:06 AM PST

    The Malaysian Insider :: Bahasa


    Kerdau: pekena patin masak tempoyak di Temerloh

    Posted: 25 Feb 2011 11:33 PM PST

    TEMERLOH, 26 Feb — Mereka yang berada di bandar Temerloh sempena hari penamaan calon pilihan raya kecil kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kerdau hari ini tidak melepas peluang untuk menikmati ikan patin masak tempoyak yang terkenal di sini.

    Pekan Kerdau terletak kira-kira 23 kilometer dari bandar Temerloh.

    "Masam, pedas, sedap dan segar," kata pengunjung di sebuah gerai di tapak Pekan Sehari.

    "Di sini, mereka bela ikan dalam sangkar. Itu yang sedap. Kalau dalam kolam rasanya berbeza dan agak hanyir. Cara memasak di Temerloh juga berbeza dari tempat lain sebab itu orang lain kena cuba," kata Baharuddin Isa, 42, dari Kuantan.

    "Ikan patin masak tempoyak di sini yang masam dan pedas memikat hati saya untuk menikmatinya dan saya ketagih untuk terus menikmatinya lagi," kata Insp Johari Ahmad dari Shah Alam, Selangor, yang merancang untuk menikmati ikan patin tersebut sebelum beliau sampai ke Temerloh lagi.

    Oleh kerana sambutan yang luar biasa, ada gerai yang terpaksa menambah masakan mereka yang habis dalam sekejap masa.

    "Saya juga terpaksa menambah dua lagi pekerja kerana tak menang tangan. Pengunjung datang dari satu Malaysia nak makan masak tempoyak ikan patin," kata Shamsuddin Joned, pemilik gerai Singgah Sokmo.

    Amron Ambut berkata beliau juga terpaksa menambah tempahan ikan patin untuk dimasak, dari penternak ikan patin di Sungai Pahang kerana masakan ikan patinnya sudah kehabisan.

    "Saya terpaksa masak kuahnya dahulu dan tunggu ikan datang kerana stok yang ada habis dengan cepat kerana ramai yang datang sempena penamaan calon hari ini," katanya yang sedang menunggu ikan patin segar yang ditempahnya.

    Penternak patin Shaari Othman berkata harga sekilogram patin "liar" yang terdapat di dalam sungai boleh mencecah RM80 sekilogram tetapi sukar didapati kerana ia perlu dipancing.
    "Kalau ikan yang diternak di sangkar di Sungai Pahang, ia dijual antara RM12 hingga RM14 sekilogram sahaja," katanya.

    Patin turut dijual di pasar minggu di Temerloh setiap Ahad.

    Mungkin semasa hari mengundi di Kerdau 6 Mac ini iaitu pada hari Ahad, pengunjung boleh membeli ikan patin dan pekena patin masak tempoyak Temerloh sekali lagi. — Bernama

    Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

    Shahlan Ismail: Pelajar tidak mampu boleh mohon bantuan kerajaan untuk pulang ke Mesir

    Posted: 25 Feb 2011 11:21 PM PST

    Shahlan Ismail: Pelajar tidak mampu boleh mohon bantuan kerajaan untuk pulang ke Mesir

    JITRA, 26 Feb — Pelajar yang tidak mampu menampung perbelanjaan pulang ke Mesir bagi meneruskan pengajian boleh memohon bantuan kerajaan, kata Setiausaha Politik Perdana Menteri Datuk Shahlan Ismail.

    Beliau berkata permohonan boleh dibuat kepada agensi kerajaan seperti Majlis Amanah Rakyat (MARA).

    Semua permohonan akan dipertimbang secepat mungkin kerana mereka perlu kembali ke sana sebelum 12 Mac, katanya kepada pemberita, di sini hari ini.

    Beliau turut meminta negeri-negeri yang belum membuat keputusan untuk membantu anak negeri masing-masing agar membuat keputusan segera. — Bernama

    Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

    Utusan Online - Jenayah

    Posted: 25 Feb 2011 11:38 PM PST

    Utusan Online - Jenayah


    Dua suspek tetak jurujual makanan sejuk beku diburu

    Posted:

    Dua suspek tetak jurujual makanan sejuk beku diburu

    Dua suspek tetak jurujual makanan sejuk beku diburu

    KUANTAN 25 Feb. - Polis sedang memburu dua suspek yang dikatakan menetak seorang jurujual makanan sejuk beku berhampiran rumahnya di Lorong Air Putih 106, Taman Tunas Jaya 5 di sini kelmarin.

    Kedua-dua suspek itu yang menaiki kereta jenis Proton Gen.2 berwarna putih dikesan berdasarkan kepada keterangan saksi yang berada di tempat kejadian.

    Bagaimanapun, jiran-jiran mangsa ketika ditemui Utusan Malaysia sukar untuk memaklumkan mengenai identiti suspek kerana mereka tidak pernah melihat kenderaan itu berada di kawasan tersebut.

    Ketua Bahagian Siasatan Jenayah daerah, Deputi Supritendan Kamaruzzaman Jaafar berkata, pihaknya pada masa yang sama masih menunggu keterangan daripada mangsa yang beransur pulih dan kini dirawat di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di sini.

    "Mangsa selamat menjalani pembedahan untuk menyambung semula lengan dan kakinya yang hampir putus dalam kejadian itu.

    "Pembedahan yang mengambil masa lebih tiga jam bermula pukul 9 pagi hingga pukul 12 tengah hari semalam," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

    Akhbar hari ini menyiarkan laporan seorang jurujual hampir putus tangan kanan dan betisnya akibat ditetak dengan sebilah parang panjang oleh penyerangnya di hadapan rumah mangsa.

    Dalam kejadian pukul 5 petang, mangsa yang berusia 33 tahun dan berniaga di Semambu diserang dua lelaki menaiki kereta Gen.2

    Menurut Kamaruzzaman, polis sedang menyiasat motif kejadian itu dan akan mengambil keterangan mangsa sebaik sahaja dia sedar selepas menjalani pembedahan itu.

    Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu juga diminta menghubungi mana-mana balai polis berhampiran.

    Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

    Polis Selangor guna komputer tablet

    Posted:

    Polis Selangor guna komputer tablet

    Polis Selangor guna komputer tablet

    Oleh AZIAN AZIZ
    pengarang@utusan.com.my


    TUN Hisan Tun Hamzah menunjukkan komputer tablet sumbangan Chico Force (M) Sdn. Bhd. sambil diperhatikan oleh Nik Ismail Nik Yusof (kiri) di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor, semalam.


    SHAH ALAM 25 Feb. - Bagi memastikan komunikasi yang lebih mudah dan cekap, polis negeri ini bakal memanfaatkan kecanggihan teknologi dengan memperkenalkan penggunaan komputer tablet, Samsung Galaxy Tab di kalangan pegawai atasannya.

    Dengan penggunaan gajet elektronik itu, komunikasi lebih mudah antara ketua jabatan dan ketua polis daerah di negeri ini dengan orang awam, dapat membantu membanteras kegiatan jenayah serta membuat aduan lebih cepat dan berkesan.

    Ini kerana, sebarang maklumat berkaitan jenayah serta aduan boleh disalurkan terus melalui e-mel kepada semua ketua jabatan serta ketua polis daerah yang setiap seorang akan dibekalkan dengan komputer tablet yang juga bertindak sebagai telefon pintar tersebut.

    Ketua Polis negeri, Datuk Tun Hisan Tun Hamzah berkata, kesemua gajet Samsung Galaxy Tab berkenaan yang berjumlah 25 buah disumbangkan oleh Syarikat Chico Force (M) Sdn. Bhd. kepada Polis Selangor.

    Beliau berkata, sumbangan yang amat bermakna itu akan dimanfaatkan PDRM untuk memantapkan lagi komunikasi bukan sahaja dengan orang awam malah di kalangan pegawai atasan dalam melaksanakan tugas membanteras jenayah dan memelihara keamanan negeri.

    "Selepas ini, orang awam boleh menghubungi ketua jabatan dan ketua polis daerah di negeri ini termasuk saya sendiri melalui e-mel dan akan dibalas mengikut keadaan, keutamaan serta keperluan dengan Samsung Galaxy Tab ini.

    "Berhubung melalui e-mel ini merupakan langkah pertama kerana kami memerlukan masa untuk memahirkan diri menggunakan peralatan canggih ini.

    "Selepas mahir, mungkin cara berhubung yang lebih canggih mengikut keupayaan komputer tablet ini akan diperkenalkan mengikut keperluan," kata beliau kepada pemberita di sini.

    Beliau berkata demikian selepas menerima 25 buah Samsung Galaxy Tab daripada Pengerusi Syarikat Chico Force (M) Sdn. Bhd., Datuk Nik Ismail Nik Yusof yang juga bekas Ketua Polis Selangor dalam satu majlis di Ibu Pejabat Polis Kontinjen di sini petang ini.

    Hadir sama Ketua Pegawai Eksekutif Syarikat Chico Force (M) Sdn. Bhd., Datuk Seri Khoo Gee Chong.

    Tun Hisan turut memberikan e-mel beliau serta semua ketua jabatan dan ketua polis daerah Selangor untuk disiarkan agar memudahkan orang awam menghantar maklumat atau membuat aduan.

    Ditanya bila e-mel boleh mula dihantar kepada beliau serta pegawai-pegawainya, Tun Hisan berkata:

    "Apabila mereka semua sudah cas bateri Samsung Galaxy Tab masing-masing.

    "Tetapi orang awam juga diminta memberi masa kepada kami untuk memahirkan diri menggunakan alat ini," ujarnya.

    Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

    Utusan Online - Politik

    Posted: 25 Feb 2011 11:32 PM PST

    Utusan Online - Politik


    Hasan Ali bakal disingkir?

    Posted:

    Hasan Ali bakal disingkir?

    Hasan Ali bakal disingkir?

    SHAH ALAM 25 Feb. – UMNO Selangor tidak menolak kemungkinan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim akan menyingkirkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gombak Setia, Datuk Dr. Hasan Mohamed Ali daripada senarai Exco Selangor.

    Ketua Penerangannya, Abdul Shukor Idrus berkata, beliau difahamkan, Hasan yang ketika ini memegang portfolio Hal Ehwal Agama, Adat-Adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam merupakan antara calon yang akan digugurkan sekiranya rombakan barisan Exco negeri dibuat.

    Menurutnya, penyingkiran Hasan bakal berlaku kerana Pesuruhjaya Pas Selangor itu dilihat seringkali tidak sehaluan dengan dasar Abdul Khalid melibatkan pentadbiran Selangor antaranya isu penjualan arak, pusat hiburan, rumah urut dan sebagainya.

    Yang terbaru ujarnya, tindakan Hasan yang tidak menyokong tindakan kerajaan negeri membantah pelantikan Datuk Mohammed Khusrin Munawi sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK).

    "Menteri Besar (Abdul Khalid) sebelum ini menyatakan kemungkinan akan mengadakan rombakan Exco kerajaan negeri dengan alasan untuk memantapkan pentadbiran. Saya tidak menolak kemungkinan Hasan merupakan antara senarai calon Exco yang bakal digugurkan.

    "Saya berpandangan bahawa Hasan sebelum ini dilihat seolah-olah sebagai 'berhaluan kiri' dalam pentadbiran kerajaan negeri dalam beberapa isu. Malah, khabar angin mengenai kedudukan Hasan ini turut tersebar luas menerusi laman-laman blog.

    "Sekiranya benar dakwaan ini, ia hanyalah percaturan politik di antara DAP dan PKR yang melihat bahawa Pas sebenarnya tidak memberi apa-apa kepentingan kepada mereka.

    "Jika PKR dan DAP mahu menggugurkan Exco, mereka boleh berbuat demikian terhadap Ronnie Liu kerana banyak mencetuskan masalah kepada pentadbiran," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

    Pada 21 Februari lalu, Abdul Khalid menerusi laporan sebuah portal berita mengesahkan telah mengadakan perbincangan dengan rakan-rakan dalam pihak pembangkang di negeri itu mengenai kemungkinan merombak barisan Exco kerajaan negeri.

    Menurutnya, perbincangan itu diadakan bagi mengukuhkan lagi pentadbiran kerajaan Selangor tetapi beliau enggan memberikan penjelasan lanjut mengenai perbincangan itu.

    Bagaimanapun, Abdul Khalid kemudian menafikan akan mengadakan rombakan tersebut pada 23 Februari lalu apabila menyatakan tiada sebarang perbincangan mengenai perkara itu melibatkan Parti Keadilan Rakyat (PKR), DAP dan Pas.

    Dalam perkembangan lain, Abdul Shukor meminta kerajaan negeri supaya melaksanakan audit terhadap Penasihat Ekonomi Selangor, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang didakwa tidak memberi apa-apa keuntungan kepada pembangunan di Selangor.

    Katanya, pelaksanaan audit berkenaan haruslah disusuli dengan penilaian terhadap sumbangan pelaburan yang telah dibawa masuk oleh Anwar ke Selangor termasuk kos kewangan operasi yang dibelanjakan pejabat penasihat ekonomi negeri itu.

    "Sejak kerajaan negeri lantik Anwar sebagai penasihat ekonomi pada 2009, berapa banyak sumbangan yang beliau berikan kepada negeri? Jika diikutkan jumlah pelaburan di negeri ini tidak begitu memberangsangkan seperti sebelum 2008.

    "Malah, pelaburan di negeri ini dilihat hasil kerja keras yang dilakukan Kerajaan Persekutuan menerusi insentif-insentif dan dasar pentadbiran pusat di bawah pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak," tegasnya.

    Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

    Mahasiswa dibimbangi jadi 'kader' pembangkang

    Posted:

    Mahasiswa dibimbangi jadi 'kader' pembangkang

    Mahasiswa dibimbangi jadi 'kader' pembangkang

    KUALA LUMPUR 25 Feb. - Golongan mahasiswa di negara ini seharusnya menumpukan perhatian kepada pelajaran dan tidak terikut-ikut dengan rentak pembangkang.

    Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Syed Ali Alhabshee berkata, perkara yang berlaku pada pilihan raya kampus di universiti awam baru-baru ini cukup membimbangkan kerana mahasiswa dilihat cuba dijadikan alat politik pembangkang.

    Ini jelasnya, sebagai usaha mereka menguasai kerajaan pada Pilihan Raya Umum Ke-13 nanti.

    "Bukan rahsia lagi bahawa pembangkang khususnya Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadikan mahasiswa sebagai alat untuk meneruskan gerakan reformasi membangkitkan kemarahan rakyat terhadap kerajaan.

    "Kita tidak pernah takut untuk berdepan dengan Anwar tetapi kita kesal kerana mahasiswa sepatutnya menumpukan perhatian kepada pelajaran.

    "Lebih dikesali, universiti dijadikan gelanggang politik oleh pembangkang untuk melebarkan pengaruh mereka di kalangan mahasiswa," katanya dalam blognya, http://umnobahagiancheras.blogspot.com hari ini.

    Rabu lalu, lima pengawal keselamatan Universiti Putra Malaysia (UPM) cedera termasuk seorang terpaksa menerima 16 jahitan di tangan semasa cuba menghalang sekumpulan penuntut promahasiswa memasuki pejabat pentadbiran Bahagian Hal Ehwal Pelajar (HEP) universiti itu.

    Mereka bertindak mengadakan demonstrasi hampir 17 jam memprotes tindakan HEP membatalkan kemenangan 11 calon promahasiswa.

    Syed Ali berkata, berkaitan pilihan raya kampus, pembangkang dilihat cuba meracuni pemikiran mahasiswa dengan ideologi politik radikal apabila menjadikan revolusi politik di Asia Barat sebagai aspirasi perjuangan mereka.

    Beliau seterusnya menggesa kerajaan memantau kemungkinan gerakan pembangkang di universiti didalangi kakitangan serta pentadbir universiti berkenaan.

    "Kita bimbang ada 'musang berbulu ayam' yang cuba menyerap fahaman radikal dan politik liberal di kalangan mahasiswa bagi menjayakan agenda Anwar untuk menumbangkan kerajaan Barisan Nasional (BN)," tegasnya.

    Dalam perkembangan lain, beliau turut menggesa pihak berkuasa menyiasat dakwaan kononnya Anwar akan mengadakan 'perhimpunan rakyat' di Dataran Merdeka dalam masa terdekat ini termasuk mengheret pembabitan mahasiswa.

    "Jika benar, saya berharap polis perlu bertindak pantas menanganinya," tambahnya.

    Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

    Kosmo Online - Rencana Utama

    Posted: 25 Feb 2011 11:27 PM PST

    Kosmo Online - Rencana Utama


    Rutin wanita pengedar Yakult

    Posted:

    Rutin wanita pengedar Yakult

    Rutin wanita pengedar Yakult

    Oleh NAJIBAH HASSAN



    Di luar, orang ramai sudah berpusu-pusu menuju ke stesen Transit Aliran Panta (MRT) untuk ke tempat kerja masing-masing. Rentak kehidupan di kota termoden di dunia ini menuntut mereka bergerak pantas demi mencari rezeki sesuap nasi.

    Dalam kesibukan pagi itu juga, sekumpulan Wanita Yakult bersedia melunaskan tanggungjawab menghantar dan menjual minuman probiotik itu kepada pelanggan di sekitar Shin-torigoe Centre, yang menempatkan kilang Yakult.

    Sekitar pukul 8 pagi, pejabat Yakult di situ akan dimasuki sekumpulan pekerja wanita beruniform putih, bertali leher dan sut biru pekat bercorak petak serta skirt atau seluar panjang biru gelap polos.

    Di pintu masuk pejabat tersebut, tersusun basikal dan troli kecil yang akan digunakan oleh para pekerja itu untuk menghantar minuman kesihatan.

    Sebahagian besar pekerja ini merupakan suri rumah dan mereka perlu mengayuh basikal atau menolak troli sejauh beberapa kilometer untuk menghantar produk terbabit.

    Tanpa menghiraukan kehadiran 12 wakil media Malaysia, pekerja-pekerja itu tekun memeriksa senarai dan jenis barangan yang ditempah pelanggan.

    Sebelum beredar dengan kenderaan masing-masing ke kawasan yang telah ditetapkan, mereka terlebih dahulu mendengar taklimat dan membaca ikrar yang diketuai oleh seorang pengurus.

    Keiko Suzuki, 31, merupakan salah seorang daripada 42,802 Wanita Yakult yang terdapat di seluruh Jepun.

    Menurut Keiko, perkara pertama yang difikirkannya ialah memastikan produk tersebut sampai dalam keadaan baik ke tangan pengguna.

    Bekas penyejuk

    "Minuman ini perlu disimpan di dalam bekas penyejuk pada suhu 10 darjah Celcius supaya kualitinya terjamin," kata Keiko yang melakukan rutin tersebut sejak 11 bulan yang lalu.

    Pada hari tersebut, penulis dan seorang lagi wakil akhbar dari Malaysia berpeluang menyaksikan Keiko menyelesaikan kerjanya. Dia sekadar menolak sebuah troli bertayar empat yang penuh dengan produk Yakult.


    LEBIH 42,000 orang wanita terlibat dalam khidmat penghantaran dan jualan Yakult di seluruh Jepun.


    Sekali pandang, gayanya seperti pramugari menolak troli makanan di celah-celah tempat duduk penumpang di dalam kapal terbang.

    Sambil ditemani Pengurus Jualan Yakult (Malaysia) Sdn. Bhd. yang turut bertindak sebagai penterjemah, Minoru Osada, kami melewati lorong ke lorong di kawasan kediaman dan pejabat untuk menghantar tempahan pelanggan selain menjualnya kepada orang ramai yang ditemui di sepanjang perjalanan.

    Keiko memberitahu, rutinnya bermula seawal pukul 6.30 pagi. Sejurus menghantar anaknya ke pusat asuhan yang disediakan oleh majikannya berhampiran tempat kerja, Keiko bergegas ke pejabat Yakult.

    Menceritakan pembabitan sebagai Wanita Yakult, segala-galanya bermula dengan satu kempen pengambilan suri rumah oleh syarikat tersebut. Pada masa itu, wakil syarikat tersebut bergerak dari sebuah rumah ke sebuah rumah yang lain bagi memberi penerangan.

    Dimarahi pelanggan

    Keiko tertarik untuk menyertai syarikat tersebut kerana masa bekerjanya yang singkat iaitu lima jam sahaja sehari dan lima hari seminggu.

    "Lazimnya, saya diberi cuti rehat pada hujung minggu. Lagipun selepas melahirkan anak sulung, saya memerlukan lebih banyak masa bersama keluarga," kata Keiko yang sebelum ini bekerja di sebuah syarikat yang menjual pakaian.

    Isteri kepada kepada seorang peniaga restoran itu mengakui dia cukup serasi dengan kerjaya tersebut.

    Kerjaya baru itu banyak membantunya meningkatkan keyakinan diri ketika berkomunikasi selain dapat bertemu dengan orang ramai saban hari.

    Bahkan katanya, mengedar produk itu juga bukan sesuatu yang sukar kerana jenama Yakult sudah bertapak kukuh di Jepun sejak 76 tahun lalu.

    Cuma, ujarnya, faktor cuaca adakalanya mempengaruhi kuantiti tempahan.


    KEIKO (kiri) terserempak dengan pengasuh anaknya ketika dia bertugas.


    "Apabila ada promosi minuman terbaru dalam pasaran, saya akan berikan pelanggan sampel minuman untuk dicuba.

    "Dari situ mereka akan jadi pelanggan saya," kata Keiko yang sudah terbiasa dengan jenama tersebut sejak kecil.

    Bagaimanapun, dia bukanlah pengamal tegar minuman kesihatan tersebut. Pada zaman remajanya, dia hanya menikmati minuman tersebut sekali-sekala yang diselang-seli dengan pengambilan yogurt.

    Bagaimanapun, masalah sembelit yang dialaminya ketika hamil berjaya mengubah persepsinya terhadap minuman probiotik itu.

    Selepas Yakult berjaya membantu menangani sembelit yang dialaminya, Keiko yakin bahawa minuman itu perlu diamalkan secara berterusan.

    "Saya akan minum sebotol Yakult setiap pagi," kata Keiko menceritakan amalannya.

    Namun, kerjaya sebagai Wanita Yakult juga ada cabarannya. "Saya berdepan dengan pelbagai kerenah pelanggan.

    "Adakalanya dimarahi pelanggan tetapi saya menganggapnya sebagai sebahagian daripada asam garam kehidupan," kata Keiko yang peramah dan berwajah manis.

    Dengan senyuman yang sentiasa terukir di bibir dan tutur kata yang sopan, Keiko bijak memikat pelanggan.

    Namun, meskipun sudah biasa dengan pelanggan tetapnya, Keiko tetap mematuhi etika sebagai seorang jurujual. Dia tidak akan memasuki premis pelanggannya sesuka hati.

    "Ohayou gozaimasu, saya Keiko, dari Yakult menghantar minuman puan," begitulah sapaan Keiko sebaik sahaja beliau menekan loceng rumah atau pejabat pelanggan.

    Hampir setahun menjadi Wanita Yakult, Keiko ternyata puas dengan kerjayanya itu.

    "Saya bangga menjadi wanita Yakult kerana selain dapat memasarkan minuman kesihatan ini, saya juga dapat menyebarkan manfaatnya kepada orang ramai," luah wanita yang berasal dari Taiti-ku, Tokyo itu.

    Kaedah penghantaran produk dari rumah ke rumah menerusi sistem Wanita Yakult diwujudkan oleh Kumpulan Yakult sejak tahun 1963.

    Ia sebahagian daripada pelan perniagaan Yakult mengikut falsafah Shirota-isme yang diperkenalkan oleh Dr. Shirota.

    Shirota merupakan individu pertama di dunia yang berjaya mengkultur bakteria asid laktik yang bermanfaat untuk manusia.

    Komisen

    Beliaulah yang memperkenalkan Yakult di pasaran seawal tahun 1935 selepas melakukan penyelidikan yang panjang.

    Sehingga bulan Oktober 2010, Yakult berjaya merekrut seramai 81,788 orang Wanita Yakult di 15 buah negara.

    Di Jepun, terdapat 42,802 Wanita Yakult yang menyumbang kepada jualan sebanyak lima juta botol sehari.


    BEKAS penyejuk digunakan untuk memastikan kualiti produk yang dihantar terjamin.


    Seorang pelanggan tetap Keiko, Oiwa Tonoko, 38, berkata Yakult yang diperkenalkan oleh Keiko kepada keluarganya tepat pada masanya.

    Tonoko yakin pada khasiat minuman itu selepas anaknya yang mengalami cirit-birit pulih setelah minum Yakult.

    Jika sebelum ini dia akan ke pasar raya untuk membeli produk tersebut, dengan adanya perkhidmatan penghantaran terus ke rumah, Tonoko tidak lagi perlu bersusah-payah pergi ke pasar raya.

    "Khidmat penghantaran ini memudahkan saya yang sibuk bekerja selain memastikan stok Yakult sentiasa ada di rumah.

    "Lagipun tiada caj tambahan dikenakan," kata Tonoko yang menggalakkan keluarganya minum minuman tersebut sejak lima bulan lalu.

    Hampir dua jam bersama Keiko, kami meninggalkannya meneruskan tugas tanpa gangguan. Terbukti kerjaya sebagai Wanita Yakult memberi satu persepsi berbeza.

    Yakult bukan sekadar mempromosikan produk minuman kesihatan, bahkan ia juga melatih ramai suri rumah untuk berdikari dan yakin diri tanpa perlu mengorbankan masa berkualiti bersama keluarga.

    "Wanita Yakult akan diberi latihan pemasaran dan teknik melayan pelanggan kira-kira dua minggu sebelum mereka melakukan khidmat penghantaran ini," kata Presiden Jualan Cawangan Sentral Tokyo, Hideo Mase.

    Secara purata, Wanita Yakult menerima komisen sebanyak 110, 000 yen (RM4,400) sebulan bergantung kepada pesanan dan jumlah jualan mereka.

    Lebih istimewa, kata Mase, Yakult melatih dan memberi ruang pekerjaan kepada wanita yang berumur antara 21 hingga 75 tahun.

    Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

    Berita Harian: Nasional

    Posted: 25 Feb 2011 11:24 PM PST

    Berita Harian: Nasional


    21 bayi di Baby Hatch sejak Mei

    Posted: 25 Feb 2011 02:05 PM PST

    Nasional

    pix_gal0
    Orphan CARE berjaya urus pengambilan 20 bayi untuk keluarga angkat

    PETALING JAYA: Pertubuhan Kebajikan dan Pengurusan Anak Yatim (Orphan CARE) menerima 21 bayi yang dibuang dengan purata penerimaan tiga bayi sebulan sejak penubuhan Pusat Perlindungan Bayi (Baby Hatch) pada Mei tahun lalu.

    Berdasarkan angka berkenaan, 20 daripadanya sudah diberikan kepada keluarga angkat masing-masing yang datang daripada pelbagai latar belakang sosial dan agama, manakala seorang lagi bayi masih menunggu untuk diserahkan kepada keluarga angkat selepas urusan dokumen pengambilan anak angkat selesai. Setiausaha Kerja Orphan CARE, Azra Banu, berkata sehingga kini, hanya dua kes membabitkan bayi diletakkan secara sembunyi ke dalam Baby Hatch manakala, 19 bayi lain diserahkan sendiri oleh ibu kandung mahupun ahli keluarga wanita yang melahirkan anak berkenaan.

    "Kebanyakan ibu muda yang ingin menyerahkan anak mereka lebih yakin sekiranya dapat bersemuka dengan pihak pengurusan bagi memastikan anak mereka dijaga dan diberi kepada pihak berwajib. Malah ada juga ibu mengandung yang berjumpa kami untuk menawarkan anak mereka selepas dilahirkan kelak.

    "Berdasarkan bilangan bayi sedia ada yang diterima di Baby Hatch, 13 daripadanya adalah rakyat tempatan dengan 12 bayi berketurunan Melayu, satu berketurunan India, manakala lain-lain, Filipina (tiga), Indonesia (dua) dan Nigeria (satu)," katanya kepada Berita Harian, semalam.

    Baby Hatch yang julung kali diperkenalkan pada 29 Mei tahun lalu menerima bayi lelaki pertama pada 26 Jun lalu. Bayi lelaki seberat 2.7 kilogram dilahirkan sehari sebelum itu dan sudah diserahkan kepada keluarga angkat selepas 11 hari dijaga.
    Dalam perkembangan sama, Azra menjelaskan pihaknya sedang bekerjasama dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk menubuhkan sekurang-kurangnya lima Baby Hatch di seluruh negara terutama utara, selatan, timur, Sabah dan Sarawak.

    Sehubungan itu, beliau memohon kerjasama orang ramai menyalurkan cadangan mahupun sumbangan bagi merealisasikan lebih banyak penubuhan Baby Hatch di kawasan masing-masing.

    "Orang ramai boleh melayari www.orphancare.org.my untuk berkongsi idea, maklumat dan cadangan bernas bagi memperkasakan penubuhan Baby Hatch di seluruh negara.

    "Mengenai maklumat peribadi ibu bapa bayi yang diserahkan, semua maklumat adalah rahsia. Bagaimanapun, ibu bapa kandung bayi berkenaan masih dibenarkan mengikuti perkembangan anak mereka dari semasa ke semasa melalui Orphan CARE," katanya.

    Komen Anda

    Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersil. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.

    Senarai komen


    Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

    Bank Negara naik premium insurans kenderaan

    Posted: 25 Feb 2011 02:04 PM PST

    Nasional

    KUALA LUMPUR: Bank Negara Malaysia akan menaikkan premium insurans kenderaan secara berperingkat dalam tempoh empat tahun mulai tahun depan pada kadar minimum yang tidak membebankan pengguna khususnya golongan berpendapatan rendah.

    Penolong Gabenornya, Abu Hassan Alshari, berkata ia antara langkah yang akan dilaksanakan menerusi cadangan Rangka Kerja Baru Perlindungan Pemotoran dengan matlamat memudahkan pengguna kenderaan mendapatkan perlindungan serta meningkatkan kecekapan proses tuntutan insurans.

    "Kadar kenaikan premium itu masih belum dimuktamadkan, bagaimanapun ia tidak akan membebankan pengguna selepas mengambil kira maklum balas dan input pelbagai pemegang kepentingan," katanya pada taklimat media mengenai perkembangan terkini cadangan Rangka Kerja Baru Perlindungan Pemotoran di sini, semalam. Hadir sama Pengarah Jabatan Kewangan Sektor Kewangannya, Abdul Rasheed Ghafur.
    Abu Hassan berkata, sebagai contoh, bagi perlindungan pihak ketiga motosikal 100cc dan ke bawah, cadangan kenaikan adalah antara RM1 hingga RM3.50 setahun dan RM1 hingga RM2 untuk perlindungan komprehensif.

    Untuk perlindungan pihak ketiga kereta persendirian 1,400cc, kenaikan adalah antara RM6 hingga RM34 setahun untuk empat tahun dan RM7 hingga RM19 untuk perlindungan komprehensif.

    Abu Hassan berkata, pihaknya sudah pun mengadakan beberapa siri perbincangan dengan pemegang kepentingan serta pandangan majlis ekonomi mengenai perkara berkenaan.


    Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

    Utusan Online - Mahkamah

    Posted: 25 Feb 2011 08:32 PM PST

    Utusan Online - Mahkamah


    Sampel tak tercemar – Ahli kimia

    Posted:

    Sampel tak tercemar – Ahli kimia

    Sampel tak tercemar – Ahli kimia

    Oleh SUWARNI MOKHTAR
    pengarang@utusan.com.my

    KUALA LUMPUR 25 Feb. – Seorang ahli kimia hari ini menafikan wujudnya asid deoksiribonukleik (DNA) seorang lagi individu selain Lelaki Y pada sehelai tuala Good Morning.

    Nor Aidora Saedon turut menafikan berlakunya pencemaran terhadap sampel yang diambil daripada barang kes itu, sama ada melalui kakitangan makmal Jabatan Kimia Malaysia mahupun daripada pegawai penyiasat, Deputi Supritendan Judy Blacious Pereira (kini Supritendan).

    Walaupun diasak berulang kali oleh peguam bela, Ram Karpal Singh, Ketua Unit DNA Paterniti, Jabatan Kimia Malaysia itu tetap dengan pendiriannya bahawa Lelaki Y merupakan satu-satu penyumbang DNA pada tuala itu.

    Beliau berkata demikian ketika pemeriksaan balas oleh peguam bela tersebut semasa perbicaraan kes liwat membabitkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Mahkamah Tinggi di sini.

    Rabu lalu, Nor Aidora, 38, menyatakan, ujian analisis profil DNA yang dilakukan ke atas sehelai tuala, satu botol plastik air mineral dan sebatang berus gigi adalah sama dengan DNA Lelaki Y yang merupakan penyumbang DNA utama di dalam salur dubur (rektum) Mohd. Saiful Bukhari.

    Barang-barang kes tersebut termasuk dua helai bulu merupakan antara barang kes yang diterimanya berkaitan dengan kes berkenaan.

    Terdahulu, saksi itu bersetuju dengan cadangan Ram Karpal yang merupakan anak peguam Karpal Singh bahawa berdasarkan graf elektropherogram, sekiranya wujud tiga alel (sekuen gen) yang berbeza pada satu-satu lokus, ia menandakan percampuran DNA daripada dua atau lebih individu.

    Bagaimanapun bagi kes ini, katanya, kewujudan tiga alel itu adalah sebaliknya kerana salah satu daripadanya merupakan 'stutter'.

    Stutter merupakan salah satu puncak (peak) DNA yang boleh diketepikan atau tidak memberikan sebarang makna.

    Menjelaskan lebih lanjut sewaktu pemeriksaan semula oleh Timbalan Pendakwa Raya, Noorin Badaruddin, saksi pendakwa keenam itu menyatakan, alel 18 tersebut hanya timbul pada salah satu puncak DNA dan tidak pada lain-lain lokus.

    "Sekiranya ia (alel 18) merupakan pencemaran atau berasal daripada seorang lagi individu, ia akan muncul pada lain-lain locus juga tetapi dalam kes ini tidak (berlaku),'' katanya.

    Beliau juga menyatakan, tidak perlu baginya mendapatkan sampel rujukan daripada Judy atau mana-mana anggota polis yang terlibat dalam kes itu bagi mengenal pasti pemilik alel 18 kerana beliau memperoleh hasil ujian yang bagus dan lengkap daripada sampel-sampel yang ada padanya.

    Dalam pada itu, Nor Aidora turut menafikan penglibatan Ketua Pengarah Jabatan Kimia Malaysia, N. Hithaya Jeevan (kini telah bersara) dan Ketua Seksyen DNA Forensik, Lim Kong Boon dalam kes itu.

    Ini kerana, beliau menerima borang permohonan untuk analisis terus daripada Jude dan bukannya daripada mana-mana ketuanya.

    Saksi itu berkata, satu-satunya penglibatan yang ada ialah beliau telah menerima panggilan daripada Jeevan pada waktu makan tengah hari untuk menunggu di pejabat pada 17 Julai 2008 bagi mengambil satu kes berprofil tinggi daripada pihak polis ekoran rakan setugasnya, Dr. Seah Lay Hong sedang berkursus di luar negara.

    Lay Hong yang merupakan saksi pendakwa kelima sebelum ini mengesahkan kehadiran profil DNA Lelaki Y di dalam salur dubur mangsa.

    Keputusan memilihnya untuk mengendalikan kes itu juga dibuat selepas perbincangan antara Jeevan, Kong Boon dan Pengarah Jabatan Forensik, Primulapathi Jaya, ujar beliau.

    Pihak pembelaan turut dilihat berulang kali mengasak Nor Aidora dalam menjelaskan pembabitan ketua- ketua saksi tersebut terutamanya Jeevan dan Kong Boon dalam kes itu.

    Desakan bertalu-talu itu pada satu ketika menyebabkan Nor Aidora terpaksa menjelaskan aliran kerja di jabatannya.

    Asakan itu juga dipercayai adalah disebabkan penglibatan Jeevan dan Kong Boon dalam kes liwat membabitkan Ahli Parlimen Permatang Pauh itu pada 1998.

    Dalam perbicaraan kes liwat pada 14 tahun lalu itu, Jeevan merupakan saksi pendakwa ke-19 yang menerima tiga bungkusan barang kes termasuk tilam dan bantal.

    Kong Boon pula merupakan saksi pendakwa ke-21 yang menjalankan ujian DNA ke atas 13 tompokan darah dan air mani di atas tilam yang diambil dari tempat kejadian itu, Tivolli Villa.

    Perbicaraan di hadapan Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd. Diah bersambung Isnin.

    Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

    Nor Aidora: Tolonglah jangan marah saya

    Posted:

    Nor Aidora: Tolonglah jangan marah saya

    Nor Aidora: Tolonglah jangan marah saya

    KUALA LUMPUR 25 Feb. - Berbanding saksi-saksi lain dalam kes liwat membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim, saksi pendakwa keenam, Nor Aidora Saedon (gambar) benar-benar berbeza atau boleh disifatkan sebagai 'unik'.

    Tingkah lakunya amat bersahaja, manja dan sering tersenyum malah ada media yang menganggap ahli kimia itu seorang yang comel sewaktu memberi keterangan dalam bahasa Inggeris.

    Bagaimanapun, perlakuan wanita tersebut barangkali menjengkelkan peguam bela, Ram Karpal Singh sehingga menganggap saksi itu tidak serius semasa memberi keterangan.

    Pada peringkat awal sesi soal balas, selepas berlakunya perdebatan antara peguam itu dengan Peguam Cara Negara II, Datuk Mohd. Yusof Zainal Abiden, saksi tersebut yang akan genap berusia 38 tahun dalam tempoh lapan bulan lagi dengan manja meminta agar peguam itu tidak 'marah-marah'.

    NOR AIDORA (NA): Saya tahu awak marah, tolong jangan marah pada saya.

    RAM KARPAL (RK): Tak, saya tak marah. Kalau saya marah, awak akan tahu.

    Keadaan itu mengundang gelak ketawa daripada semua yang berada di galeri awam dan Anwar yang duduk di kandang tertuduh.

    Sewaktu menjelaskan mengenai asid deoksiribonukleik (DNA) dan locus, Ketua Unit DNA Paterniti, Jabatan Kimia Malaysia itu sekali lagi mewarnai suasana apabila secara tiba-tiba bertanya kepada Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd. Diah:

    "Yang Arif, faham tak?"

    Bagaimanapun, apa yang menarik ialah melihat cara lulusan Universiti Malaya (UM) dan pemegang Ijazah Sarjana dari sebuah universiti di New Zealand itu menangani asakan-asakan pertanyaan Ram Karpal.

    Beliau dilihat tidak mudah melatah dan kadang kala ketawa kecil; mungkin bagi menenangkan dirinya.

    Bagaimanapun, apabila menjelaskan mengenai ujian profil DNA yang dijalankan, wanita itu dilihat begitu yakin.

    Pada satu ketika, mungkin akibat tidak tahan dengan pertanyaan peguam itu yang bertubi-tubi dalam nada yang keras, saksi itu dengan selamba meminta Ram Karpal agar lebih berhemah.

    NA : Boleh tak awak jangan menjerit? Saya di sini untuk membantu mahkamah. Saya perlu beri penjelasan tetapi awak tak bagi saya jelaskan.

    Sebelum prosiding mahkamah berhenti pada pukul 4 petang, Nor Aidora sekali lagi secara selamba menjadikan Hakim Mohamad Zabidin sebagai contoh.

    "DNA sentuhan (trace DNA) ialah DNA yang diperoleh daripada sesuatu permukaan yang telah disentuh. Contohnya, kalau saya ambil cermin mata Yang Arif dan buat calitan padanya, itu DNA sentuhan," katanya.

    Jawapannya itu menyebabkan hakim terbabit yang pada mulanya kelihatan serius, tersenyum dan tertawa kecil.

    Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

    Utusan Online - Pahang

    Posted: 25 Feb 2011 08:27 PM PST

    Utusan Online - Pahang


    Kerdau tawar pelancongan menarik

    Posted:

    Kerdau tawar pelancongan menarik

    Kerdau tawar pelancongan menarik

    Oleh Ali Mahmood
    utusanpahang@utusan.com.my


    Pelajar Jepun diraikan semasa melawat sebuah sekolah rendah di Jengka 25.


    TEMERLOH 25 Feb. - Nama Kerdau tidak mungkin sehebat Pulau Tioman yang diiktiraf antara 10 pulau tercantik di dunia atau Pulau Langkawi yang popular di persada antarabangsa.

    Pada pandangan mata kasar, Kerdau tidak memiliki sebarang keistimewaan seperti Pulau Tioman yang menjadi pilihan penyelam dari seluruh dunia.

    Kerdau hanya sebuah perkampungan yang penduduknya bergantung kepada sektor pertanian seperti komoditi kelapa sawit dan getah selain kebun buah-buahan dan aktiviti nelayan di Sungai Pahang.

    Namun begitu, nama kawasan itu yang terletak dalam Daerah Temerloh semakin dikenali apabila ia menjadi tumpuan kehadiran pelancong tempatan dan luar negara.

    Program inap desa adalah produk pelancongan yang mempopularkan nama Kerdau dengan kehadiran pelancong luar negara dan tempatan.

    Konsep pelancongan inap desa semakin popular apabila pelancong berpeluang menikmati keunikan hidup masyarakat desa secara langsung.

    Inap desa di kawasan itu menawarkan pelbagai pakej kebudayaan, kemasyarakatan, ecopelancongan, agropelancongan dan lain-lain.

    Aktiviti inap desa antara lain menawarkan kehidupan sebenar masyarakat kampung termasuk peneroka yang menjalankan kegiatan menuai kelapa sawit, menyusuri Sungai Pahang, memancing ikan, membuat kuih tradisional, majlis perkahwinan dan sebagainya.

    Terdapat tiga pusat inap desa di kawasan itu iaitu di Kampung Desa Murni, Kampung Rumpun Makmur dan Felda Jengka 25 dengan penglibatan lebih 160 penduduk bagi menjayakannya.

    Penduduk Kampung Desa Murni paling ramai menceburi sektor tersebut manakala bakinya ialah 20 pengusaha di Kampung Rumpun Makmur dan 44 pengusaha di Felda Jengka 25.

    Kampung itu adalah antara kampung terawal dipilih melaksanakan program tersebut di negeri ini yang diperkenalkan sekitar awal 80-an.

    Kampung Desa Murni terletak kira-kira 13 kilometer dari Bandar Temerloh atau satu jam 30 minit perjalanan dari Kuala Lumpur melalui Lebuh Raya Pantai Timur (LPT) menawarkan produk pelancongan kehidupan masyarakat kampung.

    Selain merasai sendiri pengalaman kehidupan masyarakat desa, pelancong juga melihat kebudayaan dan cara hidup penduduk setempat, makanan tempatan dan menghadiri majlis perkahwinan.

    Mereka juga dibawa melawat perkampungan Orang Asli suku kaum Jakun, pengalaman menoreh getah, ternakan ikan sangkar dan pusat Santuari Gajah Kebangsaan Kuala Gandah dekat Lanchang di sini.

    Di Santuari Gajah Kebangsaan, pelancong berpeluang memberi makanan, menunggang dan mandi bersama haiwan berkenaan yang menjadi kegemaran kepada pelancongan tempatan dan asing.

    Kampung Rumpun Makmur pula menawarkan pakej menarik seperti melawat ladang kelapa sawit dan getah serta meneroka keindahan Gunung Senyum.

    Pelancong juga akan menikmati hidangan yang disediakan oleh penduduk kampung itu seperti masakan gulai asam rom, selain mencuba tarian joget Pahang dan sesumpah serta melawat pusat kraf tangan Temin.

    Felda Jengka 25 tidak kurang hebatnya apabila terkenal dengan produk pelancongannya iaitu Gua Kota Gelanggi, Taman Negara, Jerantut dan Pusat Penyelidikan Pertanian Sungai Tekam (PPPTR).

    Hasil pembangunan pelancongan yang dibawakan kepada masyarakat di kampung terbabit memberi limpahan kepada mereka, sekali gus menjana pendapatan dalam menampung kehidupan seharian.

    Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

    Peluang perkenal kehidupan desa kepada pelancong

    Posted:

    Peluang perkenal kehidupan desa kepada pelancong

    Peluang perkenal kehidupan desa kepada pelancong


    Tiga pelajar Jepun menaiki gajah di pusat Santuari Gajah Kebangsaan Kuala Gandah di Kuala Gandah, Lanchang.


    TEMERLOH 25 Feb. - Program inap desa yang dilaksanakan oleh kerajaan bertujuan memberi ruang kepada pelancong tempatan dan asing merasai suasana sebenar kehidupan masyarakat kampung khususnya di Pahang.

    Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kesenian dan Warisan, Pembangunan Keluarga dan Hal Ehwal wanita negeri, Datuk Shafik Fauzan Shariff (gambar) berkata, pelancong memahami bagaimana masyarakat kampung melalui kehidupan mereka seharian.

    "Pelancong berpeluang berinteraksi serta menyelami cara hidup seharian keluarga berkenaan dan kebudayaan rakyat Malaysia secara langsung.

    "Program itu semakin popular dan menjadi pilihan kalangan pelancong Jepun, Korea Selatan, Singapura, Australia, Eropah dan beberapa negara lain," katanya kepada Utusan Malaysia, di sini baru-baru ini.

    Menurut Shafik, program inap desa peringkat kebangsaan dilancarkan pada 1995 di Kampung Desa Murni, Kerdau di sini yang ketika itu dirasmikan oleh Menteri Kebudayaan Kesenian dan Pelancongan, Tan Sri Sabaruddin Chik.

    Katanya, ia diletakkan di bawah Pelan Induk Pelancongan Luar Bandar dengan matlamat menggalakkan penyertaan masyarakat luar Bandar dalam sektor pelancongan.

    Beliau berkata, produk pelancongan bukan semata-mata berasaskan pantai, pusat peranginan, perhotelan, percutian tanah tinggi tetapi merangkumi cara hidup harian rakyat yang boleh dijual bagi menarik kehadiran pelancong terutama dari luar negara.

    "Kewujudan inap desa bukan sahaja memberi manfaat kepada mereka yang terbabit dalam industri pelancongan semata-mata tetapi kesan positif kepada penduduk kampung.

    "Contohnya, masakan tempoyak ikan patin boleh diperkenalkan di serata dunia melalui pelancong yang pernah menikmati masakan tersebut semasa tinggal dengan keluarga angkat mereka," katanya.

    Katanya, pengusaha inap desa di Kerdau perlu mengambil peluang populariti Pusat Santuari Gajah Kebangsaan Kuala Gandah dekat Lanchang di sini untuk menarik lebih ramai pelancong asing tinggal di kampung terbabit.

    Sehubungan itu, Shafik mahu lebih ramai rakyat Pahang turut terlibat dengan pelancongan inap desa.

    Bagi meningkatkan lagi produk tersebut ke luar negara, beliau berkata, kerajaan Pusat mengadakan kursus pelancongan kepada penduduk kampung yang terlibat dalam program itu.

    Katanya, kursus itu bertujuan meningkatkan kesedaran orang ramai mengenai konsep inap desa serta peluang yang wujud dalam menarik minat masyarakat menceburkan diri program tersebut.

    "Kursus ini akan melatih peserta mengetahui cara-cara layanan, sambutan, pengendalian dan penyusunan aktiviti kepada pelancong yang tinggal di rumah mereka," katanya.

    Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

    Felda perjuang nasib peneroka

    Posted:

    Felda perjuang nasib peneroka

    Felda perjuang nasib peneroka

    Oleh HARIS FADILAH AHMAD
    utusanpahang@utusan.com.my


    Ahmad Shukri Ismail (kiri) menyampaikam bantuan kepada warga emas di Felda Sungai Tekam, Jerantut, baru-baru ini.


    JERANTUT 25 Feb. - Felda tidak boleh disamakan dengan institusi komoditi lain yang mementingkan keuntungan kerana tujuan asal kerajaan mewujudkannya adalah menghapuskan kemiskinan penuduk luar bandar.

    Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pulau Tawar, Datuk Dr. Ahmad Shukri Ismail berkata, agensi itu berupaya menjamin kebajikan peneroka menerusi pelbagai program yang dirangka sekali gus menaikkan imej konglomerat itu ke persada dunia.

    "Sepatutnya, pihak berkenaan bersyukur kerana terpilih menetap di tanah rancangan Felda kerana membantu sebilangan besar peneroka menjadi golongan kelas menengah," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan bantuan kepada warga emas di Felda Sungai Tekam, dekat sini baru-baru ini.

    Menurutnya, jika penubuhan agensi itu bermatlamat keuntungan semata-mata, pasti nasib dan kebajikan warga peneroka tidak ada perubahan seperti yang dizahirkan hari ini.

    Sehubungan itu, katanya, agenda pembangunan Felda menerusi sistem penempatan tersusun dan peluang ekonomi sama rata mengubah kehidupan peneroka ke arah lebih baik berbanding sistem yang sama di negara lain.

    Beliau berkata, Felda juga memberi tumpuan terhadap hal ehwal kebajikan dan pembangunan modal insan untuk melahirkan generasi kedua yang berdaya saing dan menjadi tunjang kepimpinan pada masa akan datang.

    "Pembangunan yang dicorakkan oleh pengurusan Felda lebih setengah abad lalu mengubah kehidupan peneroka termasuk mendidik generasi kedua capai kelas antarabangsa," katanya.

    Katanya, peneroka perlu bersikap rasional untuk terus menyokong usaha Felda dan tidak mudah cepat melatah dengan mencari kelemahan pengurusan agensi itu.

    "Jika berlaku permasalahan dan sesuatu isu berbangkit, peneroka perlu bertemu dengan kepimpinan setempat dan pengurusan Felda untuk menyelesaikan secara baik.

    "Jangan terburu-buru bertemu pihak pembangkang yang gemar menghasut dan melemparkan dakyah yang akhirnya mencalarkan perpaduan kita," katanya.

    Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

    Utusan Online - Rencana

    Posted: 25 Feb 2011 03:30 PM PST

    Utusan Online - Rencana


    Adakah PLKN berbaloi?

    Posted:

    Adakah PLKN berbaloi?

    Adakah PLKN berbaloi?

    Oleh NURUL ANUAR KARI
    anuar.kari@utusan.com.my

    TIDAK hidup seseorang itu jika tidak pernah menghadapi masalah dan bukan manusia namanya jika tidak pernah melakukan kesilapan.

    Lazimnya manusia cuba mengelak daripada masalah tetapi sebaliknya bagi Ketua Pengarah Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN), Datuk Abdul Hadi Awang Kechil yang menegaskan pihaknya memang sentiasa mencari masalah di dalam Program Latihan Khidmat Negara (PLKN).

    "Kalau tak perlu cari masalah maka tidak perlu ada PLKN," katanya. Namun, apa yang dimaksudkannya bukan mencari masalah untuk bergaduh dan bermusuhan, sebaliknya sebagai persediaan menghadapi masalah yang mungkin timbul kelak.

    Menurut Abdul Hadi, masalah tetap akan datang walaupun tidak dicari dan JLKN mengambil langkah proaktif mencari masalah supaya dapat diselesaikan sebelum ia menjadi realiti.

    "Kita menempatkan pelatih berbilang bangsa, agama, budaya dan pemahaman. Mesti akan ada masalah! Jika masalah dapat diselesaikan, kita dapat membuat penambahbaikan, seterusnya membantu menyelesaikan masalah lebih besar iaitu kurangnya tahap patriotisme dan perpaduan dalam negara kita," ujarnya kepada Utusan Malaysia.

    PLKN sebenarnya tidak lari dan tidak asing dengan gagasan 1Malaysia melalui pelaksanaan konsep 1Hasrat, 1Semangat, 1Tekad pada program tersebut. Kumpulan remaja yang mengikuti PLKN perlu mempunyai semangat bersatu dengan hala tuju yang sama dan tidak membenarkan hasrat berbeza-beza yang boleh memecah-belahkan negara.

    "Komposisi PLKN mengikut kaum di negara ini dan situasi di dalam kem-kem turut menggambarkan perjalanan yang selamat bagi Malaysia menuju ke ambang 2020 kelak.

    "Semua pelatih duduk bersama, bekerjasama dan tiada jurang dalam menzahirkan komitmen terhadap latihan untuk meningkatkan kemampuan diri mereka," jelas Abdul Hadi.

    Beliau berkata, kewujudan PLKN sebenarnya bagi menangani dua isu besar yang dihadapi negara iaitu patriotisme dan perpaduan. Abdul Hadi menjelaskan, patriotisme merupakan satu isu besar yang mudah diperkatakan tetapi amat sukar untuk dinilai tahapnya dalam kalangan generasi rakyat Malaysia kini.

    "Perpaduan juga tidak boleh diambil mudah kerana ia boleh 'meletup' pada bila-bila masa jika tidak dijaga dan dipupuk.

    "Kita berhadapan dengan dua isu besar ini yang mungkin tidak nyata bagi orang lain tetapi amat jelas di mata mereka yang melihat peristiwa 13 Mei dahulu," tegasnya.

    Beliau berpendapat, masalah yang dihadapi PLKN tidak begitu besar jika dibandingkan dengan masalah negara tetapi dengan menyelesaikan masalah 'kecil', maka program tersebut dapat membantu mengawal masalah besar daripada merebak.

    "Jangan sekadar tengok pada pokok tetapi kepada hutannya. Memang PLKN ada masalah tertentu tetapi besar lagi isu negara yang menjadi asas penubuhan program ini.

    "Kita tidak pernah berhenti menyelesaikan masalah dan membuat penambahbaikan dalam PLKN. Namun, masalah patriotisme dan perpaduan tidak boleh dibiar menjadi realiti untuk kita," tegasnya.

    Jelas Abdul Hadi, penambahbaikan PLKN mudah dilihat melalui peningkatan modul, kemudahan, dan penyediaan kakitangan tetapi patriotisme dan perpaduan negara masih menjadi tanda tanya.

    PLKN bertujuan melahirkan remaja dan negara yang patriotik, individu yang memiliki ketahanan diri serta boleh menyumbang kepada masyarakat. Namun, bagaimana untuk mengukur tahap perpaduan yang subjektif serta patriotisme iaitu sayangkan dan sanggup mempertahankan negara?

    Menjawab persoalan itu, Abdul Hadi berkata, satu kajian persepsi telah dijalankan dalam kalangan pelatih semasa menjalani latihan dan selepas mereka tamat latihan bagi menilai tahap perpaduan dan patriotisme. "Kajian di dalam kem dan selepas pelatih pulang menunjukkan lebih 80 peratus daripada 60,000 responden yang terlibat bersetuju program ini berjaya mencapai objektifnya.

    "Tetapi kami tetap tidak berhenti mencari masalah kerana kerajaan, masyarakat dan pembayar cukai sering bertanya adakah RM4 bilion yang dibelanjakan PLKN berbaloi dengan hasilnya," ujarnya.

    Jika dikira melalui pembangunan fizikal, jumlah perbelanjaan PLKN itu mampu membina 4,000 jambatan bernilai RM100,000 setiap satu ataupun lapan buah hospital bernilai RM500 juta setiap satu.

    "Kita tidak boleh mengukur pembangunan manusia melalui nilai fizikal (kuantitatif) dan perubahan tidak berlaku dengan pantas kerana ia berlaku secara berterusan serta mengambil masa yang panjang.

    "Bagaimanapun, pada pandangan saya, setiap pelatih akan memberi kesan berganda sebanyak lima kali kerana mereka akan berkongsi apa yang dipelajari dengan sekurang-kurangnya lima individu lain," katanya.

    Tambah Abdul Hadi, jika kira-kira 500,000 peserta berjaya dilatih, maka sebanyak 2.5 juta rakyat di luar akan turut mendapat tempias program tersebut.

    "Kerana itu, saya tegaskan kita tidak boleh melihat masalah kecil sahaja tetapi perlu melihat gambaran besar bahawa para pelatih inilah yang akan memperkasa dan terus menjadi pemangkin kepada pembangunan negara kita kelak," tegasnya.

    Dalam pada itu, keistimewaan yang diumumkan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi mengenai kemudahan pelatih PLKN memasuki Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) pula menjadi isu sebilangan ibu bapa jika anak mereka terpilih mengikuti program tersebut.

    "Dahulu timbul isu anak terpilih ke PLKN, kini isu lain timbul kerana tidak terpilih ke PLKN pula. Ibu bapa berfikir rugi jika anak mereka tidak menyertai program tersebut kerana keistimewaan dan kemudahan membuat permohonan memasuki UPNM.

    "Kemasukan ke UPNM tetap terbuka kepada semua pelatih, sementara bekas pelatih PLKN masih perlu mematuhi kelayakan yang dikehendaki seperti calon-calon lain," jelas Abdul Hadi.

    Antara tarikan utama kemasukan ke UPNM adalah yuran dan tempat tinggal percuma, di samping elaun bulanan sebanyak RM1,380 untuk tahun pertama dan dijangka semakin meningkat kelak.

    Pelatih PLKN yang dipilih terdiri daripada mereka yang mempunyai kelayakan dan perlu ditemuduga. Namun mereka mempunyai kelebihan jika mencatat markah yang sama dengan pemohon dari luar.

    "Selepas tiga bulan latihan, pelatih PLKN sudah mempunyai asas tentera beserta ketahanan mental dan fizikal yang memudahkan mereka meneruskan pengajian tanpa memerlukan tempoh penyesuaian yang panjang di UPNM.

    "Lagipun, UPNM tidak boleh lepaskan pelatih yang berkebolehan selepas mereka tamat PLKN. UPNM akan cari yang terbaik dan 'sapu' dulu sebelum disambar IPT lain," kata Abdul Hadi.

    Selain UPNM, pelatih juga mendapat kemudahan memohon terus ke institusi pengajian tinggi (IPT) awam atau swasta pilihan kerana setiap kem akan mengumpulkan semua wakil IPT pada satu hari khusus untuk kemudahan pelatih mendapatkan maklumat mengenai IPT berkenaan.

    Selain itu, sebarang bentuk latihan memerlukan penggunaan akal fikiran serta melibatkan bebanan mental dan fizikal. Justeru, menjadi cabaran JLKN apabila pelatih perlu didorong ke tahap maksimum, sedangkan setiap individu dan bangsa mempunyai tahap kemampuan yang berbeza.

    "Kita memahami remaja berumur 18 tahun belum keluar dari payung keluarga, jadi kita mahu latih dan 'pisahkan' mereka supaya tahu konsep berdikari.

    "Ada yang tidak pernah bangun pagi, tidur awal, tiada pendingin hawa dan tinggal beramai-ramai. Ini menjadi tekanan kepada mereka dan apabila tidak tahan dengan suasana baru ini, mereka mula merasakan diri mereka diseksa," jelas Abdul Hadi.

    Beliau menyatakan, JLKN juga tidak menafikan kebimbangan ibu bapa melepaskan anak mereka menghadapi cabaran sedemikian dan kerana itu, pihaknya membuka pintu kem setiap minggu untuk membolehkan keluarga melawat pelatih.

    "Kita sudah agak masalah ini (keresahan) akan timbul dan kerana itu kami beri peluang keluarga melihat sendiri anak mereka serta suasana di dalam kem untuk membuktikan pelatih tidak didera seperti persepsi sebahagian kecil masyarakat.

    "Dahulu orang berfikir kerajaan tidak serius dalam PLKN tetapi selepas beberapa tahun, baru masyarakat mula nampak agenda besar program ini," ujarnya.

    Selain persepsi, JLKN juga dalam perancangan menyelesaikan isu kemudahan infrastruktur di 80 kem PLKN yang bakal mengikut standard Jadual Pematuhan (SOC) yang sama dan terkini, di samping mencapai status ISO menjelang hujung 2012.

    JLKN juga bercadang menubuhkan akademi latihannya sendiri dalam tempoh satu tahun lagi bagi melatih jurulatih PLKN bertauliah dan mengeluarkan sijil kelayakan yang diperakui semua pihak.

    Cabaran berikutnya bagi JLKN adalah mengumpul semula kesemua bekas pelatih di bawah sekretariat alumni PLKN dan memastikan matlamat program tersebut berjaya dicapai.

    Menurut Abdul Hadi, satu kad pintar untuk pelatih dan bekas pelatih PLKN juga telah disediakan dan boleh dipohon melalui laman web www.1hasrat.com.my dengan pelbagai kemudahan dan manfaat.

    "Kita berharap dapat mengumpul semula kira-kira 608,000 bekas pelatih untuk menyertai 33,000 pelatih semasa PLKN di bawah satu payung supaya dapat bergerak bersama kelak," katanya.

    Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

    BN teruskan momentum, Pas mahu ‘tebus’ maruah

    Posted:

    BN teruskan momentum, Pas mahu 'tebus' maruah

    BN teruskan momentum, Pas mahu 'tebus' maruah

    Oleh Zulkifli Jalil

    SEBAIK sahaja pemandu melepasi Plaza Tol Ayer Keroh, di jajaran itulah paling banyak lampu isyarat yang perlu direntasi.

    Dengan sistem melepaskan kenderaan secara bersaat, ada 30 saat, 60 saat dan suatu ketika mencecah 160 saat, situasi deretan lampu isyarat itu seakan-akan menyamai kehidupan di Putrajaya khusus dari Wisma Putra menghala ke pejabat-pejabat kerajaan di Presint 2.

    Berbeza di Temerloh, lampu isyarat kurang bilangannya tetapi di situ terkenal dengan kelazatan ikan patinnya yang kalau tidak berjaga-jaga, boleh 'terpukul' selepas menikmatinya dengan harga jenis ikan yang ada kalanya 'tidak masuk akal'.

    Namun orang luar kena bertanya dulu kepada orang tempatan - perbezaan harga sekilo ikan patin sangkar (RM14) dan patin liar (sehingga mencecah RM70) sebelum menjamu selera.

    Dua negeri ini, Melaka dan Pahang menyaksikan dua pilihan raya kecil di Merlimau dan Kerdau yang kempen lapan harinya bermula sebaik saja urusan penamaan calon selesai 12 tengah hari ini.

    Pas dipercayai begitu menagih kemenangan di salah satu kerusi terbabit setelah imej tercalar di Galas dan Tenang. Dengan rekod kemenangan empat dari lima kerusi dalam setahun ini , Barisan Nasional (BN) pastinya mahu meneruskan momentum melakar kemenangan bergaya di Merlimau dan Kerdau.

    Kejayaan itu nanti akan menjadi pembakar semangat dalam persiapan menghadapi Pilihan Raya Negeri Sarawak yang akan diadakan pada bila-bila masa sahaja dari sekarang, tidak lama selepas pengundian dua kerusi berkenaan pada 6 Mac ini.

    Jika dua kerusi ini berhasil, maka pertemuan BN dengan pihak pembangkang adalah seri lapan sama dalam siri 16 pilihan raya kecil sejak Mac 2008.

    Meskipun dikatakan di Merlimau setakat ini 'hingga tiang elektrik' pun dijadikan isu (hakikatnya, tidak ada isu), BN wajar berwaspada. Hujah dan penjelasan perlu digerakkan dengan pantas dan sampai ke akar umbi. Bak kata Timbalan Pengerusi BN, Tan Sri Muhyiddin Yassin, pengundi adalah 'raja'.

    Setakat ini Pas dan sekutunya cuba mengadu-domba memainkan isu 'ada lapangan terbang tapi kapalnya tak turun', penutupan Eye On Malaysia dan gelanggang go kart. Sedangkan semua orang Melaka terutama di 'Melemau' (sebutan anak Melaka) maklum Boeing 737 penerbangan Melaka-Riau mendarat tiga kali seminggu di Lapangan Terbang Antarabangsa Batu Berendam, syarikat penyewa Eye On Malaysia mungkir janji membayar kepada pemilik asal di Belgium dan isu go kart yang masih dalam pertimbangan mahkamah.

    Setakat ini, hanya isu-isu luar Melaka dijangka dibangkitkan termasuk kononnya belum ada keputusan kerajaan negeri untuk menaja penghantaran balik pelajar ke Mesir. Begitupun Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam dikatakan mampu menangani semua ini.

    Di Kerdau pula, selain isu status kelulusan calon BN yang cuba dipolitikkan oleh Pas, beberapa isu sampingan dipercayai akan menjadi 'buah tangan' Pas ke atas jentera BN. Antara tumpuan Pas adalah di Felda Jengka 22 membabitkan isu kelewatan bayaran ses kepada peneroka dan geran tanah yang belum dimiliki.

    Bagaimanapun, Pas juga dikatakan agak kurang bersemangat untuk mencabar kedudukan BN di Kerdau sehingga hanya menurunkan 'ayam patah sayap' , Hasanuddin Salim, 43, di sana. Dikatakan individu yang sebelum ini diuar-uarkan untuk menyaingi Syed Ibrahim Syed Ahmad iaitu Tuan Ibrahim Tuan Man dan Hassan Tantawi tidak mahu menanggung risiko tewas bagi mengelakkan imej diri tercalar.

    Ini kerana mereka akan memberi tumpuan sebagai calon Pilihan Raya Umum ke-13, lebih-lebih lagi buat Tuan Ibrahim yang dipercayai menaruh minat di Jengka.

    Begitupun isu-isu luar dijangka 'merajai' kempen pilihan raya di Merlimau dan Kerdau. Ini termasuk sentimen Hindraf yang cuba menghuru-harakan keharmonian kaum. Dan tidak kira parti mana yang membangkitkan sesuatu isu, yang penting jentera pilihan raya siapa yang paling pantas, cekap dan bijak mematikan hujah, mencernakan isu dan mendekati hati pengundi dalam hari-hari mendatang sehingga ke penghujung tengah malam 5 Mac ini.

    Selamat berkempen.

    Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

    Kosmo Online - Negara

    Posted: 25 Feb 2011 01:20 PM PST

    Kosmo Online - Negara


    131 dipindah keluar dari Libya

    Posted:

    131 dipindah keluar dari Libya

    131 dipindah keluar dari Libya

    Oleh ZULKIFLI MANZOR
    zulkifli.manzor@kosmo.com.my


    SEBAHAGIAN daripada 150 rakyat Libya menyertai perhimpunan mendesak Muammar Gaddafi meletak jawatan di hadapan kedutaan negara mereka di Kuala Lumpur semalam.


    KUALA LUMPUR - Seramai 131 rakyat Malaysia yang terperangkap di Libya berjaya dipindahkan ke Tunis, Tunisia pada pukul 12 tengah hari semalam berikutan ancaman keselamatan yang semakin memuncak di negara bergolak itu.

    Turut diterbangkan keluar dengan pesawat Tunis Air itu ialah Duta Malaysia ke Libya, Mohd. Zulkephli Mohd. Noor dan isteri.

    Kesemua rakyat Malaysia itu dijadualkan menaiki pesawat Hercules C-130 Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dari Tunisia menuju ke Rom, Itali.

    Selain rakyat Malaysia, penerbangan dari Libya itu turut memindahkan 55 rakyat Thailand, Filipina, Indonesia, United Kingdom dan Tunisia yang merupakan kakitangan syarikat Ranhill Berhad.

    Kementerian Luar Negeri dalam satu kenyataan semalam memberitahu, proses pemindahan rakyat Malaysia dari Libya itu mendapat kerjasama Majlis Keselamatan Negara (MKN), Angkatan Tentera Malaysia dan Ranhill Berhad.

    "Kementerian Luar akan terus memantau perkembangan semasa keselamatan di Libya dan akan terus memberi bantuan yang sewajarnya kepada beberapa rakyat Malaysia yang memilih untuk terus berada di negara itu," kata kenyataan itu.

    Libya kini bergolak apabila rakyat mengadakan tunjuk perasaan mendesak Muammar Gaddafi meletak jawatan tetapi pemimpin veteran itu bertindak balas dengan menentang gerakan antikerajaan menggunakan kuasa tentera sehingga mengorbankan lebih 1,000 orang setakat ini.

    Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini.

    Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

    Pelajar boleh pulang ke Mesir

    Posted:

    Pelajar boleh pulang ke Mesir

    Pelajar boleh pulang ke Mesir

    Oleh NIK NOORSUHAIDA AB KAHAR
    berita@kosmo.com.my


    PELAJAR Malaysia yang baru pulang ke tanah air pada awal Februari lalu perlu bersedia untuk kembali ke Mesir mulai 12 Mac ini.


    KUALA LUMPUR – Penuntut Malaysia yang sedang mengikuti pengajian di beberapa buah universiti di Mesir dan terpaksa pulang ke tanah air ekoran pergolakan politik di negara itu baru-baru ini boleh kembali ke negara tersebut untuk menyambung pengajian masing-masing mulai 12 Mac ini.

    Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, keputusan itu dicapai hasil pertemuan pasukan khas negara dengan universiti-universiti di negara itu sejak Ahad lepas hingga semalam bagi menentukan tarikh untuk memulakan pengajian.

    "Penuntut bagaimanapun diminta menunggu pengumuman daripada Majlis Keselamatan Negara mengenai kepastian tahap keselamatan di Mesir sebelum kembali ke negara berkenaan," katanya dalam kenyataan di sini semalam.

    Menurut Mohamed Khaled, hasil pertemuan dengan pihak universiti di negara itu, pihaknya dimaklumkan bahawa Universiti Kaherah akan memulakan semula pengajian perubatan peringkat pengajian praklinikal dan klinikal pada 12 Mac ini.

    "Begitu juga dengan Universiti Al-Azhar yang turut memulakan pengajian program pergigian pradental pada hari yang sama," katanya.

    Bagi program perubatan di semua peringkat pengajian di Universiti Al-Azhar pula akan bermula pada 15 Mac manakala penuntut program Pengajian Islam perlu mendaftar semula selewat-lewatnya pada 8 April.

    Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini.

    Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

    Kucupan terakhir sebelum lemas

    Posted:

    Kucupan terakhir sebelum lemas

    Kucupan terakhir sebelum lemas


    ANGGOTA bomba mengangkat mayat Heiman yang ditemui lemas di tasik Taman Sri Gombak semalam.


    GOMBAK - Seorang bapa tidak menyangka tindakan anak bongsunya bersalam dan mengucupnya selepas mengambil wang saku untuk ke sekolah merupakan petanda yang pelajar tahun enam itu akan pergi selama-lamanya apabila dia ditemui lemas kelmarin.

    Kejadian pukul 3 petang itu berlaku ketika Heiman Jamaludin, 12, dikatakan bermain di tasik Taman Sri Gombak di sini selepas tamat waktu persekolahan bersama seorang rakan dalam hujan lebat sebelum terjatuh.

    Jamaludin, 59, memberitahu, sebelum ini, anaknya tidak akan berpatah semula ke rumah jika terlupa hendak salam atau mengucupnya ketika hendak ke sekolah.

    Namun pada hari kejadian katanya, anaknya sanggup berpatah balik ke rumah walaupun telah separuh jalan menaiki motosikal bersama ibunya ke sekolah.

    "Selalunya dia tidak begitu, kalau sudah terlupa salam dia akan terus pergi sekolah tetapi semalam (kelmarin) dia beriya-iya menyuruh ibunya pusing semula ke rumah untuk bersalaman dengan saya.

    "Kami sekeluarga reda dengan kejadian ini. Heiman merupakan anak yang disayangi keluarga dan disenangi rakan-rakannya," ceritanya ketika ditemui di Tanah Perkuburan Islam Bukit Permata di sini semalam.

    Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini.

    Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

    Utusan Online - Kota

    Posted: 25 Feb 2011 11:31 AM PST

    Utusan Online - Kota


    ‘Kami sanggup tinggal di flat buruk’

    Posted:

    'Kami sanggup tinggal di flat buruk'

    'Kami sanggup tinggal di flat buruk'

    Oleh ROSLAH OTHMAN
    kota@utusan.com.my


    Tinjauan status Flat PKNS Jalan Jelatek yang masih didiami walaupun sebahagian para penghuninya sudah berpindah. – utusan/Hafiz Johari


    KUALA LUMPUR 25 Feb. – "Kami tidak akan berpindah selagi tuntutan kami tidak dipenuhi," kata Fadhilah Saharin, 38, salah seorang pemilik unit Flat Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS), Jelatek yang tapaknya bakal dibangunkan projek mega Datum Jelatek, di sini.

    Dia yang mewakili 17 pemilik, enam daripadanya unit kediaman dan selebihnya unit kedai di situ sehingga ke hari ini masih enggan menerima tawaran pampasan RM250,000 yang mereka anggap terlalu rendah berbanding bentuk pembinaan yang bakal dijalankan.

    "Kami sebenarnya tidak kisah jika ada pembangunan di sini, namun pampasan yang hendak diberikan biarlah berpadanan," ujarnya.

    Jawapan Fadhilah itu sekali gus merungkai persoalan yang bermain di minda sesiapa sahaja yang melalui kawasan itu tentang terdapat beberapa unit masih dihuni di flat berkenaan, yang kini kelihatan begitu uzur dan seperti rumah ditinggalkan.

    Katanya lagi, keputusan mereka untuk terus berada di situ diambil kerana yakin mereka berada di pihak yang benar.

    Dakwanya, walaupun penghuni yang masih tinggal di situ menerima pelbagai tekanan daripada pihak tertentu dengan niat untuk menghalau mereka, ia langsung tidak menggoyahkan pendirian mereka.

    Dia mendakwa, selain menjadikan unit-unit kosong sedia ada sebagai tempat pembuangan sampah, longkang di kawasan perumahan itu juga berkeadaan cukup menjijikkan.

    Yang terbaru, dakwanya, bumbung flat berkenaan sengaja dicabut pihak tertentu.

    Fadhilah berkata, dia mula mengambil alih perjuangan menuntut hak sebagai pemilik pada hujung tahun lalu apabila individu yang sebelum ini lantang mempertahankan perkara tersebut memilih menerima pampasan ditawarkan.

    Katanya, sejak itu perkara pertama yang dilakukan olehnya ialah melantik peguam bagi mewakili mereka.

    Bagaimanapun, katanya, sehingga ke hari ini pemilik masih belum menerima sebarang maklum balas daripada PKNS mengenai tuntutan mereka iaitu pampasan RM500,00 bagi setiap unit kediaman dan RM1 juta bagi unit kedai.

    Mereka turut menuntut diberikan keutamaan untuk ditawarkan membeli mana-mana unit dalam projek mega Datum Jelatek kelak.

    Katanya, lebih menguatkan semangatnya untuk meneruskan perjuangan ialah kerana beberapa perkara masih menimbulkan tanda tanya termasuk tindakan PKNS yang masih tidak menyerahkan hak milik strata kepada pemilik flat berkenaan.

    Tinjauan Utusan Malaysia ke lokasi terlibat mendapati keadaan persekitaran flat di situ ibarat 'medan perang'.

    Daripada empat blok dahulunya, kini hanya dua blok sahaja yang tinggal, sementara dua blok lagi sedang dalam proses diruntuhkan.

    Secara keseluruhan hampir 95 peratus unit telah dikosongkan dan keadaan flat berkenaan sememangnya sudah tidak lagi sesuai untuk didiami.

    Ini kerana persekitarannya yang kotor dan berdebu, dinding telah dipecah dan diconteng bukan sahaja kelihatan boleh mengancam keselamatan tetapi juga kesihatan.

    Daripada 17 pemilik, hanya kira-kira enam hingga tujuh buah keluarga masih mendiami flat berkenaan, manakala beberapa buah kedai melibatkan kedai makan dan bengkel kereta masih beroperasi.

    Seorang warga emas yang ditemui, Rubiah Othman, 58, turut mengakui keadaan flat berkenaan menyebabkan ia sudah tidak lagi sesuai dijadikan tempat tinggal, namun tetap dengan keputusan untuk tidak berpindah.

    Katanya, selagi ada hayat dia tetap akan tinggal di situ kerana mahukan pampasan yang setimpal.

    "Walaupun terpaksa berhadapan dengan keadaan ini setiap hari, ia tidak menjejaskan semangat kami," ujarnya.

    Perasaan sama turut dikongsi, Norashikin Nasir, 47.

    Menurutnya, dia tidak kisah apa pandangan orang lain terhadap keputusan mereka sekeluarga untuk terus menetap di flat berkenaan kerana yakin mereka di pihak yang benar.

    "Keputusan kami untuk tidak menerima pampasan ditawarkan kerana ia benar-benar tidak setimpal dengan apa yang bakal dibangunkan di sini," ujarnya.

    Bagi Najimiah Basook, 53, pula mengakui sememangnya agak sedih meninggalkan flat yang disewa sejak 27 tahun lalu itu.

    Bagaimanapun, katanya, dia tidak ada pilihan selain menerima tawaran membeli flat PKNS di Permai Jaya, Ampang.

    "Kami sekeluarga telah berpindah ke sana selepas Hari Raya tahun lepas dan sekali-sekala datang ke sini kerana memunggah barangan yang masih ada," ujarnya.

    Bagi Shahrudin Baginda Basir, 55, pula selagi tidak ada surat hitam putih memintanya untuk berpindah oleh tuan punya kedai berkenaan dia tetap akan meneruskan perniagaannya di situ.

    Menyewa kedai di situ sejak empat tahun lalu, dia mengakui lokasinya memang strategik kerana berhampiran stesen Transit Aliran Ringan (LRT) walaupun sewa dikenakan agak tinggi.

    "Walaupun keadaan di kawasan ini menyakitkan mata sesetengah orang, kami masih mempunyai pelanggan," ujarnya.

    Kawasan tapak flat kos rendah seluas 2.4 hektar milik PKNS itu bakal berubah wajah menjadi bandar baru di bawah pelaksanaan projek mega Datum Jelatek yang bakal siap dua tahun lagi.

    Datum Jelatek adalah projek pertama PKNS dalam perancangan Pembangunan Semula Taman Keramat, iaitu menukar kawasan hartanah yang mundur menjadi lebih moden sesuai dengan perkembangan semasa.

    Projek bernilai RM1.2 bilion itu dijangka mengandungi empat bangunan setinggi 45 tingkat yang menempatkan kawasan kediaman, bangunan pejabat, pusat membeli belah dan hotel.

    Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

    Pesta Ponggal Tanjong Karang meriah

    Posted:

    Pesta Ponggal Tanjong Karang meriah

    Pesta Ponggal Tanjong Karang meriah


    NOH Omar (di dalam kereta lembu, kiri) bersama pemimpin lain diarak sebagai tanda terima kasih kepada mereka pada sambutan Pesta Ponggal yang diadakan di Kampung Parit 4, Tanjung Karang baru-baru ini.


    TANJONG KARANG 25 Feb. - Pesta Ponggal atau pesta menuai yang diadakan di Kampung Parit 4 di sini baru-baru ini boleh dianggap sangat bermakna bagi penganut Hindu kawasan ini kerana ia diadakan seiring dengan hasil sawah mereka yang meningkat.

    Bagi menunjukkan tanda terima kasih kepada kerajaan, terutamanya Kementerian Pertanian Industri Asas Tani, atas bantuan diberikan kepada mereka selama ini, kaum India di situ telah menjemput menterinya, Datuk Seri Noh Omar, yang juga Ahli Parlimen Tanjong Karang ke majlis itu.

    Turut hadir, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Burong, Datuk Shamsudin Lias; Ketua MIC Bahagian, N.S Krishnan; Ketua MCA Bahagian, Phua Boon Chon dan Setiausaha MIC Negeri Selangor, KR Partiban.

    Program anjuran MIC Bahagian Tanjong Karang itu kali kedua diadakan dan sambutan kali ini dimeriahkan dengan pelbagai acara berkait dengan budaya kaum India.

    Antara yang diadakan ialah pertunjukan seni mempertahankan diri Silambam, pertandingan memasak nasi Ponggal, pertandingan mewarna untuk kanak-kanak, pertandingan mengikat bunga melur, pertandingan pecah periuk tanah dan melukis kolam.

    "Saya ingin mengucapkan tahniah kepada MIC Bahagian Tanjong Karang kerana menganjurkan Pesta Ponggal ini buat kali kedua.

    "Tahun lalu diadakan di Kampung Sungai Yu dengan menjemput UMNO, MCA dan rakan-rakan komponen Barisan Nasional untuk turut serta dalam sambutan ini.

    "Tahniah kepada petani di Kampung Parit 4 yang difahamkan hasil padi mereka meningkat dari setahun ke setahun," katanya.

    Beliau menjelaskan harga padi di Tanjong Karang iaitu RM1,150 satu tan sebenarnya adalah tinggi berbanding di tempat lain.

    Sementara itu, Shamsudin pula berkata, penduduk di kawasan Parlimen Tanjong Karang berasa gembira kerana Noh adalah Ahli Parlimen Tanjong Karang.

    "Beliau sentiasa berusaha sedaya upaya menaikkan taraf hidup petani di sini," katanya.

    Majlis diakhiri dengan penyampaian hadiah kepada para peserta dan pemenang pertandingan oleh Noh dan Shamsudin.

    Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

    Lima lelaki bela diri edar dadah RM44 juta

    Posted:

    Lima lelaki bela diri edar dadah RM44 juta

    Lima lelaki bela diri edar dadah RM44 juta

    KUALA LUMPUR 25 Feb. - Lima lelaki termasuk tiga beradik warga Mexico diperintah membela diri oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini terhadap pertuduhan mengedar 29,460.17 gram methamphetamine dianggarkan bernilai RM44 juta tiga tahun lalu.

    Hakim Datuk Mohd. Zawawi Salleh memutuskan demikian selepas pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap mereka.

    Beliau menetapkan 27 April ini untuk tertuduh mula membela diri.

    Tertuduh Lim Hung Wang, 54; warga Singapura, Lee Boon Siah, 47; warga tempatan, Jose Regino Gonzales Villarreal, 33; Simon Gonzales Villarreal, 36, dan Luis Alfonso Gonzales Villarreal, 43.

    Mereka didakwa mengedar dadah itu di sebuah kilang IPL Packaging Industries Sdn. Bhd., No. 55, Jalan Idaman 1/5, Senai Industries Park, Senai, Johor Bahru, pada pukul 3.15 petang, 4 Mac 2008.

    Dakwaan terhadap mereka mengikut Seksyen 39 B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh dihukum mengikut Seksyen 39B(2) akta sama yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati jika sabit kesalahan.

    Terdahulu, Mohd. Zawawi dalam penghakimannya berkata, berdasarkan keterangan seorang saksi pendakwaan yang merupakan ahli kimia telah berjaya membuktikan kesan-kesan dadah di tempat kejadian.

    Saksi tersebut memberitahu, kesan itu dijumpai pada pelbagai peralatan pemprosesan selain pakaian dan juga pada badan tertuduh.

    "Berdasarkan keterangan saksi-saksi, mahkamah berpendapat tidak syak lagi kilang itu dijadikan tempat memproses dadah.

    "Mengenai kehadiran tertuduh ketiga, keempat dan kelima yang dikatakan secara kebetulan adalah tidak munasabah," kata Mohd. Zawawi.

    Seramai 14 saksi pendakwaan dipanggil memberi keterangan sepanjang prosiding berlangsung.

    Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Umar Saifuddin Jaafar, manakala kelima-lima tertuduh diwakili peguam Kitson Foong, Ahmad Zaidi Zainal dan T. Kumar.

    Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

    Berita Harian: MukaDepan

    Posted: 25 Feb 2011 09:37 AM PST

    Berita Harian: MukaDepan


    Hukum gantung

    Posted: 24 Feb 2011 02:19 PM PST

    MukaDepan

    MOHD NIZAM MOHAMAD  (tengah), 32,  dibawa keluar dari Mahkamah Tinggi Kangar,  semalam, selepas dijatuhkan hukuman gantung sampai mati    kerana  didapati bersalah membunuh seorang budak   perempuan berusia 22 bulan, pada November 2009.

    MOHD NIZAM MOHAMAD (tengah), 32, dibawa keluar dari Mahkamah Tinggi Kangar, semalam, selepas dijatuhkan hukuman gantung sampai mati kerana didapati bersalah membunuh seorang budak perempuan berusia 22 bulan, pada November 2009.

    KANGAR: Mahkamah Tinggi semalam, menjatuhkan hukuman gantung sampai mati ke atas seorang lelaki selepas tertuduh didapati bersalah membunuh seorang budak perempuan berusia 22 bulan, pada November 2009 lalu.

    Pesuruhjaya Kehakiman, Mohd Zaki Abdul Wahab mensabitkan kesalahan terhadap Mohd Nizam Mohamad, 32, selepas mendapati pihak pendakwa berjaya membuktikan kes mengatasi keraguan munasabah.

    Mohd Zaki berkata, tertuduh dalam satu kenyataan tidak bersumpah yang dibuatnya sebelum ini, mengaku melakukan kesalahan itu atas alasan dirinya berada di dalam pengaruh dadah. "Selepas pertimbangkan semua perkara, saya dapati pihak pendakwa berjaya buktikan kes melampaui keraguan munasabah dan dengan ini, tertuduh didapati salah seperti didakwa dan boleh dihukum mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

    "Bagi seksyen itu, saya tidak punyai pilihan lain kecuali hukuman mati mandatori dan tarikh serta waktu hukuman akan ditetapkan," katanya.

    Tertuduh sepanjang penghakiman dibacakan kelihatan tenang tanpa sebarang bicara, malah reaksi sama turut diberikan tertuduh sejurus hukuman mati itu dijatuhkan ke atasnya.

    Mohd Nizam dituduh dituduh membunuh Nur Azlina Abdullah yang ketika itu berusia setahun 10 bulan di alamat 8H Jalan Tok Dewa, Repoh, antara jam 9 pagi pada 23 November 2009 dan 12 tengah hari 24 November 2009.
    Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Azman Abu Hassan, manakala tertuduh diwakili peguam Zuriah Meryani Othman.

    Tertuduh yang bekerja sebagai buruh ditahan pada 4 Disember 2009 bersama ibu mangsa yang juga kekasihnya selepas pakar bedah Hospital Tuanku Fauziah (HTF) mendapati kematian Nur Azlina pada 26 November 2009, berpunca daripada kecederaan serius di usus, selain terdapat kesan lebam di badan dan kepala dipercayai akibat didera.

    Komen Anda

    Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersil. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.

    Senarai komen

    adrian

    kenapa baru sekarang hukuman mati dijalankan,knapa tidak dari dulu..orang macam ne patut mati sebelum dia dilahirkan d dunia..

    zulhairi ahmad

    hukuman yg sangat setimpal..moga jadi pengajaran buat yg lain..di Malaysia bukan sesuka hati nak bunuh membunuh.

    a.aziz

    sepatutnya ibu mangsa pun didakwa sama. kerana dialah mangsa didera. tinggal serumah dengan pesalah tanpa ikatan yg sah. dunia mmg dah di akhir zaman.jgn sampai ALLAH turunkan BALA baru nak ingat hukum hakam.

    win

    inilah manusia sekarang.. seperti binatang....mungkin lebih teruk dari binatang

    heikal

    alhamdulillah...sekurang2nya nasib adik Nur Azlina Abdullah terbela...kepada MOHD NIZAM MOHAMAD..sesungguhnya Allah itu Maha Adil dan Maha penyanyang..hang aniaya dan ambil hak kanak tu untuk hidup...hang tak layak untuk bergelar Manusia pon sebenarnya....

    arora ateh

    you deserved it..mati dibalas mati...
    cume bezanya mati si mangsa tidak sia2..insyaAllah..di syurga tempatnya.

    Shukri Abd. Rahman

    Pembalasan atas perbuatan kejam dia, mungkin diakhirat tak lepas lagi.

    jasmin

    Sedalam kes bunuh ini, kerajaan hendaklah membuat penelitian semula, hukuman yang dijatuhkan oleh mahkamah hendaklah sama dengan orang yang mengupah bunuh dan orang yang membunuh baharulah adil.


    Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

    2000 maut

    Posted: 24 Feb 2011 02:18 PM PST

    MukaDepan

    KUALA LUMPUR: Seramai 190 rakyat Malaysia yang terkandas di Libya mula dibawa keluar dari negara bergolak itu, menggunakan pesawat pengangkut C-130 Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) tengah malam tadi melalui Ops Helang yang dilancarkan kerajaan.

    Panglima Operasi TUDM, Leftenan Jeneral Datuk Ackbal Abdul Samad berkata, berdasarkan kepada strategi Majlis Keselamatan Negara (MKN), pihaknya akan menggunakan semua alternatif bagi mengeluarkan rakyat Malaysia dari Libya sama ada menggunakan pesawat tentera atau komersial.

    "Misi utama kita memindahkan rakyat kita ke Lapangan Terbang Pratica DiMare, Rome akan dijadikan pangkalan operasi sementara. TUDM juga sudah memperoleh kebenaran diplomatik dari pihak berkuasa Libya bagi membolehkan pesawat pengangkut kita mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Tripoli untuk tujuan itu. "Kita perlu menyelesaikan misi ini segera sebelum perintah berkurung dikuatkuasakan di seluruh Libya menjelang jam 3 pagi esok (waktu tempatan). Dari Rome, MKN akan menyelaraskan usaha membawa pulang rakyat kita ke tanah air," katanya kepada Berita Harian semalam.

    Katanya, pesawat pengangkut itu yang berpangkalan di Skuadron 20 Subang tiba di Rome, jam 9.25 malam tadi waktu tempatan selepas selesai misi khas di Slovakia, seterusnya memasuki Libya untuk kerja evakuasi sejurus kebenaran diplomatik diperoleh.

    Sementara itu, Setiausaha MKN, Datuk Mohamed Tajudeen Abdul Wahab ketika dihubungi, berkata selain menggunakan pesawat tentera, kerajaan turut menyewa sebuah pesawat komersial dengan kapasiti 230 tempat duduk bagi membantu operasi pemindahan berkenaan.

    "Pesawat sewa khas itu ditempatkan di Lapangan Terbang Antarabangsa Dubai dan bersedia diterbangkan ke Lapangan Terbang Antarabangsa Tripoli untuk proses membawa rakyat kita pulang," katanya.
    Beliau memuji inisiatif beberapa syarikat Malaysia, yang terbabit dalam sektor pembinaan, kejuruteraan dan petroleum di negara itu membawa keluar kakitangan masing-masing sejak rakyat negara itu menuntut pemimpin Libya, Muammar Gaddafi meletak jawatan.

    Komen Anda

    Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersil. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.

    Senarai komen

    cyberkerisz

    Selamat berjuang kepada anggota TUDM dan terima kasih sekali lagi kepada MKN atas keprihatinan anda dalam menyelamatkan rakyat Malaysia tak kira di mana jua mereka berada. Walaupun ramai pengkritik yang selama ini mengkritik apa jua tindakan kerajaan, namun anda semua tetap bekerja tanpa menghiraukan anasir2 durjana ini.

    Yangretibase

    Mengapa berita dengan tajuk tidak ngam?


    Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

    Tiada ulasan:

    Catat Ulasan