Khamis, 3 Mac 2011

Edisi Hiburan

Edisi Hiburan


borak kosong

Posted: 03 Mar 2011 09:06 PM PST

borak kosong


Orang Ini Stress Gara-gara Namanya Qadafi

Posted: 03 Mar 2011 09:00 PM PST

Mohammed Qadafi ingin mengganti namanya menjadi Zayed setelah melihat kekejaman pemimpin Libya Moammar Qadafi, dia mengaku malu.

REPUBLIKA.CO.ID, KHOR FAKAN–Gara-gara namanya sama dengan Pemimpin Libya Muammar Qadafi, seorang warga Sudan mempertimbangkan untuk mengganti namanya. Dia merasa malu memiliki nama sama dengan pemimpin yang kini dianggap kejam kerana caranya membenteras gerakan prodemokrasi di Libya.

"Saya malu dengan nama saya. Saya akan menggantinya sebagai bentuk dukungan saya ke masyarakat Libya," kata Mohamed Qadafi, seperti dikutip dari the National.

"Saya punya banyak kawan di Libya. Sekarang mereka menderita. Tadinya saya mengagumi Qadafi, tapi sekarang saya tidak bisa lagi menggunakan namanya setelah apa yang ia lakukan ke rakyatnya sendiri," sambung Qadafi.

Mohammed Qadafi lahir di Sudan pada 1979. Setahun setelah Kolonel Muammar Qadafi mengambil alih pemerintahan Libya. "Ayah saya mengagumi Qadafi sehingga mereka memberi saya namanya," kata lelaki yang bekerja sebagai kapten kapal ini.

Ia menerima perhatian luar biasa gara-gara namanya. Ketika ia bersekolah di Libya, pemerintah Libya bahkan memberinya beasiswa penuh untuk sekolah pelayaran. Qadafi juga membaca buku-buku yang ditulis Qadafi, termasuk The Green Book yang berisi pandangan politiknya.

Mau diganti nama apa? Qadafi mengaku belum tahu. "Itu yang sukar. Saya inginnya  nama pemimpin Arab lainnya, tokoh yang baik, mungkin saya akan menamai Zayed," katanya. Namun mengganti nama di Sudan bukanlah pekerjaan mudah. Ia harus ke pemerintahan tempatan dan mengurus administrasi, termasuk mengganti nama anak-anaknya.

"Prosesnya boleh bertahun-tahun. Tapi prosesnya sepadan bagi kesengsaraan warga Libya," katanya.

Gadis Dibakar Untuk Persembahan Para Dewa

Posted: 03 Mar 2011 08:40 PM PST

Disaat ramai orang sudah mulai belajar untuk berfikir secara rasional dan realisti, masih ada sebahagian lagi manusia yang berfikir tidak rasional serta mistik. Hanya untuk sebuah keyakinan persembahan kepada dewa yang mereka yakini seorang pengusaha tempatan di Nepal bersama empat orang lainnya sanggup membakar seorang gadis cilik yang masih berusia 8 tahun.

Menurut catatan Komisi Hak Asasi Manusia Asia yang diterima dari sebuah LSM Jaragan Media Center yang berada di Nepal yang menjadi sumber ruanghati.com menyebutkan gadis belia dimaksud bernama
Manisha Harijan berusia 8 tahun ditemukan mati pagi hari 4 Disember 2009, setelah sebelumnya menghilang. Seorang pengusaha setempat bernama Birendra Jayasawal dan 4orang pembantunya telah ditahan oleh polis setempat settelah laporan warga yang mencurigai gerak geri mereka.
Menurut siasatan polis menyebutkan mereka akhirnya mengakui telah melakukan ritual membakar gadis tersebut di sebuah pembakaran tungku bata sebagai upaya memohon pada dewa yang mereka sembah agar diberikan kelancaran usaha dan kemakmuran hidup.

Nama mangsa : Manisha Harijan, 8 tahun, penduduk tetap Maryadpur Komite Pembangunan Desa (VDC) – Rupandehi Nepal.
 Nama tertuduh : Birendra Jayasawal, Maryadpur Komite Pembangunan Desa (VDC) – Rupandehi District, Nepal. Tarikh kejadian: 4 Disember 2009 (2066/7/21 menurut kalender Nepal).
 Tempat kejadian : Maryadpur VDC, Kabupaten Rupandehi. 


Ketua Polis setempat Nagendra Jha mengatakan kepada media center di Rupandehi seperti dikutip ruanghati.com dari laporan Komisi Hak Asasi Manusia Asia di webnya akan berupaya menyelesaikan kes ini dengan adil. Polis merancang melakukan tes DNA korban dan percikkan darah di pembakaran untuk memastikan hasil.

Nepal melarang pengorbanan manusia pada tahun 1780 tetapi para pakar mengatakan itu masih dijalankan oleh beberapa komuniti di daerah pedesaan yang miskin. "Beberapa orang masih percaya mengorbankan manusia akan menyenangkan para dewa, memperbaiki nasib mereka dan meningkatkan status sosial mereka," kata Chunda Bajracharya, profesor studi budaya di Universitas Tribhuvan Kathmandu.

 Ruanghati.com dari sumber : Komisi Hak Asasi Asia (AHRC) dan ahrchk.net

Magistrate simpan gambar perempuan berhubungan seks dengan binatang

Posted: 03 Mar 2011 07:45 PM PST

TRIBUNNEWS.COM - Seorang lelaki yang bekerja sebagai magistrate mahkamah ditangkap kerana menyimpan gambar porno ekstrem. Demikian dilaporkan The Sun.

Lelaki bernama Michael Hall (46) juga bekerja sebagai kepala sekolah dan bekerja di dewan panel perlindungan anak-anak di Swinton, Rotherham,England.

Ketika polis menyerbu rumahnya di kawasan Swinton, Rotherham, September tahun lalu, mereka menemukan koleksi adegan hubungan seks ekstrem sebanyak 230 foto dan 150 video. Koleksi itu berupa perempuan berhubungan seks dengan kuda, keledai,  katak, dan ular hidup.

Hakim dari mahkamah Rotherham, South Yorks, kemudian memutuskan menjatuhkan hukuman tiga tahun untuk bekerja sosial dan meminta dirinya menghabiskan waktu selama 144 hari mengikuti program bagi pelanggar seks.

sumber : The Sun

[Gila] Ibu sanggup bakar anaknya dalam ketuhar

Posted: 03 Mar 2011 06:46 PM PST

Gila betul perangai ibu ini...sanggup memperlakukan
anaknya sendiri sebegini rupa...
saya petik daripada Sinar Harian


JACKSON - Seorang wanita ditahan selepas pihak berkuasa menemui anaknya di dalam ketuhar elektrik di sebuah apartmen, kelmarin. 

Penyiasat forensik di Washington, Methel Johnson berkata, polis menemui mayat Tristan Robinson, 3, dalam keadaan terbakar dan suhu badannya masih panas semasa mangsa dikeluarkan dari ketuhar. 

Terrie A.Robinson, 24, ditahan oleh polis Greenville, kelmarin, kerana didakwa membunuh anaknya sendiri. 

Laporan awal menunjukkan terdapat kesan kecederaan pada kepala kanak-kanak itu dan laporan bedah siasat akan menentukan sama ada dia dibunuh sebelum dibakar di dalam ketuhar tersebut. 

"Kejadian ini sangat menyentuh perasaan kerana ia akan kekal terpahat dalam memori saya sampai bila-bila," menurut Johnson lagi. 

Ketua Polis Greenville, Freddie Cannon enggan memberikan maklumat lanjut kerana siasatan masih dijalankan.

Wow!! Pengantin lelaki dapat hadiah helikopter AS$8 juta di hari perkahwinan

Posted: 03 Mar 2011 05:45 PM PST

Betul beruntung lelaki ni..dapat hadiah helikopter
saya petik dari kosmo online

NEW DELHI - Seorang lelaki, Lalit Tanwar, 26, berkahwin dengan Yogita Jaunapuria dalam satu majlis perkahwinan mewah, lapor beberapa buah akhbar semalam.

Lalit dilaporkan menerima hadiah sebuah helikopter manakala 18,000 tetamu menghadiri majlis perkahwinannya.

Mereka berkahwin di sebuah rumah dekat bandar raya ini dengan 12 skrin televisyen gergasi dipasang bagi merakamkan majlis perkahwinan tersebut.

Akhbar Times of India membuat anggaran bahawa majlis perkahwinan yang diadakan pada Selasa lalu itu melibatkan kos AS$22 juta (RM66.67 juta).

Namun, akhbar Mail Today melaporkan, kos majlis perkahwinan itu mungkin AS$55 juta (RM166.67 juta).

Akhbar Indian Express melaporkan bahawa, pengantin lelaki mendapat hadiah sebuah helikopter Bel 429 berharga AS$8 juta (RM24.24 juta) dalam satu majlis perkahwinan yang ringkas. 

Majlis perkahwinan itu melibatkan anak seorang ahli politik daripada parti Kongres yang kaya, Kanwar Tanwar.

Lalit dikatakan memakai kalungan bunga yang diperbuat daripada wang kertas dalam majlis perkahwinan tersebut.

Keluarga pengantin perempuan meraikan pengantin lelaki dengan memberikannya hadiah bernilai AS$5 juta (RM15.15 juta). - Agensi

Wow, Remaja AS Ini Mengaku Kunjungi Syurga

Posted: 03 Mar 2011 04:45 PM PST

INILAH.COM, Remaja yang hampir meninggal dunia kerana ususnya pecah mengaku ke syurga dan bertemu dengan saudara perempuannya yang sudah meninggal dunia. Padahal, kedua orangtuanya tidak pernah cerita soal anak itu.

Colton Burpo, 11, mengaku ketika berusia empat tahun, mengalami sakit parah sehingga harus menjalani operasi darurat sebanyak dua kali. Dia salah diagnosa menjadi flu ketika keluarganya dari Nebraska, Amerika Syarikat, melakukan perjalanan ke Colorado.

Setelah pulih, dia memberitahu orangtuanya, Todd dan Sonya, bahawa dia baru saja bertemu dengan kakak perempuannya yang belum dia temui. Wajar, sebelum melahirkan Colton, Sonya keguguran janin perempuan. Kerananya, kedua orang tua Colton tidak pernah menceritakan cerita sedih itu.

"Perempuan itu nampak sangat familiar. Dia memberikan saya pelukan dan mengatakan senang bertemu seorang anggota keluarga di sana," kata Colton yang mengungkapkan pengalaman luar biasa itu di buku terbaru Heaven is for Real.

"Dia mengaku tidak memiliki nama. Dia tidak pernah diberikan nama. Tapi dia tidak sabar bertemu dengan ayah dan ibu di syurga," kata Colton lagi menceritakan soal saudara perempuannya itu.

Colton juga mengatakan bertemu datuknya Pop, yang meninggal 30 tahun lalu dan tidak pernah dikenal Colton, walaupun melalui. Colton mengaku penglihatannya di syurga tidak berdasarkan pengalaman hidupnya di dunia nyata.

Ketika ditanya bagaimana keadaan di syurga, Colton menjelaskan dengan sangat spesifik. "Wow. Ada banyak warna pelangi. Ini adalah sebuah tempat yang indah dengan banyak benda yang menakjubkan." [

Gambar persaudaraan antra beruang ,singa dan harimau

Posted: 03 Mar 2011 10:01 AM PST










Oops…Dilanggar Lari, Seorang Wanita Berbogel di Tengah Jalan

Posted: 03 Mar 2011 09:30 AM PST

GUANGDONG – Seorang wanita yang dilanggar sebuah kereta ketika menaiki basikal bogel di tengah jalan kerana mahu pemandu yang melanggarnya dipertanggungjawabkan.

Kejadian tersebut  membuat jalan menjadi sesak kerana wanita tersebut tidak mahu beredar dari jalan di Guangdong, China, sebelum pemandu yang melanggarnya memberi ganti rugi.

Sayangnya pemandu kereta tersebut sudah melarikan diri, tapi wanita itu tetap tidak mhau mengenakan pakaiannya dan beredar dari jalanan.

Walaupun tidak mengalami cedera sedikitpun, wanita yang berusia 40 tahunan ini sangat kesal dengan pemandu tersebut yang lari tidak bertanggung jawab kerana telah melanggarnya.

"Ganti rugi saya, jika tidak saya tidak akanberedarr," ujar wanita yang diketahui sedang tertekan tersebut.

Lalu lintas jalanan pun menjadi sesak, bahkan menyebabkan empat kereta berlanggar.

"Saya fikir dia memiliki masalah mental," ujar seorang saksi, seperti dilapor Global Times.

Polis pun datang setelah dia berdiri telanjang selama setengah jam dan mencuba berkali-kali untuk menutupinya dengan selimut, tapi gagal.

Setengah jam kemudian, wanita itu mengenakan pakaiannya dan pergi begitu saja.

Sumber : http://www.okezone.com

Hah…Psikologi Cantik Ini Memberi Terapi Dengan Telanjang

Posted: 03 Mar 2011 08:45 AM PST

Psikologi ini yakin bahawa dengan bertelanjang diri di depan pesakitnya dia ingin menunjukkan ke mereka bahawa tidak ada yang disembunyikan dari dirinya


KOMPAS.com – Ada cara mengorek keterangan dari lelaki tentang perasaan yang bergejolak di dalam diri mereka. Namun, seorang psikologi cantik berusia 24 tahun ini mempunyai cara tersendiri untuk melakukannya, iaitu dengan telanjang.

Sarah White cuba cara mendapatkan keterangan dari pesakitnya di New York dengan cara terapi yang benar-benar unik. Dengan melepaskan satu per satu pakaian yang dikenakannya selama sesi kaunseling, White yakin tindakannya ini dapat mencairkan ketertutupan sikap dari pesakitnya.

"Saya sengaja melakukannya untuk mengendalikan diri para pesakit saya itu. Tujuannya saya telanjang di depan mereka adalah agar mereka memahami diri dan lingkungan mereka secara lebih baik sehingga mereka boleh mendapatkan kekuatan dari kenikmatan yang timbul dari diri mereka dan kekuatan itu diharapkan tidak hanya muncul selama sesi terapi tetapi juga sesudahnya," ujar White.

Sesi awal konsultasi yang ditawarkan melalui komunikasi satu arah di web cam dan pesan SMS dikenakan biaya 150 dollar AS. Begitu White yang telah memiliki sekitar 30 pesakit mengenal mereka secara lebih jauh maka dia menawarkan komunikasi dua arah melalui video Skype dan bahkan, untuk beberapa kes, melalui konsultasi secara langsung.

Pendekatan terapi sambil telanjang yang diterapkan White ini tentu saja memikat kliennya yang sebahagian besar adalah lelaki. Salah satu latarbelakang dari diterapkannya pendekatan ini adalah kerana White merasa ada yang tindakan yang kurang dan tidak berinspirasi dalam teknik konsultasi dari studi strata-1 psikologi yang pernah didalaminya.

Lewat penuturannya ke New York Daily News, White menilai teknik yang dijalankannya telah memberikan dorongan minat lebih besar pada kaum lelaki yang cenderung kurang tergerak apabila dibandingkan kaum perempuan dalam berkonsultasi. "Saya melihat ada yang kurang dari teknik terapi klasik yang cenderung represif ketimbang mendorong orang lain untuk bersikap terbuka."

"Tujuannya adalah memperlihatkan kepada pesakit bahawa tidak ada yang disembunyikan dari diri saya dan mendorong mereka untuk bersikap lebih jujur. Bagi lelaki tertentu, melihat susuk wanita telanjang  dapat membantu mereka memfokuskan perhatian serta melihat diri mereka secara lebih luas selain membantu mereka menyampaikan apa yang ada di fikiran mereka secara terbuka," tambah wanita yang berasal dari Upper West Side ini.

"Freud menerapkan asosiasi bebas. Saya memilih untuk telanjang," jelas White untuk membandingkan teknik konsultasi yang ditawarkannya dengan teknik klasik dari Sigmund Freud.

Tentu saja teknik terapi yang diterapkan White juga disambut suara penentangan. Diana Kirschner, psikologi klinik di New York, menjelaskan: "White hanya menggunakan terapi kata-kata tetapi saya tidak menganggap ini sebagai terapi. Saya menilai pendekatannya itu sebagai pelayanan interaktif pornografi melalui internet."

Interaksi bernuansa seks antara pesakit dan ahli terapi merupakan pelanggaran besar kode etik berdasarkan ketetapan yang dikeluarkan oleh American Psychoanalytic Association. Bahkan hubungan fizik saja sudah dianggap sebagai pelanggaran kode etik profesi.

Namun, White menekankan tidak terjadi hubungan fizik dalam terapi yang ditawarkannya. "Saya tidak menjalin hubungan intim dengan pesakit saya."

Luar Biasa! Bayi Ajaib Ini Kembali dari Kematian

Posted: 03 Mar 2011 07:00 AM PST

TRIBUNNEWS.COM – Seorang bayi perempuan dengan keajaiban yang luar biasa berhasil selamat dan kembali dari kematian setelah dibekukan selama tiga hari. Demikian dilapor The Sun.

Bayi bernama Ella Anderson meninggal secara medik setelah dilahirkan dan berhasil hidup selama 25 minit namun setelah dia mengalami kekurangan oksigen dan pihak medik khuatir dia boleh saja meninggal atau tetap hidup namun mengalami kerosakan otak.

Ella kemudian dibawa ke Addenbrooke's Hospital, Cambridge,England di mana pionir ahli pendingin berada. Ini bekerja untuk memperlambat metabolisme otak dan boleh memperbaiki diri sendiri.

Ella dibungkus dalam selimut yang diisi air dingin dengan suhu maksimum dari 37 celsius ke 33 celsius. Sang ayah bernama Jason Anderson (33) asal Werrington, Peterborough, berkata.

"Saat kami melihatnya di hospital, dia dipenuhi kabel mesin dan paip. Saya menaruh tangan saya di kepalanya dan dia sedingin air batu" katanya. Setelah 72 jam tubuhnya kembali hangat dan  kemudian dia diperbolehkan kembali ke rumah. Setelah sembilan bulan, Ella mengejutkan doktor dengan perkembangan kesihatan yang dimilikinya.

"Saya tidak tahu apa yang akan terjadi di masa yang akan datang namun ketika pertama kali melihatnya saya tak sabar memberikannya pelukan hangat," kata  ibunya, Rachel Claxton (32).

Tak Sedar Apartment Terbakar kerana sedang keasyikkan

Posted: 03 Mar 2011 06:30 AM PST



TRAGIk! Inilah ungkapan yang terlontar atas peristiwa kebakaran hebat di sebuah apartment di New York baru-baru ini. Pasalnya, kebakaran hebat tersebut disebabkan oleh pasangan yang sedang keasyikan melakukan hubungan intim.

"Api itu bersumber dari tingkat empat, tempat yang dihuni seorang pendeta," ujar seorang saksi, seperti dikutip Global Times.

Saksi tersebut lantas menceritakan bahawa sebelumnya dia melihat seorang wanita datang ke aparment tersebut dan bertemu dengan seorang lelaki yang dikenal masyarakat  sebagai pendeta.

Pasukan penyiasat kes kebakaran tersebut menyatakan bahawa mereka mendapati peralatan ritual voodoo serta pakaian seorang wanita dan lelaki, yang berserakan di atas lantai. Diduga, pasangan ini melakukan hubungan seks ketika ritual voodoo sedang berlangsung.

"Lilin-lilin yang ada di sekitar tempat tidur boleh jadi terjatuh dan membakar kain-kain yang ada di sekitarnya. Mungkin disebabkan oleh pasangan tersebut yang tidak sadar telah menjatuhi lilin itu," ujar salah satu penyidik.

Peristiwa kebakaran tersebut menyebabkan sebelas warga dan 20 petugas pemadam kebakaran terluka, dan hampir 50 keluarga kehilangan tempat tinggalnya. Bahkan ada seorang wanita berusia 64 tahun ditemukan mati.

Sumber : http://www.okezone.com

Foto Mumi Dari China "Si Cantik dari Xiaohe"

Posted: 03 Mar 2011 05:00 AM PST

Rahsia Jalan Sutera, adalah tema yang digunakan dalam pameran di Universiti Pennsylvania, AS. Pameran ini sendiri mengungkap misteri mumi China.

Mumi yang mendapat julukan si Cantik dari Xiaohe, disebut seperti itu kerana mumi ini berkulit putih matanya bulat dan rambutnya panjang. Bahkan mumi ini cirinya lebih mirip orang eropah daripada suku yang hidup di China.

Di lihat dari wajahnya memang kecantikannya terlihat jelas dengan bulu matanya yang lentik, hidungnya bangir, bibirnya tipis dan dagunya tajam. Tulang pipinya juga terlihat tinggi.



Pemain bola sepak yang teramat kejam

Posted: 03 Mar 2011 04:49 AM PST

Entah apa yang bermain difikiran pemain bola ini..tak ada lansung
sifat belas kesian dan hasil daripada tindakan bodohnya itu
dia  dikritik hebat oleh orang ramai....



Lelaki mabuk langgar tiang

Posted: 03 Mar 2011 03:00 AM PST


LETAK MAKLUMAT IKLAN

Ada juga orang yang perangai seburuk ini

Posted: 03 Mar 2011 02:47 AM PST




Tempat secanggih ini tak kan tak ada tandas...
betuk-betul punya buruk perangai manusia ini...

Salah Pijak Pedal, Kereta Tembus Dinding

Posted: 03 Mar 2011 01:00 AM PST

CHONGQING – Seorang lelaki China melanggar dinding gedung parking kerana salah ketika menekan pedal minyak yang disangka brek. Bahagian depan kereta tersebut menembus dinding tingkat kedua parking tersebut dan berhenti tergantung di atas jalan kota Chongqing.

"Saya berada di kemiringan ke bawah dan hanya menekan pedal gas, bukan menekan brek" ujar pengemudi, yang tidak menyebutkan namanya tersebut.

Ia dibawa ke hospital untuk diperiksa tetapi doktor memberikan hasil negatif pada uji alkoholnya. Demikian lansir Orange.

Huang Xiaoping, seorang petugas kebersihan yang tinggal di sebelah tempat parkir, mengatakan ia baru saja bangun dan siap-siap untuk berangkat bekerja ketika ia mendengar suara hantaman mobil itu.

"Saya mendengar dua ledakan dari arah gedung parking kemudian saya berlari untuk melihat apa yang terjadi di gedung itu, awalnya saya kira sedang ada shooting filem di sekitar taman, tetapi kerana  ingin tahu ada apa, saya berlari keluar dan saya mendapati pemandangan sebuah kereta menembus tembok gedung parking di lantai dua dan menggantung sebahagian badan kereta di atas gedung itu dengan roda depan masih berputar," ungkapnya,

Seorang petugas mengatakan bahawa lelaki tersebut tinggal di dekat taman dan selalu menggunakan parking di gedung tersebut.

"Dia sudah lama meletakkan keretanya di sini, dia pasti bukan pemandu baru," katanya.

Untungnya pemandu dan penumpangnya yang merupakan seorang wanita, tidak mengalami luka parah.

Sumber : http://www.okezone.com

Kulit Pisang Pembawa Petaka

Posted: 03 Mar 2011 12:15 AM PST

CALIFORNIA – Kalau biasanya adegan terpijak kulit pisang menjadi suatu adegan lucu dalam sebuah filem komedi, tidak demikian apabila adegan tersebut terjadi di kehidupan nyata.

Ida Valentine (58), menyaman kedai retail "99 Cents Only" di Fontana, California, Amerika Syarikat (AS), setelah dia  mengalami kemalangan terpijak kulit  pisang di depan kedai tersebut.

Gugatan itu beralasan, kerana kesan dari kejadian itu, dirinya kini menderita hernia dan kerosakan jaringan, sehingga dia memerlukan biaya perawatan sebesar USD9 ribu.

"Dia jatuh dan terlentang di bahagian belakang," kata Courtney Mikolaj dari Law Firm Quirk di Ventura, California, mewakili Ida.

Seperti dilaporkan Reuters, Rabu (3/3/2011), Mikolaj mengatakan bahawa kedai "99 Cents Only" menolak saman atas sangsi sebesar USD44 ribu .

Menjadi mangsa dari sampah kulit pisang di jalanan, sudah menjadi suatu hal yang sering dialami masyarakat, kerana pisang merupakan makanan popular di kota-kota Amerika. Hal ini telah menjadi salah satu gangguan awam.

Pada 1879, majalah Harper's Weekly pernah menghimbau,"barangsiapa yang melemparkan kulit pisang pada trotoar, bererti telah melakukan perbuatan tercela kerana merugikan masyarakat, dan  mungkin untuk bertanggung jawab atas anggota tubuh yang rusak."

Sumber : http://www.okezone.com

Billboard ini boleh menangis (air mata darah) jika hujan turun

Posted: 02 Mar 2011 11:00 PM PST

Di New Zealand ada papan iklan atau billboard bergambar seorang anak kecil yang dapat mengeluarkan darah bila hujan.

Darah mengalir dari berbagai tempat dari wajah tersebut seperti mengalir dari mata, alis, telinga dan lain-lain.

Billboard Berdarah (Bleeding Billboard) ini sengaja dibuat untuk mengingatkan pemandu kendaraan agar berhati-hati pada ketika hujan sedang turun di Papakura, New Zealand.


Masalahnya, dinegara tersebut sering terjadi kemalangan dijalan tol yang membawa maut pada ketika musim hujan tiba setelah melewati  musim panas

Papan iklan atau billboard yang cukup mengerikan bila dilihat dan mungkin agak mengganggu pemandu ketika sedang hujan, namun ternyata cara ini diinformasikan cukup effektif untuk mencegah terjadinya kecelakaan dan sejak dipasangnya iklan tersebut, hampir tidak ada kecelakaan dilokasi tersebut.




Kisah Benar,Ada Monyet Jatuh cinta dengan Ayam

Posted: 02 Mar 2011 10:00 PM PST

Cinta ternyata milik siapa saja. Perasaan mencintai dan dicintai ternyata tak hanya milik manusia dengan manusia. Binatang atau haiwan pun ternyata boleh jatuh cinta.

Seperti yang terjadi di Desa/Kecamatan Pasirian, Lumajang. Monyet dan ayam betina menjalin percintaan. Percintaan antara kedua jenis binatang yang berbeza ini nampak mesra. Sang monyet terlihat memeluk dan mencium ayam kampung kesayangannya.

Kisah cinta unik antara monyet dan ayam kampung dengan bulu hitam ini menurut pemiliknya terjadi setahun lalu. "Kejadian unik ini terjadi sekitar satu tahunan lalu," kata Pemilik Monyet dan Ayam, Ali Murtadi (40) ditemui di rumahnya kepada detiksurabaya.com.

Menurut Ali, monyet miliknya didapat dari kawasan lereng Gunung Semeru di Kecamatan Senduro setahun lalu. Monyet itu dipelihara dan dibuatkan kandang di bawah pohon mangga dekat rumahnya. Awalnya, monyet itu liar namun setelah sebulan dirawat, monyet pun jinak dan boleh menyesuaikan diri dengan kawasan sekitar. Bahkan dengan ayam peliharaannya.

"Saya terkejut melihat ayam milik saya sering tidur bersama monyet. Tapi sampai sekarang tidak ada masalah," tuturnya.

Pantauan detiksurabaya.com, sang monyet memperlihatkan kebolehannya menari. Monyet itu bergoyang-goyang dan membuat ayam betina mendatanginya. Seperti  sepasang kekasih, ketika ayam datang, sang monyet langsung menyambut dengan pelukan dan ciuman mesra.

Aksi dari kedua binatang berbeza jenis ini mendapat perhatian masyarakat. Mereka berbondong-bondong menyaksikan 'percintaan' kedua binatang itu. Ketika kedua binatang itu menunjukkan kemesraan, warga yang menonton tertawa.

"Saya tahu ada monyet 'nikah' dengan ayam dari mulut ke mulut," tutur Suhartono (50) warga Desa Tempeh Tengah, Kecamatan Tempeh yang datang bersama isteri dan anaknya kerana teruja.

Celebrity News

Posted: 03 Mar 2011 03:40 PM PST

Celebrity News


Surat Pekeliling Bakal Ayah Mentua Untuk Kekasih Anaknya

Posted: 03 Mar 2011 09:50 AM PST

Kepada Bf anak aku, 

Peraturan 1: Kalo ko sampai kat pagar umah aku pastu dok hon…hon, pastikan ko bawak barang yang nak dihantar..sebab ko takkan ambik ape2 atau sesapa.

Peraturan 2: Jangan ko pegang2 anak aku depan atau belakang aku. Ko boleh pandang dia, selagi mata ko tak merayau lebih dari paras leher anak aku. Kalo ko takleh jaga tangan ko dari dok pegang2 anak aku..aku boleh tolong cabut dan jaga tangan ko kat umah..

Peraturan 3: Aku tau skang nih fesyen budak2 pakai seluar londeh sampai nampak boxer atau spender ko. Aku ni open-minded, so aku takkan suruh ko pakai seluar tu elok2 cam manusia normal. Tapi, bagi memastikan yang seluar ko takkan terbukak atau dibukak semasa ber'dating' ngan anak aku, aku akan pakai stapler gun kat dalam laci aku nih untuk lekatkan seluar ko kat pinggang.

Peraturan 4: Aku rasa mesti ko tau pasal kempen seks 'selamat' yang omputih dok canang hari2 kat tv atau internet. Kalo tak pakai perlindungan cam kondom atau lain2, ko mungkin akan dapat penyakit yang mungkin membunuh ko satu hari nanti. Meh sini aku nak bagitau,

kalo ngan anak aku ni, aku lah pelindung tuh..dan aku akan mendatangkan sakit kat tubuh badan ko dan kemungkinan besar akan bunuh ko jugak. Paham?

Peraturan 5: Biasalah kalo ko nak berkenalan lebih baik ngan aku ni sebagai calon bapak mertua ko..ko nak berbual pasal politik, pasal sukan atau lain2 topik semasa. Aku takmo dengar semua tuh. Satu jer topik yang aku minat nak dengar: bila ko nak antar anak aku balik ke umah ni semula? Dan jawapan yang aku nak dengar cuma: "Awal."

Peraturan 6: Aku rasa ko ni hensem, popular kat kolej/pejabat ko, banyak peluang nak dating ngan aweks2 lain yang lagi kiut-miut..aku takde hal ngan kelebihan ko tu..selagi anak aku pon ok dengan kepopularan ko. Tapi, sekali ko dah couple ngan anak aku, ko jangan pandai2 cari pompuan lain sampai la anak aku dah bosan ngan ko atau dia break-off ngan ko. Kalo ko wat anak aku nangis, aku pulak akan wat ko nangis.

Peraturan 7: Sementara ko menunggu anak aku bersiap, jangan dok mengeluh kalo dia bersiap lama sangat. Kalo ko nak orang yang punctual, ko leh dating ngan mat askar. Kalo ko bosan menunggu kat luar tu, tolong le wat ape yang patut, cam basuh keta aku atau cat pagar umah aku ni.

Peraturan 8: Tempat2 berikut adalah dilarang sama sekali korang pergi dating; tempat yang ada katil, ada sofa, ada rumput atau apa2 tempat yang leh duduk2 atau baring2. tempat2 yang takde kehadiran orang tua, polis, tok imam. Tempat2 yang gelap. Tempat2 yang membolehkan korang berpegang tangan/menari atau bersukaria. Tempat2 yang panas sampai membuatkan anak aku terpaksa pakai tshirt takde lengan..pakai short skirt. Tempat yang sejuk sampai ko kena panaskan badan anak aku. Movie yang romantic, berunsurkan cium2 tu elakkan. Movie pasal seksa kubur atau hari kiamat dibolehkan.

Peraturan 9: Jangan sekali-kali menipu aku. Aku ni nampak jer perut buncit, kepala hampir botak, tapi aku akan tau semua pergerakan ko dari spy2 aku. Kalo aku tanya ko nak pegi mana, dengan sapa lagi yang join ngan korang, ko ada satu peluang jer nak jawab dengan benar, tiada yang tak benar melainkan benar belaka. Aku ada satu senapang patah, satu cangkul dan lima ekar tanah yang penuh hutan kat belakang umah aku ni. Selalunya aku dok menembak khinzir kat situ. Kalo aku tembak kepala ko kat belakang tu, takde sapa yang nak tanye. Jangan main2 ngan aku.

Peraturan 10: Ko patut takut ngan aku ni..kalo boleh biar sampai sangat2 takut. Aku ni dok teringat2 lagi peristiwa bukit kepong. Sampai skang kalo ada orang datang umah senyap2 pastu dok berbual kat laman aku nak tembak..aku ingatkan komunis. Nanti dah abih dating, sampai kat pintu pagar, bukak pintu kereta dan angkat dua2 tangan ko tinggi2. Cakap dengan jelas "saya datang antar anak pakcik". Pastu terus blah. Tak payah masuk minum teh. Kilauan matahari yang ko nampak kat tingkap umah aku ni ialah teropong senapang sniper aku.

Sekian, Yg ditakuti,Bapak Kepada Gf ko.



ZoOm : Hahahaha Lawak2...!!

Utusan Online - Hiburan

Posted: 03 Mar 2011 03:25 PM PST

Utusan Online - Hiburan


Amy Mastura tidak popular lagi?

Posted:

Amy Mastura tidak popular lagi?

Amy Mastura tidak popular lagi?

Oleh ABD. AZIZ ITAR
aziz.itar@utusan.com.my
Gambar WAHIDAH ZAINAL dan ihsan BOXLITE FILM


PENANGGAL merupakan telemovie terbaru lakonan Amy Mastura.


AMY Mastura mula dikenali ramai dalam bidang seni selepas menjuarai pertandingan nyanyian Asia Bagus yang mencungkil bakat-bakat penyanyi Asia yang diadakan di Jepun pada tahun 1994.

Biarpun lebih awal menceburi bidang nyanyian dengan tampil bersama album sulungnya berjudul Amy Mastura pada 1994, tetapi hari ini kariernya lebih menyerlah sebagai pelakon.

Bekas pramugari Penerbangan Malaysia (MAS) ini misalnya, lebih banyak berlakon filem iaitu sebanyak 12 buah filem berbanding tujuh buah album sepanjang karier seninya.

Mula berlakon filem menerusi judul Impian pada 1996, Amy dilihat lebih menyerlah sebagai pelakon filem berbanding medium-medium lain termasuklah drama mahupun telemovie.

Bagaimanapun, kebelakangan ini populariti isteri Alvin Tham Suffian itu dalam bidang perfileman dikatakan tidak segah sewaktu zaman kemuncaknya pada tahun 1990-an.

Apatah lagi, selepas mendirikan rumahtangga dan dikurniakan dua anak, Adriana, 10, dan Adalia, 6, Amy kini lebih banyak mendapat tawaran berlakon drama televisyen (TV) berbanding filem.

Menurut pelakon dan penyanyi berusia 40 tahun ini, dia tidak berasa namanya merudum sebaliknya, terus menerima tawaran berlakon filem mahupun drama TV dan telemovie.

"Saya masih berlakon sama ada filem atau drama TV. Bezanya dulu saya lebih banyak berlakon filem tetapi kini saya meluaskan lagi ke bidang lakonan drama TV dan telemovie yang baru bagi saya.

"Selain itu, dulu semasa aktif berlakon filem, watak-watak yang saya lakonkan lebih kepada dunia remaja yang glamor tetapi sekarang ia bersesuaian dengan usia dan status saya.

"Saya masih lagi mendapat tawaran berlakon, contohnya filem Hooperz, Aku Tak Bodoh dan Damping Malam yang ditayangkan tahun lalu," katanya kepada Hits ketika ditemui baru-baru ini.

Pada pertemuan di sebuah restoran terkemuka itu, Amy memperkenalkan telemovie terbarunya berjudul Penanggal yang telah pun ditayangkan di Astro Ria pukul 9 malam semalam.

Hadir sama pada majlis yang diadakan santai untuk para wartawan hiburan itu ialah pelakon Penanggal yang lalin iaitu Zizan Nin, Sharifah Shahora dan Sharnaaz Ahmad.

Menerusi telemovie seram terbitan Boxlite Film Sdn. Bhd. dan diarahkan oleh Michael Ang itu, Amy melakonkan watak Suri yang menjadi hantu penanggal semata-mata untuk menjadi cantik.

Jelas artis yang berasal dari Ipoh, Perak ini, dia juga tidak berkecil hati apabila popularitinya dikatakan merosot daripada heroin pelakon filem popular kepada pelakon drama TV.

"Saya tidak kecil hati kalau ada orang yang beranggapan populariti saya sudah merosot, sebaliknya saya berasa seronok kerana dapat mencuba bidang lakonan baru seperti drama TV dan telemovie.

"Ini kerana, melalui dua medium lakonan itu saya berpeluang melakonkan lebih banyak watak dan masa penggambarannya juga tidak sepanjang berada di lokasi filem," ujar pemilik nama penuh Amy Mastura Suhaimi ini lagi.

Penyanyi yang popular dengan lagu Jawapan Kekasih itu begitu teruja dan sukar melupakan pengalamannya berlakon dalam Penanggal iaitu telemovie seram pertama lakonannya.

Jelasnya, menerusi telemovie yang menjalani penggambarannya di Banting, Selangor itu dia melakonkan watak hantu penanggal yang belum pernah dilakonkannya sebelum ini.

"Banyak pengalaman baru yang saya lalui sewaktu melakonkan watak Penanggal seperti muka saya dilumurkan dengan madu lebah supaya ia kelihatan seperti darah manusia.

"Sementara jeli pula digunakan bagi menunjukkan jantung manusia dan madu juga dicampurkan dengan kopi Nescafe supaya nampak seperti organ manusia yang pekat kehitam-hitaman.

"Dua bahan itu digunakan supaya saya tidak berasa jijik dan lebih selesa kerana pada masa sama saya boleh memakannya kalau termasuk ke dalam mulut," ceritanya sambil ketawa.

Sepanjang bergelar penyanyi Amy telah menghasilkan tujuh album berjudul Amy Mastura (1994), Pujaanku (1996), Puteri (1997), Bintang Hati (2000), Akan Datang (2002), Lebih Baik (2005) dan Happy (2009).

Sudah sebati

Sementara 12 filem lakonannya pula berjudul Impian (1996), Tragedi Oktober (1996), Puteri Impian (1997), Puteri Impian 2 (1998), Kuala Lumpur Universiti (1999) dan Senario Lagi (2000).

Filem-filem lain lakonannya bertajuk Trauma (2004), Bintang Hati (2004), Hooperz (2010), Aku Tak Bodoh (2010), Damping Malam (2010) dan Syhh.. Dia Datang (2011).

Sewaktu ditanya tentang bidang nyanyian, Amy berkata dia masih menyanyi dan menerima undangan mengadakan persembahan biarpun sudah dua tahun tidak merakamkan album baru.

"Saya bermula dalam bidang nyanyian dan lebih cenderung sebagai penyanyi. Jadi bidang nyanyian sudah sebati dengan karier seni saya selain bidang lakonan yang menyusul kemudiannya," ujarnya.

Sementara itu, pengarah Penanggal, Michael Ang berkata, dia menaruh kepercayaan terhadap Amy bukan sahaja kerana bakat lakonannya tetapi komitmen pelakon terbabit.

Katanya, Amy bukan sahaja berdisiplin sewaktu berada di lokasi penggambaran Penanggal tetapi hubungannya dengan para pelakon lain juga akrab dan memudahkan pembikinan telemovie itu.

"Secara keseluruhan sepanjang sembilan hari penggambaran telemovie itu Amy memberi komitmen yang baik, apatah lagi kebanyakkan penggambaran diadakan pada waktu malam.

"Amy bukan sahaja sanggup melakonkan adegan yang memerlukan mukanya ditempel dengan madu dan Nescafe tetapi juga sanggup berendam lama dalam kolam sewaktu di lokasi tersebut.

"Saya dapati Amy juga seorang yang boleh melakonkan sesuatu adegan itu secara spontan selepas saya menyebut 'action' biarpun pada mulanya dia seperti kurang yakin," katanya.

Penanggal mengisahkan tentang Razak (lakonan Zizan Nin, seorang lelaki bisu yang mati pucuk dan telah 10 tahun meninggalkan kampungnya kerana merajuk dengan cemuhan masyarakat di situ.

Tidak lama selepas itu, Razak kembali ke kampungnya bersama seorang isteri yang dikenali sebagai Suri di mana sekali lagi kepulangannya mendapat cemuhan orang-orang kampung.

Cemuhan itu timbul kerana ramai yang tidak percaya lelaki mati pucuk seperti Razak boleh mendapat isteri yang secantik Suri di mana ia turut dicemburi ramai lelaki di kampung itu.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Leman RL5 mahu jadi YB

Posted:

Leman RL5 mahu jadi YB

Leman RL5 mahu jadi YB

Oleh MOHD. IFQDAR ABDUL RAHMAN
ifqdar.rahman@utusan.com.my
Gambar IHSAN ASTRO


Leman (kanan) bersama Epy (tengah) dan Man (kiri) yang menghuni kedudukan tiga terbawah Gelanggang RL5 minggu ketujuh.


"APABILA sudah dikenali dan mencipta populariti, ia memudahkan laluan saya untuk bergelar Yang Berhormat (YB) di kawasan saya...".

Itu antara ungkapan yang terkeluar dari mulur peserta Raja Lawak musim kelima (RL5), Sulaiman Ibrahim, 29 atau Leman apabila tersingkir pada minggu ketujuh program itu.

Bergelar seorang peguam, kata Leman dia menyertai RL5 hanya untuk mendapat publisiti agar dikenali oleh komuniti di kampung halamannya, di Kuala Nerang, Kedah.

"Penyertaan saya dalam RL5 adalah strategi terbaik yang difikirkan kerana tujuh minggu berada dalam rancangan ini sudah memberikan publisiti meluas dan menaikkan populariti saya di kalangan komuniti Kuala Nerang.

"Apabila sudah dikenali dan mencipta populariti tersendiri, ia memudahkan laluan saya untuk bergelar YB di kawasan saya nanti.

"Sejak belajar di Universiti Malaya (UM), saya sudah berjinak-jinak dan aktif dalam politik kampus.

"Ini bukanlah omong kosong semata-mata tetapi ia adalah cita-cita saya. Menjelang Pilihan Raya Umum (PRU) tidak lama lagi, saya berharap hasrat untuk bergelar YB terlaksana," ujar Leman dalam nada yang serius sekaligus .

Kata Leman, melihat kampungnya yang agak daif dia bertekad untuk membawa pembaharuan demi manfaat penduduk di sekitar kampung halamannya.

"Boleh dikatakan, hampir setiap minggu, penduduk di kampung saya mengalami masalah untuk mendapatkan bekalan air bersih.

"Ia akan bertambah kronik menjelang musim perayaan atau pun cuti sekolah. Jadi, itulah perkara pertama yang saya akan tangani jika bergelar YB Kuala Nerang," jelas Leman.

Leman tersingkir dari RJL5 pada minggu ketujuh ekoran peratu undian yang diterima paling rendah.

Saban minggu, peratus undian yang diperoleh Leman meletakkannya di kedudukan paling selesa iaitu paling atas di kalangan peserta-peserta RL5 walaupun persembahan yang dipamerkan di Gelanggang RL5 dilihat longgar dan membosankan.

Namun, dua minggu kebelakangan ini, kedudukannya itu mula rapuh sehinggalah dia tersingkir.

Namun bagi Leman, penyingkiran itu merupakan berita yang mengembirakannya.

Ketika ditanya mengapa dia begitu gembira tatkala pasangan pengacara Zizan dan Johan mengumumkan penyingkirannya, Leman menjawab, keinginannya untuk keluar daripada RL5 akhirnya sudah dimakbulkan.

Dengan itu dia boleh menumpukan usaha bagi merealisasikan cita-cita untuk bergelab YB di kawasannya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

macam macam hiburan terkini

Posted: 03 Mar 2011 03:30 AM PST

macam macam hiburan terkini


Emma Akma Terpaksa Saman Malu Bekas Kekasih

Posted: 02 Mar 2011 07:44 AM PST


PETALING JAYA: Pelakon Emma Akma Yunus,42, tidak akan berdiam diri sebaliknya akan mengambil tindakan berupa saman malu terhadap pelakon tambahan Raffi Husin, 24 yang cuba melemparkan pelbagai tuduhan palsu terhadapnya di dalam beberapa buah akhbar, Rabu.

Emma Akma berkata tindakan itu terpaksa dibuat kerana dia berasa malu dan kecewa dengan perbuatan tidak bertanggungjawab lelaki yang sebelum ini dikatakan kekasihnya itu.

"Perkara ini tidak boleh didiamkan kerana dia telah menjatuhkan maruah saya apabila menafikan hubungan cinta kami. Malah dia juga menuduh saya dengan pelbagai dakwaan seperti saya yang tergila-gilakannya.

"Saya mempunyai bukti yang kukuh iaitu mesej-mesej yang dihantar kepada saya selama ini bukan atas dasar seorang kawan sebaliknya kekasih," katanya kepada mStar Online.

Emma diminta mengulas kenyataan pelakon lagak ngeri tersebut dalam akhbar yang cuba menafikan hubungan mereka.

Dalam kenyataan itu juga Raffi mengatakan bahawa Emm Akma sebenarnya tergila-gilakan dia termasuklah dengan rela hati menjaganya di hospital selepas insiden kebakaran ketika penggambaran filem Bara Jiwa, baru-baru ini.

Emma turut menganggap pelakon tersebut cuba mencari publisiti murah dengan "menjual nama Emma Akma" bagi mendapat tempat dalam dunia seni.

Dia juga menjelaskan segala kenyataan yang diberikan Raffi adalah tidak benar sebaliknya berniat jahat iaitu untuk mencari publisiti dengan sekelip mata supaya kehadirannya mendapat tempat sebagai seorang pelakon.

Tambah Emma, selama ini segala perbelanjaan harian termasuk bayaran sewa rumah pelakon itu ditanggungnya kerana Raffi tidak mempunyai pendapatan tetap.

"Dia hanya ingin mempergunakan saya sahaja termasuk menggunakan duit saya. Sebelum ini saya sudah dengar tentang keburukannya yang suka mengikis duit perempuan.

"Malah saya dapat tahu ada juga laporan yang dibuat pihak-pihak tertentu kepada Persatuan Seniman mengenai perangai buruk Raffi yang gemar mempergunakan perempuan untuk kepentingannya.

"Tapi ketika itu atas dasar cinta saya tidak peduli perkara itu sehinggalah ia betul-betul terjadi kepada saya dan perkara ini saya tidak akan diamkan," katanya kesal.

Bagi Emma, tindakan Raffi mencari publisiti murahan itu bukan sahaja menjatuhkan maruahnya sendiri, malah membuktikan bahawa dia seorang lelaki yang tidak bertanggungjawab.

Mengulas tentang persepsi keluarga lelaki tersebut, Emma mendakwa sebelum ini dia mempunyai hubungan baik dengan keluarga Raffi terutama sekali ibunya.

Namun sebaliknya berlaku apabila masing-masing ingin membersihkan nama lelaki tersebut dan menganggap tidak mengetahui tentang hubungan cinta mereka.

"Saya tidak faham kenapa dia melibatkan keluarga? Jika dia rasa keluarga dia malu, bagaimana dengan keluarga saya?

"Sebelum ini ibu dia yang merayu agar saya menjaga Raffi di hospital untuk beberapa hari dan mereka tahu tentang hubungan kami. Tapi mengapa mereka juga menafikannya?

"Malah ibunya turut merayu agar bukti rakaman kecurangan Raffi tidak disebarkan kepada umum," katanya yang akan membuat laporan polis berhubung kejadian itu, Khamis (hari ini).

Emma Mahukan Kontroversi

mStar Online turut menyiarkan enam soalan panas buat Raffi berhubung penafian tentang percintaannya dengan Emma.

1. Sejauh manakah hubungan Raffi dengan Emma selama ini?

Sebenarnya kami adalah kawan baik. Kenyataan yang mengatakan kami adalah pasangan bercinta, datang daripada dia sebaliknya saya tidak pernah mengaku. Bila Emma mengatakan yang dia bengang kerana saya curang dengannya, saya terkejut.

2. Kalau Emma bukan kekasih Raffi, mengapa sebelum ini bila Emma membuat kenyataan sedemikian Raffi tidak membantah dan menjelaskan hal sebenar?

Memang sebelum ini dia selalu mengaku yang saya kekasih dia dan kebanyakan majlis yang dihadiri, saya turut menemaninya. Tapi dia kata kenyataan itu sekadar untuk menjadikan sedikit kontroversi, jadi saya ikutkan saja.

3. Kenapa selalu kehulu-hilir bersama Emma selama ini?

Saya mengikutnya ke majlis pun sebab dia menghantar SMS kepada saya dengan berkata, "Raffi di mana? Sibuk tak?" dan saya pun cakaplah yang saya tak sibuk. Kemudian dia akan berkata "wartawan nak jumpa awaklah Raffi". Saya pun ikut sajalah. Memang waktu itu saya berterima kasih sangat kepada Emma yang cuba untuk membantu saya. Tapi bila keluar di akhbar, nama Emma pula yang naik dikontroversikan. Itu maksudnya bukan saya yang terhegeh-hegeh.

Lagi satu dia selalu mengajak saya ke mana-mana dengan berkata wartawan nak jumpa saya. Saya pun tak faham apa tujuan dia.

4.Kalau bukan berkasih, kenapa tak jelaskan pada Emma yang kamu ada kekasih lain?

Sebenarnya saya masih solo. Masa saya terlantar di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) akibat melecur gara-gara insiden kebakaran ketika penggambaran filem Bara Jiwa J anuari lalu, memang ada beberapa wanita yang datang menjenguk saya, tetapi mereka sekadar kawan biasa sahaja.

Bayangkan, bila Diana Danielle melawat saya dengan memberikan hadiah patung kepada saya, Emma mula cemburu. Sedangkan perhubungan kami tidak lebih daripada seorang teman.

Sebelum ini, dia pernah berkata mahu berkahwin dengan saya sedangkan waktu itu kami baru saja lima bulan kenal. Saya menolak kerana mahu fokus dengan kerjaya.

5. Benarkah dakwaan Emma bahawa Raffi suka mengambil kesempatan terhadapnya?

Andai benarlah saya mengambil kesempatan terhadap Emma, kenapa perlu dia berkawan dengan saya? Siapa yang mengambil kesempatan terhadap siapa sekarang ini? Lagipun saya masih ada wang simpanan sendiri untuk mengeluarkan perbelanjaan harian.

Simpanan itu juga datangnya daripada hasil pendapatan sebagai seorang pengurus sebuah syarikat minyak dan gas di Labuan. Pada masa yang sama, saya turut meminta wang daripada ibu bapa saya jika terdesak. Tapi biasalah kalau kami saling belanja makan, sekali sekala.

6. Apa tindakan Raffi selepas ini?

Entahlah. Saya cuma mahu membersihkan nama saya sahaja. Saya harap Emma tidak berkelakuan melebihi batas. Saya sayang Emma, tetapi tidak lebih dari kawan.

Anuar Zain Rela Dicium Peminat

Posted: 02 Mar 2011 07:43 AM PST


KUALA LUMPUR: Penyanyi terkenal Anuar Zain, 41, yang bakal mengadakan persembahan Amazingly Anuar Zain April's Affair sempena Minggu Setiausaha di Pusat Konvensyen Sime Darby pada 6 April depan, rela diperlakukan apa sahaja oleh peminatnya sekalipun aksi tersebut kurang disenangi segelintir pihak.

Menjawab pertanyaan berhubung reaksi peminat yang teruja sehingga sanggup memeluk, mencium dirinya pada acara yang serupa tahun lalu, Anuar berkata, perkara itu sebaliknya telah disensasikan daripada realiti sebenar.

"Memang benar peminat menyerbu, memeluk dan melakukan macam-macam apabila saya menghampiri mereka dalam persembahan tetapi perkara itu lebih disensasikan daripada kenyataan yang sebenar.

"Sebagai penyanyi, mereka (peminat) adalah keutamaan saya. Saya rela diperlakukan dengan apa juga reaksi spontan mereka," jawabnya sambil menguntumkan senyuman.

Tambah penyanyi yang kini popular dengan lagu Sedetik Lebih itu, dia tiada sebarang masalah dengan keterujaan mereka walaupun ke tahap melakukan aksi yang dianggap keterlaluan oleh segelintir pihak.

"Bukan saya mahu galakkan atau sokong peminat bertindak memeluk dan melakukan aksi yang mungkin dianggap keterlaluan, cuma ia berlaku secara spontan dan tidak boleh dielakkan.

"Acara begini hanya berlangsung setahun sekali dan sememangnya untuk meraikan para peminat daripada golongan setiausaha, jadi biarlah.

"Saya rela dan tidak kisah pun selagi tindakan itu masih boleh dikawal, tidak mengganggu persembahan dan tidak melanggar batas," katanya yang dijangka menyampaikan sepuluh buah lagu dalam majlis itu.


Selain Anuar, majlis Amazingly Anuar Zain April's Affair turut menampilkan pelakon Fahrin Ahmad (kanan) selaku pengacara majlis.
Bertemakan Taman Romantik, majlis makan tengah hari pada 6 April depan itu bakal diacarakan oleh pelakon dan pengacara, Fahrin Ahmad bermula 12 tengah hari hingga 3 petang.

Dalam majlis itu peminat diminta untuk berpakaian mengikut tema warna iaitu putih, merah jambu atau lavender (ungu muda).

Peminat yang mengenakan pakaian terbaik berpeluang untuk memenangi hadiah-hadiah menarik termasuklah lima set rantai mutiara berjumlah RM25,000 sumbangan Rafflesia, pakej penginapan di PNB Darby Park dan percutian ke Paris, Perancis.

Bayaran bagi menyaksikan minggu setiausaha anjuran PNB Darby Park ini dikenakan di antara RM450++ hingga RM550++ bagi setiap orang. Untuk tempahan dan keterangan lanjut, hubungi 03-7490 3443/3496/3579 atau layari www.pnbdarbypark.com.

google: anuar zain minggu setiausaha, tiket anuar zain minggu setiausaha, hotel anuar zain minggu setiausaha, acara anuar zain minggu setiausaha, jadual anuar zain minggu setiausaha, gambar anuar zain minggu setiausaha, foto anuar zain minggu setiausaha, terkini terbaru foto gambar anuar zain minggu setiausaha, lagu anuar zain minggu setiausaha, peminat anuar zain minggu setiausaha, tarikh anuar zain minggu setiausaha, lokasi anuar zain minggu setiausaha, masa anuar zain minggu setiausaha

Ramai Masih Ragu Keupayaan Dira Ganti Fara Fauzana

Posted: 02 Mar 2011 07:42 AM PST


PETALING JAYA: Pelakon Dira Abu Zahar mengakui ramai yang masih ragu dengan keupayaannya untuk mengendalikan program hiburan popular Melodi menggantikan Fara Fauzana, April depan.

Menurut Dira, dia mengetahui tanggungjawabnya terlalu besar untuk memenuhi harapan penonton selain mengekalkan rating program berkenaan.

"Saya tahu ramai yang masih meragui keupayaan saya untuk mengacarakan rancangan tersebut, saya tidak salahkan mereka kerana saya tahu mereka terlalu sayangkan Melodi.

"Mungkin juga ramai yang tidak tahu bahawa saya bermula sebagai seorang pengacara sebelum menjadi pelakon," ujar Dira yang pernah mengacarakan rancangan Jom Ronda pada tahun 2008 lalu.

Biarpun mengakui dirinya tidak sehebat pengacara Fara Fauzana, Dira menganggap tanggungjawab yang bakal digalas itu sebagai satu cabaran besar baginya.

"Saya tidak boleh menjanjikan yang terlalu hebat seperti pengacara sebelum ini, tapi saya pastikan saya akan buat yang terbaik.

"Saya akan buat apa yang saya mampu dan jadi diri sendiri. Pihak produksi juga ada memberitahu agar saya mengacarakannya dalam keadaan yang selesa," katanya.

Dalam pada itu, tambah Dira, dia tidak berniat untuk merahsiakan perkara ini ketika disoal media sebelum ini, tetapi hanya mengetahui mengenainya seminggu sebelum diumumkan melalui kenyataan akhbar tersebut.

"Ketika saya dijemput sebagai pengacara jemputan beberapa kali saya ada bertanya kepada produksi tentang itu, tapi mereka tidak buat keputusan dan tidak beritahu apa-apa," katanya.

Sementara itu, Dira yang baru melangsungkan pertunangan pada Februari lalu dengan seorang Pengarah Fotografi, Helmi Mohd. Yusof mengakui kehidupannya kini bahagia.

"Saya ambil keputusan untuk bertunang dengannya kerana saya rasa selamat dan selesa ketika bersama lelaki itu.

"Dia menyokong kerjaya saya dalam bidang seni. Saya rasa hubungan ini sangat kuat biarpun baru sahaja rapat dengannya sejak tiga bulan lalu.

"Mungkin ini yang sudah tertulis. Untuk majlis pernikahan, insya-Allah saya akan beritahu kelak," ujarnya yang masih merahsiakan tarikh tersebut.

Tambah Dira, apa yang penting hubungan percintaan mereka kini direstui oleh kedua-dua belah keluarga serta anaknya iaitu Tengku Anggun Deandra Tengku Tengku Shafiz-Rullah, yang berusia dua tahun hasil perkahwinan terdahulu.

Perjalanan Tarian Sasha Bashir

Posted: 02 Mar 2011 07:41 AM PST


PETALING JAYA: Pengacara jelita Sasha Bahsir mengakui cinta terhadap seni tarian menjadikannya salah seorang pejuang seni tari terutamanya tarian-tarian tradisional.

Kata Sasha, usaha melakukan dokumentari pelbagai tarian tradisional dari beberapa buah negara dapat memberi kesedaran betapa pentingnya setiap tarian kepada kewujudan sesebuah kelompok masyarakat.

"Saya mula belajar menari sejak berusia lima tahun lagi. Dari situ saya berjinak-jinak dengan pelbagai jenis tarian dan mengambil kelas tarian daripada cikgu Linda Jasmin.

"Sehinggalah melanjutkan pelajaran ke sebuah pusat pengajian di Australia dalam bidang Seni Tari.

"Daripada pengalaman tersebut juga saya yakin untuk berkongsi dengan masyarakat tentang budaya serta tarian masyarakat lain di dunia," katanya ketika ditemui di pelancaran program Dansa musim kedua, di sini, Rabu.

Sahsa yang bakal keluar dengan sebuah program majalah berjudul Dansa 2- The Journey Continues pada 10 Mac ini menganggap peluang tersebut sebagai cabaran baginya.

"Saya rasa puas dapat melihat pelbagai jenis tarian termasuk tarian orang asli yang sebelum ini saya tidak pernah tahu.

"Banyak rintangan yang terpaksa saya lalui sepanjang pengembaraan ini terutamanya dari segi masa yang terlalu panjang," katanya.

Dokumentari ini juga mengupas mengenai tarian tradisional dari pelbagai lokasi, tempatan dan antarabangsa, termasuklah Malaysia, Makassar, Macau, Thailand dan Taiwan.

Tambahnya, pengalaman sepanjang pengembaraan tersebut banyak mengajarnya tentang makna sesebuah tarian.

"Pengembaraan selama tujuh bulan ini memberi banyak pengalaman kepada saya. Saya rasa terlalu banyak yang saya tidak tahu tentang tarian.

"Dari situ juga saya faham bahawa setiap tarian mempunyai makna dan misterinya tersendiri bergantung kepada tujuan tarian tersebut," katanya.

Selain mempelajari tarian, penonton turut berpeluang berkongsi pengalaman dan kesusahan yang dialaminya ketika mempelajari tarian tersebut.

Tidak lengkap dengan itu, Sasha juga sedang menyiapkan buku Dansa 2 untuk berkongsi pengalaman manis dengan peminat-peminat tarian lain.

"Buku pertama berjudul Dansa: A dance Journey yang diterbitkan pada tahun 2009 mendapat sambutan sangat menggalakkan.

"Kini saya sedang menyiapkan buku kedua berjudul Dansa 2 – The Journey Continues ini berkemungkinan berada di pasaran pada Julai ini ," katanya.

Dansa 2 akan bersiaran pada setiap Khamis mulai 10 Mac ini pukul 7.30 malam menerusi saluran ntv7.

google: sasha bahsir, sasha bahsir wiki, sasha bahsir facebook, sasha bahsir blog, sasha bahsir twitter, sasha bahsir myspace, sasha bahsir bio, sasha bahsir biodata, sasha bahsir profile, sasha bahsir profil, sasha bahsir seksi, sasha bahsir hot, sasha bahsir bogel, buah dada sasha bahsir, sasha bahsir seksi, gambar terkini terbaru sasha bahsir, foto sasha bahsir

Blog Sensasi Ohbayu

Posted: 03 Mar 2011 03:05 AM PST

Blog Sensasi Ohbayu


(Gambar) 6 Protege Mentor 5 Sudah Diumumkan, Siapa Bakal Juara Mentor 5?

Posted: 02 Mar 2011 03:33 PM PST

6 protege mentor

Baru lagi rasanya Kami bergelak ketawa sampai keluar air mata tengok audition Mentor 5. Memang kelakar gila mereka-mereka yang datang untuk mencuba nasib bergelar protege Mentor 5. Kalau diorang pergi audition Raja Lawak confirm dapat punya. Siapa sini yang tak ketawa masa tengok audition Mentor 5 memang kami respek korang. Kelakar gila kot.

Di atas ialah 6 wajah-wajah protege yang bakal berentap di Mentor 5. Di bawah pulak ialah details diorang. Siapa yang korang rasa ada aura untuk menjadi juara Mentor 5? – beautifulnara

Baca Yang Ini Pulak:-

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

(Gambar) Design Pagar rumah

Posted: 02 Mar 2011 03:28 PM PST

Post kali ini kami ingin kongsikan ngan korang semua hasil kreatif yang korang boleh gunakan kat rumah korang sendiri, cuba bayang jika benda-benda terbuang pon.. boleh buat pagar banglo korang memang save la..bajet korang..hu hu.

sumber imej : amazingnara

Baca Yang Ini Pulak:-

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Harian Metro: Rap

Posted: 03 Mar 2011 01:35 AM PST

Harian Metro: Rap


Nico pentingkan watak daripada wang

Posted: 02 Mar 2011 07:50 AM PST

MEMILIKI 'kuasa magis' adalah suatu hal yang belum pernah didedahkan pelakon kacak ini kepada jutaan peminatnya. Bagi Nicholas Saputra, 27, cukuplah kebolehan itu sekadar menjadi santapan mata teman terdekat.

"Sekali-sekala saya suka buat silap mata di hadapan teman untuk menghiburkan mereka tapi untuk menjadikan ia sebagai satu karier sampingan, hal itu langsung tidak pernah saya fikirkan," katanya.

Katanya, memahirkan diri dalam seni magis memerlukan latihan yang berterusan bagi mendalami tekniknya. Bintang yang mula dikenali melalui filem Ada Apa Dengan Cinta ini berkata, dia mengambil masa dua bulan untuk mempelajari teknik ilusi dan semuanya dilakukan atas tuntutan watak sebagai ahli silap mata dalam filem terbarunya, Postcards From The Zoo (PFTZ).

Filem arahan Edwin itu turut dibintangi aktres jelita Ladya Cheryl.


"PFTZ menceritakan kehidupan sekitar Zoo yang menggabungkan karakter manusia bersama haiwan. Watak saya dalam filem itu hanya dikenali sebagai Cowboy saja.


"Apa yang menarik mengenai watak ini, saya perlu berpakaian seperti koboi dan ia menyerlahkan satu lagi sisi berbeza untuk Nicholas Saputra.

"Selebihnya, Cowboy juga pandai bermain silap mata di zoo itu. Kelainan watak dan skrip yang ditawarkan cukup menarik minat saya untuk membintangi filem itu," katanya.

Tidak perlu muncul dengan filem setiap tahun, nama Nicholas yang mesra disapa Nico, akan terus diingati peminat. Sebagai pelakon, jejaka berdarah kacukan Cina-Jerman ini bijak menyusun strategi dengan memilih watak yang lari daripada kebiasaan filem lakonannya bagi mewujudkan kepelbagaian dalam persembahan sekali gus membuatkan penonton tidak jemu menonton.

Sikap selektif Nico itu, sangat membantunya untuk memperoleh watak menarik, sehingga peminat sendiri ternanti-nanti apakah kejutan bakal dilakukan.

Baginya, jumlah filem tidak penting. Apa yang mustahak adalah sesebuah filem dijayakannya itu mampu memberi kepuasan. Akuinya, dalam mencari kepuasan dia juga tidak begitu berkira sangat soal bayaran.

"Dalam menerima sesuatu tawaran, saya meletakkan watak sebagai perkara utama kemudian barulah soal bayaran. Namun, bayaran itu haruslah setimpal dengan komitmen yang perlu saya berikan.

"Berapa jumlah filem dalam setahun juga bukan perkara yang saya kejar. Apa yang lebih penting, tawaran itu haruslah saya suka. Jika tiada, saya tidak akan mendesak diri untuk berlakon," katanya.

Memulakan karier seni seawal usia yang muda sebagai model, bintang Nico menyerlah apabila membintangi filem Ada Apa Dengan Cinta pada 2002 yang turut dibintangi aktres jelita, Dian Sastrowardoyo.

Watak Rangga yang dibawakan dalam filem itu sekali gus melonjakkan nama Nico sebagai pelakon lelaki paling popular di Indonesia.

Pada 2005, Nico menjayakan watak aktivis Soe Hok Gie dalam filem Gie dan memberinya gelaran Aktor Terbaik di Festival Filem Indonesia. Pemuda memiliki ijazah arkitek dari Universiti Indonesia ini turut dikenali melalui filem Biola Tak Berdawai dan Janji Joni.

Beralih kepada kehidupan peribadi pula, nyata pemuda kelahiran Jakarta pada 24 Februari ini menolak membicarakan soal cinta. Orangnya pendiam dan kelihatan lebih suka memencilkan diri apabila bertemu media tempatan.

Hakikatnya, Nico sering berkunjung ke Kuala Lumpur sejak promosi AADC dan juga pembabitannya sebagai pengacara Channel [V] pada 2007 dan menjadi hos untuk segmen The Ticket dan Screentime.

Bagaimanapun, Nico menafikan dirinya seorang yang tidak mesra sebagaimana disangka. Katanya, dia memang kurang bercakap dan hanya membuka mulut kepada perkara yang perlu saja.

"Sebenarnya ada cara untuk mendekati saya seperti melalui perbualan yang menarik perhatian. Contohnya mengenai topik yang saya suka seperti dunia filem dan kerjaya. Kalau perbualan itu menarik perhatian saya, barulah orang akan tahu sisi sebenar saya," katanya.

Terbaru, Nico datang lagi ke Kuala Lumpur atas undangan Star World untuk memeriahkan acara Red Carpet sempena Academy Awards ke-83, di Pavilion, Isnin lalu. Ia turut dihadiri Maya Karin dan Bront Palarae. Kunjungan kali ini juga untuk perbincangan saya dengan Star World bagi satu program baru.

Dalam mengisi masa lapang, Nico mengakui gemar selam skuba. Sudah banyak pulau indah diterokainya namun pengalaman paling tidak dapat dilupakan adalah sewaktu menjalankan aktiviti itu di Pulau Komodo.

"Pulau Komodo bukan saja ada pemandangan laut yang sangat indah tetapi juga cukup unik dari segi budaya dan sejarahnya," kata Nico.

PROFIL

NAMA: Nicholas Saputra
PANGGILAN: Nico
TARIKH LAHIR: 24 Februari 1984
TEMPAT LAHIR: Jakarta
HOBI: Berenang dan 'baseball'
TINGGI: 180 sentimeter
PEKERJAAN: Model, pelakon, pelajar dan DJ sambilan
FILEM: Ada Apa Dengan Cinta, Biola Tak Berdawai, Janji Joni, 3 Doa 3 Cinta, 3 Hari Untuk Selamanya, Drupadi

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Finas ambil alih penjurian

Posted: 02 Mar 2011 07:42 AM PST

PENGANJURAN Festival Filem & Video Pelajar (FFVP) sejak 2003 menjadi agenda penting dalam membangun perfileman tanah air ke arah pencapaian terbaik hingga diiktiraf ke peringkat antarabangsa.

Berbeza dengan senario bakat artis dicungkil menerusi uji bakat atau program realiti, sebaliknya bilangan graduan dalam bidang seni ini tidak seharusnya diketepikan. Pengetahuan mereka menerusi ilmu akademik seharusnya digunakan sebaik mungkin dalam meningkat kualiti seni tempatan.

Menyedari kepentingan ini, Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas) terus bekerjasama dengan institusi pengajian tinggi (IPT) menganjurkan acara kali kelapan ini. Pada tahun ini, Universiti Utara Malaysia (UUM) dipilih secara bergilir untuk menjadi penganjur dan tuan rumah.

Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan), Finas, Fatimah Ahmad, berkata sambutan yang diterima dari aspek penyertaan cukup menggalakkan termasuk pelajar jurusan lain seperti kursus pergigian.


"Sememangnya kreativiti mereka tidak terhad pada pelajar bidang perfileman semata-mata. Mengikut Dasar Filem Negara (DFN), Finas berhasrat mencungkil bakat baru dan muda agar menghasilkan filem yang dianggap kreatif.


"Menerusi acara sebegini, ia memberi pengiktirafan pada karya pelajar yang terbaik. Acara ini menjadi kedua terpenting selepas Festival Filem Malaysia (FFM)," katanya pada sidang media FFVP8 di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Fatimah berkata, FFVP8 kali ini membawa tema Cendekia Sinema Ke Persada Dunia, yang dipilih sesuai dalam usaha pembangunan modal insan. Acara ini diadakan selama lima hari bermula 2 Mac lalu. Kemuncak, Malam Anugerah FFVP8 akan diadakan di Dewan Mu'adzam Shah, UUM, Sintok, Kedah pada 5 Mac ini.

"Penjurian diambil alih Finas untuk mewujudkan ketelusan dan mengelak kontroversi. Penganjur juga bermatlamat merakyatkan masyarakat menerusi tayangan dua filem, Khurafat dan Hantu Kak Limah Balik Rumah.

"Tidak ketinggalan, pelakon Putri Mardiana, Julia Ziegler, Esma Daniel, Shanaz, Iqram Dinzly termasuk artis veteran, Senator Tan Sri Jins Shamsudin, Datuk Aziz Sattar, Datuk Mustapha Maarof dan Harun Salim Bachik akan hadir memberi inspirasi kepada pelajar," katanya.

Naib Canselor, UUM, Prof Datuk Dr Mohamed Mustafa Ishak, berkata, acara ini menjadi usaha penting dan permulaan dalam menyedarkan masyarakat mengenai potensi hasil karya pelajar.

"Sebanyak 157 penyertaan diterima membabitkan 28 IPT bertanding dalam 17 kategori. Adanya acara seperti ini, ia menandakan kita perlu memperbanyakkan sekolah perfileman agar hasil pelajar berkualiti dipertingkatkan," katanya.

Presiden Persatuan Seniman Malaysia (Seniman), Harun Salim Bachik pula menyatakan, pihaknya bersedia bekerjasama dengan penganjur FFVP8 menyemarak aktiviti yang diadakan. Katanya, menjadi harapan Seniman melihat karya pelajar ini dapat dipasarkan ke luar negara selepas acara ini.

"Saya berbangga dengan hasil karyawan muda yang semakin mahir menggunakan teknologi seperti imej janaan komputer (CGI) dan animasi. Ini menandakan industri kreatif negara makin berkembang," ujarnya.

Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim dijangka merasmikan malam anugerah nanti. Sebanyak lapan hadiah kategori hadiah utama dan sembilan hadiah iringan menantikan pemenang.

Untuk kategori hadiah utama, pemenang Filem/Video Terbaik Keseluruhan akan membawa pulang wang tunai sebanyak RM1,500 bersama trofi dan sijil penghargaan. Begitu juga, Filem/Video Pendek Terbaik termasuk Dokumentari, Iklan, Animasi, Pengumuman Khidmat Awam dan Klip Video Terbaik, masing-masing akan membawa wang tunai RM1,000 bersama trofi dan sijil.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Kosmo Online - Hiburan

Posted: 03 Mar 2011 01:04 AM PST

Kosmo Online - Hiburan


Sudah ada nama bayi

Posted:

Sudah ada nama bayi

Sudah ada nama bayi



MENITI hari menunggu gelaran sebagai seorang ibu, Sazzy Falak yang kini sedang sarat mengandung berkemungkinan akan melahirkan sepasang bayi perempuan sekitar 24 April ini. Namun penampilan pemilik tubuh kecil molek itu masih lagi seksi seperti sebelum ini.

Sazzy atau nama sebenarnya Sazlini Shamsul Falak, 30, yang pernah menggondol gelaran wanita paling seksi sebanyak dua kali berturut-turut oleh majalah FHM dalam kategori '100 Most Sexiest Women In The World' pada tahun 2005 dan 2006 tidak menjadikan kehamilannya sebagai alasan untuk tidak berfesyen.

Bercerita lebih lanjut mengenai kehamilannya Sazzy ketika ditemui di The Curve untuk mempromosi telefilem Dan Sebenarnya bersama Astro, berkata perut membesar kerana hamil bukanlah satu halangan untuk tampil cantik dan bergaya.

Terangnya, kehamilan adalah nikmat hidup dan anugerah istimewa yang dikurniakan oleh Pencipta kepada kaum wanita.

"Bagi saya pengalaman mengandungkan anak sulung kami ini bukanlah satu penghalang untuk saya berfesyen, asalkan saya selesa. Lagi pula bila mengandung, badan cepat terasa berpeluh. Jadi pakaian yang bersesuaian perlu dipilih dengan baik," kata isteri kepada ahli perniagaan dan pengacara yang juga menceburkan diri dalam dunia lakonan, Nazril Idrus, 37.

Lumrah wanita mengandung yang akan mengalami perubahan kerana si ibu merasakan dia adalah orang yang paling bertuah dan ada ketikanya pula mahu diberi perhatian lebih daripada biasa, kenyataan ini yang diakui oleh suaminya yang lebih mesra dipanggil Nash berkata wanita yang dinikahinya pada 8 November 2006 itu lebih manja berbanding sebelum ini.

"Selalunya dia memang manja tapi ketika dia mengandung, karakter berubah menjadi lebih manja dan kadang-kadang suka merajuk," jelas Nash yang sudah pun berbincang dengan Sazzy mengenai nama bakal bayi mereka.

Tidak mahu memilih nama yang terlalu panjang hingga merumitkan orang menyebut, pasangan romantik ini yang pernah dipilih sebagai Pasangan Selebriti Paling Diminati oleh majalah Eh! hasil undian pembacanya pada Julai tahun lalu, telah pun memilih nama yang ringkas dan mudah diingati untuk puteri-puteri mereka.

"Lagipun nama saya pendek, nama Nash pun pendek, jadi kami bersetuju nama yang pendek juga untuk anak kami nanti," sepakat pasangan yang mendapat tempat kedua dalam rancangan tarian pasangan selebriti Sehati Berdansa.


SERI ibu hamil. Sazzy mengutip banyak tips menjadi seorang ibu daripada rakan-rakan baiknya seperti Dynaz dan Aishah Sinclair.


Pengurusan kewangan

Teruja dengan kehamilan Sazzy yang bakal memberikan bukan saja cucu pertama keluarganya tetapi berganda kegembiraan apabila bakal memberikan dua orang cucu sekali gus.

Bercerita lanjut mengenai kehamilannya itu, pasangan yang pernah berkolaborasi dalam drama bersiri yang pernah ditayangkan Astro Prima, pada 2008 iaitu Ada Apa Dengan Cinta, selepas sahaja diberitahu oleh doktor mengenai jantina bayi yang dikandung, mereka tidak mengambil masa yang lama untuk terus membeli barangan kelengkapan bayi yang kebanyakan berwarna merah jambu.

Nash yang juga Pengasas dan Presiden LVG Consultants berkata, walaupun teruja untuk membeli barangan kelengkapan bayi mereka, tetapi mereka tidak terlalu gelojoh membeli kerana tidak mahu membazir.

Tambah Nash, selain mempersiapkan diri dari segi mental dan fizikal untuk bergelar ibu kepada puterinya, dia dan Sazzy turut melengkapkan diri dengan persediaan untuk menguruskan kewangan mereka memandangkan akan mendapat dua anak sekali gus.

"Disebabkan itu, dengan kerjasama LVG Consultants di bawah kendalian saya, kami sama-sama mempelajari pengurusan kewangan yang betul menerusi kelas yang dianjurkan Bank Negara dengan kerjasama Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK).

"Lagipun selepas Sazzy bersalin nanti, kami memerlukan kereta yang lebih besar, jadi melalui kelas kewangan yang dianjurkan ini, kami sudah dapat menganggarkan kereta jenis apa yang sesuai dibeli dengan jumlah pendapatan kami," ujarnya yang menyarankan pasangan ibu bapa muda pada zaman sekarang digalakkan menyertai kelas kewangan seperti itu supaya dapat membantu untuk mengharungi kehidupan baru bersama anak-anak dengan lebih tenang tanpa beban hutang.

Dalam pada itu tambah Sazzy, kebanyakan barangan bayi telah dibeli semasa mereka berdua menjalani penggambaran telefilem Dan Sebenarnya di Dublin, Ireland baru-baru ini.

Sebelum berlepas ke sana, Sazzy yang ketika itu sedang hamil empat bulan, melonjak kegembiraan apabila mendapat lampu hijau daripada doktor untuk menaiki pesawat.

"Pada mulanya, saya risau juga kerana perlu naik kapal terbang, tetapi selepas doktor berkata tiada halangan bagi kandungan di bawah enam bulan untuk berjalan jauh. Jadi selepas penggambaran tamat, kami menyambung untuk tinggal beberapa hari lagi di sana untuk membeli barangan bayi," ujar pelakon drama Gol dan Gincu itu.

Teruja, kongsi pengalaman

Selain menyediakan baju serta barangan untuk kembarnya kelak, Sazzy juga perlu bersedia untuk menjadi ibu kepada dua orang cahaya mata serentak.

Memutarkan sebentar karakter Sazzy ketika kecil dahulu, Sazzy akui disebabkan dia merupakan anak sulung dan menerima adik dalam tempoh yang agak jauh, menjadikan Sazzy seorang yang pandai berdikari dan tidak terlalu nakal.


TERLIBAT sama dalam drama Dan Sebenarnya, Sazzy dan Nash sempat membeli barangan bayi di Dublin, Ireland kerana penggambaran dijalankan di negara tersebut.


"Ketika kecil dulu, selepas saya bermain dengan anak-anak patung dan barang mainan yang lain, saya akan simpan balik di tempat asal, saya tidak suka membiarkan barang permainan saya bersepah di dalam rumah. Boleh dikatakan saya ini berdisiplin," ujarnya yang dicuit suami mengenai mimpi pelik yang dialaminya baru-baru ini.

Teruja mahu berkongsi pengalaman itu sekadar selingan untuk menceriakan perbualan, Sazzy berkata disebabkan tidak sabar mahu melihat wajah si kecil yang kini sihat membesar dalam rahimnya, dia telah bermimpi melahirkan seorang bayi, bermain dan bermanja dengan zuriatnya itu.

"Bayangkan, disebabkan sudah tidak sabar nak jadi ibu, saya mimpi saya keluarkan anak saya dari dalam perut dan bermain-main dengannya, lepas penat bermain, saya simpan semula anak saya itu dalam perut," katanya dalam tawa.

Mengutip pengalaman bergelar ibu daripada sahabat baiknya, Dynaz dan Aishah Sinclair, pengacara popular ini mengakui sentiasa menghubungi mereka untuk mendapatkan nasihat sementelah ini merupakan pengalaman pertamanya melangkah ke alam baru.

Menurut Sazzy lagi, suami, ibu dan ibu mertuanya juga banyak membantu dan menyokong sepanjang proses kehamilannya.

"Kalau dulu saya hanya melihat dan melayan keletah bayi orang lain, kini saya juga bakal merasainya sendiri. Memang lain sangat dan teruja. Selain itu, melihat rutin rakan-rakan baik saya melayan anak, menyusu, menukar lampin menjadikan saya semakin tidak sabar untuk meminang anak sendiri," katanya.

Kehadiran cahaya mata pasangan Sazzy dan Nash ini bukan sahaja menggembirakan keluarga Sazzy memandangkan bayi itu merupakan cucu sulung tetapi turut mengujakan keluarga Nash kerana keturunan kembar disambung oleh generasi cucu pula kerana ibu Nash juga mempunyai pasangan kembar.

Selain berkongsi pengalaman dan mengambil tips sepanjang kehamilan bersama Aishah dan Dynaz, Sazzy juga melengkapkan diet pemakanan yang seimbang dengan mengambil vitamin pranatal dan juga sedang menjalani latihan yoga.

"Suatu ketika dahulu saya seorang yang begitu minat dengan aktiviti yoga, tetapi selepas sibuk dengan tawaran pengacaraan, berlakon, aktiviti yoga dilupakan sekejap. Tapi kini sejak berbadan dua, guru yoga yang pernah mengajar saya dulu, datang memberikan latihan di rumah pula.

"Selain menjaga kesihatan secara dalaman, saya juga akan mengurangkan aktiviti kerja-kerja luar kerana usia kandungan saya sudah enam bulan dan saya kerap penat dan tidak boleh terlalu aktif seperti sebelum ini," katanya yang akan menjalani tempoh berpantang di rumah ibunya di Ampang.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Geng lawak berentap

Posted:

Geng lawak berentap

Geng lawak berentap

Oleh AQMAR ALLADAD


MAHARAJA LAWAK mempertemukan semula bekas-bekas finalis Raja Lawak.


SEBAIK sahaja program Raja Lawak musim kelima melabuhkan tirai, para peminat masih terus dapat menyaksikan adegan yang lebih mencuit hati.

Kali ini, menerusi Astro Warna (saluran 132), sebuah program lawak baru diperkenalkan.

Ia diberikan nama Maharaja Lawak bakal menggegarkan penonton dengan telatah lucu yang terdiri daripada peserta bekas juara dan finalis Raja Lawak.

Pengurus Saluran Astro Warna, Nizam Sani memberitahu, Maharaja Lawak masih menggunakan konsep hampir serupa dengan lima musim Raja Lawak sebelum ini tetapi ia menghimpunkan barisan pelawak yang sudah mempunyai peminat tersendiri.

"Kami percaya program ini bakal mendapat sambutan paling hangat dan ditunggu-tunggu kerana hanya bekas juara dan finalis Raja Lawak yang layak menyertainya.

"Setiap peserta yang sudah berpengalaman dalam komedi akan berentap sekali lagi untuk berebut gelaran juara Maharaja Lawak dengan habuan wang tunai RM300,000, tempat kedua RM200,000 dan ketiga pula RM100,000," katanya ketika ditemui pada majlis pelancaran MRL di Bora Asmara, Sungai Penchala, Selangor baru-baru ini.

Program yang akan ditayangkan pada setiap hari Jumaat bermula 1 April ini akan menemui penonton pada pukul 10 malam terdiri daripada Yus & Tauke, Johan & Zizan, Nabil, XN3, Sepah, Jihan, Amir, Kecik & Idlan dan Alex.

Kelainan yang ditonjolkan oleh Maharaja Lawak ialah nasib para peserta bukan lagi ditentukan sepenuhnya berdasarkan pemarkahan seratus peratus undian penonton melalui khidmat pesanan ringkas (SMS).

Sebaliknya, setiap peserta akan diadili oleh penonton sebanyak 50 peratus manakala selebihnya akan diadili oleh juri tetap. Seperti biasa peserta yang mendapat markah paling rendah bagi setiap minggu akan disingkirkan.

Tambah Nizam, Maharaja Lawak yang akan bersiaran selama 10 minggu turut menyaksikan kritikan hebat daripada juri tetap yang berpengalaman dalam dunia komedi.

"Biasanya, program Raja Lawak tidak memaparkan kritikan yang pedas daripada juri mungkin kerana setiap peserta masih baru dan tidak ada pengalaman.

"Tetapi kali ini, para peserta perlu menadah telinga dan terima dengan hati terbuka setiap kritikan hebat jika persembahan mereka tidak mencapai tahap sebagai pelawak yang sudah dikenali ramai," jelasnya.


ZIZAN dan Johan yang dikenali sebagai Jozan bakal memberi saingan sengit kepada pesaing mereka.


Dalam pada itu, Nizam turut memberi kelonggaran kepada peserta sama ada secara berkumpulan atau solo seperti Jihan, Amir, Alex dan Nabil.

Antara peserta yang telah membuat keputusan untuk bergabung ialah pasangan pelawak terkenal Johan & Zizan.

Sudah dikenali umum apabila sering kali muncul bersama sebagai penghibur penonton, Johan & Zizan memilih untuk bergabung idea kerana mereka lebih selesa dengan cara sebegitu.

"Sebelum ini pun, kami banyak kali tampil berdua kerana keserasian yang dimiliki dapat membantu antara satu sama lain. Saya pernah buat persembahan sendirian tetapi kalau ada Johan ia lebih kuat.

"Lagipun, kami ingin bawa nama Jozan ke tahap lebih tinggi," terang Zizan.

Perkara itu turut diakui oleh rakan lawaknya Johan yang menyifatkan mereka mempunyai kekuatan dan kelemahan tersendiri.

Ditanya mengapa tidak memilih peserta lain untuk bergabung tenaga?

"Kalau pilih peserta lain mungkin kami mengambil masa yang panjang untuk memahami antara satu sama lain. Misalnya dengan Zizan, saya dah tahu cara dia membuat lawak.

"Masing-masing sudah kenal dan tahu apa diperlukan untuk membuat penonton terhibur dengan lawak jenaka yang dipersembahkan," terang Johan.

Sementara itu, lain pula dengan Jihan yang menyifatkan dirinya mampu untuk berdiri sendiri apatah lagi dia merupakan peserta wanita tunggal.

"Saya tidak mahu bergabung bukan kerana tidak percaya dengan peserta lain tetapi ia lebih ke arah untuk memuaskan diri sendiri.

"Kalau kalah tidaklah akan rasa bersalah. Nanti kalau kalah masing-masing tuduh menuduh," katanya sambil tergelak kecil.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

OHBULAN!

Posted: 02 Mar 2011 11:37 PM PST

OHBULAN!


(Gambar) Farid Kamil Pose Gedik & Berstoking Belang

Posted: 02 Mar 2011 08:07 PM PST

Adakah Farid Kamil sengaja bergimik untuk media, atau dia 'sesuatu'? Satu lagi gambar nan hado yang kami terima memaparkan Farid Kamil beraksi gedik, itu tak mengapa. Yang pelik, stokinnya pun berbelang-belang. Apa ada hal kan?

Satu sisi yang lain, kami pun tergelak juga tengok pose gedik Farid Kamil. Manakala, ada satu sisi yang lain bikin kami meluat pula. Mungkin, ini strategi Farid Kamil supaya media-media menulis mengenainya, lagipun Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2010 kan dah nak dekat. Eh, sekejap. Farid Kamil ada tercalon ke?

Mungkin ni gambar lama kot, think positive jap.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Rambut Justin Bieber Dilelong Pada Harga USD$ 40,668!

Posted: 02 Mar 2011 07:20 PM PST

Kalau sudah bergelar selebriti antarabangsa, jual apa pun tetap laku. Jangankan rambut, bulu hidung pun orang sanggup beli tau!

Terkini, Justin Bieber yang terkenal dengan gaya rambut smooth silky ini telah memotong rambutnya dan menjadi rebutan para peminat. Dipercayai, rambut Justin Bieber telah dilelong pada harga USD$ 40,688, selepas dibida sebanyak 98 kali. Rambut Justin Bieber diletakkan dalam bekas plastik beserta autograf eksklusif telah diberikan kepada rancangan popular The Ellen DeGeneres Show untuk tujuan kebajikan.

Hasil kutipan akan didermakan kepada Gentle Barn Foundation, sebuah pertubuhan hak asasi haiwan yang bertempat di California.

Perez Hilton, blogger hiburan terkenal turut tersenarai sebagai individu yang menerima rambut Justin Bieber untuk tujuan yang sama. Pada 22 Februari lepas, Perez Hilton ada menyebut bahawa Justin Bieber bukan sekadar memotong rambut, sebaliknya ia merupakan satu fenomena dimana selebriti terkenal boleh memperjudikan imej sendiri demi membantu orang lain.

Kami masih tidak berkesempatan melihat gaya rambut Justin Bieber yang baru. Namun, kami terjumpa satu foto, Justin Bieber botak? Oh I shit you not.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater

Posted: 02 Mar 2011 11:36 PM PST

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater


Movie Day Out Sensasi Selebriti SINI ADA HANTU

Posted: 02 Mar 2011 09:06 PM PST

Salam buat semua pembaca budiman,

Dah lama betul, kita tak hang out dan tonton wayang sama-sama kan? So, minggu ni, Budiey ingin mengajak pembaca untuk menonton filem SINI ADA HANTU bersama pembaca Budiey.com yang lain? Amacam okay?

SINI ADA HANTU adalah filem seram komedi kelakar tak ingat lakonan Alvin Wong, Baki Zainal, Fasha Sandha, dan ramai lagi.

sini ada hantu poster

Sinopsis SINI ADA HANTU:
SINOPSIS SINI ADA HANTU

Sini Ada Hantu bermula apabila dua orang pemandu van, Ah Meng dan Bakri yang telah ditugaskan pada saat akhir menghantar mayat datuk kepada majikan mereka di sebuah kampung dimana mereka perlu sampai ke destinasi keesokan paginya. Pada mulanya mereka menolak tapi apabila ditawarkan dengan upah yang lumayan mereke bersetuju.

Semasa dalam perjalanan, radio van tidak berfungsi bagi menghilangkan kebosanan dan rasa mengantuk, mereka berdua bercerita tentang kisah seram yang pernah mereka dengar. Bakri memulakan kisahnya 'Hantu Pokok Pisang'… kisah wanita cantik yang menjelma dari pokok pisang.

Ah Meng mentertawakan Bakri dan mengatakan hantu melayu tak logik , Ah Meng mula menceritakan kehebatan hantu Cina pula 'Hantu Nombor Ekor' Kisah empat lelaki yang mengalami masalah kewangan lalu memuja roh untuk memberikan pertolongan dengan memberi nombor ekor.

Apabila Ah Meng habis bercerita, Bakri memberitahu Ah Meng cerita hantu cina lagi tak logik. Bakri memberitahu Ah Meng yang dia mempunyai cerita lain, tapi kali ini cerita ini mengisahkan hantu dari luar negera.

Ah Meng mula bercerita tentang seorang pelajar, Yakob yang dipindahkan ke sekolah baru kerana masalah disiplin. Yakob kemudian mendapati mereka semua takut pergi ke tandas di waktu malam kerana dipercayai tempat tersebut pernah dijadikan pangkalan tentera Jepun sewaktu Perang Dunia Kedua. Jelmaan hantu Jepun sering berkeliaran pada waktu malam.

Ketika Ah Meng ingin menceritakan kisah hantu yang lain, van mereka yang melalui ladang kelapa sawit yang gelap-gelita itu tiba-tiba rosak. Ah Meng terpaksa mencari bantuan, sementara Bakri menunggu keranda tersebut. Apabila Ah Meng kembali ke van tanpa bantuan yang sepatutnya, sesuatu telah berlaku…

Apa yang terjadi pada Ah Meng dan Bakri?Berjayakah mereka menyelesaikan tugas mereka? Apa yang telah berlaku? '10 Febuari dipawagam. Sini Ada Hantu' bakal menemukan jawapannya.

Tonton Trailer Filem SINI ADA HANTU:

Bila? Hari Sabtu ini, 5 Mac 2011, Jam 12 tengahari

Waktu Tayangan: 12.20 tengahari

Di mana? Pawagam TGV, KLCC

Bayaran? PERCUMA + Goodie bag juga diberikan!

Runtime: 100 minit

BAGAIMANA CARANYA?

Apa yang korang perlu buat ialah:
Jadi pemanggil terawal. Sila hubungi Budiey di talian 019 2883856 sekarang! Tiket masih ada!

Segala SMS yang dihantar tidak akan dilayan. Siapa cepat dia dapat!!!

Kepada pembaca bertuah, kita jumpa HARI SABTU ini ya!

Movie Still Sini Ada Hantu

Movie Still Sini Ada Hantu

Movie Still Sini Ada Hantu

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,

Tags:

Click on the following buttons to share this article with your friends:

Baca artikel lain yang berkaitan:

  • Peraduan Jom Menonton Sini Ada Hantu
  • Gambar Sekitar Movie Day Out Sensasi Selebriti – SORORITY ROW
  • Movie Day Out Bersama Pembaca Sensasi Selebriti Filem Star Trek
  • Pemenang T-Shirt & CD Album Soundtrack Waris Jari Hantu
  • Movie Day Out Bersama Pembaca Sensasi Selebriti Filem Syurga Cinta
  • Peraduan Jom Menonton Filem Hantu Kak Limah Balik Rumah
  • Jemputan ke Gathering Sensasi Selebriti + Filem Waris Jari Hantu
  • Filem Sini Ada Hantu Cerita Hantu Malaysia
  • Movie Day Out Sensasi Selebriti HANTU KAK LIMAH BALIK RUMAH
  • Peraduan 'Jom Menonton Waris Jari Hantu'
  • Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

    Video Persembahan Pertama Protege di Showcase Mentor 5

    Posted: 02 Mar 2011 08:46 PM PST

    Budiey nak ucapkan selamat maju jaya dan tahniah buat 6 protege yang terpilih untuk berentap dalam musim ke-5 bersama barisan Mentor masing-masing. Salma, Ayish, Ratnah, Shiha, Aiman dan Iqa 6 protege yang berjaya mengharungi sesi ujibakat yang disertai oleh ribuan orang. Salma (Erra Fazira), Ayish (Noh Hujan), Ratnah (Afdlin Shauki), Shiha (Datuk Sharifah Aini), Aiman (Rahim Maarof) dan Iqa (Edry Abd Halim) telah membuktikan kemampuan diri dan potensi untuk berentap di gelanggang Mentor 5 bersama sifu masing-masing.

    Mini showcase Mentor 5 telah berlangsung di Pusat Membeli Belah 1 Utama (Sayap Baru) pada 1 Mac 2011, Isnin, jam 3 petang.

    Jom dengarkan suara dan vokal persembahan pertama mereka. Sila klik video di bawah ni ya.

    Ratnah Protege Afdlin Shauki di Showcase Mentor 5:

    Ayish Protege Noh Hujan di Showcase Mentor 5

    Aiman Protege Rahim Maarof di Showcase Mentor 5:

    Iqa Protege Edry Abdul Halim di Showcase Mentor 5

    Shiha Protege Datuk Sharifah Aini di Showcase Mentor 5

    Salma Protege Erra Fazira di Showcase Mentor 5

    Mentor 5 masih menampilkan Ally Iskandar Mohd Mardzi sebagai pengacara program, jurnal Mentor dan jurnal Protege. Selain itu, Nas Ahmad bertindak sebagai pengacara bersama sewaktu konsert mingguan untuk mendapatkan kisah-kisah yang berlaku di sebalik tabir dan di belakang pentas.

    Mentor 5 membariskan Ajai sebagai Penasihat Vokal, Adam sebagai Penasihat Persembahan, Faizal Uzir sebagai Pengarah Muzik serta memperkenalkan juri tetap buat pertama kalinya dalam penganjuran Mentor iaitu Ramli M.S.

    Ikuti konsert mingguan Mentor yang disiarkan secara langsung dari Auditorium MBSA, Shah Alam pada setiap hari Ahad jam 9.00malam hingga 10.30malam. Penonton juga boleh menyaksikan sorotan persediaan serta aktiviti protege bersama mentor melalui Jurnal Mentor, setiap hari Ahad jam 5.00petang hingga 5.30petang. Manakala Jurnal Protege akan memaparkan diari protege pada setiap hari Isnin hingga Jumaat jam 6.58petang selama 2 minit. Maklumat terkini serta aktiviti protege boleh didapati melalui laman sesawang rasmi mentor www.tv3.com.my/mentor5

    Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,

    Tags: ,

    Click on the following buttons to share this article with your friends:

    Baca artikel lain yang berkaitan:

  • Siapa Mentor & Protege Untuk Realiti TV Mentor Musim Ke-3?
  • Sesi Memperkenalkan Protege Mentor Musim Terbaru
  • Ujibakat Mentor Bersama Awie
  • Gambar Mentor & Protege di Rakaman Mentor Raya 2010
  • Mentor Mas Idayu, Mus, Dayang Nurfaizah, Ziana Zain, Azmeer & Joe Flizzoe
  • Keena, Thye, Black di Konsert Mentor
  • Ujibakat Bersama Jaclyn Victor dan Mas Idayu Untuk Mentor Musim ke-3
  • Dayang Nurfaizah Cari Protege Pandai Main Gitar atau Piano
  • Fira, Chaq dan Kumpulan Evo Bertarung di Konsert Kumpulan A
  • Ziana Zain Mas Idayu Rakaman Raya Mentor 4
  • Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

    Sensasi

    Posted: 02 Mar 2011 11:21 PM PST

    Sensasi


    Justin Bieber ingin umumkan percintaannya dengan Selena Gomez tapi mencari masa sesuai

    Posted: 02 Mar 2011 12:37 AM PST

    Gossip percintaan antara Selena Gomez dan Justin Bieber nie dah lama kedengaran,gambar berpegangan tangan,kissing,bercuti bersama semuanya dah disiarkan di Internet.

    Justin Bieber mengaku kepada Mirror Magazine bahawa dia sebenarnya ingin mengumumkan percintaan mereka tetapi mencari masa yang sesuai..Perlu ke nak umum lagi?rasanya semua orang dah tahu..hee..

    Pada 1 March baru-baru nie Justin Bieber menyambut hari jadinya yang ke 17 . masih bawah umur lagi JB nie.Manakala Selena Gomez pula akan menjejak umur 19 tahun pada bulan julai akan datang.

    Pasangan comel ini datang ke Post Party Oscar yang dianjurkan oleh Vanity Fair dengan pakaian yang sedondon,Selena mengenakan Dress merah darah rekaan Dolce & Gabbana,manakala JB memakai Tuksedo hitam dengan sapu tangan merah di poket dada.

    Setiap kali bergambar Justin tidak lepas memeluk pinggang buah hatinya.

    Paparazi sempat menangkap gambar Justin yang mencium kekasihnya curi-curi ketika orang ramai sedang sibuk,Sensasi rasa dia sengaja nak show off kat paparazi kot.




    Linda Onn dapat tahu ada pensyarah menyampah dengannya

    Posted: 02 Mar 2011 12:21 AM PST

    Linda Onn baru-baru nie menulis status di Facebook miliknya tentang seorang pensyarah yang memberitahu Studentnya yang dia menyampah dengan Linda Onn.

    Kisahnya,Pensyarah bertanya kepada student siapakah idola mereka dalam bidang penyiaran? Lalu seorang student menjawab Linda Onn adalah idolanya, tapi Pensyarah tersebut memberi komen negatif yang berbunyi " Linda Onn?i tak minat dia..menyampah!"

    Kesian Linda Onn,nie dah kali keberapa Sensasi dengar isu mcm nie..dulu ada kes peminat kantoi kutuk Linda kaw-kaw

    Pensyarah nie mungkin dia leka yang dia adalah seorang pendidik dan memberikan pendapatnya tentang Linda Onn,ye la mana nak sangka ada orang yang nak jadi batu api nak sampaikan kat Linda Onn terus..huhu... biasala dalam dunia nie bukan semua orang suka kita..

    Efa Nareesha geram Syamsul Yusof tidak masukkan namanya dalam senarai pelakon Khurafat

    Posted: 01 Mar 2011 11:59 PM PST


    Baru-baru ini Melodi ada menyiarkan pelakon Efa Nareesha bengang kerana Syamsul Yusof tidak meletakkan namanya dalam senarai pelakon Filem Khurafat.

    Bila Sensasi fikir-fikir,hmm bila pulak si Efa nie ada dalam filem khurafat tak perasan pun.

    Rupa-rupanya si Efa nie lah yang membawa watak sebagai hantu dalam filem Khurafat.

    Tanpa hantunya tak adalah seramnya ,ye tak?

    Kenapa Syamsul Yusof tak memasukkan nama Efa? mungkin kerana watak hantu tue berlakon takda skrip kot? sebab dia hanya menonjolkan wajahnya sahaja? atau Syamsul lupa nak letak,atau Syamsul nak jimat ink pen,eh ink printer?

    Apa pun isunya pihak Datuk Yusuf Haslam bengang dengan sikap Efa yang memperbesarkan isu ini.

    Terbaru Efa juga meluahkan rasa tidak puas hatinya di Facebook dan menyumpah Teater Bangsawan Siti Zulaikha menjadi huru hara.

    Ini semua kerana gara-gara pada awalnya dia dipujuk supaya menyertai teater tersebut,lepas tue dia pun memberikan komitment penuh dan sentiasa hadir latihan demi menjayakan Teater,tapi pada saat akhir namanya dikeluarkan. Mungkin pihak produksi tidak berpuas hati dengan lakonannya?







    Fazura masuk hospital kerana silikon pecah?

    Posted: 01 Mar 2011 11:49 PM PST




    Fazura yang baru-baru ini dilantik menjadi duta dan model produk LUX telah dikatakan masuk hospital.

    Menurut sumber,Fazura masuk ke hospital kerana silikon nya pecah.Apabila bercakap pasal silikon ,tentunya orang akan berpendapat ada kaitan dengan bahagian dada wanita,atau bahagian punggung ,ataupun hidung.

    Sensasi tengok Fazura nie mcm natural je tak nampak pun unsur-unsur silikon.Tp kadang kala orang mungkin tak suka melihat kecantikan Fazura lalu menyebarkan cerita yang kononnya fazura nie fake sampai masuk hospital sebab silikonnya pecah dan dimasukkan ke Hospital Serdang.

    Apabila gossip ini disampaikan kepada Fazura,dia hanya tergelak dan cakap yang dia sebenarnya berada di KLCC dengan rakan-rakan artis pada waktu yang sama dia dikatakan masuk hospital.

    Dan untuk menyokong ceritanya Fazura memberikan gambarnya di KLCC sebagai bukti.





    Fazura di KLCC dengan rakan artis


    Fazura lepaking kat kedai makan

    Christiano Ronaldo bakal berkahwin dan dapat anak kedua

    Posted: 01 Mar 2011 11:29 PM PST



    Bintang bola sepak terkenal Christiano Ronaldo telah melamar kekasihnya Irina Sheikh ,seorang model bikini Sports wear pada hari kekasih lepas.

    Mereka dah bercinta 10 bulan.Chritiano kini berusia 26 tahun dan kekasihnya 25 tahun.
    Sekarang ini pasangan ini subuk mendeiakan persiapan kahwin mereka.

    Dengar cerita Irina kini sedang mengandungkan anak tunangnya ,dan perutnya juga semakin membesar.

    Christiano telah mempunyai seorang anak lelaki yang dilahirkan melalui ibu tumpang yang identitinya dirahsiakan sehingga kini.Anaknya bernama Christiano Ronaldo Jr dijaga ibu christiano,iaitu Dolores.

    Irina Sheikh adalah wanita kacukan Russia dan Turki,menurut Irina,wajahnya yang eksotik itu datang dari genetik bapanya yang berketurunan turki.

    Cantik kan..memang sepadan sangat derang berdua nie.





    borak kosong

    Posted: 02 Mar 2011 09:29 PM PST

    borak kosong


    Polis Rakam Dan Paksa Mahasiswi Lepas Seluar Dalam

    Posted: 02 Mar 2011 09:00 PM PST

    Mangsa yang menjadi korban kelakuan polis mata keranjang ini bukan gadis yang sebarangan dan sepatutnya tidak mudah  dibodohkan, tapi gadis berpendidikan tinggi atau mahasiswi, di kampus STIEM Makassar.


    Ceritanya ketika menemukan duo sejoli sedang berduaan, beberapa orang polis menangkap mereka lalu menuduh pasangan ini sudah berbuat hubungan seks dan akan menangkapnya. Tetapi pasangan muda-mudi ini merasa tidak bersalah kerana tidak atau belum melakukan apa-apa, maka mereka pun berdebat dengan polis itu dan meminta untuk tidak menahan mereka.

    Kerana para polis ini merasa punya kekuasaan, mereka pun tetap menuduh mereka ini sudah melakukan tindakan yang salah. Disamping itu para polis bejatmerasa tergiur kemolekan tubuh sang mahasiswi yang hanya memakai singlet sehingga membuat otak-otak porno  polis ini ingin mencabuli si gadis. Lalu salah seorang polis itu menyuruh si mahasiswi membuka seluar dalamnyanya dan memperlihatkan alat kelaminnya untuk membuktikan belum "kemasukan" apa-apa, idea gila ini dipersetujui oleh rakan-rakan polis  yang sama-sama berotak kotor ini.

    Dengan ketakutan, mahasiswi ini menuruti perintahpolis itu dengan membuka seluar dalamnya sehingga kemaluanya pun kelihatan, merasa kurang puaspolis menyuruh si cewek mempamerkan secara jelas . Para polis yang gila ini dengan segera mengeluarkan handphoneya untuk merekam "area peribadi" si mahasiswi Makassar ini sambil meraba-raba, ada yang mengabadikanya dengan alasan mengambil gambar untuk bukti "keperawanan" si gadis ini. Masih belum puas juga, polis setan ini menyuruh si mahasiswi bodoh ini melakukan aksi dengan jari-jarinya anehnya si gadis  ini pun menurut sahaja perintah polis ini.

    Akhirnya polisi hidung belang ini pun minta duit sebanyak Rp 500ribu dengan mengancam si mahasiswi  ini supaya video ini tidak disebar, toh akhirnya selain duit ratusan ribu melayang, video yang  berjudul "Razia Perawan" ini menyebar juga ke segala penjuru dunia melalui dunia internet. Tetapi dengan menyebarnya video ini selain membuat malu mangsa juga membantu memudahkan menangkap polis yang disyaki ini kerana buktinya jelas dan mudah dicari di internet.


    Akhirnya polis-polis yang bermental rendahan ini berjaya ditangkap. Tetapi khabarnya mahasiswi bego ini memotong pendek rambutnya supayatidak dikenali umum.

    sumber : http://forum.vivanews.com


    bk-harapan agar tiada polis-polis dinegara kita berkelakuan begini....



    30 Tahun Menikah Tetapi Belum Pernah Lihat Wajah Isteri

    Posted: 02 Mar 2011 08:45 PM PST

    VIVAnews - Pernikahan itu terjalin selama tiga dekad. Anehnya, sang suami sama sekali belum pernah melihat wajah isterinya. Hanya mata yang boleh dipandang selama hidup bersama.

    Sepanjang hidupnya, sang istri selalu mengenakan burka, busana tertutup bagi wanita muslim yang hanya memperlihatkan area mata. Bahkan, tidur pun mengenakan busana itu.

    Selama 30 tahun menjalani pernikahan tanpa melihat wajah isteri ternyata tak mengubur rasa penasaran sang suami. Diam-diam, lelaki ini nekad menyingkap cadar di wajah isterinya yang tengah lelap tertidur.

    Hanya, jawaban atas rasa penasarannya itu harus dibayar 'mahal' dengan tuntutan cerai sang isteri, pada 2008 lalu. Sang isteri yang sudah berusia 50-an tahun merasa dikhianati. Dia nekad meminta perceraian, meski suami sudah berulang kali meminta maaf dan berjanji tak mengulangi perbuatannya.

    "Setelah sekian tahun, dia (suami) cuba melanggar komitmen, ini sudah kesalahan besar," kata sang isteri kepada akhbar setempat, Al-Riyadh, seperti dikutip dari laman Daily Mail.

    Apa yang dilakukan wanita itu merupakan bentuk kepatuhan terhadap tradisi yang tumbuh subur di kampungnya, tak jauh dari Khamis Mushayt, wilayah barat daya Arab Saudi. Bukan ajaran Islam, namun tradisi ini tumbuh subur di sejumlah kawasan terpencil di beberapa negara Teluk.

    Itu pun bukan satu-satunya kes. Seorang lelaki bernama Ali al-Qahtani juga menerima ancaman cerai ketika cuba membuka penutup muka isterinya setelah 10 tahun pernikahan. Beruntung dia dimaafkan setelah berjanji tak akan mengulangi perbuatannya.

    Sementara Hassan Al-Atibi mengancam akan menikah lagi jika isterinya tak bersedia membuka penutup muka. Bukannya terancam, sang isteri malah mencarikan wanita yang tak menganut tradisi itu untuk dijadikan isteri kedua. Merelakan suaminya poligami agaknya lebih baik daripada menunjukkan wajahnya ke suami.

    Om Rabea al-Gahdaray, 70, salah satu wanita yang menjalani tradisi ini mengatakan bahawa suami tidak boleh melanggar komitmen yang telah disepakati sebelum pernikahan. Suami tak boleh mengubah tradisi yang telah terbangun sejak zamansebelum mereka lahir lagi.

    Ketika ditanya bagaimana boleh memiliki anak tanpa mengizinkan suami melihat wajah dan tubuhnya, al-Gahdaray menjawab, "Pernikahan itu tentang cinta, bukan wajah."

    Kerana Kemiskinan Pasangan Suami Isteri Ini Mengakhiri Hidup Bersama Di Tali Gantung

    Posted: 02 Mar 2011 07:00 PM PST

    REPUBLIKA.CO.ID, TANJUNGPINANG– Pasangan suami isteri, Saari (44) dan Sugiarti (39) ditemukan meninggal dengan cara menggantung diri di kediamannya di Jalan Sulaiman Abdullah Gang Senyum Tanjungpinang, Kepulauan Riau, Rabu.

    "Kedua mangsa ditemukan meninggal dalam posisi tergantung pada seutas dawai di tingkat dua rumahnya," kata Kapolsek Tanjungpinang Barat, AKP Sibarani. Sibarani mengatakan, mangsa ditemukan  oleh pihak keluarga pada pukul 09.30 WIB dengan keadaan jasadnya sudah sangat mengerikan dan mengeluarkan bau busuk.

    "Dijangkakan suami isteri itu mengakhiri hidupnya empat hari yang lalu, melihat keadaan jasadnya yang sudah membengkak," katanya. Polisi menurut dia belum boleh memastikan penyebab kedua suami isteri itu mengakhiri hidupnya dengan cara menggantung diri. "Kami masih menyelidiki penyebabnya," ujar Sibarani.

    Sibarani mengatakan, Saari bekerja sebagai tukang becak di pasar Tanjungpinang, sedangkan isterinya seorang surirumah tangga. Informasi yang diperoleh dari tetangga korban, Ermalis, mengatakan Saari masih terlihat pada Sabtu (26/2) siang.

    Menurut Ermalis, Saari pernah mengeluh kesulitan ekonomi untuk mengubati isterinya Sugiarti yang menderita penyakit stroke sejak dua tahun lalu. "Mungkin itu penyebabnya," ujar dia.

    Penumpang panik bila ketahui juruterbang pesawat seorang wanita

    Posted: 02 Mar 2011 06:31 PM PST

    Macam-macam hal..susah kalau sukar mempercayai
    kebolehan orang lain..saya petik dari Berita Harian

    gambar hiasan

    NEW DELHI: Seorang penumpang sebuah pesawat India, panik dan mendesak penerbangan dibatalkan selepas mendapat tahu juruterbang pesawat itu adalah seorang wanita. 

    Lelaki terbabit mula berteriak sejurus terdengar suara juruterbang wanita itu membuat pengumuman melalui intekom bahawa pesawat akan berlepas tidak lama lagi. 
    "Saya tidak mahu mati. Dia tidak mampu menjaga rumah tangganya, bagaimana dia boleh mengendalikan sebuah kapal terbang?" jerit lelaki itu. 

    Beliau kemudian bertengkar dengan beberapa krew selama kira-kira 40 minit, sebelum akhirnya dibawa keluar dari pesawat. – Agensi

    Wow!!! Ada orang beli empat keping setem bernilai RM3.49 juta

    Posted: 02 Mar 2011 05:25 PM PST

    Begitu tinggi nilainya barang-barang lama ni...
    saya petik dari kosmo online

    SHANGHAI, China - Seorang pengumpul setem mencipta rekod apabila dia membayar AS$1.15 juta (RM3.49 juta) untuk empat keping setem yang dikeluarkan ketika era Revolusi Budaya di China pada 1960-an, kata pihak penganjur satu majlis lelongan semalam.

    Setem-setem itu yang tidak pernah digunakan memaparkan beberapa inskripsi yang ditulis oleh bekas pemimpin China, Mao Zedong kepada rakan-rakan pekerjanya dari Jepun.

    Set setem tersebut dibeli oleh seorang pengumpul dari Hong Kong dalam satu acara lelongan.

    Acara itu juga turut melelong setem-setem sebelum dan selepas revolusi di China dan juga yang dikeluarkan di Taiwan. - Agensi

    Aneh, Haiwan Mirip Ular Makan Melalui Kulit

    Posted: 02 Mar 2011 04:15 PM PST

    INILAH.COM,- Haiwan laut mirip cacing berkepala moncong, Hagfish punya kebiasaan mengerikan. Mereka memakan bangkai haiwan tidak hanya dengan mulut, tetapi juga kulit dan insang.

    Kajian yang dipublikasikan di jurnal Proceedings of the Royal Society B: Biological Sciences menyebutkan hagfish dapat menyerap nutrisi melalui kulit dan insang. Ketika berada di dekat bangkai, haiwan ini akan mengeluarkan konsentrasi kimia tinggi yang membuat nutrisi terlarut.

    Meskipun beberapa invertebrata (haiwan tidak bertulang belakang) termasuk moluska dan cacing menyerap nutrisi melalui kulit dan insang, tapi hagfish merupakan haiwan bertulang belakang pertama (vertebrata) yang memakan makanan dengan cara ini.

    Hagfish merupakan haiwan kuno yang dipercayai sebagai vertebrata pertama di dunia. Sistem penyerapan nutrisi haiwan tersebut merupakan transisi antara sistem yang digunakan invertebrata air seperti cacing sekaligus sistem pencernaan yang rumit, seperti vertebrata lainnya.

    "Fitur mereka yang paling mencolok selain kemampuan untuk memunculkan lendir tebal dalam jumlah berlebihan, kumis di sekitar mulut dimanfaatkan pula untuk mengeksploitasi lingkungan," ujar ilmuwan Carol Bucking dari University of British Columbia dan Bamfield Marine Sciences Center di Kanada.

    Mekanisme molekular spesifik yang ada di dalam jaringan hagfish digunakan untuk memindahkan asam amino ke dalam tubuh mereka. Peningkatan konsentrasi asam amino inilah yang menyebabkan jaringan mampu meningkatkan proses penyerapan sampai titik tertenu. Jika mekanisme itu terus berlanjut, maka kulit dan insang memiliki kemampuan penyerapan yang tinggi.

    Ini merupakan proses adaptasi yang membantu hagfish memkan keseluruhan bangkai dengan cepat

    Budak tercucuk besi pagar

    Posted: 02 Mar 2011 11:01 AM PST


    Baru berusia 6 tahun...Saksikan ketabahan budak ini...

    Pasangan Suami Isteri Menikah ala Robot Stormtroopers

    Posted: 02 Mar 2011 10:01 AM PST

    Pasangan suami isteri yang pelik, mereka menamakan diri mereka sebagai "Star Wars Geeks",  sama dalam filem Star Wars pada ketika mereka menikah dan berbulan madu mereka memakai topeng robot Stormtroopers...



    Pasangan ini baru tahu pernah bergambar semasa mereka kecil

    Posted: 02 Mar 2011 09:01 AM PST

    REPUBLIKA.CO.ID,LONDON – Cinta sejati benar-benar ada. Sepasang suami isteri mendapati bahawa mereka sesungguhnya sudah pernah bertemu ketika keduanya secara tak sengaja terfoto bersama sewaktu masih kanak-kanak sekitar 14 tahun lalu.

    Foto hitam putih itu menjadi saksi cinta sejati mereka. Mandy Best, yang ketika itu berusia 4 tahun, sedang bercuti bersama keluarganya. Mandy, yang kini berusia 50 tahun, berfoto ria untuk kenang-kenangan. Ray Knaggs kecil, yang ketika belum mengenal Mandy,ketika itu secara tak sengaja ikut terfoto.

    Setelah 20 tahun berlalu, Ray Knaggs dan Mandy Best akhirnya menikah. Tapi, keduanya belum menyedari bahawa mereka pernah berfoto bersama ketika masa kanak-kanak dahulu.

    Keharuan muncul setelah Ray Knaggs dan Mandy Best saling menunjukkan foto masa kecil mereka. Ketika Mandy Best memperlihat fotocuti tersebut, Ray Knaggs begitu sangat terkejut. "Gambar itu diambil oleh ibu saya atau ayah. Ray nampak terkejut dan berkata,'Itu aku!" Bagaimana kemungkinan itu? ",'' cerita Mandy Best.

    Foto itu diambil di Butlins, Filey, Yorks Utara, pada 1965. Keluarga Ray Knaggs dan Mandy Best ketika itu sebenarnya tinggal berdekatan di Billingham, Teesside. Rumah mereka yang hanya dipisahkan oleh jalan. Mereka ketika itu sedang bercuti secara bersamaan, tetapi tidak saling mengenal.

    Ray Knaggs dan Mandy Best bertemu di sebuah kelab pada 1979. Mereka kemudian menikah pada 1985. Mereka kini memiliki anak Louise (23), Mark (20), Jessica (18), serta kembar Ashleigh dan Liam (16)

    Akibat Slip Gaji Tertukar, Pekerja kilang kain Terima Gaji 2 juta poundsterling

    Posted: 02 Mar 2011 08:32 AM PST

    REPUBLIKA.CO.ID,LONDON – Ini benar-benar gaji 'gila' bagi seorang pekerja kilang kain ini. Ketika membuka slip gajinya, dia sangat terkejut mendapati nilai gajinya sebesar 2 juta poundsterling .  Besarnya 1.000 kali ganda dari gaji normalnya.

    Bagi orang kaya mungkin tidak akan berkedip mata ketika melihat wang dalam jumlah besar tersebut. Tapi bagi pekerja kilang tersebut, dia perlu bekerja selama 83 tahun untuk mendapatkan wang sebanyak itu.

    Tapi, dia tidak kelabu mata. Pekerja yang gaji bulanannya sebesar 2.000 poundsterling  itu langsung memberitahu bosnya dan mengembalikan wang tersebut.

    Pemimpin Uni Pekerja, Andy Murray, mengatakan: "Sudah ada pembicaraan di pabrik. Dia sangat terkejut ketika mendapati gajinya sebesar itu. Aku pun pasti akan demikian.''

    Howmet Alcoa, perusahan pembuat turbin pesawat, membayar  1,4 juta poundsterling langsung ke  bank karyawan misteri itu. Sementara bakinya 600 ribu poundsterling untuk pembayaran pajak penghasilan.

    Juru bicara perusahaan, Jasper van Zon, mengatakan: "Kami telah mengakui dia kerana kejujurannya".

    Foto Gadis Secantik Boneka Barbie Yang Heboh Di Internet

    Posted: 02 Mar 2011 07:46 AM PST

    TRIBUNNEWS.COM -Beginilah kekuatan dari photoshop. Sebuah foto gadis muda yang terlihat sempurna beredar di internet dan membuatnya menjadi sensasi di Asia dalam waktu semalam.

    Foto-foto itu memperlihatkan foto seorang gadis muda bernama Wang Jiayun kemudian menjadi selebriti dalam waktu singkat di Korea.

    Para user di sejumlah forum itu melihat Wang sangat sempurna dengan wajah dan tubuh seputih pualam, hidung yang indah, dan membuatnya sangat sempurna, serta mirip dengan boneka. Berdasarkan hasil laporan, Wang adalah pelajar berusia 17 tahun di Shenzen, China.

    Sayangnya, usut punya usut, penampilan ala Barbie oleh Wang ini setelah melalui proses foto editing. Tak tahan, cemuhan,dia kemudian menutup blog peribadinya.

    Inilah Lelaki Yang Seumur Hidupnya Menulis Puisi Cinta untuk Isterinya

    Posted: 02 Mar 2011 06:00 AM PST

    REPUBLIKA.CO.ID,LONDON – Cinta sejati. Seorang lelaki menerbitkan sebuah buku yang berisikan puisi-puisi yang ditulis sepanjang umurnya untuk isterinya.

    Moss Rich, nama lelaki sejati itu, tidak pernah mengadakan pesta untuk merayakan pernikahannya dengan Milly. Mereka tidak memiliki foto pernikahan dan mereka tidak mampu berbulan madu. Tetapi setelah 72 tahun kemudian, pasangan ini menjadi pasangan paling romantis di England.

    Pada Hari Valentine tahun ini, Moss Rich yang merupakan veteran Perang Dunia dan sudah berusia 100 tahun itu menjadi penyair tertua disana. Dia memutuskan untuk menerbitkan kumpulan puisi cinta yang ditulis untuk isterinya selama puluhan tahun mereka bersama-sama.

    Pasangan ini pertama kali bertemu pada 1939 di sebuah pertunjukan di London's Unity Teater. Keduanya memiliki perasaan daya tarik antara satu sama lain. JATUH PADA PANDANGAN PERTAMA.

    Meskipun pandai menulis puisi, Moss mengakui bahawa ia biasanya cukup malu ketika datang untuk berbicara tentang cinta. "Saya tidak membuka hati saya dan membiarkan semua orang melihat apa yang ada di dalamnya", katanya. "Puisi saya mengungkapkan apa yang saya pilih untuk berbagi. Tetapi, segala sesuatu tidak dapat dimasukkan ke dalam kata-kata."

    Sekarang lebih dari 150 puisi cinta tercipta selama Moss dan Milly menikmati kehidupan pernikahan 72 tahun. Puisi, yang dibuat dengan tulisan tangan atau ditaip dengan mesin taip peribadinya, semuanya ditandatangani dan diberi tarikh. Semuanya ditujukan Moss untuk mencintai seumur hidup Milly yang kini berusia 93 tahun.

    Untuk merayakan pernikahan mereka yang romantik dan bahagia, Moss dan Milly memutuskan untuk menerbitkan koleksi puisi cinta pada hari yang paling romantis tahun, Hari Valentine. Dicetak pada kad pos bergambar dan berjudul 'A Lifetime of Love', kad telah dirancang untuk memungkinkan orang lain berbagi kata-kata Moss dengan orang yang mereka cintai.

    Mandi air kencing sebelum jumpa awek

    Posted: 02 Mar 2011 05:20 AM PST


    VIVAnews – Bila manusia akan mandi dan bersolek hingga cantik dan wangi untuk menarik pasangan, keadaan itu tidak terjadi pada monyet liar capuchin (cebus capucinus).

    Monyet jantan capuchin memang akan mandi sebelum bertemu dengan monyet betinanya. Tapi, pejantan itu akan mandi dengan air seninya sendiri untuk mengurat pasangannya.

    Seperti dikutip dari web Physorg, kera capuchin jantan biasanya akan mengencingi tangannya dan kemudian membasuh air seni itu ke seluruhr bulu tubuhnya, sebelum bertemu betina.

    Sebuah kajian yang dilaksanakan Dr Kimberley Phillips dan pasukannya dari Jabatan Psikologi pada Trinity University, San Antonio Amerika Syarikat, ternyata berhasil mengungkap alasan perilaku 'jorok' kera capuchin jantan itu.

    Dari hasil pemindaian Functional Magnetic Resonance Imaging (FMRI), terungkap bahawa otak monyet betina akan bereaksi berbeza ketika mencium urine monyet dewasa, terutama urine monyet dewasa jantan.

    Beberapa daerah di otak monyet betina khususnya yang terkait dalam proses penciuman, akan aktif sketika mereka mencium bau air kencing monyet jantan dewasa.

    Dr Phillips dan pasukannya mengatakan bahawa air kencing digunakan oleh monyet sebagai alat komunikasi untuk menyampaikan status sosial atau singnal bahawa mereka siap secara seksual.

    Kemampuan betina untuk menangkap bau urine monyet muda dengan urine monyet jantan dewasa terkait dengan kemampuan betina untuk mendeteksi tingkat kadar testosteron di air kencing mereka.

    Semakin tinggi tingkat testosteron berhubungan dengan kematangan seksual dan status sosial yang lebih tinggi di kalangan monyet capuchin.

    Kajian lainnya mengatakan bahawa aksi mandi air kencing yang dilakukan monyet jantan ini diawali oleh ajakan betina ketika mereka tengah berada pada puncak kesuburan mereka. Saat itulah, frekuensi mandi air kencing sang jantan semakin meningkat.

    [Hebat] Banduan lari dari penjara menyamar jadi biri-biri

    Posted: 02 Mar 2011 04:30 AM PST

    Ada istilah baru yang dibuat oleh dua banduanyang berasal dari Argentina. Dahulu ada istilah serigala berbulu biri-biri, tapi kini mereka mempunyai istilah baru, iaitu banduan berbulu biri-biri.

    Dua orang banduan Argentina Maximiliano Pereyra dan Ariel Diaz, cuba menipu para pencari mereka dengan dengan menggunakan kostum  seperti biri-biriasli. Pereyra usia 25 dan Diaz usia 28, dipenjarakan kerana melakukan rompakan. Mereka melarikan diri daripada penjara yang dikatakan mempunyai kawalan yang sangat ketat.
    Mereka mencuri kostum biri-biri tersebut dari peternakan setempat dan menggunakannya untuk menipu para petugas selama lebih kurang seminggu. Padahal  300 petugas ketika itu mencarinya.

    Akhirnya para petugas mendapat tahu setelah adanya laporan dari penduduk setempat yang melaporkan bahawa ada sepasang orang yang berlari di lapangan pada malam hari.

    "Mereka menggunakan pakaian warna kelabu, tapi penuh dengan bulu biri-biri," ujar peternak di La Almeda.

    Sumber dari polia mengatakan, mencari mereka di antara ribuan domba yang ada di lapangan adalah suatu hal yang mustahil.

    "Mereka bioleh saja menyamar menjadi  biri-biri tepat di depan mata kita selama mereka mahu," ujar salah seorang polisi.
    (okezone)

    Anjing Rottweiler yang menjadi Baby Sitter.

    Posted: 02 Mar 2011 03:00 AM PST



    Seorang pecinta binatang bernama Amanda Collins (25th) dari Perancis memelihara beberapa binatang yang – katanya – yatim piatu; itik, angsa, arnab kucing dan anjing.

    Untuk memelihara dan menjaga binatang peliharaan ini tentunya memerlukankan perhatian yang khusus terlebih penjagaan agar sesama mereka tidak saling berkelahi. Bagaimana Amanda melakukannya?

    Amanda memiliki anjing Rottweiler yang menjadi ibu asuh @ babysitter.

    Untuk memberi makan, itu memang kewajiban sang pemilik. Tetapi untuk menjaga mereka, Amanda sangat beruntung memiliki baby sitter yang bioleh dipercayai, iaitu Dave Dog, seekor anjing jenis Rottweiler yang dikatakannya memiliki sifat keibuan dan mampu menjaga binatang-binatang yang lain, ibarat seorang ibu asuh.

    Dave yang pernah terpilih sebagai anjing yang paling inspirasi dalam pertandingan yang di taja oleh pakar ubat cacing Drontal ini dianggap memiliki sifat lembut, tidak seperti tipe Rottweiler lainnya yang dikenal ganas.

    "Rottweiler adalah jenis anjing besar yang ganas, tetapi mereka boleh menjadi sangat lembut dan taat jika  dipelihara dan dilatih dengan benar, dan Dave adalah contoh sempurna itu, " kata Amanda.

    Sejauh ini, Dave telah membantu mengasuh dan menjaga 4 ekor itk, 3 angsa, 5 arnab, 13 anak kucing dan 5 anak anjing - belum lagi anak ayam yang baru lahir yang tak terhitung jumlahnya.

    Tengkorak Bayi Berhiaskan 8000 Berlian

    Posted: 02 Mar 2011 02:00 AM PST

    Sebuah tengkorak bayi dijadikan karya seni bertahtakan berlian. Akibat menggunakan kerangka bayi sebagai media seninya, seniman dari England ini hingga dicap tidak berperikemanusiaan Seperti diwartakanTelegraph.co.uk, Damien Hirst menjadikan fosil kerangka bayi dari koleksi patologi abad ke-19 sebagai rekaan barunya, menghiasinya dengan lapan ribu berlian berwarna pink dan putih.


    Sebelum dihiasi dengan ribuan berlian, kerangka itu dilapisi dengan platinum terlebih dulu. Seluruh berlian tersebut juga dipesan secara khusus dari tbutik perhiasan Bentley & Skinner. Meskipun kerangka ini belum diketahui harganya, namun diperkirakan harganya mencapai 50 juta Poundsterling.Tengkorak bayi berhiaskan berlian ini akan dipamerkan di Galeri Gagosian, Hongkong.

    Damein menamakan karyanya ini dengan 'Demi Keindahan Surgawi'. Ia mengangkat kerangka sebagai karya seni kerana terinspirasi oleh kegunaan tengkorak untuk kesenian oleh suku Aztek. "Ketika Anda melihat sebuah tengkorak, Anda akan berfikir tentang kematian. Namun, ketika Anda melihat kematian boleh begitu indah, Anda akan mendapatkan sebuah harapan," ungkapnya seperti dilansir web aol.

    Meskipun kerangka itu merupakan hasil karya seni yang harganya sangat mahal. Nyatanya, para orang tua di disana mengaggap hasil karya Damien sangat mengganggu dan tidak beradab.

    Sally Russell, perwakilan dari kelompok orang tua, mengatakan, "Dengan menjadikan kerangka sebagai media seni, Damien sangat tidak berperasaan. Ia tidak tahu karyanya itu bioleh melukai beberapa orang tua yang kehilangan anaknya."

    Ada permainan monopoli ala komunis

    Posted: 02 Mar 2011 01:00 AM PST

    Queue, permainan monopoli ala komunis

    Sebuah permainan monopoli versi komunis dibuat di Poland.Membeli properti, seperti rumah, hotel dan jalan, para pemain permainan ini mendapat 10 daftar barang yang harus mereka dapatkan secara berbaris. Di antaranya, roti dan kertas toilet.

    Karol Madaj yang membuat permainan ini. Dia memberi nama: Queue atau BERBARIS Para pemainnya harus berbaris di kedai-kedai milik pemerintah demi mendapatkan barang di daftar tersebut.
    Pemain yang boleh mendapatkan 10 barang paling pertama menjadi pemenang. Dalam Queue juga ada kad seperti monopoli versi asli. Bila di versi asli pemain boleh mendapatkan wang. Pemain Queue yang mendapat kad boleh memotong barisan sehingga lebih cepat mendapatkan 10 barang itu.

    Menurut Madaj, permainan ini dibuat atas kerjasama dengan National Remembrance Institute, untuk mengenalkan dan mengingatkan kepada anak sekolah bagaimana rasanya hidup di era komunis ketika Uni Soviet masih ada.
    "Selain ingin memberi pemahaman bagaimana rasanya hidup di era komunis, juga mengajari apa dan bagaimana berbaris itu, sesuatu yang ketika ini orang-orang mulai lupakan," kata Madaj seperti dikutip dari laman Orange .
    Permainan monopoli yang asli dibuat pertama kali pada 1935, sebanyak 275 juta permainan ini terjual.

    [Gila] Datuk rabun 66 tahun perkosa budak 7 tahun

    Posted: 02 Mar 2011 12:45 AM PST

    Sungguh terkutuk perbuatan Martin (66), seorang tukang urut. Martin sanggup memperkosa N, anak tetangganya yang masih berumur 7 tahun.

    "Saya sendiri tak tahu. Anak saya ini setiap buang air kecil selalu mengeluh sakit dan pedih," ujar ayah angkat N, Herman (56) ketika berbincang-bincang dengan detikcom.

    Kerana tak mengerti apa yang dirasakan N, Herman meminta ibu dari teman N untuk mengorek lebih detail tentang rasa sakit N. Dari ibu teman N tersebut, Herman akhirnya mengetahui kalau tetangganya itu memperkosa anaknya.

    "Ibunya teman N yang memberitahu Martin itu sudah perkosa anak saya," kata Herman dengan kesal.

    Herman merupakan pencen karyawan PT Telkom. Herman hanya tinggal berdua dengan anak angkat N serta cucunya Farrel. Isteri Herman sudah meninggal 1 tahun lalu keraa kanser. Sedangkan Martin keadaan matanya sudah agak rabun.

    Setelah mendengarkan cerita ibu teman N, Herman tak teru melaporkan kepada polis. Herman berniat menghakimi sendiri Martin. Herman pun bercerita kepada para tetangga. Tetangga menyarankan agar Herman laporkan kepada polis saja.

    "Saya tak mahu dia ditahan. Saya mahu siat dia sepertik ikan terus saya mahu buang dia di Serpong," katanya.

    Atas anjuran tetangga, Herman akhirnya melapor ke Polsek Beji, Depok. Dari Polsek, Herman disuruh melapor ke Polres Depok. Dari situ, salah seorang penyiasat menyuruh Herman agar melakukan pemeriksaan terhadap anaknya N.

    "Kata doktor ini (selaput N) sudah pecah, sudah licin. Dia juga ada keputihan," jelasnya.

    Herman hingga kini masih menunggu hasil pemeriksaan doktor secara tertulis.
    (gus/nik)

    Astaga.. Orangtua Memperlakukan Anak angkatnya Seperti Anjing

    Posted: 01 Mar 2011 11:50 PM PST


    REPUBLIKA.CO.ID,LONDON – Kelakuan orangtua yang satu ini benar-benar tidak seperti manusia. Mereka dituduh memperlakukan ketiga anak angkatnya seperti anjing dengan memberi mereka makanan haiwan peliharaan dan mengunci mereka dalam kandang.

    John dan Sonja Kluth teratur memukul dan menyiksa anak-anak yang dijaganya. Dua anak laki-laki berusia 15 tahun dan 11 tahun. Seorang lagi adalah gadis berumur sembilan tahun.

    ''Mereka dipaksa untuk hidup seperti binatang,'' kata jaksa.

    Nyonta Kluth, yang kini berusia 57, diduga menjadi pelaku yang paling kejam. Sementara John, suami Kluth yang lebih muda tujuh tahun, hanya berdiri dan tidak melakukan apa-apa.

    Mereka ditangkap di Oklahoma, Amerika Syarikat. Namun, mereka telah dibebaskan dari penjara setelah membayar wang jaminan.

    Tiada Wang, Seorang Anak kecil Hanya Diberi Kopi Sebagai Pengganti Susu

    Posted: 01 Mar 2011 10:15 PM PST

    Liputan6.com, Polewali Mandar: Sungguh malang nasib Syawal, kanak-kanak berasal Kelurahan Madatte, Kecamatan Polewali Mandar, Sulawesi Barat, yang hanya boleh tergolek lemah dan terus menangis di pangkuan sang nenek. Sejak Hasna, sang ibu meninggal dunia beberapa bulan lalu, Syawal kini dirawat sang nenek, sedangkan sang ayah yang berprofesi sebagai tukang batu tidak diketahui dimana dia berada.

    Dari pantauan SCTV, keadaan Syawal sungguh memprihatinkan. Walaupun sudah berumur 15 bulan lebih, namun berat badannya tak lebih dari lima kilogram. Padahal berat badan normal untuk anak-anak seusianya seharusnya lebih dari 10 kilogram. Hal itu terjadi kerana kurangnya vitamin yang cukup sejak lahir, sehingga pertumbuhan fizik anak malang ini terhambat. Badannya nampak kurus seperti tulang berbalut kulit. Padahal ketika lahir, berat badan Syawal tergolong normal, yakni 2,9 kilogram.

    Melihat keadaan demikian, sang nenek, Tasia tidak membawa cucunya kehospitalt atau doktor dengan alasan tiada wang. Bahkan dari pengakuannya, anak malang tadi jarang diberi susu kerana harganya mahal. Sang nenek hanya memberikan segelas kopi jika sang cucu mmengaruk dan terus menangis.

    Menurut sang nenek, Syawal pernah diperiksakan ke doktor setempat, namun kerana tiada duit dia tak mampu membeli ubat, sang nenek akhirnya memilih merawat sendiri cucunya di rumah dengan ubat seadanya, termasuk memanfaatkan jasa dukun kampung yang dipercaya boleh menyembuhkan sang cucu.

    Syawal adalah salah satu potret anak dari keluarga miskin yang kesulitan mendapatkan pelayanan kesihatan yang layak dari negara. Ini semua kerana masalah kemiskinan.

    Celebrity News

    Posted: 02 Mar 2011 03:34 PM PST

    Celebrity News


    Gossip Panas : Anuar Zain Rela Di Cium Peminat !!!!

    Posted: 02 Mar 2011 07:33 AM PST

    Nampaknya kisah cium mencium, peluk dan dipeluk bermula lagi terutamanya jika ada minggu setiausaha ni...nak buat macam mana dah peminat dia fanatik sangat sampai nak cium dan lupakan apa yang agama kita tegah daripada melakukannya. Ikuti luahan adik kepada akak Ziana Zain yang masih bujang lagi...


    "Memang benar peminat menyerbu, memeluk dan melakukan macam-macam apabila saya menghampiri mereka dalam persembahan tetapi perkara itu lebih disensasikan daripada kenyataan yang sebenar.
    "Sebagai penyanyi, mereka (peminat) adalah keutamaan saya. Saya rela diperlakukan dengan apa juga reaksi spontan mereka," jawabnya sambil menguntumkan senyuman.



    Tambah penyanyi yang kini popular dengan lagu Sedetik Lebih itu, dia tiada sebarang masalah dengan keterujaan mereka walaupun ke tahap melakukan aksi yang dianggap keterlaluan oleh segelintir pihak.
    "Bukan saya mahu galakkan atau sokong peminat bertindak memeluk dan melakukan aksi yang mungkin dianggap keterlaluan, cuma ia berlaku secara spontan dan tidak boleh dielakkan.


    "Acara begini hanya berlangsung setahun sekali dan sememangnya untuk meraikan para peminat daripada golongan setiausaha, jadi biarlah.


    "Saya rela dan tidak kisah pun selagi tindakan itu masih boleh dikawal, tidak mengganggu persembahan dan tidak melanggar batas," katanya yang dijangka menyampaikan sepuluh buah lagu dalam majlis itu.
    Gambar-gambar yang ZoOM jumpa di Laman blog dan web :





    Dan berikut Video konterversi ketika Anuar Zain dicium peminat beberapa tahun sudah !!


    This posting includes an audio/video/photo media file: Download Now

    Gossip Tengku Zawyah Bekas Isteri Datuk K Bertunang

    Posted: 01 Mar 2011 07:28 PM PST


    Monday, 28 February 2011
    Exclusive:Tengku Zawyah bertunang
    Tahniah Tengku Zawyah Tengku Izham 48, atau lebih mesra dipanggil TZ bekas isteri
    Datuk Khalid Mohd Jiwa yang telah melangsungkan majlis ikatan pertunangan dengan
     seorang kerabat Diraja Pahang. Biarlah AlamFana rahsiakan dulu identiti tunang TZ
     buat masa ini. Majlis yang diadakan di Bangsar Hari Sabtu baru ni.berlangsung secara
     sederhana dan hanya dihadiri kaum keluarga terdekat dan sahabat karib

    ZoOm : "Statement" daripada laman gossip Cari mengenai bekas isteri datuk k yakni suami datuk Siti Nurhaliza
    akan melangsungkan perkahwinan dengan kerabat. Tetapi ada maklumat juga mengatakan beliau
    akan melangsungkan perkahwinan dengan orang Sabah...Entahlah mana yang betullll

    Walau apa pun hidup perlu diteruskan dan tahniah sekali lagi daripada ZoOmartis blog & Facebook

    Apa kata anda ?

    Utusan Online - Hiburan

    Posted: 02 Mar 2011 03:31 PM PST

    Utusan Online - Hiburan


    Eja semakin lantang bersuara

    Posted:

    Eja semakin lantang bersuara

    Eja semakin lantang bersuara

    Oleh SHAZRYN MOHD. FAIZAL
    shazryn.faizal@utusan.com.my
    Gambar MOHD. FARIZWAN HASBULLAH


    SEMAKIN lantang bersuara di lokasi, Eja menyatakan semuanya berlaku dengan sebab tersendiri.


    SELAMA 15 tahun melayari bahtera seni, memang tidak dinafikan impak yang diberikan oleh pelakon jelita ini bukan kecil-kecil anak.

    Hadir dengan persona yang cukup menawan telah meletakkan nama Siti Shahrizah Saifuddin atau lebih popular dengan panggilan Eja sebagai salah seorang aktres di dalam liga yang tersendiri.

    Mula menempa nama menerusi drama bersiri Rahsia Demi Rahsia sekitar lewat tahun 90-an, Eja terus terbang tinggi mencipta nama sehingga dia mampu berdiri teguh seperti mana hari ini.

    Namun, selepas 15 tahun menjadi seorang aktres, Eja dengan penuh terbuka memberitahu dia kini semakin lantang bersuara seandainya ada perkara yang kurang menyenangkan hatinya.

    Memang agak mengejutkan sewaktu Eja membuka cerita itu kerana jika dilihat kepada luaran dan personalitinya yang lemah lembut itu, pasti ramai tidak menyangka Eja mempunyai sisi lain yang mampu membuat orang sekeliling kaget dengan tindakannya.

    "Saya rasa selepas 15 tahun di dalam industri dan dengan status saya sebagai seorang ibu sekarang ini, saya tidak boleh lagi membazir masa di lokasi terutama sekali jika saya perlu menunggu untuk masa yang agak lama.

    "Dalam erti kata lain, saya menjadi semakin cerewet tetapi cerewet saya itu tidak membawa konotasi buruk. Kelantangan saya mempunyai sebab tersendiri dan nampaknya pihak produksi dan krew yang bekerja dengan saya faham dengan situasi saya.

    "Dengan usia saya yang menghampiri 40 tahun, saya mudah menjadi penat dan akhirnya ia membuatkan saya dengan pantas untuk berasa marah," jelas pelakon kelahiran Kuala Kubu Bharu, Selangor ini tanpa selindung.

    Eja berkata demikian usai majlis pelancaran drama bersiri Mantera Anjasmoro yang mengisi slot Seram di TV3 di Bandar Utama, Petaling Jaya, Selangor, baru-baru ini.

    Drama terbitan Padi Pictures Sdn. Bhd., itu diterbitkan sebanyak 13 episod mula ditayangkan malam ini.

    Turut hadir pada majlis tersebut ialah pengarah drama tersebut, Aidilfitri Mohamed Yunos dan barisan pelakon lain iaitu Adi Putra, Fouziah Gous dan Raja Norbaizura.

    Menyambung perbualan, Eja tidak menafikan memang dia sendiri ada terdengar kata-kata orang sekeliling yang mengatakan dirinya sudah jauh berubah.

    Lebih tepat lagi, pada pandangan mereka, Eja kini bukan seperti Eja yang mereka kenali dulu sehingga dia dilabelkan sebagai seorang yang cukup garang.

    "Saya memang sedar ada yang mengatakan saya sebegitu tetapi seperti mana yang saya katakan tadi, saya melakukannya atas sebab tersendiri dan bukannya mahu menunjukkan saya ini diva atau sebagainya.

    "Bagi saya, dalam setiap produksi apa yang penting adalah perancangan dan pengurusan masa yang tepat agar semuanya berlangsung dengan lancar.

    "Disebabkan itu, saya cukup selesa jika dapat berlakon di bawah produksi yang cukup mengutamakan soal ketepatan masa dan pengurusan yang cekap. Sebagai seorang yang dilahirkan berbintang Capricorn, saya memang mementingkan kesempurnaan," ujar Eja dalam nada tegas sambil memberitahu perihal itu juga diamalkan oleh teman-teman seperjuangannya yang lain.

    Populariti bukan agenda

    Memang diakui, satu ketika dulu, wajah Eja boleh dikatakan kerap menghiasi kaca televisyen sehingga meletakkan nama Eja sebaris dengan pelakon wanita terkenal tempatan yang lain.

    Namun, sejak beberapa tahun ini atau lebih tepat lagi selepas dia mengandung dan melahirkan anak, namanya seakan sepi dan wajahnya juga jarang ditonton.

    Bertanyakan kepada Eja perihal tersebut, sedikit pun dia tidak melatah malah memberikan jawapannya dengan disulami senyuman manis di wajah lembutnya itu.

    Dalam hal ini, aktres filem Sepi, Kayangan dan Sara ini masih lagi berpegang teguh kepada nasihat Allahyarham Hani Mohsin Hanafi yang terus segar di mindanya.

    "Katanya, biarlah kerjaya kita itu yang akan bercakap tentang diri kita dan sememangnya ia sudah terbukti untuk diri saya.

    "Bukan untuk mendabik dada atau riak, tetapi, sehingga ke hari ini, peminat dan penonton masih lagi boleh mengingati setiap drama serta watak yang saya bawakan.

    "Saya memang mengelak untuk muncul kerap di televisyen melainkan skrip dan watak yang diberikan benar-benar memberi kepuasan kepada saya.

    "Adalah lebih baik jika peminat sendiri mengingati hasil kerja kita daripada wajah kita terlalu banyak di televisyen sehinggakan satu drama pun tidak memberikan impak kepada masyarakat," tutur pelakon yang pernah membintangi drama Salam Taj Mahal dan Rindu Semakin Jauh ini penuh berhemah.

    Syarat baru Eja

    Sejak kebelakangan ini, memang dapat dilihat Eja semakin berani berlakon dalam karya dari genre seram dan thriller.

    Bermula dengan filem Janin dan kemudiannya, drama bersiri Durja Ningsun yang pernah menghiasi slot Seram di TV3 sebelum ini, ternyata Eja semakin berani menongkah arus.

    Mana tidaknya, jika dilihat kepada portfolionya, Eja lebih selesa membintangi drama dan filem yang bercorak drama.

    Sedangkan sebelum ini, Eja pernah menyatakan dia agak sukar untuk membuka hatinya membintangi filem atau drama bercorak sedemikian. Bukan kerana takut tetapi dia sendiri berasa kurang selesa.

    Dan terbaru, Mantera Asmaradono yang menggandingkan Eja bersama Adi Putra untuk kali kedua selepas Mya Zara.

    "Memang seboleh-bolehnya saya mahu mengelak daripada membintangi karya sebegitu kerana ia menuntut emosi dan permainan watak yang cukup mendalam serta berat sehingga ia meletihkan saya.

    "Tetapi, atas sebab jalan ceritanya serta watak yang diberikan bukan karya yang tipikal seperti mana lazimnya, ia membuatkan saya tertarik untuk berlakon.

    "Itulah juga alasan mengapa saya membintangi Mantera Anjasmoro yang bagi saya lain daripada yang lain. Itu juga syarat saya jika ada pihak yang mahu mengambil saya berlakon dalam mana-mana karya berunsurkan seram," katanya terus-terang yang memegang watak Sabrina dalam drama tersebut.

    Buat peminat Eja, jangan lupa temu janji anda pada setiap hari Khamis pukul 9.30 malam untuk menyaksikan drama bersiri Mantera Anjasmoro di TV3.

    Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

    Terlampau banyak cinta dalam

    Posted:

    Terlampau banyak cinta dalam <i>TKC</i>

    Terlampau banyak cinta dalam TKC

    Oleh ABD. AZIZ ITAR
    aziz.itar@utusan.com.my
    Gambar MOHD NOOR AMIN


    SHAJIRY (kanan) dan Farahdhiya menguatkan lagi pementasan TKC dengan cerita di sebalik watak lakonan mereka.


    FILEM berjudul Cinta menang kategori Filem Terbaik pada Festival Filem Malaysia yang ke-20 tiga tahun lalu. Ekoran sambutan penonton dan reputasi selepas kejayaan itu, jalan cerita Cinta dikembangkan lagi menjurus ke medium pementasan teater menerusi judul Terima Kasih Cinta (TKC)

    Teater muzikal terbitan Primework Studio dan arahan Pat Ibrahim itu yang dipentaskan dari 19 Februari lalu hingga 6 Mac ini boleh dianggap lebih rumit berbanding versi filem. Kerumitan itu dapat dilihat daripada segi plot yang banyak dan dipecah-pecahkan kepada kisah lima pasangan yang bercinta.

    Jika Cinta mengambil durasi tayangan sekitar dua jam, teater yang kini sedang dipentaskan di Panggung Sari, Istana Budaya, Kuala Lumpur itu pula berdurasi lebih dua jam. Disebabkan agak panjang, pementasan ini berhenti rehat separuh masa pertama dan ia disambung 20 minit kemudiannya.

    Tidak keterlaluan jika dikatakan gaya pementasan ini mirip kepada filem Hindustan di mana kisah cinta dan konflik membabitkan setiap wataknya menjadi senjata utama penceritaan.

    Terlampau banyak kisah cinta yang dipaparkan menerusi pementasan ini. Malah, setiap kisah cinta dalam teater ini menampilkan permasalahan yang berbeza-berbeza.

    Sebagai contoh, kisah cinta Elyas yang dilakonkan oleh Latif Ibrahim dan Rubiah (Safura) yang berteraskan cinta luar biasa kerana faktor perbezaan usia serta kesihatan yang menjadi penghalang hubungan tersebut.

    Kebanyakan cerita asal masih tidak jauh berubah daripada versi filem Cinta. Teater ini cukup menghiburkan kerana ia menampilkan kepelbagaian kisah cinta untuk dihayati.

    Namun, para penonton yang tidak pernah menonton Cinta mungkin agak sukar menghayati TKC kerana jalan ceritanya yang agak kompleks.

    Setiap plot dan kisah cinta yang membabitkan lima pasangan itu saling bertukar ganti di mana ia saling kait mengait dengan watak-watak lain. Sesuai dengan elemen drama dan lagu yang menjadikannya sebuah muzikal, banyak lagu-lagu lama dan baru diselitkan di sepanjang pementasan itu.

    Pat Ibrahim tidak terkecuali menyifatkan teater itu suatu perjalanan kisah-kisah cinta yang amat berbeza untuk dinilai serta dihayati oleh para khalayaknya.

    "TKC adalah sebuah perjalanan kisah-kisah cinta yang amat mendalam. Saya mahu ia dikongsi oleh para penonton," ujarnya.

    Terdapat 21 buah lagu yang diselang-selikan dalam TKC sehingga membuatkan ramai penonton yang agak gelisah menantikan saat babak-babak yang seterusnya.

    Malah, para penonton juga mudah berasa 'letih' apabila terlalu banyak lagu yang diselitkan dalam pementasan ini.

    Antaranya, lagu Permata Untuk Isteri yang dipopularkan oleh Kopratasa, Selanjur Bercinta (Aishah) dan Seribu Impian (Casey).

    Tidak dinafikan setiap pelakon yang menyanyikan semula lagu-lagu itu seperti Latif Ibrahim meninggalkan impak yang mendalam kerana kemantapan vokalnya.

    Tidak banyak keistimewaan apabila lagu-lagu lama seperti Dia (Sheila Majid), Impian Anak Jalanan (Kembara) dan Bimbang Terluka Lagi (Noor Kumalasari) didendangkan semula dalam TKC kerana ia lebih mudah dihayati oleh para penonton generasi lama.

    Mujurlah dalam puluhan lagu itu, ditampilkan juga dua lagu baru berjudul Kuasa Cinta dan Terima Kasih yang bergema di pementasan itu bagi memberikan suatu impak baru. Ia sebagai salah satu tanda bagi membezakan antara Cinta dan TKC.

    Bagaimanapun, di sebalik 'keletihan' kerana terlampau banyak sub plot tentang kisah cinta dan lagu-lagu yang boleh dijadikan dua buah album kompilasi itu, elemen drama terutama tarian yang dibimbing oleh Pat Ibrahim memperlihatkan keceriaan buat pementasan tersebut.

    Gaya tarian yang kebanyakannya bersifat kontemporari menjadikan TKC berjaya menonjolkan konsep muzikal sebagai teras utama selain tema lagu-lagunya yang bersesuaian dengan setiap plot yang dipaparkan.

    Selain itu, kombinasi ramai pelakon popular seperti Norish Karman yang melakonkan watak Airin, Vince Chong (Taufiq), Farahdhiya (Azura), Diddy Hirdy (Amin), Deja Moss (Dyan) dan Nadia Aqilah (Arianna) bolehlah dianggap sebagai penyelamat atau tarikan teater ini.

    Penyanyi seperti Diddy, Deja Moss dan Vince membuktikan bahawa mereka bukan sahaja boleh menyanyi dengan baik dalam TKC, tetapi mereka juga berjaya menghayati watak masing-masing sehingga ada di antaranya yang menitiskan air mata kerana penghayatan tersebut.

    Kekuatan elemen drama, tarian dan 21 lagu boleh dianggap sebagai penyelamat kepada set pentas yang seperti kotak-kotak besar kelihatan bagaikan sebuah bangunan dua tingkat menjadi prop utama TKC.

    Tidak banyak prop tambahan yang mampu merungkai pelbagai suasana terutamanya membabitkan lima pasangan bercinta dalam TKC yang tentunya mempunyai latar masa dan tempat-tempat yang berbeza-beza antara satu sama lain di sepanjang penceritaannya.

    Sebagai sebuah adaptasi daripada filem, TKC bolehlah dianggap berjaya kerana ia memperlihatkan kelainan berbanding versi filem daripada segi garapan dan suntikan elemen-elemen yang baru seperti tarian serta lagu-lagu yang ditampilkan.

    Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

    Berita Harian: Hip

    Posted: 02 Mar 2011 11:14 AM PST

    Berita Harian: Hip


    Ingin bercinta

    Posted: 01 Mar 2011 02:03 PM PST

    Hip

    Liyana, Sam idam berlakon bersama dalam filem romantik penuh bermakna

    LALUAN kerjaya seni mereka hampir sama. Liyana Jasmay dan Shaheizy Sam memulakan langkah masing-masing dalam persada seni pada usia muda. Liyana bermula pada usia 9 tahun, manakala Sam pula ketika usianya 12 tahun. Jadi 'kemasyhuran' yang dikecapi mereka hingga kini sudah lama dirasai.

    Begitupun, pada saat Liyana meraih populariti sedikit demi sedikit, langkah Sam pula seolah-olah terhenti seketika, tidak lama dulu. Hanya pada 2007, barulah dia memulakan langkahnya semula dalam bidang seni. Bermula dengan filem Sama Tapi Tak Serupa, tetapi nama Sam dalam dunia lakonan lebih menonjol dan meninggalkan kesan di hati penonton menerusi drama Pa'e.

    Liyana pula mula berlakon drama Si Lembik dan di layar perak menerusi filem Castello. Pada 28 Mac lalu, genaplah usianya 23 tahun. Jadi, dia bukan lagi gadis kecil. Malahan pembabitan Liyana dalam arena seni bukanlah dianggap baru, tetapi sudah mencecah satu dekad.

    Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2010 (ABPBH2010) sekali lagi meletakkan namanya dalam finalis Pelakon Filem Wanita Popular.

    Sam pula semakin hebat apabila dia menjadi finalis ABPBH2010 untuk dua kategori iaitu Pelakon Filem Lelaki Popular dan Pelakon TV Lelaki Popular.
    Kedua-dua pelakon muda ini pernah disatukan dalam filem Niyang Rapik arahan Ahmad Idham. Jadi tidak susah menyatukan mereka kerana kedua-duanya cepat serasi. Malah sesi fotografi ini berjalan lancar sekali kerana masing-masing bijak memberikan mood dan gaya romantik.

    Akui Liyana, dia memang menunggu peluang untuk digandingkan dengan Sam di layar perak. Sebelum ini, Liyana pernah beraksi di sisi Afdlin Shauki, Que Haidar, Zahiril Adzim dan Syamsul Yusof.

    Liyana dan Sam membayangkan mereka berlakon dalam sebuah filem romantik yang bukan sekadar cinta kosong.

    "Cinta yang saya maksudkan seperti dalam filem The Notebook," jelas Liyana yang menggelarkan peminatnya sebagai Little Lovers.

    Menurut Pelakon Terbaik Anugerah Skrin (ASK) 2009 dan Festival Filem Malaysia Ke-22 (FFM22) itu, Sam disifatkannya sebagai seorang pelakon yang cukup berbakat.

    Menurutnya, seperti juga Sam, mereka tidak lagi mencari kemasyhuran sebaliknya hanya sekadar berkongsi bakat bersama peminat.

    "Keghairahan kami dalam dunia seni ini tiada dua. Kami berlakon sejak usia muda. Jadi soal populariti dan wang ringgit itu tidak menjadi keutamaan. Rahmat juga dalam diri saya tidak naik terlalu mendadak. Apa yang lebih penting ialah untuk kekal bertahan dalam bidang lakonan.

    "Saya bersyukur dengan apa yang diperoleh sekarang. Bakat kita dihargai itu sudah satu kejayaan besar untuk saya. Saya masih di landasan sebenar, jauh sekali menganggap apa yang dinikmati sekarang untuk bersikap besar kepala," kata gadis itu sambil memuji Sam sebagai seorang pelakon yang berazam tinggi, lucu, kreatif dan bijak.

    Tahun ini, selepas selesai tayangan Khurafat, Liyana menunggu pula filem Tolong Awekku Pontianak arahan James Lee dan Senjakala (Ahmad Idham) ditayangkan di pawagam. Hujung tahun lalu, si genit ini buat pertama kali terbabit dalam pementasan teater Natrah dan Siti Di Alam Fantasi di Panggung Sari, Istana Budaya.

    Pengajiannya dalam Diploma Seni Persembahan & Media di sebuah kolej di Bandar Sunway pula difahamkan akan tamat sekitar tahun ini juga. Kalau jadi seperti yang dirancang, April depan, Liyana akan kembali meneruskan penggambaran filem Papadom 2.

    Tahun ini juga boleh dianggap sebagai fasa permulaan untuk dirinya membabitkan diri secara serius dalam dunia penulisan skrip dan sekali gus mencapai hasrat untuk duduk di kerusi pengarah. Akui Liyana, selama ini pun dia sudah mula menulis sinopsis dan idea cerita.

    "Saya sasarkan dalam dua tahun lagi, cita-cita untuk bergelar pengarah dapat direalisasikan. Saya nak jadi macam Afdlin yang berlakon dalam karya terbitannya sendiri," katanya yang mensasarkan untuk muncul dalam tiga filem setahun.

    Bakal Bintang Paling Popular?

    BAGI Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik FFM23, Sam melihat Liyana sebagai pelakon badan bersaiz kecil tetapi berjiwa besar.

    "Kehebatan dan kemampuannya sebagai pelakon sudah terbukti. Dia (Liyana) antara pelakon wanita yang bagus ketika ini. Lakonannya sangat baik. Memang kalau ada peluang, saya mahu bergandingan dengannya lagi," kata anak muda ini.

    Dalam kerjaya seninya, nama Sam kini dilabel sebagai Hero Malaya Baru. Dia juga dilihat berpotensi besar untuk bersaing merebut gelaran Bintang Paling Popular pada ABPBH2010.

    Tahun ini saja, lima filem lakonan Sam menanti giliran untuk ditayangkan iaitu 8 Jam, Aku Bukan Tomboy, Sekali Lagi, Kongsi dan Songlap. Barangkali ada hikmah di sebalik fasa diamnya selama ini hingga memberi tuah selepas dia membuat kemunculan semula empat tahun lalu.

    Pembabitannya yang agak konsisten dalam kerjaya lakonan menjadikan dirinya turut dapat disaksikan beraksi dalam drama seperti Graduan, Impak Maksima dan KL Menjerit.

    Selepas berlakon banyak filem dan drama, Sam tiba-tiba mahu memperlahankan kerjaya seninya. Alasannya, banyak perkara yang hendak dipelajarinya demi memantapkan lagi kredibiliti sebagai anak seni.

    "Saya tiada arah atau pendidikan formal dalam dunia seni. Saya masuk uni-TV atau universiti depan TV saja. Kebanyakan masa di rumah, saya habiskan menonton drama dan filem di TV ataupun DVD. Saya juga tak segan bertanya dengan kawan pelakon mengenai ilmu lakonan.

    "Dapat ilmu saya akan praktik untuk diri sendiri. Sepanjang saya tidak aktif berlakon, memang banyak masa dihabiskan sendirian di rumah, banyak mengkaji watak dan mempersoalkan kenapa karakter itu jadi begini dan sebaliknya," katanya yang meminati Al Pacino.

    Tambah Sam lagi, dia bersungguh-sungguh dalam kerjaya lakonannya kerana menganggap itulah punca rezeki yang membolehkan dirinya membantu keluarga.
    "Kalau orang pernah memberi jolokan kepada saya sebagai Johnny Depp Malaysia, celah gigi pun saya belum tentu menyamainya. Tapi kalau boleh saya mahu jadi lebih bagus atau setara dengannya," katanya.

    Mengenai pencalonannya dalam ABPBH2010, Sam mengakui cukup gembira dan bangga kerana namanya turut melekat dalam senarai Top 5 anugerah ini. Tidak mempunyai kelab peminat, Sam hanya memiliki akaun Fanpage di laman sosial Facebook untuknya berkongsi perkembangan dan berinteraksi dengan peminat.

    INFO: Liyana Jasmay
    Nama Panggilan: Liyana atau Nana
    Tarikh Lahir: 28 Mac 1988
    Tempat Lahir: Kuantan, Pahang
    Kerjaya: Pelakon, model, penyanyi
    Pengiktirafan: Pelakon Wanita Terbaik, Festival Filem Malaysia ke-22
    Filem: Castello, Syaitan, Papadom, Histeria, Kami The Movie, Malaikat Maut, Gadoh, Pisau Cukur, Duhai Si Pari-Pari, Niyang Rapik, Histeria, Misteri Jalan Lama, Khurafat & Senjakala
    Drama: Kami, Cinta Si Rempit, Laila Sari, Puaka Niyang Rapik
    Album: Aku Tak Percaya Cinta

    INFO: Shaheizy Sam
    Nama Penuh: Shaheizy Abdul Samad
    Tarikh lahir: 4 September 1982
    Asal: Kuala Lumpur
    Keluarga: Anak bongsu daripada lima beradik
    Filem: Sama Tapi Tak Serupa, Bohsia: Jangan Pilih Jalan Hitam, Syurga Cinta, Jangan Pandang Belakang Congkak, Adnan Sempit, Niyang Rapik, Evolusi KL Drift 2, Ngangkung, Kongsi, Sekali Lagi
    Pencapaian: Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik FFM23, Anugerah Khas Yasmin Ahmad Anugerah Skrin TV3 2010

    Penghargaan
    Solekan: Shaheizy Sam (Rose Jr, 012-7437620), Liyana Jasmay (Deqsha, 019-3495383)
    Busana: Anizam Yusof (019-3042077)


    Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

    Jawablah! Emma hanya kawan

    Posted: 01 Mar 2011 01:58 PM PST

    Hip

    EMMA dan Raffi ketika menghadiri majlis buka puasa anjuran Tayangan Unggul, September tahun lalu.

    EMMA dan Raffi ketika menghadiri majlis buka puasa anjuran Tayangan Unggul, September tahun lalu.

    Raffi nafi burukkan, beri harapan kepada dramatis berkenaan

    BELUMPUN pulih sepenuhnya kecederaan fizikal yang dialami iaitu kesan melecur di keliling badan, tangan serta muka, gara-gara insiden kebakaran ketika menjalani penggambaran sebuah filem, dia dihambat pula kontroversi yang menyebabkan hatinya pula terbakar.

    Saat diri terlantar di hospital, pelakon baru, Raffi Husin, mendapat perkhabaran yang tidak disangka-sangka apabila dia dikatakan menyebarkan cerita kurang enak didengar mengenai seorang dramatis yang didakwa sebagai kekasihnya, Emma Akma Mohd Yunos. Raffi, yang juga pelakon filem Cun dan Bara Jiwa ini didakwa lupa daratan serta tidak mengenang budi kerana sanggup menghina pelakon berusia 42 tahun itu, walaupun sebelum ini menurut Emma, dialah yang banyak membantu jejaka dari Labuan itu untuk mendapatkan peluang berlakon di sini.

    Terkilan dengan kenyataan Emma, Raffi menerusi pengurusnya, Afrah Ashaari, menghubungi Hip untuk menjelaskan segala kekeliruan yang timbul. Tanpa ada niat mengaibkan sesiapa, Raffi ingin berbuat demikian kerana mahu segera membersihkan namanya yang sudah tercalar, serta memastikan maruah diri dan keluarga tidak diperkotak-katikkan sesuka hati.

    Hip: Apa sebenarnya tujuan Raffi membuat penjelasan ini?

    Raffi: Menerusi kenyataan yang dikeluarkan Emma Akma baru-baru ini dalam sebuah akhbar, dia menuduh saya sebagai seorang yang lupa daratan serta tidak mengenang budi kerana membuat cerita bukan-bukan mengenainya. Kononnya, saya menghina dirinya, walhal sebelum ini dialah yang banyak membantu saya mendapatkan tawaran berlakon dan menaikkan nama saya. Saya juga dikatakan menumpang glamor dan popularitinya. Kenyataan dikeluarkannya itu benar-benar membuatkan saya terkejut. Saya tidak pernah memburuk-burukkan dia seperti yang didakwa. Lebih membuatkan saya terkilan, sepanjang kami berkenalan, dia tidak pernah membantu saya untuk mendapatkan tawaran berlakon. Semua tawaran yang saya terima adalah menerusi usaha sendiri. Saya pergi uji bakat tanpa bantuan sesiapa.
    Hip: Boleh Raffi jelaskan, apakah hubungan antara Raffi dan Emma Akma?

    Raffi: Kami sebenarnya berkawan baik. Sebagai pelakon berpengalaman, Emma banyak memberi tips pada saya bagaimana untuk mempromosi diri. Dia juga kerap mengajak saya menemaninya ke mana-mana majlis yang dihadiri. Setiap kali dia mahu mengajak saya, dia akan memberitahu yang wartawan mahu berjumpa saya. Apabila berada di majlis itu, apa yang berlaku, pihak media hanyalah merakamkan gambar kami berdua. Apabila saya bertanyakan mengapa mereka tak mengambil gambar saya seorang, dia kembali bertanyakan pada saya apakah saya malu bergambar dengannya? Disebabkan itulah timbul gosip yang mengatakan kami bercinta. Dia juga mengatakan saya pernah menulis perkataan "I Love You" dalam SMS yang dihantar kepadanya. Sebenarnya, saya anak tunggal dalam keluarga dan selalunya kalau saya berhubung dengan keluarga di kampung terutama mama saya, saya memang kerap menulis ayat itu dan saya sudah terbiasa dengannya. Pada saya, perkataan "I Love You" itu sekadar untuk menunjukkan kemesraan kepada seorang kawan. Tak sangka pula dia sanggup menjadikan perkataan itu sebagai bukti kami sedang bercinta.

    Hip: Mungkin Raffi pernah memberikan harapan padanya membuatkan Emma rasa Raffi benar-benar menyintainya?

    Raffi: Saya tidak pernah memberikan sebarang harapan kepadanya. Kalau benar pun, takkan semudah itu saya mahu menyintai seseorang kerana soal hati dan perasaan bukanlah sesuatu yang boleh dibuat main-main. Saya berkenalan dengannya pun dalam tempoh lima bulan. Lagipun saya baru berusia 24 tahun. Saya masih ada cita-cita yang ingin dilunaskan.

    Hip: Bagaimana reaksi keluarga Raffi berhubung perkara ini?

    Raffi: Sudah tentu keluarga saya tidak senang dengan kontroversi yang berlaku ini. Mama saya pernah berkata, jika beginilah kehidupan seorang pelakon, dia menyuruh saya kembali saja ke Labuan dan bekerja di sana. Terpaksalah saya menjelaskan segala-gala yang terjadi supaya dia memahami situasi sebenar. Dalam kenyataannya sebelum ini, Emma ada menyatakan yang hanya dia yang menjaga saya ketika saya terlantar di hospital. Bayangkanlah, apa perasaan mama saya apabila jiran di kampung bertanyakan apakah benar dia tidak mengambil berat keadaan anaknya? Biasalah orang di kampung, mereka lebih percaya dengan cerita yang dibaca. Walhal, mama sebenarnya ada menjaga saya ketika di hospital.

    Hip: Jika ada peluang, mahukah Raffi bersemuka dengan Emma untuk menjernihkan semula kekeruhan ini?

    Raffi: Kali terakhir saya berkomunikasi dengannya sewaktu saya masih terlantar di hospital. Selepas itu saya tidak lagi bertemu atau berhubung dengannya. Saya tidak kisah untuk bersemuka dengannya jika itu boleh membantu membersihkan nama saya. Namun, sedangkan tidak berjumpa pun banyak cerita bukan-bukan yang timbul, apatah lagi kalau berdepan. Jadi biarlah saya jelaskan apa yang berlaku di sini supaya masyarakat boleh menilai dan tidak terus menghukum saya sewenang-wenangnya.


    Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

    Blog Sensasi Ohbayu

    Posted: 02 Mar 2011 03:30 AM PST

    Blog Sensasi Ohbayu


    (Gambar) Bayi Bernama Facebook di Mesir

    Posted: 01 Mar 2011 09:37 PM PST

    Photobucket

    Pengguna Facebook sudah mencapai 600 juta orang, dan paling terbaru diketahui ada seorang bayi yang diberi nama seperti jaring sosial terpopular itu. Jamal Ibrahim, dari Mesir, menamakan anak perempuannya yang baru saja lahir itu dengan nama "Facebook" kerana mendapat ilham dari kejayaan protes di Mesir sebelum ini menurut akhbar tempatan, Al Ahram.

    Ini kerana tunjuk perasaan yang melibatkan jutaan orang di Negeri Piramid itu berjaya menumbangkan regim Presiden Hosni Mubarak, yang telah bertakhta lebih dari 30 tahun. Protes itu bermula dari laman Facebook yang menggerakkan penunjuk perasaan turun berdemo.

    Pengguna Facebook di Mesir lebih kurang 5.5 juta. Jumlah ini melebihi pengguna di negara Arab lainnya.

    Rupa-rupanya peristiwa Revolusi Facebook ini meninggalkan kesan di hati Jamal, yang kemudian menamakan anak pertamanya itu "Facebook".

    Isuhangat pelik juga dengan si Jamal ni yang terlalu taksub dengan facebook. Kan dalam Islam disuruh menamakan anak kita dengan nama yang baik-baik kerana esok di Padang Mahsyar akan dipanggil seorang-seorang menggunakan nama sebenar kita.Sedangkan nama anaknya tiada nama Arab sama sekali.

    Lagi satu kalau budak tu dah besar,nak panggil aper agaknya ek?
    "fes" atau "buk"?

    sumber: isuhangat

    Baca Yang Ini Pulak:-

    Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

    Harian Metro: Rap

    Posted: 02 Mar 2011 01:34 AM PST

    Harian Metro: Rap


    Afiq tempat Eina mengadu

    Posted: 01 Mar 2011 07:08 AM PST

    MEREKA masih baru tetapi masing-masing sudah memancarkan aura segar. Kedua-dua mereka nyata pandai bergaya dan kini sedang membina tapak dalam bidang seni.

    Itulah pasangan Eina Azman dan Afiq Azman yang menjadi buruan pengarah dan produser tempatan.

    Secara tiba-tiba, pemilik nama Ainur Syakina Azman atau Eina 16, yang mula dikenali menerusi drama 5 Jingga, mencuri perhatian ramai gara-gara kontroversi membabitkan dia dan filem Ratu.

    Namun Eina enggan bercakap panjang, mengeluh atau merungut mengenai perkara itu lagi kerana enggan mengeruhkan keadaan.


    Eina akui lebih teruja untuk membuka lembaran baru dan berjaya sebagai bintang pelapis. Ternyata anak buah penyanyi Juliza Adzlizan ini ada pakej menarik. Bagi yang belum tahu, Eina adalah anak Amy Roshaida iaitu adik kepada Juliza.


    "Saya tak mahu fikir apa-apa pasal filem itu lagi. Ada baik-nya saya pandang ke depan. Memang Ratu filem pertama saya tapi apabila produsernya sendiri mengharamkan saya daripada hadir ke majlis previu filem itu baru-baru ini, saya terima dengan hati terbuka. Bukannya saya tak faham bahasa.

    Buat masa ini saya hanya bersikap tunggu dan lihat. Sekarang saya nak tutup cerita lama dan buka buku baru. Saya juga mendoakan kontroversi ini berakhir dengan cepat," jelasnya yang enggan disalah tafsir.

    Meskipun emosinya seketika terganggu, Eina tidak pernah serik dan berkata kontroversi yang berlaku langsung tidak pernah mematahkan sema-ngatnya untuk menjadi anak seni. Malah pelajar tingkatan empat di sebuah sekolah di Subang Jaya ini menganggap apa yang terjadi adalah satu pengalaman berharga dalam hidupnya.

    "Saya tak kisah orang nak cakap kerana saya tidak pandai reka cerita. Memang banyak yang perlu saya belajar apabila masuk ke bidang seni. Pada saya rezeki datangnya dari Allah S.W.T dan bukan berada dalam tangan manusia. Saya bersyukur kerana tawaran berlakon tetap ada.

    "Syukurlah saya sudah berlakon filem kedua, Ada Sesuatu Yang Tertinggal, berkonsep seram. Saya juga berlakon dalam siri drama Mistik Alam Hitam arahan Rashid Sibir untuk episod Panggilan Maut. Saya bawa watak hantu yang namanya Manja. Dia suka buat panggilan kepada Fuad (Afiq) selepas jam 12 tengah malam.

    "Seronok bekerja bawah Abang Rashid. Gandingan saya dengan Afiq pun serasi kerana dia pun masih muda dan gila-gila. Kalau ada rezeki, saya nak berlakon lagi dengan Afiq," katanya.

    Menjawab pandangan sinis masyarakat mengenai pembabitannya pada usia muda, Eina berkata dia sekadar memenuhi minatnya, bukan kerana mengejar duit.

    "Saya pergi uji bakat untuk 5 Jingga ketika berumur 13 tahun dan diterima berlakon oleh produsernya, Low Ngai Yuen. Tak dinafikan minat dalam seni timbul kerana keluarga saya berdarah seni. Mulanya saya nak jadi penyanyi, tapi entah bagaimana boleh terjebak pula ke lakonan.

    "Minat untuk menyanyi tetap ada. Saya nak mantapkan vokal dan selepas tamat SPM (Sijil Peperiksaan Malaysia) baru bercadang hasilkan album. Ramai yang anggap saya seronok berlakon hingga abaikan pelajaran. Sebenarnya saya hanya berlakon semasa hujung minggu atau selepas habis waktu sekolah saja.

    "Sebenarnya mula-mula dulu, ayah kurang sokong minat saya kerana mahu saya tumpukan perhatian kepada pelajaran. Namun kerana minat saya yang mendalam, dia akhirnya bersetuju dengan syarat tahun depan saya kena tumpukan perhatian betul-betul belajar. Emak juga tak biarkan saya berseorangan ketika 'shooting'. Kalau dia tak dapat ikut, saya pasti akan ditemani kakak (Nur Wenny Azman, 18)," katanya.

    Afiq, 19, pula yang ada ikatan persaudaraan dengan pelakon kacak, Edika Yusof, sudah tiga tahun bertapak dalam lakonan. Bermula dengan watak pelakon tanpa dialog dan watak tambahan untuk Hotel Mania, Afiq kini mampu tersenyum kerana mula diberi kepercayaan berlakon watak besar oleh Rashid Sibir.

    "Sebelum ini saya banyak buat model untuk majalah antaranya In-Trend, Remaja dan Maskulin. Saya juga jadi model untuk sebuah bank tempatan dan model video klip Najwa arahan Ghaz Abu Bakar. Namun saya tak putus asa cari peluang berlakon dan akhirnya ia tiba apabila Abang Rashid menawarkan saya berlakon telemovie Mak Pengantin Tak Popular bergandingan dengan Nora Danish sebagai pasangan kekasih.

    "Dari situ dia bagi kepercayaan lagi buat saya berlakon siri drama Mistik Alam Hitam untuk episod Darah Pontianak, Sabit Puaka dan Panggilan Maut bersama Eina. Mungkin sebab saya buat yang terbaik, jadi dia terus beri peluang. Tak dinafikan mulanya lakonan saya agak kaku tapi Abang Rashid banyak bagi tunjuk ajar dan mencabar supaya buat yang terbaik. Saya sahut cabarannya itu," katanya.

    Afiq yang berdarah campuran Pakistan sebelah ayah dan Melayu sebelah ibu tidak mahu dikatakan hanya bersandarkan rupa paras semata-mata. Dia kini menyambung pelajaran dalam jurusan seni lakonan di Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (Aswara) selama setahun.

    "Buat masa ini saya hanya ambil sijil terlebih dulu. Saya pilih Aswara kerana mendapati tenaga pengajarnya hebat-hebat belaka. Malah banyak juga pelakon hebat asalnya dari sini. Saya nak jadi pelakon berilmu dalam bidangnya dan bercadang akan sambung lagi belajar hingga peringkat tertinggi. Bukan setakat berlakon, saya juga nak belajar segala perkara berkaitan kerja belakang tabir produksi.

    "Awalnya ayah memang tak galakkan saya jadi pelakon. Biasalah setiap ibu bapa mesti mahu yang terbaik dalam hidup anak-anak mereka. Jadi, saya akan buktikan yang pilihan saya ini bukan sebab nak cari glamour. Mungkin pada masa depan saya akan buat bisnes kerana lebih selesa bekerja sendiri dari makan gaji," jelasnya.

    Mengulas mengenai apa yang berlaku terhadap Eina, Afiq berkata dia bersimpati. Sebagai kawan, dia hanya mampu menasihatkan Eina supaya bersabar.

    "Saya anggap Eina sebagai adik. Jadi, boleh dikatakan saya ialah tempatnya mengadu. Untuk itu saya berikan dia nasihat supaya tabah menghadapi apa yang berlaku," katanya.

    PROFIL

    NAMA: Muhamad Afiq Muiz Azman Shah
    PANGGILAN: Afiq Azman
    TEMPAT LAHIR: Kelantan
    TARIKH LAHIR: 1 Mei 1992
    UMUR: 19 tahun
    STATUS: Bujang
    BILANGAN DALAM KELUARGA: Anak kedua daripada empat beradik
    HOBI: Memancing
    DRAMA: Mistik Alam Hitam (Darah Puntianak, Sabit Puaka), Mistik Alam Hitam 2 (Panggilan Maut), Mak Pengantin Tak Popular, Seram dan Iqra
    PENDIDIKAN: SPM dan pelajar seni lakonan di Aswara.

    PROFIL

    NAMA: Ainur Syakina Azman
    PANGGILAN: Eina Azman
    TEMPAT LAHIR: Mentakab, Pahang
    TARIKH LAHIR: 13 Mac 1995
    UMUR: 16 tahun
    STATUS: Bujang
    BILANGAN DALAM KELUARGA: Anak bongsu daripada lima beradik
    DRAMA: 5 Jingga, 23:55, Calon Isteri, Anorexia Nervousa, Mistik Alam Hitam (Panggilan Maut), Baju Raya Mona dan Detik 12:00 Malam Selendang
    FILEM: Ratu The Movie dan Ada Sesuatu Yang Tertinggal
    PENGACARA: Music Active Genre Pop sebanyak 13 episod dan Impian Anggun musim ke-3
    IKLAN: Cadbury Gold, CareFree Queen dan Twister
    PENCAPAIAN LAIN: Bridal catwalk di Midvalley 2009, Busana Ratu Sehari Model 2010, Lady Gaga Model Catwalk In Lim Kok Wing 2010, menyertai Bintang Kecil 2006 dan 2007 serta menyertai pertandingan nyanyian Oh La La 2009

    Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

    Kempen wang besar

    Posted: 01 Mar 2011 07:03 AM PST

    PERSAINGAN dalam bidang penyiaran radio semakin sengit hingga stesen bergelar nombor satu bertukar ganti. Keadaan ini memaksa setiap stesen penyiar memikirkan cara terbaik bagi memikat pendengar.

    Bagaikan satu kemestian apabila semua mereka berlumba-lumba menganjurkan kuiz yang menawarkan hadiah lumayan untuk memenangi hati pendengar. Tidak terkecuali, stesen radio di bawah naungan rangkaian Airtime Management Programming Sdn Bhd (AMP Radio Networks).

    Bukan calang-calang kerana ada sembilan stesen radio bernaung di bawah anak syarikat Astro ini iaitu Era FM, Mix FM, My FM, hitz.fm, LiteFM, SINAR fm, THR Gegar, THR Raaga dan XFM.

    Saban tahun, AMP mengadakan sesi ramah mesra bertujuan memperkenal dan merapatkan hubungan penyampai dan pengurusannya dengan media serta memberitahu perancangan terbaru setiap stesen radio di bawahnya.


    Kali ini, hampir 50 penyampai dari setiap stesen AMP dihimpunkan di Ciao Ristorante, Jalan Kampung Pandan pada Isnin (28 Februari lalu).


    Penyampai Era diwakili Aznil Nawawi, Ray, Reza, Haniff dan Ady, Sinar diwakili Salih Yaacob, Raja Azura, Najman dan Zaidi manakala Nana dan Aimee antara yang hadir dari XFM. THR Gegar diwakili Nasa, Nazim, Suzana dan Nazz.

    Radio Sinar yang menduduki tangga pertama pilihan pendengar, tampil dengan kempen wang besar 'Perkataan Pertama Di SINAR' yang akan bermula 7 Mac ini.

    Peraduan ini memerlukan pendengar mengingati perkataan pertama sesebuah lagu yang diputarkan dan peserta hanya diberi 10 saat untuk memberitahu apakah bait pertama lirik lagu tersebut. Hadiah keseluruhan pertandingan ini ialah RM75,000.

    Pengurus Saluran Sinar FM, Rostam Said berkata, dia bersyukur kerana dapat mengekalkan kedudukan Sinar FM sebagai radio nombor satu negara. Untuk itu, dia mengekalkan kandungan asal Sinar dan hanya menambah sedikit pembaharuan antaranya memperkenalkan jam bertema yang diadakan selama sebulan.

    "Program ini mengambil tema lagu-lagu dan diasingkan ikut jam tertentu. Misalnya lagu-lagu bertema jangan, jadi satu jam akan dikhususkan untuk tema itu. Program ini bermula sejak Disember dan respon yang diterima dari pendengar sangat bagus. Ramai yang minta lagu bertema yang disukai, kami boleh cari tapi memang agak penat mendapatkannya.

    "Saya tak berapa fikirkan sangat saingan dari stesen lain kerana ia berupa saingan sihat. Saya yakin apa yang kami buat dan tahu apabila jadi nombor satu, cabarannya lagi besar untuk kekalkan kedudukan itu.

    "Sinar menyambut ulangtahun ke-7 pada 1 Mac lalu, tapi kami tak buat perubahan kerana peminat sudah selesa. Untuk bertahan kami kena tahu apa yang diinginkan peminat. Tak perlulah tiru atau ikut orang," katanya yang memberitahu pendengar Sinar kini ialah 4.2 peratus.

    Radio Era yang kini berada di tangga kedua pilihan pendengar, tampil dengan peraduan Aznil vs Muzik dengan kerjasama Singer sebagai penaja yang menawarkan hadiah bernilai lebih RM2,000 setiap hari. Peraduan bermula 28 Februari ini, berlangsung sehingga 25 Mac.

    Peserta dikehendaki memilih antara topik 'Aznil' atau 'Muzik'. Jika Aznil yang dipilih, mereka perlu menjawab soalan mudah berkaitan personaliti popular itu. Begitu juga sebaliknya jika mereka memilih topik Muzik.

    Penolong Pengurus Saluran Era FM, Rizal Sahimy berkata, mereka kini memperkenalkan segmen Cayang Dia dalam Riuh Pagi Era yang dikendalikan Aznil dan Haniff. Segmen membabitkan kanak-kanak di bawah usia 6 tahun ini baru dua minggu ditampilkan.

    "Kelebihan yang ada pada Aznil ialah mampu tarik perhatian semua golongan. Segmen ini memang kelakar kerana budak-budak akan cakap macam-macam topik. Pendengar yang ada anak-anak usia ini boleh menghubungi mereka di konti. Namun perbualan ini akan ditapis terlebih dulu sebelum disiarkan.

    "Kami juga tak berasa penyampai lain kecil hati dengan tumpuan berlebihan terhadap Aznil. Kami sangat bersyukur dia ada di Era. Selain itu, resepi kami yang ketengahkan muzik menarik juga diterima pendengar. Kaji selidik yang dijalankan mendapati muzik masih penting di Era. Itulah sebabnya kami kenalkan kempen Aznil vs Muzik," katanya.

    Sementara itu, Era Fm Kota Kinabalu dan Era Fm Kuching turut mengadakan segmen peraduan dari jam 10 pagi hingga 1 tengah hari yang menawarkan hadiah RM105. Aznil akan mengumumkan satu slot bonus setiap hari yang membolehkan peminat menang TV LCD 32 inci atau Set Teater Rumah tajaan Singer.

    THR Gegar yang dikhususkan buat pendengar Pantai Timur, menawarkan hadiah berjumlah RM50,000 menerusi kempen Mesin Wang Gegar yang akan bermula pada 6 Mac. Pendengar hanya perlu mendaftar di www.thr.fm/gegar atau menerusi SMS serta melengkapkan slogan untuk layak mengambil bahagian.

    Lain-lain stesen radio AMP yang turut 'menaburkan' wang lumayan ialah kempen 'Talian Selebriti JJ dan Ean' yang akan bermula pada 7 Mac di hitz.fm, 'Catch Us If You Can bersama Zak & Sara' (LiteFM), 'XFM Macbeth Secret Show' (7 Mac/ XFM) dan 'JD & Dilly's Short Cuts to Cash' (MIX fm).

    Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

    Kosmo Online - Hiburan

    Posted: 02 Mar 2011 01:14 AM PST

    Kosmo Online - Hiburan


    Cerewet bukan besar kepala

    Posted:

    Cerewet bukan besar kepala

    Cerewet bukan besar kepala



    MUNCUL tanpa solekan untuk watak Norjinah, karakternya dalam siri rantaian Trilogi Cinta yang ditayangkan bermula awal Januari lalu di saluran TV1, benar-benar memberi impak kepada pelakon yang kian mekar bunganya, Nor Fauziah Mohd. Gous.

    Dia yang lebih dikenali sebagai Fouziah Gous pernah sekali menepis label tangkap muat kerana menerima tawaran berlakon dalam apa jua drama dan filem yang menyapanya. Si manis berambut panjang mengurai ini bagaimanapun terus-terusan membuat penampilan untuk pelbagai watak.

    Lakonan mantapnya dalam drama terbitan Suhan Movies yang bergandingan dengan Rosyam Nor mengakui watak perempuan yang baik, lemah-lembut serta mudah menjatuhkan air mata itu sangat mencabar.

    Fouziah yang ditemui di Garden Cafe, One Utama baru-baru ini, berkata, membawa karakter baik jauh lebih susah berbanding membawa watak jahat seperti mana yang dilakonkan di dalam drama rantaian slot Seram, TV3, Mantera Anjasmoro yang bakal ditayangkan Mac nanti.

    "Untuk membawa watak baik sangat susah kerana yang penting emosi kita tak boleh terganggu. kalau tengah penat atau marahkan orang lain, kita kena rileks dulu, ambik nafas supaya tidak terbawa-bawa kemarahan kita di set.

    "Malah intonasi suara juga perlu dikawal, takut nanti tanpa disedari tercakap kasar sedangkan karakter yang dibawa itu seorang yang lemah lembut dan penyayang," katanya yang terpaksa berkorban masa selama empat bulan untuk menyiapkan drama tersebut.

    Walaupun di awal penerbitan drama rantaian yang diadaptasi daripada kombinasi tiga novel popular daripada penulis yang tidak asing lagi iaitu Sharifah Abu Salem, Tak Seindah Mimpi, Tak Semanis Impian dan Tiada Lagi Mimpi itu diawal penerbitannya, drama rangkaian 40 episod itu banyak diperdebatkan sebelum dipersetujui pihak RTM.

    Selain itu, kekangan masalah kewangan menyelubungi Suhan Movies apabila drama yang turut dilakonkan oleh Amyza Adnan itu menelan kos RM1.6 juta.


    PADA usia 29 tahun, pelakon ini mula diberi kepercayaan membawa karakter 'berat'.


    Namun kini setelah ditayangkan hampir dua bulan, drama itu berjaya mencecah rating tertinggi sejak ditayangkan 2 Januari lalu.

    Bukti kemampuan

    Bekas pramugari Malaysia Airlines (MAS) ini berkata, selain membawa watak yang diamanahkan dengan berkesan dan penuh perasaan, pemilihan pakaian juga amat dititikberatkan.

    "Selepas membaca skrip dengan teliti dan betul-betul memahami karakter yang akan dibawa, saya juga akan berbincang dengan pengarah mengenai pakaian yang bakal dipakai.

    "Saya ini bukan jenis main pakai sahaja baju yang diberikan, kerana kadangkala mereka terlepas pandang. Saya agak cerewet, tapi cerewet saya kena pada tempat," kata Fouziah yang bergandingan dengan Ady Putra dan Eja dalam drama seram, Mantera Anjasmoro.

    Anak kelahiran Kuala Lumpur itu mengakui dia lebih selesa mengenakan pakaian serta mekap yang bersesuaian sebelum bermulanya penggambaran.

    "Kalau watak gadis kampung, saya hanya akan memilih pakaian yang longgar, tidak memakai bulu mata palsu dan saya akan menolak sekiranya diberikan baju-T atau seluar yang ketat.


    FOUZIAH GOUS dan Eja berkongsi kasih dengan menjadi 'madu' kepada Ady Putra.


    "Selain itu saya juga sangat teliti tentang pemilihan warna pakaian tersebut, kerana warna memainkan aspek penting untuk memberi kesan terhadap mata penonton," katanya yang tampil bertudung sebagai Juliana dalam drama rantaian 12 episod, Kala Terbit Cinta yang bersiaran di saluran televisyen AlHijrah.

    Mengulas perkembangan terkini, pemegang Diploma Kesetiausahaan dari Kolej Sistematik Kuala Lumpur ini berkata, dia kini lebih meneliti skrip lakonan yang ditawarkan kepadanya terlebih dahulu sebelum membuat sebarang keputusan.

    Ini bukan bererti si jelita yang kini berusia 29 tahun semakin besar kepala atau memilih watak tetapi sebagai pelakon dia wajar mencari kepuasan berlakon untuk membuktikan kemampuan diri.

    Dia kini sedang sibuk menjalani penggambaran siri kedua drama Kala Terbit Cinta dan Maya Helina untuk siaran Astro dan dia juga bakal menjejakkan kaki buat kali ketiga ke Mekah untuk penggambaran drama Tahajud Cinta bersama pengarah Erma Fatimah.

    Melihat pada tawaran lakonan yang diterima, tidak dinafikan bekas gadis iringan rancangan kuiz Roda Impian yang sebelum ini banyak membawa watak gila-gila sebenarnya mempunyai bakat untuk muncul dalam drama berat.

    "Memang pada awal kemunculan, saya banyak terbawa-bawa watak yang saya lakon seperti dalam drama Anak Mami, mungkin sebab itu saya dapat watak yang lebih kurang sahaja.

    "Tetapi lama-kelamaan saya sudah tidak terikut-ikut. Tapi kadang-kadang terikut juga cuma tidak lama, hanya dua tiga hari sahaja," ujarnya.

    Tambah pelakon filem 2 Hati 1 Jiwa itu, untuk berjaya dalam karier sebagai pelakon, dia perlu mempelbagaikan watak malah dia juga berbangga apabila penampilannya dalam dunia hiburan bukan dikenali dengan gosip atau kontroversi tetapi dia dikenali dengan bakat yang ada padanya.

    Kekok jadi isteri

    Menceritakan mengenai wataknya dalam drama terbaru Mantera Anjasmoro, Fouziah memegang watak sebagai Suria iaitu isteri kedua kepada Ady Putra (Zahid).


    FOUZIAH kini semakin selektif.


    Fouziah yang melakonkan watak seorang wanita jahat tetapi tidak menonjolkan sisi jahatnya kerana dia terdesak menjadi jahat disebabkan terlalu kasih kepada suaminya.

    "Saya teruja berlakon dengan Eja dan abang Ady. Walaupun agak kekok melakonkan watak isterinya tetapi saya berjaya lakukannya dengan sebaik mungkin," jelasnya.

    Dalam pada itu, Siti Shahrizah Saifuddin (Eja) pula yang merupakan isteri pertama Zahid, memegang watak Sabrina.

    Kata Eja: "Selama 15 tahun dalam industri lakonan, drama ini merupakan drama kedua genre seram saya selepas Durja Ningsun serta filem seram Janin.

    "Saya memilih untuk berlakon cerita seram yang mempunyai impak dan teladan. Karakter saya dalam drama ini agak agresif, jadi saya menasihatkan kepada penonton agar tidak mengikut amalan yang dilakukan," ujar Eja.

    Sementara suami Suria dan Sabrina dalam drama tersebut, Zahid lakonan Ady Putra pula mengakui agak susah untuk dia menjayakan watak tersebut.

    Katanya: "Ini kerana ada bahagian dia perlu berimaginasi sedang sakit seperti ada sesuatu yang berat di atasnya serta membayangkan dirinya dicangkuk dengan besi."

    Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

    Kareena wanita paling seksi

    Posted:

    Kareena wanita paling seksi

    Kareena wanita paling seksi


    KAREENA KAPOOR


    MASIH terkejut, pelakon jelita Kareena Kapoor sekali lagi tidak menduga apabila namanya ditempatkan di tangga teratas sebagai Wanita Bollywood Terseksi.

    Pengiktirafan itu telah diumumkan menerusi majalah tersohor Bollywood iaitu Stardust. Paparan majalah edisi bulan Mac itu memaparkan 10 wanita seksi yang berkecimpung dalam industri filem.

    Selain Kareena, aktres Kaif, Deepika Padukone dan Priyanka Chopra turut tersenarai.

    Muka depan majalah tersebut memaparkan penampilan Kareena yang kelihatan sungguh seksi dan glamor dengan dibaluti gaun berwarna merah.

    Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

    Priyanka sukar jadi tua

    Posted:

    Priyanka sukar jadi tua

    Priyanka sukar jadi tua


    Priyanka Chopra


    BAYANGKAN pelakon seksi dan jelita, Priyanka Chopra berusia 65 tahun. Namun itulah cabaran buat Priyanka dan dia mengakui agak sukar apabila perlu melakonkan watak wanita berusia 65 tahun sedangkan dia baru berusia 28 tahun.

    Lakonannya menerusi filem 7 Khoon Maaf, bermula daripada usia 20 hingga 65 tahun sekali gus membuatkan Priyanka cuba untuk tampil hebat menerusi filem arahan Vishal Bhardwaj itu.

    "Ini merupakan cabaran yang diberikan oleh Vishal kepada saya. Karakter itu bukannya perubahan drastik dalam diri saya tetapi Vashal banyak membantu saya terutama ketika melakonkan watak wanita sekitar usia 40 dan 50 tahun," terangnya.

    Bagaimanapun, Priyanka langsung tidak ragu-ragu untuk kelihatan tua di skrin.

    "Faktor usia tidak mendatangkan masalah, tetapi untuk mendalami karakter yang susah. Saya perlu bayangkan bagaimana tanggapan masyarakat sekeliling yang memandang serong terhadap saya setelah membunuh tujuh lelaki tanpa rasa bersalah," ceritanya.

    Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

    Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater

    Posted: 01 Mar 2011 11:19 PM PST

    Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video &amp; Teater


    Gambar & Senarai Peserta Protege Mentor Musim 5

    Posted: 01 Mar 2011 04:30 PM PST

    TEKA TEKI SIAPAKAH 6 PROTEGE TERPILIH SUDAH TERJAWAB HARI INI

    Petaling Jaya, 1 Mac 2011 – Program realiti paling popular, Mentor musim ke-5 telah menerima sambutan yang sangat luar biasa semasa berlangsungnya sesi uji bakat pada 18 & 19 Disember 2010 di Sabah, 1 dan 2 Januari 2011 di Sarawak seterusnya sesi pemilihan yang dikendalikan oleh barisan Mentor sendiri di Sri Pentas, Petaling Jaya.

    VIDEO: Persembahan Ratnah Protege Afdlin Shauki di Showcase Mentor

    Menerusi TV3, para penonton sudah menyaksikan 2 episod awal Mentor 5 mulai 13 Februari (Ahad) jam 9.00malam yang memaparkan pelbagai karenah dan aksi para peserta yang telah membanjiri perkarangan Sri Pentas untuk bergelar protege bagi Datuk Sharifah Aini, Afdlin Shauki, Noh (Hujan), Rahim Maarof, Edry Abd Halim dan Erra Fazira.

    Teka teki siapakah 6 protege yang terpilih untuk berentap dalam musim ke-5 bersama barisan Mentor masing-masing sudah terjawab di mini showcase Mentor 5 yang berlangsung di Pusat Membeli Belah 1 Utama (Sayap Baru) pada hari ini.

    Salma, Ayish, Ratnah, Shiha, Aiman dan Iqa 6 protege yang berjaya mengharungi sesi ujibakat yang disertai oleh ribuan orang. Salma (Erra Fazira), Ayish (Noh Hujan), Ratnah (Afdlin Shauki), Shiha (Datuk Sharifah Aini), Aiman (Rahim Maarof) dan Iqa (Edry Abd Halim) telah membuktikan kemampuan diri dan potensi untuk berentap di gelanggang Mentor 5 bersama sifu masing-masing.

    Gambar Peserta & Protege kepada Mentor musim 5

    Mentor 5

    RATNAH, PROTEGE KEPADA AFDLIN SHAUKI

    Mentor 5

    IQA – PROTEGE EDRY ABDUL HALIM

    Mentor 5

    SHIHA, PROTEGE DATUK SHARIFAH AINI

    Kak Pah mahu melahirkan seorang penghibur yang bukan meniru mana-mana penyanyi. Kak Pah sangat cerewet dan ada sesuatu untuk membina bakat Shiha. Selama 2 bulan, Kak Pah tak menerima sebarang tawaran untuk persembahan pentas. Kak Pah tak ramai tenaga kerja dan mahu mencuba yang terbaik untuk kejayaan Shiha dalam Mentor.

    Kak Pah mengakui Shiha seorang budak yang baik, very sweet dan serius untuk berjaya.  Menganggap Shiha sebagai anak, Kak Pah mahu berkorban untuk protegenya.

    Shiha bercita mahu menjadi penyanyi serba boleh. Satu peluang yang agak baik dan beliau pun membesar dengan lagu-lagu Kak Pah. Komitmen akan diberikan 120% untuk memperbaiki kesilapan Shiha.

    Mentor 5

    AYISH, PROTEGE KEPADA NOH HUJAN

    Bagi mereka yang bakal bergelar Juara Mentor 5 akan memenangi hadiah wang tunai RM100,000 dan sebuah kereta Chevrolet Cruze.

    Penerbit Eksekutif dan Pengarah Mentor musim ke-5, Muhamad Sufian Isa berkata, "Populariti program Mentor telah menyuntik semangat kepada kru produksi dalam pembikinan musim terbaru ini. Kali ini, kami menerima penyertaan hampir 3 ribu orang di 6 sesi uji bakat dan kiriman demo nyanyian.

    Barisan Mentor telah melakukan pemilihan dengan amat teliti sehingga Rahim Maarof telah mengadakan sesi uji bakat yang kedua bagi mendapat calon yang paling layak. Maklumlah, gandingan mentor dan protege perlu serasi dan memberikan komitmen penuh bagi menjayakan pertandingan yang berlangsung selama 3 bulan ini."

    "Selain itu, kami juga bersyukur apabila 'rating' atau kadar tontonan semasa episod pertama mencatatkan 2.7 juta penonton dan episod kedua mencecah 2.81juta penonton. Maka, ia juga memberi motivasi kepada kami untuk terus mempersembahkan kandungan program yang mantap dan berkualiti supaya tidak mengecewakan jutaan peminat Mentor yang tidak pernah jemu mengikuti perkembangan program ini."

    "Selain menjadi inspirasi kepada anak didik mereka, Mentor juga menggalas tanggungjawab dalam perancangan strategi untuk mengasah bakat protege supaya lengkap dengan ilmu nyanyian, persembahan dan kemahiran berkomunikasi. Yang penting, protege-protege mesti mempunyai daya tarikan atau pun aura sebagai seorang penghibur tatkala berada di pentas Mentor untuk bergelar Juara," tambah Sufian.

    Keenam-enam protege telah memulakan sesi latihan dan persiapan rapi bersama Mentor mereka bagi menjayakan konsert pengenalan yang akan bersiaran secara langsung dari Auditorium MBSA, Shah Alam pada 6 Mac 2011 jam 9.00malam.

    Selepas itu, mereka akan dibahagikan kepada 2 kumpulan dan membuat persembahan sebanyak 4 kali di konsert mingguan yang diadakan secara berselang-seli antara Kumpulan A dan B bagi mengumpul markah. Protege yang mendapat markah terendah dari setiap kumpulan akan disingkirkan. 2 protege dari Kumpulan A dan B akan digabungkan di peringkat separuh akhir dan bertanding selama dua minggu sebelum menentukan siapakah finalis yang bakal berentap di peringkat akhir Mentor.

    Musim ke-5 mengekalkan format permarkahan kepada 3 bahagian iaitu 50% daripada juri profesional, 30% melalui undian SMS dan 20% daripada juri awam yang terdiri daripada pelajar-pelajar muzik, wartawan dan golongan semi-profesional dalam industri muzik.

    Juara Mentor musim ke-5 akan memenangi hadiah wang tunai sebanyak RM100,000 masing-masing dan sebuah kereta Chevrolet Cruze tajaan Chevrolet untuk protege. Hadiah wang tunai bagi tempat kedua ialah RM 30,000 untuk mentor dan protege. Protege yang memenangi tempat kedua juga akan memenangi sebuah Vespa LX150 tajaan Naza World.

    Mentor 5 masih menampilkan Ally Iskandar Mohd Mardzi sebagai pengacara program, jurnal Mentor dan jurnal Protege. Selain itu, Nas Ahmad bertindak sebagai pengacara bersama sewaktu konsert mingguan untuk mendapatkan kisah-kisah yang berlaku di sebalik tabir dan di belakang pentas.

    Mentor 5 membariskan Ajai sebagai Penasihat Vokal, Adam sebagai Penasihat Persembahan, Faizal Uzir sebagai Pengarah Muzik serta memperkenalkan juri tetap buat pertama kalinya dalam penganjuran Mentor iaitu Ramli M.S.

    Ikuti konsert mingguan Mentor yang disiarkan secara langsung dari Auditorium MBSA, Shah Alam pada setiap hari Ahad jam 9.00malam hingga 10.30malam. Penonton juga boleh menyaksikan sorotan persediaan serta aktiviti protege bersama mentor melalui Jurnal Mentor, setiap hari Ahad jam 5.00petang hingga 5.30petang. Manakala Jurnal Protege akan memaparkan diari protege pada setiap hari Isnin hingga Jumaat jam 6.58petang selama 2 minit. Maklumat terkini serta aktiviti protege boleh didapati melalui laman sesawang rasmi mentor www.tv3.com.my/mentor5

    Mentor 5 ditaja bersama oleh MAHSA University College dan SG Men. Stesen radio popular HOT FM sebagai stesen radio rasmi manakala Chevrolet Cruze sebagai kereta rasmi dan Intekma Resort Shah Alam selaku penginapan rasmi protégé.

    Mentor 5

    Salma bersama mentornya Erra Fazira

    Era memilih 10 orang, dalam jumlah itu, Salma antara yang menyerlah. Semestinya, vokal dan juga pakej. Erra tertarik pada bakat terpendam Salma. Erra gembira kerana persembahan pertama Salma tidak menghampakan. Namun, Erra risau dengan expectation dan merasakan tanggungjawab agak berat. Jadi, Erra perlu bekerjasama dengan team work. Setiap minggu, Erra berjanji akan melakukan kelainan untuk protegenya.Erra perlu cungkilkan bakat dan mahu memberi warna kepada penampilan dan persembahan Salma.

    Mentor 5

    Edry KRU bersama protegenya, Iqa yang merupakan vokalis sebuah band pop, Water Cap. Juga boleh bermain bass.

    Mentor 5

    Afdlin Shauki bersama protegenya, Ratnah.

    Mentor 5

    Aiman, protege kepada Rahim Maarof

    Aiman dipercayai ada pakej dan lebih meninati pop rock dan R&B.Ajai juga bersetuju Aiman ada tone suara yang bagus. Rahim Maarof melalui proses yang paling lama untuk memilih protege. Akhirnya, beliau bertemu juga dengan Aiman pada hari yang terakhir.

    Mentor 5

    Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,

    Tags: , , , , , , ,

    Click on the following buttons to share this article with your friends:

    Baca artikel lain yang berkaitan:

  • Siapa Mentor & Protege Untuk Realiti TV Mentor Musim Ke-3?
  • Ujibakat Bersama Jaclyn Victor dan Mas Idayu Untuk Mentor Musim ke-3
  • Sesi Memperkenalkan Protege Mentor Musim Terbaru
  • Gambar Peserta Mentor di Konsert Mentor Kumpulan A
  • Trivia: Rambut Ikal Perang Siapa Ni?
  • Fira, Chaq dan Kumpulan Evo Bertarung di Konsert Mentor
  • Gambar Mentor & Protege di Rakaman Mentor Raya 2010
  • Mentor Mas Idayu, Mus, Dayang Nurfaizah, Ziana Zain, Azmeer & Joe Flizzoe
  • Jaclyn Victor, Mas Idayu, Lah, Adibah Nor, Ajai dan Awie Jadi Mentor Baru
  • Gambar Ziana Zain & Mohd di Rakaman Mentor Raya
  • Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

    Drama Mahligai Itu Milikku Lakonan Norish Karman

    Posted: 01 Mar 2011 04:25 PM PST

    KEPAHITAN MADU DALAM DRAMA MAHLIGAI ITU MILIKKU

    Tidak terlintas di fikiran cinta akan diduakan dan janji manis hanyalah omong kosong semata atas kesetiaan si isteri. Kepercayaan yang diberikan sepenuh jiwa kepada seorang insan bernama suami kini tinggal debu sahaja apabila suami melafazkan hasrat untuk berkahwin lagi.

    Bagaikan hendak luruh hati apabila mengenangkan nasib diri dan keluarga pada masa akan datang. Adakah diri sendiri dapat berdepan dengan kenyataan bahawa diri akan dimadukan? Ikuti kisah penuh syahdu bertajuk Mahligai Itu Milikku yang akan bersiaran menerusi slot Skrin Di 9 pada 2 Mac ini (Rabu) jam 8.30 malam.

    Ketabahan dan kepahitan isteri bermadu digarab dalam sebuah telefilem yang berkisarkan kisah kehidupan Syura (Norish Karman) yang merupakan seorang isteri dan ibu yang cukup sempurna dan bertanggungjawab. Rumah tangganya bersama suami tercinta, Ramli (Arash Mohamad), sungguh bahagia bersama dua orang anak mereka, Aidil (Mohd Addy Ashraf) dan Aida (Nurul Elfira Loy).

    Addy sebagai Aidil dan Elfira sebagai Aida

    Selama menyelami alam perkahwinan, Ramli sentiasa meyakinkan Syura bahawa cintanya hanya untuk Syura dan kejujuran jelas terpancar dari raut wajah Ramli. Syura mempercayai suaminya seratus peratus dan yakin tiada apa yang dapat memisahkan mereka. Itulah kunci kebahagiaan Syura terhadap suaminya.

    Sungguh tidak disangka bahawa Ramli tergamak melukakan hatinya kerana Syura sememangnya seorang isteri yang solehah, cantik paras rupa, baik budi pekerti dan begitu teliti menjaga kehidupan harian Ramli. Di manakah silapnya Syura yang bertanggungjawab dan lengkap sifatnya sebagai seorang isteri diduakan semudah itu? Atau adakah kesetiaan Ramli tidak sekuat Syura menyebabkan hadirnya orang ketiga?

    Kepercayaan yang menggunung terhadap suaminya selama ini akhirnya hancur berkecai apabila munculnya Shima (Adrea Abdullah), setiausaha baru Ramli yang lebih muda dari Syura. Shima menyimpan perasaan terhadap bosnya itu dan mencuba sedaya-upaya untuk menggodanya namun Ramli tetap setia kepada Syura dan tidak pernah terfikir untuk menduakannya. Shima terasa begitu marah dan tercabar apabila Ramli tidak mengendahkan godaanya itu.

    Dari mula Shima bekerja, dia telah merancang pelbagai strategi untuk menjauhkan Ramli dari keluarganya supaya dia sendiri- dapat mendekati Ramli. Dengan bantuan rakan sekerja Ramli, Shima akhirnya berjaya menjerat Ramli dalam kancah maksiat dan keadaan itu telah memaksa Ramli untuk berkahwin dengan Shima bagi menjaga maruahnya.

    Walaupun berat hati seorang isteri untuk menerima hakikat, namun Syura akhirnya terpaksa akur dan memberi restu ke atas keputusan suaminya untuk mengahwini Shima. Sebagai seorang isteri, Syura wajib mentaati suaminya dalam hal kebaikan sekiranya tidak menyusahkan.

    Kesetiaan Syura terhadap suaminya tetap kuat dan masih berada di samping suami tercinta walaupun pahit yang terpaksa ditelan.. Syura tabah mengharungi hari-harinya dengan tangisan dan kesedihan yang menyelubungi dirinya. Namun, anak-anak pengikat kasih, penguat cinta dan sayang pada mahligai yang telah dibina bersama lelaki tercinta bertahun lamanya.

    Apakah takdir hidup mereka sekeluarga? Apakah pula kisah silam Shima yang telah menghantui dirinya hingga ke alam bahtera perkahwinan? Jangan ketinggalan untuk menyaksikan Mahligai Itu Milikku pada 2 Mac ini jam 8.30 malam, hanya di TV9, saluran Di Hatiku. Telefilem ini diterajui oleh Heykal Hanifah sebagai pengarah, Julia Juhasu sebagi penerbit eksekutif serta Rosyam Nor dan Runika Mohd Yusof sebagai penerbit.

    Adrea Abdullah sebagai Shima

    Arash Mohamad sebagai Ramli

    cap005

    cap006

    cap009

    Syura dan anak-anak

    Tags: , ,

    Click on the following buttons to share this article with your friends:

    Baca artikel lain yang berkaitan:

  • Keputusan Permohonan Norish Karman 20 Ogos Ini
  • Ucapan Aidilfitri & Temubual Raya Bersama Norish Karman
  • Gambar Norish Karman di Anugerah Skrin
  • Zamarul Hisyam, Norish Karman Drama Sebelum Terlupa
  • Drama Puteri Aurora Beradu
  • Gambar Norish Karman Nafi Bercerai & Kerja GRO
  • Sinopsis Drama Spa-Q 2 Episod 9
  • Akukah Tanggang & Mahsuri Bakal Ditayangkan di TV3
  • Juliana Evans, Nanu Baharudin, Norish Karman, Amy Mastura Dalam Kasut Tumit Tinggi
  • Dato' Siti Nurhaliza Dalam Drama Spa Q 2
  • Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

    Sensasi

    Posted: 01 Mar 2011 11:19 PM PST

    Sensasi


    Pembikinan Filem Hikayat Merong Mahawangsa buat Yusry rasa nak muntah

    Posted: 01 Mar 2011 10:57 PM PST



    Lagi beberapa hari lagi Filem Epik terhebat yang dihasilkan di Malaysia iaitu Hikayat Merong Mahawangsa bakal ditayangkan.

    Filem ini mengambil masa yang lama untuk disiapkan.Sensasi rasa pasti ramai yang berminat nak tengok filem nie..Sensasi pun plan nak tengok apa bagaimana hasil kerja Filem Epik arahan Yusry KRU.







    "Bayangkan, untuk pra-produksi sahaja ia mengambil masa setahun dengan pencarian kostum, barang-barang penggambaran (prop) dan pembinaan set termasuklah kapal.

    "Memang rasa macam nak 'muntah' dibuatnya lebih-lebih lagi ketika penggambaran filem ini berlangsung. Waktu itu rasa dah tak boleh nak terima.

    "Penggambaran dibuat selama 52 hari bermula 9 Jun 2009 hingga 8 Ogos 2009. Memang jangka masa penggambarannya juga agak lama. Mungkin kerana tenaga mental dan fizikal saya sudah habis dikerah, membuatkan saya rasa tak larat.

    "Tidak cukup dengan itu, pada pasca produksi pula, ia mengambil masa selama setahun. Memang ia sangat meletihkan dan saya harap tenaga dan kreativiti yang dikeluarkan itu dapat dinikmati oleh penggemar-penggemar filem tempatan termasuklah antarabangsa.

    "Bagaimanapun, mungkin Hikayat Merong Mahawangsa ini merupakan filem epik terakhir saya arahkan," ujarnya.

    Dalam filem tersebut, Yusry turut menggunakan kepakarannya dalam teknik imej janaan komputer (CGI) untuk menghasilkan latar belakang berkonsepkan sejarah serta latar fizikal yang hanya terdiri daripada empat buah kapal, perkampungan Melayu pada abad kedua, pelabuhan kapal, set penggambaran istana di Rom, China dan juga pelabuhan Goa di India.

    "Walaupun sudah biasa dengan teknik CGI, filem ini memberi sedikit cabaran kepada saya apabila sebanyak 3,000 syot yang memerlukan teknik tersebut.

    "Saya beruntung kerana mempunyai 12 orang pembantu dalam menghasilkan CGI seperti yang dikehendaki. Setakat ini mereka dilatih di bawah saya," tuturnya.


    Sedikit kecewa buat pengarah muda ini, pembelian prop pelbagai jenis senjata daripada pelbagai negara untuk kegunaan filem mitos itu terpaksa dilupuskan atas arahan pihak Kementerian Dalam Negeri (KDN).

    "Ketika dalam pra-produksi, saya sudah mula mereka kostum dan ada sesetengahnya saya beli, begitu juga dengan peralatan senjata-senjata yang diperlukan dalam Merong.

    "Peralatan senjata yang dibeli daripada pelbagai negara seperti pedang merupakan senjata yang asli dan jika diasah, ia mampu mencederakan orang lain.

    "Justeru itu pihak KDN mengarahkan pihak kami untuk menghapuskan kesemua senjata yang berbahaya selepas tamat penggambaran.

    "Memang agak sedih dan kecewa apabila terpaksa melakukannya kerana saya sanggup menghabiskan sebanyak RM1,200 untuk sebilah pedang dan saya membelinya dengan jumlah yang banyak," katanya.



    Filem ini akan ditayangkan ke 72 buah negara di bawah syarikat pengedaran filem antarabangsa, Epic Pictures, dari Amerika Syarikat (AS), dengan menggunakan judul The Malay Chronicles: Bloodlines.

    Sebelum ini, KRU Studios mengambil langkah pertama untuk memasarkan filem Hikayat Merong Mahawangsa ke seluruh dunia dengan menandatangani perjanjian persefahaman dengan Universal Pictures International Entertainment Ltd untuk hak pengedaran di Amerika Utara.

    Zon Artis

    Posted: 01 Mar 2011 11:17 PM PST

    Zon Artis


    Tiz Zaqyah Dan Yassin Penyanyi Lagu Tema Filem Nur Kasih

    Posted: 01 Mar 2011 01:00 AM PST

    FILEM NUR KASIH TIZ ZAQYAH

    Setelah beberapa artis popular gagal memikat hati pihak produksi untuk menyanyikan lagu tema filem Nur Kasih arahan Kabir Bhatia, akhirnya Tiz Zaqyah yang juga salah seorang aktor dalam filem tersebut dan Yassin dipilih untuk menyanyikan lagu tema Nur Kasih yang berjudul Bertemu Cinta yang dihasilkan sepenuhnya oleh komposer Hafiz Hamidun.

    Anda layan video kat bawah ni untuk mendengar nyanyian Tiz Zaqyah.

    Semua pun tahu yang Tiz Zaqyah bukanlah seorang penyanyi, jadi percubaan pertamanya ini harus diberi kredit. Tambahan pula, telinga kami 'mengatakan' yang suara Tiz Zaqyah menyanyikan lagu tema filem Nur Kasih itu tidaklah terlalu teruk. Kalau diasah lagi, pasti vokal Tiz Zaqyah mampu menyaingi penyanyi yang sedia ada. Chewah! Apa pula kata anda?

    Apa-apa pun, layan juga lagu Bertemu Cinta ni. Thumbs up Hafiz Hamidun.

    Psstt: Inilah pesaing McDonald's dan KFC di China

    Related Posts with Thumbnails
    Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

    OHBULAN!

    Posted: 01 Mar 2011 11:09 PM PST

    OHBULAN!


    Fazura Nafi Masuk Hospital

    Posted: 01 Mar 2011 02:53 PM PST

    Desas-desus semalam memang mengemparkan kami apabila kami terdengar cerita bahawa pelakon yang baru dilantik menjadi duta produk LUX ini masuk ke hospital semalam kerana terpecahkan sesuatu yang agak janggal kedengaran.

    Menurut gosip yang kami terima, Fazura telah dimasukkan ke Hospital Serdang kerana silikonnya pecah. Ha ha, memang janggal & sangat pelik. Tak sangka pula, disebalik kejayaan Fazura, ada juga manusia yang sanggup membuat cerita yang bukan-bukan mengenai pelakon utama filem Pisau Cukur ini.

    Tidak menunggu lama, hasil bantuan rakan kami yang memang rapat dengan Fazura, dia memaklumkan gosip ini kepada Fazura. Guess what? Fazura tergelak besar!

    Pada waktu & tarikh yang sama, Fazura berada di sekitar KLCC melepak bersama rakan-rakan artis seperti Umie Aida, Ziela & the gang. Malah, ketika kami layarkan gosip ini kepada rakan kami, dia turut dalam perjalanan untuk berjumpa dengan Fazura. Biasalah, kawan-kawan lama nak jumpa & borak.

    Dengkinya orang, anda sendiri sudah nampak. Sedangkan Fazura sedang lepak di KLCC, ada pula orang busy body sanggup sebarkan cerita yang dia 'pancit' di hospital. LOL!

    Fazura yang ditemui semalam cuma tergelak dengan gosip liar itu & bertanyakan apa tujuan orang untuk bercakap sebegitu. Untuk membuktikan bahawa gosip tersebut tidak benar, Fazura sudi berkongsi sekeping gambar eksklusif yang menampilkan wajah anggunnya bersama rakan artis yang disebut sebentar tadi.

    Aha, kami yakin kenyataan Fazura kali ini sudah mematahkan serangan orang-orang yang jeles dengan kejayaannya. Apa pun, kami nak pesan kepada 'orang itu', jangan buat cerita yang tak masuk akal. Takda life ke?

    Kualiti gambar sedikit terjejas sebab line Blackberry agak lembab. Blame the network!

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
    Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

    borak kosong

    Posted: 01 Mar 2011 09:07 PM PST

    borak kosong


    Ini dia babysitter yang berhubungan seks dengan anak yang diasuhnya

    Posted: 01 Mar 2011 09:00 PM PST


    Summer Nelson, babysitter dari Amerika Syarikat berusia 28 tahun, ditangkap kerana berhubungan seks dengan anak usia 14 tahun yang diasuhnya. Nelson mengatakan jatuh cinta dengan anak itu. Dia bahkan berani meminta restu kepada ibu anak itu agar mereka dapat menjadi pasangan seperti orang dewasa.

    Pada Ogos 2007 dia diupah untuk mengawasi anak 14 tahun tersebut beserta adik laki-lakinya yang berusia 12 tahun, dan adik perempuannya yang berusia 9 tahun.

    Dalam dokumen pengadilan yang dilaporkan media-media di sana Nelson disebutkan banyak menghabiskan waktu bersama ketiga anak asuhnya ketika orangtua mereka tidak berada di rumah. Polis mengatakan, hubungan seks itu terjadi pada 2007, tetapi baru dilaporkan ke polis pada Disember 2008.

    Hasil pemeriksaan menyebutkan, Nelson setidaknya empat kali berhubungan seks dengan anak tersebut pada Ogos 2007. Polis menegaskan, Nelson hanya berhubungan seks dengan anak berusia 14 tahun itu, tidak dengan adiknya. Anak itu kini telah berusia 19 tahun, tetapi ia masih berusia 14 tahun saat kejadian berlangsung.

    Nelson kini masih ditahan di penjara Kootenai County, Post Falls, AS, dan didakwa melakukan pelecehan seksual terhadap anak-anak. Jika terbukti bersalah, dia terancam hukuman maksima penjara seumur hidup.

    Bila Tubuh Wanita Bogel Dijadikan Padang Golf, Tempat Memancing Dan Bermain

    Posted: 01 Mar 2011 08:35 PM PST

    Seorang seniman bernama Allan Teger 68 Tahun menggunakan model wanita telanjang untuk objek seni yang unik iaitu Body Lanscape. Dimana didalamnya ada penggabungan seni dan ilusi, sehingga menyamarkan ketelanjangan tubuh wanita tadi menjadi sebuah pemandangan  seperti di perbukitan, lapangan golf dan danau serta gua.

    Allan menjadikan bahagian-bahagian tubuh wanita seperti pusat menjadi tasik tempat memancing, sebuah lapangan golf yang berbukit bukit. Dikatakan bahawa Allan mendapatkan inspirasi tersebut ketikat dia mengajar di mata kuliah Psikologi di University of Pennsylvania. Dari situ dia beranjak bagaimana mengkombinasikan antara persepsi dan realiti.







    Apa yang ada dalam fikiran anda ketika melihatnya, apakah ia satu pornografi, disinilah persepsi dan fikiran anda diuji, Bagaimana imaginasi yang ada dalam fikiran anda sekarang?

    sumber : ruanghati.com

    Demi nafsu wanita ini sanggup berzina depan anak

    Posted: 01 Mar 2011 07:19 PM PST

    Semuanya dilakukan demi kerana hawa nafsu,walaupun
    didepan anak sendiri...
    saya petik daripada myMetro

    KULIM: Seorang isteri berusia 23 tahun yang mempunyai dua anak sanggup bermain kayu tiga apabila ditahan berkhalwat bersama kekasih gelapnya dalam kejadian di Kampung Padang Tembak, malam kelmarin.

    Lebih mengejutkan, perbuatan durjana wanita berkenaan dilakukan di rumahnya sendiri ketika suaminya bekerja dan di depan dua anaknya berusia enam dan setahun setengah.


    Ketua Unit Penguat Kuasa Pejabat Agama Islam Daerah Kulim Kedah (PADK), Azmi Rejab berkata, dalam kejadian jam 9 malam itu, suami wanita berkenaan yang dihubungi penduduk kampung pulang ke rumahnya sebelum mendapati kekasih gelap isterinya berusia 20 tahun berbaring di sofa.


    Katanya, berang dengan tindakan isteri dan lelaki berkenaan, suami yang berusia 25 tahun terbabit memaklumkan kejadian itu kepada PADK untuk tindakan lanjut.


    "PADK menerima aduan kira-kira jam 9.30 malam sebelum bergegas ke tempat kejadian. Setibanya di rumah berkenaan, kami dapati berlaku pergelutan antara suami wanita itu dengan kekasih gelap isterinya," katanya.

    Wow! China Buat Telefon Android Bertenaga Suria

    Posted: 01 Mar 2011 07:00 PM PST

    INILAH.COM-Perusahaan China Umeox Mobile melancarkan smartphone bertenaga suria. Perusahaan itu mengatakan,telefon itu menjadi ponsel Android pertama dunia bertenaga suria.

    Umeox Apollo pertama muncul di Mobile World Congress (MWC) Barcelona.Telefon itu memanfaatkan solusi sumber energi Intivation, perusahaan Amsterdam yang memberi solusi sumber energi alternatif telefon.

    Umeox Apollo merupakan smartphone pertama yang menggunakan sistem operasi (OS) Android Froyo (2.2). Seperti dikutip TG Daily, smartphone berlayar sentuh itu juga didukung memori flash 1GB, RAM 512 MB dan kamera 3 megapiksel yang akan menjadi senjataUmeox Apollo untuk bersaing.

    Fitur-fitur itu memang terbilang biasa,satu-satunya hal menarik adalah keunikannya pada pengisian ulang baterai menggunakan energi matahari. Untuk ketika ini, Umeox Apollo baru dilancarkan di China.

    Negara-negara lain akan segera menyusul, salah satunya Amerika Syarikat (AS). Harganya  tergolong murah, yakni US$ 100 .

    Lady buat kejutan lahirkan makhluk asing

    Posted: 01 Mar 2011 06:36 PM PST

    Penyanyi yang seorang ini memang tak habis-habis dengan
    benda-benda pelik...sayapetik dari kosmo online


    NEW YORK - Penyanyi pop Amerika Syarikat (AS), Lady Gaga mencipta satu lagi kejutan apabila dia muncul dalam klip video terbarunya, Born This Way, lapor beberapa buah akhbar semalam.

    Dalam klip video itu, Lady Gaga menjadi seorang ibu yang melahirkan makhluk asing.

    Detik-detik penyanyi tersebut melahirkan makhluk asing itu disiarkan dalam klip tersebut yang menunjukkan dua wanita membantunya bersalin.

    Penyanyi itu membuat aksi yang kurang manis apabila dia menunjukan detik-detik semasa mahu melahirkan anak tersebut.

    Dalam klip video tersebut, dia muncul dengan mekap seperti makhluk asing selain memakai seluar dalam dan coli semasa menari.

    Lagu Born This Way muncul sebagai lagu paling laris di laman muzik dalam talian, iTunes di seluruh dunia.

    Lebih satu juta lagu itu dimuat turun dalam tempoh lima hari baru-baru ini.- Agensi

    Waspada, Ramai Penipu Menyamar Tentera di Facebook

    Posted: 01 Mar 2011 05:00 PM PST


    INILAH.COM, Louisville – Dengan lebih dari 500 juta pengguna, Facebook menjadi medium berpotensi bagi penipu. Modus terbaru adalah menyamar sebagai tentera dan menyebar cinta. Seperti apa?

    Pelaku mencuri foto tentera untuk dijadikan profil peribadi, menyatakan cinta kepada beberapa perempuan, menceritakan soal pengabdian kepada tanah air tanpa akhir. Selanjutnya meminta mangsa untuk mengirim sejumlah wang sebagai tanda kasihan.

    Sarjan James Hursey, 26, dari Angkatan Darat Amerika Syarikat pulang ke kampung halaman kerana cedera punggung di Iraq, menemukan sebuah halaman Facebook dengan berbagai foto dirinya. Padahal halaman itu bukan miliknya, Profil itu palsu dan dibuat seseorang yang mengaku sebagai tentara aktif sedang mencari pasangan.

    Pejabat militer AS mengaku telah melihat ratusan kes serupa dalam beberapa tahun terakhir. Bahkan, beberapa penipu juga menggunakan foto tentera yang telah meninggal di luar negeri.

    "Ini benar-benar pencurian identiti," kata Hursey asal Kentucky, Amerika Serikat.

    Juru cakap Reserse jenayah Angkatan Darat AS, Christopher Grey mengatakan peniru internet memang sering membuat derma yang bukan-bukan. Beberapa di antaranya mengaku membutuhkan wang untuk membeli laptop khusus dan handphone. Ada pula yang memerlukan wang untuk cuti dan  pendaftaran tertentu.

    Grey menyebutkan hingga saat ini tidak ada kes personil Angkatan Darat kehilangan wang dalam penipuan. Namun banyak yang menjadi mangsadi luar lingkup ketentaraan. "Dalam satu kes, seseorang telah kehilangan US$25 ribu " ujar Grey lagi.

    Pelaku menggunakan alamat e-mail yang sulit dilkesan, memanfaatkan akaunn internasional dan menggunakan kedai internet sehingga sulit dijejaki secara cepat.

    Pura-pura diculik hanya untuk wang US$360 sahaja

    Posted: 01 Mar 2011 04:40 PM PST

    REPUBLIKA.CO.ID, SAO PAULO  – Seorang perempuan Brazil yang berusia 25 tahun ditangkap kerana dicurigai memalsukan penculikan dirinya sendiri agar boleh memperolehi 'wang  tebusan" sebanyak 360 dolar AS dari keluarganya, kata polis kepada jejaring berita Brazil, G1.

    Perempuan tersebut, yang namanya tak disebutkan, diduga memerlukan wang dalam jumlah yang sama untuk membayar mak saudaranya. Dia telah mencuri dan menggunakan kad kredit milik mak saudaranya, kata beberapa petugas.



    Perempuan itu meninggalkan pesan di bilik tidurnya, yang mengatakan ia "telah diculik". Setelah itu, dengan menggunakan telefon bimbit dia menghubungi keluarganya dan menyatakan dia diculik oleh dua lelaki yang mengancam akan membunuh dia kalau wang tebusan tak dibayar.

    Tapi para penyelidik ragu dengan cerita perempuan tersebut.
    "Ia mengganti pakaian sebelum meninggalkan rumah, membawa telefon bimbitnya. Tak ada tanda orang masuk secara paksa di pintu dan orang lain di rumah itu tak mendengar suara apa pun," kata detektif Walter Guimaraes Filho sebagaimana dikutip oleh G1.

    "Dia menggunakan telefonnya sendiri untuk mengatakan dia sudah dibebaskan, peristiwa penculikan yang tak pernah terjadi. Semua petunjuk tersebut mengarahkan polii untuk tak percaya pada cerita perempuan itu," katanya. Perempuan tersebut kini ditahan dengan dakwaan secara palsu mengumumkan adanya aksi kejahatan.

    Wow, Muka Alien Muncul di Pokok Tua

    Posted: 01 Mar 2011 10:01 AM PST

    INILAH.COM, London- Sebahagian besar orang tahu lingkaran di batang pokok menginformasikan umur tumbuhan itu. Namun bukannya usia, malah wajah alien di kayu milik warga England ini.

    Pete Burford, 72, melihat sebuah wajah aneh yang mengingatkannya akan tokoh utama film E.T, cerita soal alien yang diarahkan oleh Steven Spielberg pada 1982. Gambar itu terukir di batang pokok poplar ketika Pete menebang tumbuhan itu di hutan Eldersfield, Gloucestershire.

    "Saya mengira pokok ini sama seperti lainnya. Namun nampak tampilan mirip E.T. Saya hampir tak percaya," kata Burford.

    Pengalaman soal kehidupan luar angkasa ini bukanlah yang pertama kali. Isteri Pete, Sylvia Burford sempat melihat semacam piring bercahaya di dekatnya, 40 tahun lalu.

    "Itu hanya terjadi dua sampai tiga detik lalu menghilang. Saya merasa sangat ketakutan," ujar Sylvia yang kini tinggal bersama suaminya di Staunton, dekat Teskesbury, England.

    Mereka merasa mungkin ada sesuatu yang ingin dikatakah oleh makhluk asing itu.

    Pemilik Restoran Gunakan Tikus Untuk Menjatuhkan Saingan Bisnes

    Posted: 01 Mar 2011 09:01 AM PST

    PENNSYLVANIA – Persaingan bisnes ternyata boleh dilakukan dengan cara apapun, seperti halnya pemilik restoran pizza di Pennsylvania yang "menletakkan" tikusnya di restoran saingannya.

    Nikolas Galiatsatos dituduh telah melakukan kejahatan terhadap haiwan dan kejahatan lainnya di Upper Darby, dekat Philadelphia, Amerika Syarikat (AS).

    Dia ditangkap setelah petugas menemukan seorang lelaki membawa sebuah kantung yang berisi tikus-tikus yang masih hidup di atas atap toilet restoran pizza.

    Penyiasatan mendapati bahawa Galiatsatos (47) sendiri mengalami masalah dengan tikus di restorannya, Nina's Bella Pizzeria, demikian laporkan BBC.

    "Kami tidak pernah menemukan hal seperti ini, tikus dijadikan alat kejahatan," ujar kepala polisi Michael Chitwood.

    "Ini merupakan terorisme makanan dengan menggunakan tikus," lanjutnya.

    Menurut suratkhabar setempat, seorang lelaki didapati masuk ke restoran Verona Pizza dan meminta izin menggunakan toilet.

    Ketika pemilik restoran memeriksa toiletnya, dia melihat ada jejak kaki dan melihat atapnya dibuka. Di atasnya sang pemilik menemukan sebuah kantung.

    Khauatir kantung tersebut berisi obat terlarang, pemilik kemudian meminta dua orang petugas polis yang kebetulan sedang makan siang untuk memeriksanya. Di dalam kantung tersebut ditemukan tiga ekor tikus putih.

    Polis akhirnya mencari lelaki yang tadi masuk dan melihatnya sedang berada di depan restoran Uncle Nick's Pizza, dia pun membuang sebuah kantung yang ternyata berisi lima ekor tikus hidup dan satu ekor yang mati.

    Polisi pun akhirnya menangkap Galiatsatos yang mengatakan bahwa tikus tersebut ia beli di kedai peliharan haiwan.

    Hii.. Ada Taksi Berhantu di Singapura

    Posted: 01 Mar 2011 08:01 AM PST


    INILAH.COM, Singapura – Pernah melihat teksi menarik? Tentunya akan gembira berada di dalamnya. Namun bagaimana jika menarik yang dimaksud adalah seram dan berhantu, masih mahu naik?

    Sebuah teksi semacam ini ditemukan oleh reporter jalanan Singapura, Lovell Tan, di area Choa Chu Kang yang tak jauh dari pemakaman. Menurut jaringan National Environment Agency, makam tersebut merupakan satu-satunya di Singapura yang masih dibuka.

    Sedangkan teksi yang dimaksud Tan, dia sendiri merasa seram untuk menjelaskannya. Sebab di dalamnya, terdapat foto-foto obituari alias mereka yang sudah meninggal dunia. Ada pula beberapa mainan dan tokoh figure kecil.

    "Dekorasinya sangat banyak, memenuhi hingga kaca depan dan belakang. Bertumpuk catatan dan stiker. Foto obituari ada dimana-mana," ujarnya. Pemandunya, menurut Tan, tidak takut terhadap kendaraan yang dia gunakan untuk mencari nafkah itu.

    Sementara Tan dalam hati hanya bertanya-tanya, benarkah ada yang mahu naik taksi ini. "Penumpang pemberani mungkin akan mendapat diskon, jika mahu naik. Tak perlu nyalakan AC, sepertinya di dalam sudah cukup membuat anda merinding," kata gadis itu.

    Apakah dosa ibu dan anak ini?

    Posted: 01 Mar 2011 07:41 AM PST

    19849_1086889508762_1722178230_176903_5703828_n
    sumber gambar :  www.picturedisturbing.co.tv

    Pasti kita tertanya-tanya apakah dosa yang telah dibuat oleh ibu dan anak ini sehingga mereka
    diperlakukan begini……

    Selimut Yang Boleh Menyerap Kentut

    Posted: 01 Mar 2011 06:36 AM PST

    Anda punya masalah dengan pasangan yang kentut di ranjang? Tak ada salahnya Anda menengok sebuah iklan selimut yang mengatakan dapat menyerap bau gas dalam perut ini dalam di YouTube.

    Iklan "Selimut untuk Pernikahan yang Lebih Baik" di YouTube itu telah diakses lebih dari sejuta kali. Selimut yang terbuat adari bahan karbon aktif ini menyebut diri sebagai "solusi nyata untuk masalah yang sangat nyata".

    Selimut ini dirancang oleh guru ilmu pengetahuan alam di Denver, Amerika Syarikat. Francis Bibbois, guru itu, mendapatkan idea membuat "selimut ajaib" itu setelah berburu dan memakai baju sejuk  yang terbuat dari bahan yang sama. Dia mendapati dirinya tak lagi menghadapi masalah perut kembung atau bau kentut setelah menggunakan baju sejuk itu.

    Bibbois pun kemudian  menciptakan prototipe selimut yang dapat memecahkan masalah yang biasanya dihadapi pasangan muda itu. Dia membuat prototipe sejak 15 tahun lalu dan baru benar-benar siap tahun ini.

    Selimut ini dikatakan dapat sepenuhnya menyerap bau . Mesin cuci hanya perlu mencuci selimut ini setiap empat tahun.

    Tak dijelaskan detail bahan selimut ini.Web produk ini cuma menyebut bahawa kain yang digunakan oleh selimut ini tak beza dengan kain yang digunakan oleh militer untuk melindungi terhadap senjata kimia. Tak jelas pula berapa harga "mesin vakum kentut" ini dijual di pasar.




    Telinga Tuli Nenek Saman Samsung

    Posted: 01 Mar 2011 05:00 AM PST

    Ada-ada saja kejadian yang menimpa nenek ini. Ingin hati membeli telefon baru untuk berkomunikasi, tapi yang didapat malah duka. Seorang nenek yang  berasal dari Singapura menyaman Samsung setelah telefon keluaran vendor asal Korea Selatan yang baru dia beli itu dituding merosak pendengarannya...

    Kisah ini bermula ketika Lee Sek Foi  menelefon suaminya ketika setelah membeli Samsung seri E1310 di sebuah kedai. Namun bukannya mendengar suara  suaminya tapi dia mendengar suara tajam di telinga kirinya.

    "Aku merasa seperti ada jarum yang menusuk telingaku," kata Lee. Dia kemudian berlari kembali ke outlet tempat dia membeli telefon sambil menangis menahan rasa sakit. Lee kemudian dilarikan ke hospital umum Singapura untuk diperiksa.

    Dari beberapa kunjungan pemeriksaannya, Lee kemudian disahkan mengalami penurunan kemampuan pendengaran yang tidak boleh disembuhkan di telinga kirinya. Atas kejadian itulah Lee kemudian menyaman Samsung kerana menganggap produknya telah menyebabkan luka berat.

    Jelas saja, Samsung cuba membela diri dengan tudiuhan tersebut. Mereka pun mengaku prihatin atas kejadian ini dan menyatakan siap jika dihubungi pihak berwajib.

    "Samsung juga telah melakukan penyiasatan dan belum menemukan masalah apapun yang berkaitan dengan telefonl siri E1310," tegas juru bicara Samsung. "Samsung telah mematuhi protokol kawalan kualiti yang ketat dan sesuai dengan standard ," tambahnya.

    Dikutip oday Online,pihak pengacara Samsung malah berpendapat bahawa Lee lalai menggunakan telefon tanpa mengikuti petunjuk sebelumnya. Menurut mereka, Lee tidak memastikan bahawa volume yang dia gunakan ketika itu berada di level yang aman.

    Sementara pengacara Lee mengatakan bahawa Samsung yang telah gagal memastikan telefonl buatannya aman untuk digunakan sebelum memasuki pasaran untuk dijual.

    (detik)

    Burung Hantu Ini Mabuk Kerana Menengguk 2 Botol Minuman Keras

    Posted: 01 Mar 2011 04:00 AM PST

    BERLIN – Seekor burung hantu terlihat sangat mabuk  akibat minuman keras dari dua buah botol yang dia temukan, polisi pun menangkap burung hantu itu.

    Polis Jerman mengatakan bahawa pada Selasa kelmarin waktu setempat dia menemukan seekor burung hantu yang terlihat mabuk erana minuman keras.

    "Seorang wanita yang sedang berjalan dengan anjingnya memberitahukan polis setelah melihat seekor burung duduk di samping jalan di mana banyak orang lalu lalang," ujarr juru cakap polis Pforzheim Frank Otruba, seperti dilaporkan Spiegel.

    Burung hantu berwarna coklat itu terlihat tidak cedera dan petugas dengan cepat menyimpulkan bahawa burung tersebut terlalu banyak minuman keras. Salah satu kelopak matanya terlihat turun.

    "Pada ketika itu kami menemukan dua buah botol minuma keras hingga kami menyimpulkan burung tersebut mabuk. Kami pun membawa burung tersebut ke pakar burung yang merawat burung itu dari alkohol dan burung itu diberikan air," lanjutnya.

    Polis pun mengatakan bahawa burung hantu malang itu akan segera dilepaskan setelah kembali sedar dari mabuknya.

    Temukan Isterinya di Pameran Barang Antik Setelah 28 Tahun Hilang

    Posted: 01 Mar 2011 03:00 AM PST

    Seorang lelaki Australia mengatakan telah menemukan isterinya kembali di acara Pameran Barang Antik BBC diEngland, setelah menghilang selama 28 tahun.

    Lynette Dawson, ibu dua anak yang menghilang secara misteri di Sydney pada tahun 1982 dan di yakini sudah meninggal, walaupun tubuhnya tidak pernah ditemukan.

    Kini bekas suaminya Chris Dawson mengatakan melihat gambar seorang wanita pada acara Pameran Barang Antik di Cornwall pada tahun 2006 dan baru-baru ini ditayangkan oleh televisyen Australia.

    Keluarga Lynette di Australia pun sudah meminta bantuan beberapa pihak untuk mencari keberadaan wanita yang berada di gambar tersebut.

    Dawson yang kini sudah menikah kembali dan tinggal di Golden Coast memberitahukan khabar tentang bekas isterinya tersebut kepada putrinya setelah seorang temannya merakam acara yang ditayangkan televisyen Austrlia itu.

    Namun adik Lynette sendiri tidak mempercayai bahawa gambar tersebut merupakan kakaknya yang sudah hilang.

    "Tidak mungkin itu Lyn, melihat dari penampilannya saja boleh diketahui. Dia tidak akan pernah menggunakan pakaian yang berenda," ujarnya seperti dilapor Telegrap.

    Lynette terakhir terlihat di Mona Vale di pantai utara Sydney pada Januari 1982. Keluarganya sendiri terakhir mendapatkan khabar enam hari sebelum dirinya menghilang.

    Dua penyidikan yang dilakukan pada 2001 dan 2004 menyatakan bahawa Lynette terbunuh dan penyelidik menyatakan bahawa yang terkait pembunuhan tersebut adalah orang terdekatnya, namun hingga kini belum ada tindakan yang diambil

    Didenda US$ 300 Hanya kerana coklat

    Posted: 01 Mar 2011 02:45 AM PST

    OTTAWA – Seorang perempuan didenda USD300 hanya kerana telur berisi coklat. Makanan ringan tersebut dianggap berbahaya oleh Pemerintah Amerika Syarikat (AS).
    Lind Bird mengaku dihentikan oleh pihak berkuasa AS ketika melewati perbatasan AS bulan lalu. Perempuan Kanada tersebut mengatakan pihak  AS menyita makanan ringan berupa telur berisi coklat seharga USD2  karena dianggap haram.
    "Itu hanya sebuah coklat, dan mereka membuatnya seolah-olah seperti masalah besar dan mengancam akan memberikan denda sebesar USD300. Hal ini amatlah menghairankan," ungkap Bird ketika diwawancara televisi CBC .
    Coklat produksi Ferrero tersebut dibuat di Italia pada tahun 1972 namun dilarang masuk ke pasaran AS. Pihak AS menilai mainan kecil yang tersembunyi dalam coklat tersebut dapat mengancam keselamatan anak-anak.
    Pihak Jabatan Kesihatan Kanada sendiri menilai makanan ringan itu sama sekali tidak membahayakan anak-anak. Sehingga makanan ini dianggap bebas dan aman beredar di Kanada.

    Macam mana tiga ekor anak musang ini boleh terperangkap di saluran pembuangan?

    Posted: 01 Mar 2011 01:00 AM PST

    Entah Bagaimana.. Tiga Ekor Musang IniTerperangkap Lehernya di Saluran Pembuangan.. Musang adalah makhluk licik, itu sudah menjadi kenyataan. Tetapi bagi ketiga anak musangh ini sepertinya tidak berlaku.Entah bagaimana kepala mereka terjebak di sebuah lubang perapian.


    Dalam beberapa minit, saluran pembuangan  di Plainfield, Connecticut, Amerika Syarikat itu, dikelilingi oleh petugas pemadam kebakaran, polis dan petugas kawalan haiwan. Sayangnya mereka semua tidak tahu cara untuk membebaskan mereka tanpa menyebabkan kecederaan.

    Tidak ada alat yang boleh untuk memotong jeruji, pemadam kebakaran menemui situasi sulit berpaling ke Animal Control Officer Karen Stone. Pertama, mereka mencuba menyapu minyak di kepala mereka dengan Vaseline untuk membolehkan mereka untuk menyelinap keluar, tapi sia-sia.

    Minyak jagung tidak membantu, tetapi keajaiban cairan pencuci pingan akhirnya terbukti berhasil dan anak musang kecil berhasil melepaskan diri tanpa menyebabkan kecederaan .

    sumber : daily mail

    [Aneh] Bayi Lahir di Jam dan Minit yang Sama dengan Dua Kakaknya

    Posted: 01 Mar 2011 12:40 AM PST

    TEMPO Interaktif, London – Suami isteri di England merayakan kelahiran anak ketiganya yang keluar tepat pukul 07.43 atau waktu yang sama dengan kelahiran dua anak mereka sebelumnya. Menurut The Sun, kejadian tersebut boleh terjadi satu di antara 300 juta kelahiran.

    Pasangan Matt Rigby, 31 tahun, dan Lowry Dairsley, 26 tahun, memiliki tiga anak. Berdasarkan catatan hos[ital, anak pertama Rigby dan Dairsley, Ella, lahir pada Oktober 2005 pukul 07.43.

    Lalu, anak kedua mereka bernama Evie lahir pada 25 Desember 2007 pukul 07.43. Dengan kejadian yang unik tersebut, Rigby pun mentatoo tangannya dengan tulisan: "Seven Forty Three (07.43).

    Namun, Rigby dan Dairsley kembali dikejutkan ketika anak ketiga mereka, Harrison, lahir pada Khamis (20/1) lalu. Kepala Harrison keluar dari rahim Dairsley pukul 07.41 dan keluar secara keseluruhan dua menit kemudian.

    Dairsley mengatakan, "Kami tidak boleh berbicara apa-apa ketika dua anak kami lahir. Ketika saya tahu bahawa saya mengandung Harrison, kami bergurau mungkin dia akan lahir di waktu yang sama. Ketika kami datang ke hospital sekitar pukul 17.00 pada Khamis, kami lupa akan itu dan fokus untuk kelahirannya."

    "Pada pukul 06.30, saya merasa ada tekanan untuk mendorong. Lalu ketika kami melihat jam, ternyata sudah itu pukul 07.41," lanjut Dairsley. "Saya diminta menunggu  oleh jururawat sebelum melahirkannya dua minit kemudian. Para doktor dan jururawat takjub tak boleh bicara apa-apa."

    Rigby mengatakan, "Saya melihat jam dan ternyata pukul 07.43. Kami tidak percaya ini boleh terjadi."

    Heidi Si Tupai Juling yang meramalkan pemenang oscar tahun ini

    Posted: 28 Feb 2011 11:50 PM PST

    NEW  YORK – Bak pepatah, sepandai-pandainya tupai melompat, maka sekali waktu ia akan terjatuh juga. Kurang lebih inilah yang t dialami Heidi si peramal.

    Dia adalah seekor oposum (binatang sejenis tupai) dari Jerman yang mendadak terkenal sebelum Acara Oscar berlangsung.

    Heidi menjadi perbincangan masyarakat di jejaring sosial, kerana aksinya meramalkan para pemenang Oscar tahun ini.

    Heidi meramalkan Natalie Portman sebagai aktris terbaik dalam film Black Swan, dan Colin Firth sebagai Aktor terbaik dalam film The King's Speech. Untuk kategori Best Picture, Heidi meramalkan filem The King's Speech sebagai pemenangnya.

    Caranya ia meramal adalah dengan menempatkan kakinya ke salah satu foto yang ditempel di atas Patung oscar.

    Ramalan Heidi akan pemenang aktris dan aktor terbaik tepat. Kerana memang benar dimenangkan oleh Natalie Portman dan Colin Firth.

    Namun, ramalan Heidi tidak terbukti tepat ketika meramalkan kategori Best Picture yang dimenangkan oleh film127 Hours, bukan seperti yang diramalkannya, yakni The King's Speech.

    Stoking yang dijemur jadi tempat sarang 20ribu ekor lebah

    Posted: 28 Feb 2011 10:00 PM PST

    image

    Mungkin bagi anda yang suka menjemur pakaian di luar rumah ketika  ini harus berhati-hati. Ini kerana ribuan lebah boleh menjadikan jemuran anda sebagai tempat membuat sarang yang baru.
    Seorang wanita di Australia terpaksa harus menghubungi pemelihara lebah, kerana mendapati pakaian yang dijemurnya dikerumuni kira-kira 20 ribu ekor lebah.

    Pemelihara lebah Brian Gardiner yang dihubungi untuk menangani lebah itu mengatakan, wanita itu sangat ketakutan ketika lebah itu mengerubungi stoking  kakinya.
    "Ketika wanita itu menghubungi saya dan menjelaskan di mana lebah itu berada, dengan cepat saya langsung mengambil kamera saya," ujarnya.

    Gardiner mengungkapkan, lebah memang biasa mengerubungi sesuatu pada saat musim semi, kerana pada saat itu sarang lebah penuh. Hingga memaksa sang ratu lebah untuk keluar bersama para lebah pekerjanya.
    Kemudian para lebah itu secara berkelompok mencari lokasi baru yang sesuai untuk dijadikan tempat tinggal. Mungkin pada ketika itu stoking kaki adalah lokasi yang tepat bagi mereka untuk membuat koloni baru.

    source : okezone

    Celebrity News

    Posted: 01 Mar 2011 03:11 PM PST

    Celebrity News


    Fara Wahida, Daus AF8 dan Fazli Zainal Di Uptown Kelana Jaya Pada 5 Mac 2011

    Posted: 01 Mar 2011 08:16 AM PST

    Kalau anda peminat Daus AF8, Farawahida dan Fazli Zainal di Uptown Kelana Jaya pada 5 Mac 2011 bersebelahan dengan Stadium Bola Kelana Jaya. Mari sama-sama kita berjumpa dengan Artis Malaysia dan ramaikan UPtown Kelana Jaya yang penuh dengan barangan yang beraneka jenis serta harga berpatutan ( Borong ).


    Apa tunggu lagi !!!! Jumpa di sana.....

    Filem Baru : Sinopsis Dan Triller Filem Penunggu Istana Arahan Wan Hasliza

    Posted: 01 Mar 2011 05:34 AM PST

    Sinopsis:


    Penunggu Istana adalah sebuah dokumentari yang mengikuti sebuah kumpulan paranormal iaitu "The Seekers Team" yang cuba menjejaki misteri yang terdapat di dalam Istana Bilah, istana tua yang terbiar di Perak. Pada Feb 2009, krew sebuah TV produksi yang menjalani penggambaran untuk siri drama 'Warkah Terakhir' telah mengalami satu pengalaman yang ngeri dan dasyat. 

    Mendengar cerita ini, kumpulan Seekers membuat keputusan untuk kembali ke tempat misteri tersebut bagi menyiasat perkara sebenarnya yang telah berlaku dan bekerjasama dengan Wan Hasliza (pengarah 'Warkah Terakhir'). Mereka bermalam di istana yang sunyi dan menyeramkan itu selama 7 hari berturut-turut dengan harapan dapat menemui bukti-bukti kewujudan kuasa misteri. Segala tindakbalas atau perkara yang berlaku semasa penyiasatan ini dirakamkan sendiri oleh Wan Hasliza.

     Sesetengah kejadian yang berlaku boleh diklasifikasikan sebagai gangguan biasa seperti keadaan istana yang sudah begitu usang menghasilkan gema yang menyeramkan atau bunyi angin melalui atap bumbung yang sudah rosak. Tetapi mereka akhirnya menyedari bahawa mereka tidak berseorangan malah ditemani oleh 'penghuni-penghuni' yang telah menetap di istana itu – sejak hari pertama lagi mereka di situ. 

    Melalui temubual, kamera-kamera yang digunakan dalam penyiasatan dan alat-alat khas yang lain, terdapat imej-imej yang ganjil dan menyeramkan telah ditemui disebalik misteri tinggalan istana lama ini.

    This posting includes an audio/video/photo media file: Download Now

    [18SX] Panas Model Bogel Iklan Kalendar Yamaha 2012 !!

    Posted: 01 Mar 2011 03:06 AM PST

    Alamak Anak siapa pula ni, memang lawak sebab kalau sebelum ini ada ramai wanita diluar sana yang suka beraksi sedemikian rupa. Namun kali ini ZoOm belum dapat pastikan tetapi gambar yang ZoOm nampak memang tanpa seurat benang.

    Sabar ye wahai kaki pose atas motor gambar anda dah ramai yang melihat, dan untuk anda diluar sana berhati-hati diatas motor :)

    Gambar Lawak : Road Tax 7 Keturunan

    Posted: 01 Mar 2011 02:57 AM PST


    Sekadar Lawak Petang di ZoOmartis

    ZoOm : Kalau Road Tax sampai 5011 kereta pun mungkin dah jadi habuk...lawak memang lawak gambar ini..siapalah punya kerja ni. :)

    Utusan Online - Hiburan

    Posted: 01 Mar 2011 03:08 PM PST

    Utusan Online - Hiburan


    Keputusan yang dikitar semula

    Posted:

    Keputusan yang dikitar semula

    Keputusan yang dikitar semula

    Oleh SHAZRYN MOHD. FAIZAL
    shazryn.faizal@utusan.com.my

    UNGGUL... Empat pelakon hebat yang menerima pengiktirafan di pentas Oscar iaitu (dari kiri) Christian Bale, Natalie Portman, Melissa Leo dan Colin Firth.


    SEPERTI mana yang dijangka dari awal lagi, keputusan Anugerah Academy Ke-83 atau Oscar tahun ini tidak mengundang sebarang kejutan seperti mana yang mungkin diharapkan.

    Semuanya menepati ramalan seperti mana yang sudah diperkatakan sebelum ini. Apa yang pasti, Kodak Theatre telah menjadi saksi persaingan sengit antara filem The King's Speech dan The Social Network.

    Memang tidak dinafikan lagi, kedua-dua filem itu telah bersaing hebat sejak dari awal musim anugerah bermula.

    Setiap kali apabila memperkatakan tentang Oscar, kejutan memang tidak dapat lari daripada majlis yang meraih perhatian meluas di seluruh dunia itu.

    Walaupun The King's Speech menjadi calon pilihan untuk Oscar tahun ini memandangkan ia merupakan filem paling banyak dicalonkan iaitu 12 kategori, namun, pengkritik dan pemerhati filem mengharapkan magis Oscar akan berpihak kepada The Social Network.

    Lebih-lebih lagi, selepas The King's Speech gagal memenangi sebarang anugerah untuk kategori teknikal, ia telah meletakkan The Social Network di hadapan untuk mengungguli Oscar tahun ini.

    Ia dikuatkan dengan kemenangan filem itu untuk tiga kategori yang tidak kurang pentingnya iaitu Lakon Layar Adaptasi, Skor Muzik Asal dan Suntingan Filem Terbaik.

    Apatah lagi untuk kategori Skor Muzik Asal dan Suntingan Filem Terbaik menyaksikan The Social Network menewaskan The King's Speech lalu memberi laluan mudah buat filem tersebut untuk mencatatkan kejayaan besar pada malam bersejarah itu.

    Namun, semua harapan itu berkecai apabila The King's Speech menunjukkan taringnya dengan memenangi Lakon Layar Asal Terbaik, Pengarah Terbaik untuk Tom Hooper dan Pelakon Lelaki Terbaik (Colin Firth) sekali gus Filem Terbaik untuk melengkapkan kemenangan mereka.

    Ketika pemenang Pengarah Terbaik tahun lalu, Kathryn Bigelow bersama Hilary Swank mengumumkan pemenang Pengarah Terbaik, memang ramai yang mengharapkan trofi emas itu akan menjadi milik David Fincher selaku pengarah The Social Network.

    Siapa yang mampu menidakkan kuasa Oscar apabila pihak juri sebulat suara dan secara kolektif mengisytiharkan Hooper sebagai Pengarah Terbaik tahun ini.

    Ternyata, Hooper bagaikan hilang kata-kata sewaktu namanya diumumkan sebagai pemenang dan Hooper mendedikasikan kemenangannya itu khusus buat ibunya, Meredith.

    Kata Hooper, jika bukan kerana ibunya yang menyakinkan dirinya untuk menerima cerita The King's Speech itu, tidak mungkin filem itu dapat direalisasikan.

    "Semuanya bermula sewaktu ibu saya yang juga seorang warganegara Australia menghadiri sesi pembacaan skrip untuk teater tentang kisah seorang pakar terapi percakapan yang membantu Raja George VI mengatasi masalah gagap.

    "Apabila ibu saya yang memegang watak pakar terapi dalam pementasan itu pulang ke rumah, dia menyerahkan skrip itu sambil berkata dia telah menjumpai projek filem terbaru saya.

    "Malam ini saya mahu menghargai ibu saya dengan trofi ini dan moral daripada cerita saya ini, jadilah seorang anak yang mendengar kata ibu," ucapnya disambut tepukan gemuruh daripada hadirin.

    Watak seorang raja gagap yang disifatkannya sebagai watak yang paling sukar dibawakan sepanjang bergelar seorang aktor juga membawa tuah kepada Firth.

    Kemenangannya sebagai Pelakon Lelaki Terbaik memang sudah dijangka dari awal memandangkan dia tidak pernah gagal membawa pulang setiap trofi sejak bermulanya musim anugerah kali ini.

    Sememangnya kemenangannya tahun ini telah mengubat kekecewaan Firth yang gagal memenanginya tahun lalu menerusi filem A Single Man apabila ia menjadi milik mutlak Jeff Bridges bagi filem Crazy Heart.

    "Saya merasakan karier saya sudah sampai ke kemuncaknya dengan kemenangan saya malam ini. Memang sukar untuk menggambarkan perasaan saya ketika ini, bercampur baru.

    "Tetapi, apa yang penting dan lebih bermakna buat saya apabila melihat bagaimana filem ini mempunyai hubungan yang cukup baik dengan penonton.

    "Penerimaan mereka yang turut merasai emosi dan jiwa filem ini membuatkan ia begitu dekat dengan saya sebagai pelakon sehinggakan saya merasakan ia bersifat begitu personal," ujarnya yang cukup terkenal menerusi watak Mark Darcy dalam dua buah filem Bridget Jones's Diary.

    Selain itu, filem-filem yang telah memperkenalkan nama anak kelahiran, Hampshire, United Kingdom berusia 50 tahun ini termasuklah A Christmas Carol, Mamma Mia!, Nanny McPhee, Love Actually, Girl With A Pearl Earring dan Shakespeare In Love.

    Selain Firth, aktres jelita berusia 29 tahun, Natalie Portman juga menepati ramalan ramai pihak apabila memenangi trofi Pelakon Wanita Terbaik kerana persembahan hebatnya dalam filem Black Swan.

    Portman yang menggayakan gaun ungu violet rekaan Rodarte nampaknya telah membenamkan harapan pesaing terdekatnya, Annette Bening yang dicalonkan menerusi filem The Kids Are All Right.

    Sejak namanya dicanangkan akan memenangi Oscar pertamanya, Portman tidak mahu meletakkan harapan yang tinggi.

    Untuk itu, dia mengucapkan terima kasih kepada anak yang berada di dalam kandungannya yang sering menendang perutnya bagaikan memberi ingatan kepadanya untuk tidak terlalu hanyut dengan pengiktirafan itu.

    "Saya berharapkan kemenangan ini akan memberi peluang bekerja dengan calon-calon lain dalam kategori ini," ucap Portman dalam nada terharu sewaktu menerima trofinya daripada Jeff Bridges.

    Dengan kemenangannya di pentas Oscar itu, ia telah melengkapkan koleksi anugerah Pelakon Wanita Terbaik milik Portman yang dimenangi sejak bermulanya musim anugerah kali ini.

    Sebelum ini, Portman pernah dicalonkan untuk Pelakon Pembantu Wanita Terbaik bagi filem Closer pada tahun 2005.

    Bertungkus-lumus dan bekerja keras untuk menghidupkan watak Nina Sayes dalam filem arahan Darren Aronofsky itu sememangnya telah menuai hasil yang cukup lumayan untuk Portman.

    Mungkin ada yang tidak tahu dengan rejim dan latihan intensif sebelum memulakan penggambaran Black Swan, berat badan pelakon jelita kelahiran Jurusalem, Israel itu telah berkurangan sebanyak sembilan kilogram.

    "Selepas ini, saya hanya mahu berehat di atas katil dan membiarkan wajah saya tanpa dicalit sebarang solekan," jelas Portman yang menunggu kelahiran bayi pertama hasil perkongsian bersama tunangnya, Benjamin Millepied.

    Meskipun tewas dalam mengungguli kategori utama, filem The Fighter mampu berpuas hati dengan kejayaan dua pelakonnya iaitu Christian Bale dan Melissa Leo.

    Kedua-dua bintang itu juga berjaya menepati ramalan apabila memenangi Pelakon Pembantu Lelaki dan Wanita Terbaik berdasarkan kecemerlangan lakonan masing-masing dalam filem autobiografi tentang peninju terkenal, Micky Ward itu.

    Menariknya juga, Oscar nampaknya menjadi medan penebus kekecewaan buat Chistopher Nolan apabila filem Inception tidak pulang dengan tangan kosong.

    Filem yang dianggap sebagai filem terbaiknya setakat ini, memenangi empat kategori iaitu Efek Visual, Adunan Bunyi, Suntingan Bunyi dan Sinematografi Terbaik.

    Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

    Pesona karpet merah Oscar

    Posted:

    Pesona karpet merah Oscar

    Pesona karpet merah Oscar

    Oleh SHAZRYN MOHD. FAIZAL
    shazryn.faizal@utusan.com.my


    REKAAN Vera Wang menjadi pilihan pemenang Pelakon Wanita Terbaik tahun lalu, Sandra Bullock ke Oscar tahun ini.


    SETIAP tahun, sudah menjadi tradisi Anugerah Academy atau Oscar apabila ia bukan hanya dilihat sebagai pentas pengiktirafan untuk karyawan seni Hollywood.

    Tetapi, ia sudah menjadi medan peragaan untuk para pelakon dan artis dalam memperagakan setiap busana yang menyaluti tubuh mereka.

    Bukan sembarangan busana, setiap daripada mereka yang hadir mendapat sentuhan mewah daripada pereka fesyen terkemuka untuk diperagakan di karpet merah.

    Untuk edisi ke-83 tahun ini, penampilan fesyen oleh artis-artis ternama Hollywood ke majlis anugerah yang cukup berprestij ini juga tidak kurang hebatnya.

    Pelbagai rekaan dan warna dapat dilihat di karpet merah Oscar apabila kebanyakan daripada mereka hadir dengan penampilan yang cukup menawan.

    Penggunaan warna merah juga tidak terlepas daripada menjadi pilihan beberapa orang aktres terkenal sekali gus meletakkan mereka dalam kelompok pakaian terbaik seperti mana yang dapat dilihat menerusi paparan ini.

    Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

    Berita Harian: Hip

    Posted: 01 Mar 2011 11:15 AM PST

    Berita Harian: Hip


    Semakin hangat

    Posted: 28 Feb 2011 03:53 PM PST

    Hip

    pix_gal0
    BIARPUN hampir 10,000 pengunjung membanjiri pusat beli-belah Kuantan Parade untuk memeriahkan acara siri jelajah Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2010 Ahad lalu, namun mereka semua nyata berdisiplin, membuatkan segala agenda berjalan dengan baik.

    Pujian buat peminat di Kuantan yang memang sporting! Mereka bukan hanya datang untuk melihat sendiri kelibat barisan finalis ABPBH edisi ke-24 ini dengan lebih dekat, malah mereka turut memberikan sokongan tidak berbelah bagi kepada setiap acara yang disediakan pada hari terbabit.

    Lalu, acara pada petang itu berlangsung dengan sungguh meriah sekali. Sambutan hangat berkenaan turut membuatkan barisan selebriti yang menjayakan siri jelajah di pusat beli-belah terkenal itu kian bersemangat untuk memberikan persembahan terbaik. Kuantan Parade muncul lokasi kedua siri jelajah berkenaan, selepas SACC Mall pada 19 dan 20 Februari lalu. Kali ini, kira-kira 16 finalis tampil menghangatkan suasana, dengan pelbagai acara menghiburkan termasuk nyanyian, permainan dan kuiz spontan yang sememangnya mendapat kerjasama penuh daripada orang ramai.

    Pusat beli-belah itu, petang berkenaan, menjadi medan berkumpul penyanyi, pelakon, penyampai radio, pengacara TV dan pelawak terkenal negara, di hadapan ribuan peminat yang tidak berganjak sepanjang acara diadakan. Tatkala mereka terpegun melihat kemunculan artis kesayangan masing-masing, mereka juga sentiasa patuh kepada segala arahan diberi. Sememangnya orang Kuantan mengagumkan penganjur dan selebriti yang hadir.

    Acara bermula kira-kira 2.30 petang dengan calon artis komedi, Along Raja Lawak dan Didie Alias menaiki pentas mengambil tempat mereka sebagai pengacara. Gandingan mereka cukup serasi, dengan gelagat selamba yang sering menggeletek hati pengunjung.

    Seperti biasa, acara persembahan nyanyian memang ditunggu-tunggu peminat. Apatah lagi penyanyi yang bakal tampil petang itu semuanya mempunyai nama yang cukup kuat dalam industri hiburan tempatan.
    Lebih istimewa, petang itu peminat dikejutkan dengan gimik yang cukup menjadi apabila tiba waktunya Shahir menaiki pentas untuk menghiburkan orang ramai. Sebaik saja juara Akademi Fantasia musim kelapan itu bersedia hendak melangkah ke pentas, dia dihalang pegawai bertugas. Pelik jugalah Shahir dibuatnya kerana ketika itu dia memang dijadualkan menyampaikan lagu popularnya, Kebahagiaan Dalam Perpisahan.

    Tanpa diketahuinya, seorang peminat yang memiliki wajah seakan-akan dengannya, Mohd Shahfiq Mohamad, terlebih dulu naik ke pentas lalu menyanyikan lagu berkenaan. Ketika itu, peminat bersorak sebaik saja melihat kemunculan 'Shahir'. Mereka juga tidak perasan, si penyanyi tadi bukanlah Shahir sebenar. Tidak lama kemudian, barulah si empunya diri betul-betul naik ke pentas menghiburkan mereka.

    Artis bijak layan peminat

    SELAIN Shahir, segmen nyanyian turut dimeriahkan dengan persembahan bertenaga daripada calon Top 5 kategori Penyanyi Lelaki/Wanita Popular seperti Anuar Zain, Faizal Tahir, Black, Ana Raffali dan Alyah.

    Black yang dicalonkan pada kategori sama buat tahun kedua turut terkejut dengan sambutan memberangsangkan pada siri jelajah ABPBH2010, yang berbeza dari tahun sebelum ini.

    "Tahun ini ialah tahun kedua saya dapat mengikuti siri jelajah ABPBH. Kuantan pula lokasi pertama saya dapat ikut sama tahun ini. Memang agak terkejut sebaik saja melangkah masuk ke Kuantan Parade, apabila melihat lautan manusia sudah bersedia menantikan kemunculan kami.

    "Sebelum ini saya pernah mengadakan persembahan di Kuantan pada acara hiburan yang lain. Ketika itu, pengunjung tidaklah seramai hari ini. Dari situ saya dapat melihat ABPBH2010 memang medan semua warga hiburan berhimpun dan tidak hairanlah sebab apabila peminat yang datang lebih ramai berbanding acara hiburan lain," katanya.

    Tidak ketinggalan mengadakan persembahan ialah calon kategori Artis Duo/Berkumpulan Popular seperti Bunkface dan Meet Uncle Hussain.

    Pengunjung juga tidak kering gusi melihat gelagat artis seperti Maya Karin, Zizan, Fizz Fairuz, Lisa Surihani, Fara Fauzana dan Angah (Raja Lawak) apabila mereka berada di pentas menjayakan pelbagai permainan disediakan. Mereka nyata bijak melayan peminat, membuatkan khalayak tidak pernah bosan.

    Lebih istimewa, peminat bertuah dapat pula menaiki kenderaan tajaan Edaran Tan Chong Motor Sdn Bhd bersama-sama finalis berkenaan.

    Peluang dekati penyokong

    HANYA tinggal lima minggu saja lagi sebelum acara kemuncak ABPBH2010 berlangsung dengan penuh gilang gemilang di Arena of Stars Genting Highlands. Ia dilihat antara acara yang sememangnya memberikan pengiktirafan terbaik buat penggiat seni sepanjang tahun lalu.

    Sudah tentu juga debaran kian dirasai baik calon Top 5 mahupun peminat sendiri, malah siri jelajah inilah menjadi medan terbaik buat finalis mendekati peminat.
    Kelebihan itu turut menjadi milik pelakon Fizz Fairuz yang tidak ketinggalan menjayakan siri jelajah di Kuantan Parade.

    "Inilah peluang saya untuk beramah mesra dengan peminat di kampung sendiri, Kuantan. Apa yang saya lihat, ramai jugalah peminat saya di sini dan bersyukur saya sangat dihargai orang kampung sendiri. Menjadi sedikit kelebihan kepada saya untuk mengikuti siri jelajah ABPBH2010 ini, di sini, dan sebab itulah saya tidak mahu melepaskan peluang ini. Saya rasa bangga apabila sebaik menjejak kaki ke pantas, pengunjung mula menjerit-jerit menyebut nama Fizz.

    "Sebelum Kuantan, saya juga berkesempatan mengikuti siri jelajah di Shah Alam. Namun, sambutan peminat kali ini tampak lebih meriah. Memang rezeki saya agaknya," katanya sambil menguntumkan senyuman.

    Selain menaiki kereta bersama finalis, peminat turut membawa pulang hadiah menarik tajaan Celcom dan produk Perusahaan Orang Kampung.

    Lokasi seterusnya siri jelajah promosi ABPBH2010 ialah The Mall, Kuala Lumpur pada 5 dan 6 Mac ini. Difahamkan, kira-kira 20 artis bakal berhimpun di pusat beli-belah itu, pada Ahad nanti. Pada 5 Mac pula, penganjur ABPBH2010 akan mengadakan sesi uji bakat pencarian Bintang Idola Berita Harian (BIBH).


    Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

    Pesona Maher Zain

    Posted: 28 Feb 2011 03:51 PM PST

    Hip

    Lebih 6,000 peminat terpukau dengan kelunakan suara penyanyi ini tatkala muncul dalam konsert di Stadium Malawati

    SELAMA dua malam berturut-turut, peminat Maher Zain terpesona dengan kelunakan suara penyanyi kelahiran Lubnan yang terkenal dengan lagu ketuhanan dan kemanusiaan itu. Bertempat di Stadium Malawati Shah Alam, penyanyi terbabit muncul menghiburkan penyokong setianya di sebelah sini, Jumaat dan Ahad lalu.

    Pada malam pembukaan, lebih 6,000 peminat tidak melepaskan peluang menyaksikan sendiri penyanyi yang berpangkalan di Sweden itu mengadakan persembahan secara langsung. Walaupun sudah beberapa kali mengadakan pertunjukan di Malaysia, namun sambutan hangat tetap diterima jejaka berusia 30 tahun itu. Pada malam kedua pula, difahamkan 7,000 tiket habis disambar peminat tegar artis bertopi ini.

    Maher Zain Live in Concert sememangnya memenuhi impian penggemar lagu bercorak keislaman dan kemanusiaan, walaupun muzik yang diperjuangkan Maher tidak jauh bezanya dengan muzik popular. Bezanya, pemuda yang bakal bergelar bapa tidak lama lagi ini menghiburkan peminat dengan irama bersulam lirik ketuhanan, puji-pujian ke atas nabi junjungan, serta pesanan ke arah kebaikan. Konsert yang menampilkan Eddie Marzuki sebagai pemimpin muzik itu bermula jam 9 malam dengan penampilan kumpulan Inteam, yang turut menyaksikan kemunculan semula Suhaimi bersama mereka.

    Kumpulan berkenaan mengembalikan nostalgia peminat terhadap populariti dikecapi mereka apabila mempersembahkan rangkaian lagu yang menjadi siulan ramai pada konsert terbabit, termasuk Nur Kasih dan Setanggi Syurga.

    Selepas itu, penyanyi dari Pakistan yang kini menjadikan Kanada sebagai rumahnya, Irfan Makki, menghiburkan penonton dengan beberapa lagu seperti Mother dan Waiting for the Call. Seperti mana Maher, Irfan juga bernaung di bawah label Awakening Records.

    Suasana dalam stadium menjadi lebih gamat tatkala Maher muncul di pentas. Sememangnya, dialah bintang utama yang dinanti-nantikan peminat. Lagu Always Be There yang menerima tepukan gemuruh daripada penonton membuka persembahannya pada malam berkenaan.
    Pesona Maher tidak syak lagi begitu kuat. Dengan suaranya yang merdu dan senyuman tidak lekang di bibir, penyanyi ini seterusnya memukau peminat dengan alunan selawat Ya Nabi Salam Alaika, disusuli dengan lagu Hold My Hands.
    Seperti kebiasaan, Maher tidak menyanyi bersendirian, sebaliknya sering menghalakan mikrofon ke arah penonton untuk sama-sama mengalunkan setiap lagu disampaikan.

    Sebagai kejutan buat penonton pula, Maher mengundang penyanyi utama kumpulan Padi, Fadly, untuk berduet bersamanya menyanyikan lagu popular Insha-Allah. Jika Maher menyanyikan rangkap berbahasa Inggeris, Fadly pula menyanyikan baris-baris seni kata dalam bahasa Melayu.

    Lagu lain yang disampaikan penyanyi yang juga komposer berbakat itu ialah Palestine Will Be Free, Thank You Allah, Allah Hi Allah Kiya Karo, The Chosen One, For The Rest Of My Life, Open Your Eyes dan Baraka Allahu Lakuma. Sebelum memulakan sesebuah lagu, penyanyi ini tidak lupa berceloteh seketika bersama penonton.

    Selain Inteam, Irfan dan Fadly, konsert terbabit juga diserikan dengan kemunculan penyanyi dari Macedonia, Mesut Kurtis, yang menghiburkan khalayak dengan beberapa lagu petikan album Salawat dan Beloved, juga daripada label Awakening. Dia turut menyanyikan sebuah lagu bersama Maher malam itu, berjudul Never Forget, dibantu beberapa kanak-kanak.

    Maher yang berulang kali menyatakan rasa bangganya dapat kembali menghiburkan penyokong setianya di Malaysia tidak ketinggalan memperkenalkan lagu terbarunya berjudul Freedom, yang baru saja dihasilkan, berinspirasikan kebangkitan rakyat di negara Mesir.

    Maher Tidak kedekut

    TERUJA dengan sambutan hangat diberikan peminat malam itu, Maher nyata tidak kedekut untuk menyanyikan sekali lagi lagu Insha-Allah, kali ini dalam versi Melayu. Lagu terbabit dimuatkan dalam album Thank You Allah edisi platinum.

    Walaupun sudah sampai ke penghujung, peminat yang bagaikan terpaku dengan persembahannya enggan berganjak dari tempat duduk. Maher sendiri kelihatan cukup seronok dengan suasana yang cukup membanggakan itu. Lalu, dia sekali lagi menyampaikan lagu Freedom dan For the Rest of My Life. Sebagaimana biasa, peminat menjadi penyanyi latarnya secara tidak rasmi. Buat kesekian kali, suasana dalam stadium bergema dengan nyanyian ribuan peminat Maher dan kali ini, akur dengan permintaan idola mereka, penonton mengangkat tangan sambil menggenggam telefon bimbit. Sungguh indah suasananya ketika itu.

    Belum cukup dengan persembahan bonus terbabit, Maher buat kali ketiga mendendangkan lagu utamanya Insha-Allah, kini dalam versi Inggeris.

    Dia turut sempat mengucapkan kata-kata yang sememangnya dinantikan peminat, sebelum betul-betul meninggalkan pentas.

    "Saya sayang Malaysia. Saya sangat terharu dengan sokongan dan kehadiran anda semua malam ini dan Insya-Allah saya akan mengadakan persembahan seumpama ini lagi pada masa depan," katanya.

    Sebaik saja lampu kembali diterangkan, wajah ribuan penonton yang hadir pada malam itu nyata menunjukkan kepuasan dengan persembahan penuh bertenaga selama dua jam setengah yang baru saja mereka saksikan. Ia memori amat bermakna buat penggemar muzik Maher Zain, termasuklah beberapa wajah popular seperti Dayang Nurfaizah, Datuk Khatijah Ibrahim dan penyampai radio, Linda Onn.


    Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

    Tiada ulasan:

    Catat Ulasan