Isnin, 7 Mac 2011

Edisi Semasa

Edisi Semasa


Harian Metro: Mutakhir

Posted: 07 Mar 2011 07:46 AM PST

Harian Metro: Mutakhir


Jelajah Metro di Alor Gajah

Posted: 07 Mar 2011 06:30 AM PST

TAKLIMAT...Kamarudin bersama kakitangan HM mengadakan perbincangan untuk penganjuran Jelajah HM 2011 hujung minggu ini.
TAKLIMAT...Kamarudin bersama kakitangan HM mengadakan perbincangan untuk penganjuran Jelajah HM 2011 hujung minggu ini.

ALOR GAJAH: Harian Metro (HM) sekali lagi bakal menemui pembaca se tianya melalui Jelajah Metro 2011 di Dataran Kris, di sini, pada Sabtu dan Ahad ini.

Program yang mendapat kerjasama Majlis Perbanda ran Alor Gajah (MPAG) itu diadakan sempena merai kan ulang tahun ke-20 HM dengan menyediakan pel bagai aktiviti menarik ke pada pembaca termasuk persembahan artis terkenal.

Yang Dipertua MPAG, Kamarudin Md Shah ber kata, pihaknya berbangga kerana dapat bersama bagi menganjurkan program berkenaan di daerah itu.

"Pengajuran aktiviti ini yang turut membabitkan persembahan artis oleh HM adalah hadiah kepada penduduk sekitar Alor Ga jah sempena ulang tahun kelapan MPAG penghu jung bulan depan.


"Kami mengalu-alukan kehadiran HM ke daerah ini," katanya ketika dite mui selepas mengadakan mesyuarat bagi membin cangkan penganjuran jela jah itu dengan kakitangan HM di MPAG, di sini, se malam.


Turut hadir, Setiausaha MPAG, Saleh Mohd Dom; Pengarah Pelesenan MPAG, Azizan Sulong; Penolong Pengarang Berita HM, Noor Azam Abd Aziz; Pe ngurus Projek HM, Abdul Kadir Hamza; Pengurusi Je lajah, Shamsaini Salim dan Ketua Biro Harian Metro Melaka/Negeri Sembilan, Mohd Nur Asnawi Daud.

Beliau berkata, pihaknya akan memberikan soko ngan penuh kepada HM bagi penganjuran itu dan berasa bertuah kerana Alor Gajah terpilih untuk siri jelajah kali ini.

Jelajah Metro menerus kan misinya untuk mene mui pembaca di daerag itu selepas Pantai Teluk Batik (Perak); Kota Tinggi (Jo hor) dan Pantai Batu Buruk (Kuala Terengganu).

Antara aktiviti menarik sempena jelajah itu terma suk persembahan artis, su kaneka dan Senaman Po co-Poco/Senamrobik.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiga warga emas maut

Posted: 07 Mar 2011 05:33 AM PST

TAWAU: Tiga warga emas termasuk seorang wanita maut dalam kemalangan membabitkan empat kenderaan iaitu tiga trak pikap dan sebuah bas ekspres di Sungai Nasib Kita, Jalan Tawau-Semporna, di sini, hari ini.

Dalam kejadian kira-kira jam 2.30 petang, mereka yang terbunuh dikenali sebagai Tee Ling Huat, 65, dan Ngu Heng Dat, 73, yang menaiki kenderaan jenis Toyota Hilux dan Ling Leh Ngik, 66, yang menaiki kenderaan berasingan tetapi daripada model sama.


Kejadian dipercayai berlaku apabila kenderaan dipandu Tee gagal dikawal lalu merempuh kenderaan dinaiki Ling sebelum sebuah lagi trak pikap jenis Isuzu D-Max gagal mengelak dan merempuh mereka.

Sebuah bas ekspres yang dalam perjalanan dari pekan ini ke Kota Kinabalu yang ketika itu mengekori sebuah kenderaan pikap itu gagal mengelak dan merempuh ketiga-tiga pikap berkenaan.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Kosmo Online

Posted: 07 Mar 2011 07:44 AM PST

Kosmo Online


Sisa jadi baja kompos

Posted:

Sisa jadi baja kompos

Sisa jadi baja kompos

07/03/2011 4:54pm

SEREMBAN - Restoran, kedai makan dan pasar di sekitar bandar ini digalakkan membawa bahan buangan sisa makanan dan sayuran mereka ke Pusat Informasi Sungai Temiang di Jalan Tun Dr Ismail di sini untuk diproses dijadikan baja kompos.

Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Hal Ehwal Perladangan, Sumber Manusia, Alam Sekitar dan Pengaduan Awam negeri Datuk V.S. Mogan berkata langkah itu adalah salah satu usaha mengawal punca pencemaran Sungai Temiang.

"Pusat ini yang dikendalikan oleh Jabatan Pengairan dan Saliran negeri mempunyai mesin khas untuk memproses bahan buangan berkenaan untuk dijadikan baja kompos.

"Setakat ini kita mempunyai sebuah mesin khas yang boleh memproses 50 kilogram bahan buangan makanan dan sayuran," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Pusat Informasi Sungai Temiang di sini hari ini. - Bernama

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Majlis fatwa teliti bahan mistik

Posted:

Majlis fatwa teliti bahan mistik

Majlis fatwa teliti bahan mistik

07/03/2011 4:53pm

KUALA TERENGGANU - Majlis Fatwa Negeri Terengganu (MFNT) akan memanggil penganjur pameran mistik yang dirancang untuk diadakan di sini April ini bagi membincangkan mengenai bahan pameran yang akan diperlihatkan kepada orang ramai.

Ahli Jawatankuasa MFNT Datuk Shaikh Harun Shaikh Ismail berkata beliau telah memaklumkan kepada Mufti negeri Terengganu untuk mengadakan perbincangan dengan penganjur berhubung pameran itu.

"Kita akan mengadakan perbincangan dengan penganjur pameran iaitu Dynasty Event Sdn Bhd Isnin ini bagi meneliti pengisian program yang akan diadakan itu," katanya. - Bernama

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Media Perak juara menembak

Posted:

[unable to retrieve full-text content]TAPAH - Pasukan media Perak yang diwakili Kelab Sukan dan Kebajikan Media Perak (KSKMP) menjadi naib juara kategori berpasukan acara "Jatuh Piring" pada pertandingan menembak anjuran Batalion 3 Rejimen Askar Wataniah (RAW) di lapang sasar Ibu Pejabat Polis Daerah Tapah.

Berita Harian: Mutakhir

Posted: 07 Mar 2011 03:43 AM PST

Berita Harian: Mutakhir


Hantar segera borang cukai melalui e-Filing: LHDN

Posted: 07 Mar 2011 03:35 AM PST

Mutakhir

KUALA LUMPUR: Semua pembayar cukai diseru supaya menghantar segera borang nyata cukai pendapatan mereka melalui e-Filing dan tidak menunggu saat akhir bagi mengelakkan kesesakan talian.

Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDN) memaklumkan penghantaran Borang Nyata Cukai Pendapatan Tahun Taksiran 2010 (BNCP 2010) melalui e-Filing bagi individu dan majikan boleh dilakukan mulai 1 Mac.

Perkhidmatan itu boleh dicapai terus melalui laman web e-Filing https://e.hasil.gov.my atau laman web rasmi LHDN www.hasil.gov.my. LHDN juga menasihatkan pembayar cukai supaya menjelaskan baki cukai pendapatan yang perlu dibayar selewat-lewatnya pada tarikh akhir pengemukaan borang penyata iaitu 30 April bagi mengelakkan sebarang penalti lewat bayar dikenakan.

Sebarang pertanyaan berkaitan dengan hal ehwal percukaian boleh dikemukakan melalui talian telefon ke Pusat Khidmat Pelanggan LHDN di talian 1-300-88-3010 atau e-mel callcentre@hasil.gov.my. - BERNAMA


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Pekebun maut terkena peluru sesat

Posted: 07 Mar 2011 03:33 AM PST

Mutakhir

KUALA TERENGGANU: Seorang pekebun meninggal dunia 12 jam selepas dipercayai terkena peluru sesat ketika ke kebun untuk melihat kerbau peliharaannya di Bandar Al-Muktafi Billah Shah, Dungun, dekat sini malam tadi.

Mamat Che Ghani, 61, yang terkena tembakan di perutnya dalam kejadian 1 malam itu, sempat menghubungi seorang anak perempuannya yang bergegas ke kebun itu dan menemuinya terbaring dalam keadaan berlumuran darah di sebuah pondok.

Dia dibawa ke klinik berhampiran sebelum dikejarkan ke Hospital Sultanah Nur Zahirah tetapi meninggal dunia pada 10.45 pagi tadi. Ketua Polis Terengganu, Datuk Jamshah Mustapa, berkata polis telah menahan empat lelaki berumur 34 hingga 59 tahun bagi membantu siasatan.

Katanya, mereka ditahan pada 1.45 pagi berhampiran kawasan kejadian ketika dipercayai baru pulang dari memburu.

Polis merampas selaras senapang patah dan satu kelongsong peluru daripada seorang lelaki itu yang bekerja sebagai pengawal keselamatan. - BERNAMA


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Harian Metro: Setempat

Posted: 07 Mar 2011 03:41 AM PST

Harian Metro: Setempat


Pelan atasi kesesakan di Bangsar dalam 4 bulan

Posted: 06 Mar 2011 11:17 AM PST

KUALA LUMPUR: Kesesakan lalu lintas di kawasan Bangsar, di sini, yang meruncing terutama ketika waktu puncak dijangka dapat diatasi dalam tempoh enam bulan akan datang apabila projek naik taraf Jalan Maarof dilaksana Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Jalan itu yang mempunyai dua lorong akan ditambah tiga lorong bagi memberi lebih keselesaan pengguna jalan raya selain laluan masuk ke Bangsar diperbesarkan.


Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Zainal Abidin, berkata pihaknya menyedari aliran trafik di situ kerap menimbulkan keluhan penduduk, justeru akan bertindak segera bagi membesarkan laluan sedia ada.

"Tempoh hari pun kami sudah meninjau keadaan di Jalan Maarof ini dan sekarang DBKL merangka pelan untuk membesarkan laluan masuk disamping merangka jumlah bajet yang perlu diperuntukkan.


"Kami jangkakan dalam tempoh enam bulan akan memulakan kerja dan keadaan di jalan berkenaan akan ditambah baik, mungkin tahun depan pengguna lebih selesa dengan aliran trafiknya yang tak lagi tersekat-sekat.


"DBKL juga diminta mengambil kira soal penguatkuasaan dan lampu isyarat di sepanjang jalan mengelak masalah lebih buruk," katanya pada sidang media selepas mengadakan sesi dialog dan melawat pasar malam Bangsar Baru di sini, semalam.

Beliau diiringi Pengarah Jabatan Perancang Bandar DBKL, Mahadi Ngah dan Pengerusi Persatuan Penduduk Bangsar Baru, Datuk George Joseph.


Nong berkata, selain isu kesesakan di Jalan Maarof, sesi dialog turut membincangkan perkara lain antaranya soal tanah lapang di kawasan terbabit, cadangan membina balai polis, menaik taraf kompleks sukan dan kebersihan di pasar malam selain kualiti air.

"Kami juga memberi perhatian kepada aduan penduduk mengenai rumah di Jalan Telawi dan sekitarnya yang dijadikan premis komersial kerana ketika ini hanya dua rumah yang diberi kelulusan untuk tujuan komersial iaitu tadika dan pusat rawatan dialisis.


"Lain-lain premis yang beroperasi untuk tujuan komersial adalah dilaksana secara haram dan ia dalam perhatian pihak berkuasa, malah dalam proses dakwaan di mahkamah.


"Pada sesi dialog tadi juga kementerian berjanji akan memberi perhatian terhadap semua aduan penduduk dan berusaha mengatasinya," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Teman lelaki maut ditetak

Posted: 06 Mar 2011 11:15 AM PST

KUALA LUMPUR: Seorang lelaki maut manakala teman wanitanya cedera ditetak sekumpulan lelaki bersenjata yang tiba-tiba datang ke rumahnya di sebuah pangsapuri berhampiran Jalan Changkat Thambi Dollah, di sini, semalam.

Mangsa, Ahmad Shariff Akbar Shah, 26, seorang pekerja bengkel besi buruk mati di tempat kejadian dipercayai akibat tikaman lebih lima kali di dada selain cedera di kepala dan badan.


Abang ipar mangsa, Asriy Ramachandran, 35, ketika ditemui di tempat kejadian berkata, mangsa seorang yang pendiam dan tidak mempunyai musuh. "Mangsa tidak pernah bercerita atau berkongsi masalah peribadi dengan saya kerana kami tinggal berasingan dan hanya bertemu ketika keluar bekerja. Saya tidak tahu sama ada mangsa ada berhutang dengan along atau pernah menerima ugutan daripada sesiapa," katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Dang Wangi, Asisten Komisioner Zulkarnain Abdul Rahman, berkata mangsa dipercayai bergaduh dengan sekumpulan lelaki menyebabkan dia dipukul dan ditikam bertubi-tubi.


Katanya, teman wanita mangsa yang berada di tempat kejadian turut cedera dan kini dirawat di HKL.


Beliau berkata, mangsa mati di tempat kejadian disebabkan parah akibat dipukul senjata tumpul dan benda tajam.

"Siasatan polis di tempat kejadian tidak menemui sebarang senjata atau peralatan yang digunakan suspek, malah bilik mangsa juga tiada kesan diceroboh," katanya.


Katanya, mayat mangsa dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk bedah siasat. Polis mengklasifikasikan kes ini sebagai bunuh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Utusan Online - Utara

Posted: 07 Mar 2011 03:40 AM PST

Utusan Online - Utara


Penuntut sokong sewa pesawat

Posted:

Penuntut sokong sewa pesawat

Penuntut sokong sewa pesawat

Oleh AMIZUL TUNIZAR AHMAD TERMIZI
utusanperak@utusan.com.my

IPOH 6 Mac - Seramai 700 penuntut dari Perak yang belajar di universiti-universiti di Mesir menyambut baik usaha kerajaan negeri membiayai kos penghantaran mereka ke negara itu bagi menyambung semula pengajian yang tergendala akibat krisis politik di negara berkenaan.

Mereka turut berterima kasih kepada Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perak (MAIAIMPk) kerana menyumbangkan wang saku sebanyak RM500 kepada setiap pelajar.

Yang Dipertua Persatuan Keluarga Pelajar Islam Perak di Mesir, Khairul Ashraf Mohd. Khir berkata, bantuan yang disalurkan itu dapat mengurangkan beban keluarga untuk menguruskan penghantaran pulang anak-anak mereka ke Mesir.

"Ia memberi kami semangat untuk belajar dengan bersungguh-sungguh supaya kami memberikan sumbangan kepada negeri ini apabila tamat pengajian nanti," katanya pada majlis perjumpaan penuntut-penuntut Perak di Mesir dengan Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir, di sini semalam.

Sementara itu, penuntut Usuluddin dan Dakwah Universiti Al-Azhar, Anas Zharif Harun, 22, berkata, kerajaan negeri banyak membantu dalam menangani isu membabitkan penuntut Perak di Mesir termasuk mengeluarkan mereka dari Mesir semasa pergolakan politik memuncak.

Nursyuhada Hashifuddin, 25, juga dari Universiti Al-Azhar bersyukur kerana kerana kerajaan negeri mengambil berat kebajikan anak-anak Perak yang belajar di Mesir.

Rakannya, Siti Aishah Nasaruddin, 23, yang mengikuti pengajian Syariah di universiti sama berkata, bantuan yang dihulurkan oleh kerajaan negeri dan MAIAMPk itu memudahkan urusan mereka untuk pulang ke Mesir.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Ahli MPP jangan berfikiran jumud - Tuanku Syed Faizuddin

Posted:

Ahli MPP jangan berfikiran jumud - Tuanku Syed Faizuddin

Ahli MPP jangan berfikiran jumud - Tuanku Syed Faizuddin


SYED Faizuddin Putra Jamalullail (belakang, tengah) bersama Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Lailatul Shahreen Akashah Khalil menyaksikan majlis Menandatangani Akujanji Watikah Pelantikan Majlis Perwakilan Pelajar Sesi 2010-2011 di Tasoh Lake Resort, Padang Besar, kelmarin.


PADANG BESAR 6 Mac - Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) dinasihatkan supaya membebaskan pemikiran daripada belenggu unsur-unsur jumud, sebaliknya mereka perlu membina keyakinan diri di kalangan pelajar bagi menghadapi pelbagai cabaran pada masa akan datang.

Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah, bagi mencapai hasrat itu, di sebalik tanggungjawab memelihara kebajikan dan mengukuhkan perpaduan pelajar, MPP semestinya merangka serta melaksanakan program pembangunan insan.

"Ini termasuk meningkatkan pengetahuan dan keterampilan mahasiswa, penerapan nilai-nilai murni, menanam sikap positif dan budaya cemerlang, kemahiran kepimpinan, semangat jati diri dan integrasi antara kaum," titah baginda.

Baginda yang merupakan Canselor Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) bertitah demikian pada Majlis Penyerahan Watikah Pelantikan MPP UniMAP Sesi 2010/2011 di Timah Tasoh Lake Resort, di sini malam tadi.

Berangkat sama ke majlis tersebut ialah Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Lailatul Shahreen Akashah Khalil selaku Pro Canselor UniMAP.

Turut hadir, Naib Canselor UniMAP, Prof. Datuk Dr. Kamarudin Husin.

Sehubungan itu, titah baginda, ahli-ahli MPP perlu melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan dengan penuh dedikasi termasuk sentiasa berusaha untuk meningkatkan kebajikan pelajar, mengeratkan perpaduan, mewujudkan persekitaran pembelajaran yang kondusif serta dapat mengangkat kecemerlangan akademik dan sahsiah pelajar.

Menurut baginda, masyarakat Malaysia terdiri daripada berbilang bangsa, budaya dan agama tetapi ia merupakan suatu kekuatan dan keunikan dan boleh dianggap sebagai penyatuan dalam kepelbagaian.

"Jika di negara lain, kepelbagaian ini sering dilihat sebagai punca masalah dan ketidakstabilan tetapi di Malaysia, alhamdulillah ia merupakan kekuatan dan keunikan kita," titah baginda lagi.

Titahnya, selaku pemimpin muda di peringkat universiti, ahli-ahli MPP perlu berperanan menangani gejala sosial seperti penyalahgunaan najis dadah, pergaulan bebas, peningkatan jenayah, gangsterisme, berpuak-puak dan sebagainya.

"Ahli-ahli MPP juga disarankan supaya menekankan kepada konsep universalisme yang berpaksikan kepada tuntutan agama, norma-norma masyarakat dan nilai murni budaya tempatan," titah baginda.

Seramai 31 wakil pelajar dipilih bagi mewakili keseluruhan mahasiswa dan mahasiswi UniMAP untuk penggal 2010/2011 dan di majlis tersebut juga diadakan bacaan ikrar oleh MPP 2010/2011, Menandatangani Surat Aku Janji dan Penyerahan Fail Tugas.

Sesi 2010/2011 menyaksikan Aminudin Anuar dipilih sebagai Yang Dipertua MPP UniMAP manakala timbalannya ialah Mohamad Farihan Abdul Malik.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Penduduk Perlop 1 tidak lagi bimbang

Posted:

Penduduk Perlop 1 tidak lagi bimbang

Penduduk Perlop 1 tidak lagi bimbang

SUNGAI SIPUT 6 Mac - Tindakan pantas Jabatan Perhilitan memasang perangkap harimau di Kampung Perlop 1 dekat sini, berjaya mengurangkan kebimbangan penduduk untuk melakukan kerja seharian.

Ketua Kampung Paerlop 1, Ahmad Abd. Rahman berkata, selepas perangkap dipasang penduduk kembali bekerja seperti biasa dan berasa lebih terjamin untuk melakukan urusan lain.

"Sejak kejadian seorang penduduk terserempak dengan harimau, penduduk kampung yang kebanyakannya penoreh getah dan penanam kelapa sawit takut untuk keluar bekerja.

"Tetapi, sekarang lebih terjamin kerana usaha mengesan dan pencegahan sudah dilakukan. Selain itu, penduduk kampung juga lebih berwaspada dengan keluar dalam kumpulan dan tidak lagi bersendirian," katanya di sini semalam.

Ahmad berkata, selepas laporan dibuat, sepasukan kakitangan Jabatan Perhilitan telah dihantar bagi memasang perangkap haiwan buas berkenaan.

Katanya, bagi membantu usaha itu, Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung (JKKK) telah menyumbangkan seekor kambing untuk dijadikan umpan.

Beliau menambah, kejadian penduduk kampung berhampiran diserang haiwan buas berkenaan dua tahun lalu masih segar dalam ingatan penduduk sekali gus membuat mereka lebih berwaspada.

Sementara itu, Setiausaha Persatuan Ketua Kampung Parlimen Sungai Siput, Meor Harun berkata, selain memasang perangkap, pihak Jabatan Perhilitan juga telah mengambil sampel tapak kaki harimau terbabit untuk dibuat analisis.

"Kita berharap harimau berkenaan dapat dikesan bagi menghapuskan terus kebimbangan penduduk," katanya.

Beliau menambah, Jabatan Perhilitan turut digesa membuat kajian terperinci mengenai populasi haiwan berkenaan di kawasan itu bagi membolehkan langkah pencegahan awal diambil.

Katanya, ini penting bagi mengelak kejadian yang tidak diingini daripada berlaku.

Pada 12 Februari lalu, penduduk kampung berkenaan gempar apabila salah seorang daripada mereka terserempak dengan haiwan buas berkenaan ketika membersih kebun kokonya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Utusan Online - Selatan

Posted: 07 Mar 2011 03:13 AM PST

Utusan Online - Selatan


Tiada sebarang kes H1N1 di NS

Posted:

Tiada sebarang kes H1N1 di NS

Tiada sebarang kes H1N1 di NS

Oleh FARABI SHEIKH SAID AL JABRI
utusanN9@utusan.com.my

SEREMBAN 6 Mac - Orang ramai dinasihatkan supaya terus berwaspada dan mengambil langkah perlu bagi mengelakkan penularan wabak H1N1 di negeri ini.

Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Kesihatan, Sains, Teknologi dan Inovasi negeri, Datuk Ismail Taib berkata, sehingga kini, tiada sebarang kes melibatkan penularan wabak itu dilaporkan oleh pihak Jabatan Kesihatan negeri.

Bagaimanapun, kata beliau, pihaknya terus menjalankan pemantauan secara berterusan bagi membolehkan langkah susulan diambil sekiranya berlaku kes melibatkan penyakit berkenaan.

"Pemantauan secara berterusan akan dilakukan pihak jabatan. Kita memang memandang serius mengenai penularan wabak berkenaan kerana ia merupakan penyakit berjangkit.

"Sehubungan itu, kita mengatur langkah dengan mengadakan penerangan kepada orang ramai mengenai langkah pencegahan yang perlu diambil bagi memastikan wabak ini dapat ditangani," katanya di sini hari ini.

Beliau diminta mengulas saranan Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan supaya langkah pencegahan bagi membendung penularan H1N1 dilakukan segera berikutan tiga kematian terbaru setakat ini di negara ini.

Ismail berkata, penularan wabak itu dapat dikekang sekiranya peranan masyarakat dalam menjaga kebersihan dapat dimainkan dengan sebaik mungkin.

Beliau berkata, ibu bapa yang mendapati anak-anak mereka menghidap simptom H1N1 perlu menghantar segera mereka ke hospital bagi mendapatkan rawatan susulan.

"Kita mahu peranan ini turut dimainkan oleh semua pihak dan tidak hanya tertumpu kepada kerajaan semata-mata kerana tanpa kesedaran orang ramai, wabak ini terus menular.

"Sekiranya terdapat simptom H1N1 di kalangan ahli keluarga, laporkan segera kepada pihak hospital untuk mendapatkan rawatan susulan," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Teater Gelanggang Tok Wali dan Mahkota Buana wajar ditonton

Posted:

Teater Gelanggang Tok Wali dan Mahkota Buana wajar ditonton

Teater Gelanggang Tok Wali dan Mahkota Buana wajar ditonton


Sebahagian pelakon dan peserta termuda berusia lima tahun, Aiman Aris Fauzi membuat latihan menjelang persembahan teater Mahkota Buana di Auditorium Taman Budaya, Seremban, semalam.


SEREMBAN 6 Mac - Golongan pelajar wajar mengambil peluang untuk menonton teater Gelanggang Tok Wali yang akan dipentaskan di Auditorium Taman Budaya, dekat sini pada 25 hingga 27 Mac ini.

Naib Pengerusi Persatuan Karyawan Negeri Sembilan, Siti Salbiah Zahari berkata, teater itu merupakan adaptasi teks komponen sastera Bahasa Melayu pada Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan ia dapat membantu pembelajaran mereka.

"Teater ini pernah dipentaskan tahun lalu di tempat yang sama tetapi pada kali ini ia menampilkan kelainan dengan barisan pelakon baru, lebih muda dan bertenaga," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Tambah Siti Salbiah, teater itu juga penting untuk guru menghayati teks bagi tujuan pengajaran secara kreatif dan kritis, selain memahamkan pelajar terhadap penghayatan nilai dan persoalan yang diutarakan dalam teks drama itu.

"Ini juga satu kaedah pembelajaran dan pengajaran yang positif iaitu dari satu teks berbentuk penulisan, kemudian ia diterjemahkan dalam seni persembahan untuk menghasilkan impak besar kepada pelajar," katanya.

Selain teater Gelanggang Tok Wali yang diarahkan Roslee Mansor dengan skripnya ditulis oleh Ismail Kassan, persatuan itu menganjurkan teater muzikal Mahkota Buana yang dipentaskan pada 1 hingga 3 April depan di tempat yang sama.

"Mahkota Buana ini merupakan teater muzikal Melayu di mana pembabitan pelakonnya merupakan remaja dan kanak-kanak yang mengisahkan suasana alam purba.

"Temanya berkenaan kebijaksanaan raja (pemimpin) beserta kesetiaan rakyat penyelamat kedaulatan negara.

"Kisahnya menarik iaitu berkaitan dengan kecintaan kepada agama, raja berjiwa rakyat, kesetiaan rakyat, sejarah, kemanusiaan, kebijaksanaan, perpaduan, pengorbanan dan alam sekitar. Ia menepati citra Malaysia," katanya.

Teater itu diarahkan dan skripnya ditulis penggiat seni terkenal, Ladin Nuawi.

Siti Salbiah memberitahu, Mahkota Buana itu merupakan inisiatif persatuan untuk menampilkan kanak-kanak seusia lima tahun.

"Kos produksi dan pengurusan paling minimum dijangka sebanyak RM35,000 untuk teater Gelanggang Tok Wali, manakala RM50,000 untuk Mahkota Buana.

"Jumlah itu tidak termasuk sewa auditorium dan ketika ini kos berkenaan ditanggung oleh persatuan ini dan individu," katanya.

Orang ramai dijemput untuk menonton kedua-dua teater itu yang akan dipentaskan pada pukul 3 petang dan 8.30 malam serta setiap pengunjung dikenakan bayaran sebanyak RM10 untuk menanggung sebahagian kos pengurusannya.

Bagi guru dan pelajar boleh membuat tempatan melalui talian 016-6066979, 012-2351483, atau 013-6769385.

"Sebaiknya baca dahulu teks sebelum menonton. Manakala dermawan yang berhajat menyumbang kewangan boleh menggunakan nombor akaun 0510029000453227, Persatuan Karyawan Negeri Sembilan, Bank Simpanan Nasional," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiga beradik dapat bantuan peralatan sekolah

Posted:

Tiga beradik dapat bantuan peralatan sekolah

Tiga beradik dapat bantuan peralatan sekolah


DARI kiri, Muhd. Azry, Nur Izzah dan Muhd. Rafi melihat pakaian sekolah dan kasut pada majlis sumbangan di Dewan Datuk Haji Ahmad Ithnin, Merlimau, kelmarin.


JASIN 6 Mac - Hasrat tiga beradik untuk memiliki pakaian sekolah baru sejak tiga bulan lalu menjadi kenyataan sebaik sahaja menerima bantuan sepasang pakaian sekolah dan alat tulis di sini semalam.

Tiga beradik berkenaan, Muhd. Azry Rosnan, 11, Muhd. Rafi, 9, dan Nur Izzah, 7, yang bersekolah di Sekolah Rendah (SK) Arab Merlimau Pasir ternyata begitu gembira mendapat pakaian sekolah baru tersebut kerana ia seperti agak mustahil sebelum ini berdasarkan kemiskinan hidup keluarga mereka.

Ibu mereka, Asnah Atan, 44, memberitahu, kesempitan hidup dia dan suaminya menyebabkan mereka tidak mampu untuk membeli pakaian dan peralatan sekolah untuk ketiga-tiga anak mereka itu.

"Sumber pendapatan kami begitu kecil kerana suami bekerja di sebuah kilang besi di Merlimau dengan pendapatan hanya RM900 sebulan manakala saya pula tidak bekerja.

"Hanya dengan pendapatan itu, kami gunakan untuk membayar sewa rumah, membeli pakaian sekolah mereka dan membeli barangan dapur serta beberapa barangan lain," katanya ketika pada majlis sumbangan yang berlangsung di Dewan Datuk Haji Ahmad Ithnin, Merlimau di sini semalam.

Tiga beradik ini merupakan antara 400 murid sekolah rendah yang kurang berkemampuan di kawasan Merlimau menerima sumbangan berupa pakaian seragam, kasut sekolah, buku dan alat tulis.

Kesemua sumbangan disampaikan Ahli Parlimen Jasin, Datuk Ahmad Hamzah dan Pengarah Amanah Rakyat Berhad (ARB), Dasuki Ahmad. Bantuan itu disumbangkan oleh ARB.

Menurut Asnah, dia yang mempunyai 10 anak terpaksa membeli keperluan sekolah anak-anak mereka secara berperingkat akibat perlu membayar perbelanjaan lain terlebih dahulu.

"Hati mana yang tidak sedih melihat anak-anak terpaksa memakai kasut dan baju sekolah lama sementara menunggu giliran mereka untuk mendapat peralatan baru.

"Saya ucapkan terima kasih kepada ARB yang sudi menyumbangkan kasut, baju dan alat tulis yang sememangnya meringankan bebanan kami sekeluarga," katanya.

Sementara itu, Dasuki berkata, pada tahun ini ARB memperuntukkan RM450,000 untuk membeli kelengkapan pelajar sekolah yang kurang berkemampuan di empat sekolah di Melaka, Selangor, Pahang dan Perak.

"Sudah menjadi tanggungjawab kami dalam memastikan golongan yang kurang berkemampuan menerima bantuan peralatan persekolahan.

"Selain itu, kami juga tidak lepas peluang memberi pertolongan kepada pelajar dengan menyediakan kemudahan pinjaman dan tajaan pengajian seperti pelajar Malaysia di Mesir," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Utusan Online - Dalam Negeri

Posted: 07 Mar 2011 03:08 AM PST

Utusan Online - Dalam Negeri


Tentera Darat terima kereta perisai baru

Posted:

Tentera Darat terima kereta perisai baru

Tentera Darat terima kereta perisai baru

Oleh MOHD. ASRON MUSTAPHA
mohdasron.mustapha@utusan.com.my


DEMONSTRASI Gerak Khas cuba membebaskan tebusan yang ditawan dalam sebuah bas sewaktu pertunjukan sempena Hari Ulang Tahun Tentera Darat Ke-78 di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur, semalam.


KUALA LUMPUR 6 Mac – Tentera Darat akan menerima aset tempur terbarunya, kereta perisai (APC) AV8, secara berperingkat-peringkat mulai 1 Januari tahun depan.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi ketika mengesahkan perkara itu berkata, kemasukan AV8 dalam inventori Tentera Darat adalah bagi menggantikan kereta perisai Condor.

"Kita telah menyerahkan surat penerimaan (LOA) kepada Deftech Sdn. Bhd. dan kereta perisai pertama akan mula diserahkan kepada kementerian mulai 1 Januari 2012.

"Ia hasil memorandum perjanjian (MoA) yang dimeterai antara Deftech dengan syarikat pertahanan dari Turki, FNSS, baru-baru ini," katanya kepada pemberita.

Terdahulu, Ahmad Zahid hadir menyaksikan perarakan kontinjen serta aset Tentera Darat sempena sambutan Hari Ulang Tahun Tentera Darat Ke-78 di Dataran Merdeka, di sini hari ini.

Hadir sama timbalan beliau, Datuk Dr. Abdul Latiff Ahmad; Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Azizan Ariffin dan Panglima Tentera Darat, Jeneral Datuk Seri Zulkifeli Mohd. Zin.

Kementerian Pertahanan sebelum ini mengumumkan bahawa kerajaan bersetuju untuk membeli 257 kereta perisai AV8 buatan Deftech hasil pemindahan teknologi dari FNSS.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

MITI gerak ekonomi Kelantan

Posted:

MITI gerak ekonomi Kelantan

MITI gerak ekonomi Kelantan

Oleh AZRAN FITRI RAHIM
azran.rahim@utusan.com.my

KOTA BHARU 6 Mac - Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) telah memulakan perancangan bagi menggerakkan program transformasi ekonomi Kelantan untuk membantu meningkatkan pendapatan penduduk negeri ini.

Menterinya, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, kementerian telah menjemput beberapa tokoh dari agensi Kerajaan Pusat, swasta dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) untuk berbincang bagi mencari jalan memula dan menjayakan program itu.

Beliau berkata, tumpuan utama diberikan kepada dua sektor iaitu pembuatan dan pelancongan kerana ia mempunyai potensi besar berdasarkan kedudukan geografi serta latar budaya masyarakat Kelantan, di samping kos buruh agak rendah.

"Seramai 70 tokoh dijemput untuk bersidang di Kota Bharu hari ini bagi membincangkan segala pelan pembangunan untuk Kelantan.

"Dalam persidangan itu, kita juga menjemput persatuan pelancongan dan pembuatan untuk terlibat sama, kerana dua industri itu menjadi pemangkin ekonomi negeri," katanya pada sidang akhbar di sini, hari ini.

Mustapa yang juga Pengerusi Majlis Tindakan Persekutuan Kelantan berkata, perbincangan tersebut juga akan menyentuh secara mendalam Pelan Pembangunan Ekononi Wilayah Pantai Timur (ECER) yang akan menjadi pemain utama bagi membantu menggerakkan transformasi ekonomi negeri.

Sebagai anak Kelantan, beliau ingin melihat negeri ini mengalami perubahan dalam ekonomi kerana ia agak ketinggalan berbanding negeri-negeri lain.

"Kerajaan Pusat telah melancarkan pelan transformasi sebelum ini dan apa yang kita lakukan hari ini adalah kesinambungan daripada itu supaya ia benar-benar menjadi kenyataan," katanya.

"Biarpun Kerajaan Pusat melaksanakan program transformasi itu, untuk menjayakannya ia memerlukan komitmen daripada 14 buah negeri kerana mereka merupakan negeri di bawah Kerajaan Persekutuan," katanya.

Beliau berkata, kementerian turut menjemput agensi kerajaan negeri terlibat sama membincangkan rancangan transformasi itu.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Sabah tanggung kos hantar balik pelajar ke Mesir

Posted:

Sabah tanggung kos hantar balik pelajar ke Mesir

Sabah tanggung kos hantar balik pelajar ke Mesir

KOTA KINABALU 6 Mac - Sabah akan menanggung perbelanjaan menghantar pulang pelajar negeri ini ke Mesir selain memberi wang saku sebanyak RM500 seorang.

Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman berkata, penghantaran secara berperingkat itu akan dimulakan pada 11 Mac ini menggunakan penerbangan berjadual.

"Alhamdulillah, pihak Majlis Keselamatan Negara (MKN) telah memberikan kebenaran untuk anak-anak kita kembali ke Mesir.

"Jadi kita akan hantar mengikut keutamaan di mana sesiapa yang akan menghadapi peperiksaan akan dihantar dahulu," katanya pada sidang akhbar selepas majlis perjumpaan dengan pelajar dan keluarga penuntut Sabah di kediaman rasmi Ketua Menteri Sri Gaya di sini, hari ini.

Turut hadir Speaker Dewan Undangan Negeri, Datuk Salleh Tun Said dan Timbalan Ketua Menteri, Datuk Yahya Hussin.

Pada majlis itu Musa turut menyampaikan wang saku berjumlah RM500 seorang kepada pelajar-pelajar Sabah yang mengikuti pengajian di Mesir.

Menurutnya, penghantaran berkenaan dijangka akan dapat diselesaikan dalam tempoh sebulan.

Beliau memberitahu, pada masa ini terdapat seramai 325 pelajar Sabah yang belajar di Mesir.

Katanya, daripada jumlah itu, seramai 43 orang ditaja oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) Sabah, Yayasan Sabah (82 orang), Pusat Zakat Sabah (136 orang), Majlis Amanah Rakyat (23 orang) dan Jabatan Perkhidmatan Awam (dua orang).

"Seramai 146 orang mengambil jurusan keagamaan, jurusan perubatan (175 orang), farmasi (dua orang) dan pergigian (dua orang)," katanya.

Dalam pada itu, Musa berharap semua pelajar Sabah mengambil peluang melanjutkan pelajaran di Mesir untuk mempersiapkan diri dengan menimba ilmu pengetahuan dan kemahiran yang berguna.

"Saya nasihatkan mereka supaya menjaga nama baik Malaysia dan yang penting jangan terpengaruh dengan dakyah-dakyah parti pembangkang yang cuba membuat fitnah," katanya.

Sementara itu, mengulas mengenai isu tanah adat di negeri ini Musa berkata, kerajaan negeri akan menyelesaikannya dengan mengambil kira kepentingan penduduk.

"Tanah adat adalah isu penting yang diberi keutamaan dan saya telah mengarahkan pihak-pihak berkenaan melakukan kajian menyeluruh mengenai tuntutan tanah adat," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

The Malaysian Insider :: Bahasa

Posted: 07 Mar 2011 01:27 AM PST

The Malaysian Insider :: Bahasa


MIED dakwa agenda tambah 10 ahli dapat ‘sokongan’ MIC

Posted: 07 Mar 2011 12:49 AM PST

KUALA LUMPUR, 7 Mac – Lembaga pemegang amanah Institut Kemajuan Pendidikan Maju (MIED), dipengerusikan oleh bekas presiden Datuk Seri S. Samy Vellu menegaskan, pihaknya memang ada sokongan penuh MIC untuk menambah 10 ahli tambahan.

Lembaga itu mengeluarkan kenyataan ini susulan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pagi tadi membenarkan injunksi sementara menghalang agenda menambah keahliannya.

Sehubungan itu, ia juga mengambil tindakan segera untuk memohon mengetepikan permohonan injunksi sementara yang diperoleh oleh bekas timbalan presiden Datuk S. Subramaniam, bekas ketua Pemuda MIC S. Vickneswaran dan ahli jawatankuasa kerja pusat (CWC) MIC Datuk S. Ganesan.

Awal minggu lalu salah seorang pemegang amanahnya Tan Sri Dr K.S. Nijhar meminta Samy Vellu menangguhkan mesyuarat hari ini sementara CWC MIC memperakui nama ahli-ahli baru atas alasan MIED adalah entiti milik MIC dan kedua-duanya tidak harus dipisahkan.

"Lembaga pemegang amanah MIED dijadualkan untuk bertemu hari ini bagi mempertimbangkan permohonan 10 individu bagi menjadi ahli MIED.

"Permohonan 10 individu untuk menjadi ahli menerima sokongan penuh MIC," kata kenyataan itu, seolah-olah menolak dakwaan sesetengah pihak bahawa agenda menambah ahli tambahan bertujuan membawa keluar sayap pendidikan itu, yang mempunyai aset RM1 bilion, daripada milikan dan penguasaan MIC.

Bagaimanapun The Malaysian Insider difahamkan lembaga itu meneruskan mesyuaratnya pagi ini tetapi tidak membincangkan agenda menambah 10 ahli baru ekoran perintah mahkamah yang diperoleh sekitar 10 pagi tadi.

"Bagaimanapun, mengenai permohonan tiga individu Datuk Subramaniam, Vickneswaran dan Ganesan, Mahkamah Tinggi Malaya telah mengeluarkan injunksi sementara bagi menghalang lembaga pemegang amanah daripada mempertimbangkan permohonan (menjadi ahli baru)," katanya lagi.

Permohonan lembaga itu juga akan didengar pada hari yang sama iaitu 14 Mac ini.

Sehubungan itu kata kenyataan tersebut,  lembaga pemegang amanah MIED juga kesal dengan tindakan ketiga-tiga mereka yang hanya mahu menghalang ahli-ahli kanan MIC dan CWC daripada berkhidmat dalam sayap tersebut.

Terdahulu pagi tadi, salah seorang peguam plaintif T Rajasekaran dan Vigneswaran sendiri mengesahkan telah menerima perintah sementara itu.

"Setelah didengar selama satu setengah Hakim Datuk Mohd Arif Mohd Yusof membenarkan injunksi 'interim' sehingga 14 Mac ini.

"Permohonan ini akan didengar pada 14 Mac (Isnin depan)," kata Rajasekaran.

Katanya, di bawah kebenaran itu lembaga pemegang amanah MIED tidak boleh meneruskan agenda membincangkan usaha menambah ahli.

Samy Vellu, yang merupakan pengasas dan pengerusinya mahu menambah 10 lagi ahli dalam MIED.

Permohonan ketiga-tiga pemimpin itu itu dibuat Jumaat lalu.

Minggu lalu mereka mengemukakan notis rekuisisi meminta Samy Vellu dan seorang lagi pemegang amanahnya Tan Sri Dr T. Marimuthu melepaskan kedudukan mereka di MIED.

Subramaniam berkata beliau memutuskan untuk menyertai usaha membawa notis rekuisisi demi bagi memastikan MIED kekal sebagai entiti MIC.

"Saya bersetuju untuk menandatangani (dokumen rekuisisi) atas hasrat saya juga mahu menyelamatkan MIED, di mana MIED mesti kekal dalam MIC," kata Subramaniam yang melahirkan pendirian yang sama dua tahun lalu.

Dalam SMS kepada Samy Vellu awal minggu lalu, Nijhar meminta Samy Vellu supaya menangguhkan mesyuarat lembaga pemegang amanah hari ini sehingga idea menambah ahli dan pelantikan ahli baru selesai dibincangkan di CWC terlebih dahulu.

Difahamkan, ini kali pertama keputusan seumpama itu dibantah oleh anggota lembaga amanahnya sendiri.

Sebelum ini ada pandangan bahawa MIED dan AIMST merupakan dua sayap pendidikanmilik MIC, dan tidak wajar disusun menjadi entiti berasingan sebagai sebuah yayasan.

MIED kini menguruskan AIMST atau Institut Perubatan, Sains dan Teknologi Asia yang terletak di Semeling, Kedah.

Pada tahun 1996/97, MIED menerusi MIC memulakan usaha menubuhkan AIMST. MIED juga menyediakan bantuan kewangan pendidikan.

Ketika itu, Samy Vellu menegaskan, tiada apa-apa kaitan antara MIED dan AIMST dengan MIC.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Majlis Fatwa Terengganu teliti bahan pameran mistik

Posted: 07 Mar 2011 12:42 AM PST

KUALA TERENGGANU, 7 Mac – Majlis Fatwa Negeri Terengganu (MFNT) akan memanggil penganjur pameran mistik yang dirancang untuk diadakan di sini April ini bagi membincangkan mengenai bahan pameran yang akan diperlihatkan kepada orang ramai.

Ahli Jawatankuasa MFNT Datuk Shaikh Harun Shaikh Ismail berkata beliau telah memaklumkan kepada Mufti negeri Terengganu untuk mengadakan perbincangan dengan penganjur berhubung pameran itu.

"Kita akan mengadakan perbincangan dengan penganjur pameran iaitu Dynasty Event Sdn Bhd Isnin ini bagi meneliti pengisian program yang akan diadakan itu," katanya.

Beliau berkata demikian selepas majlis perasmian Tadarus Al-Quran Terengganu FM oleh Pengerusi Jawatankuasa Agama dan Penerangan Negeri, Khazan Che Mat di Taman Tamadun Islam di sini hari ini.

Shaikh Harun berkata, berdasarkan maklumat awal yang telah diberikan oleh pihak penganjur, MFNT mendapati sebahagian besar pengisian pameran itu tidak bercanggah dengan agama Islam.

Pameran mistik yang dijadual akan diadakan di Dataran Syahbandar selama sebulan itu akan mempamerkan lebih 130 artifak seperti jenglot, jin dan anak kerak selain pengunjung turut disajikan dengan penerangan, forum dan perbincangan dengan pakar-pakar agama.

"Bagaimanapun jika ada perkara atau benda yang dipamerkan itu bercanggah dengan agama Islam dan mendatangkan keburukan kepada masyarakat kita tidak akan benarkan ia dipamerkan," kata Shaikh Harun.

Beliau yang juga Pesuruhjaya Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) berkata setakat ini JHEAT belum memberi kata putus untuk memberi kerjasama kepada Dynasty Event Sdn Bhd untuk mengadakan pameran itu.

"Dia (penganjur) baru berhasrat untuk mendapatkan kerjasama daripada kita. Sama ada kita setuju atau tidak, kita belum putuskan," katanya.

Mengenai Tadarus Al-Quran anjuran Terenggnau FM itu, ia melibatkan 30 pelajar Sekolah Imtiaz yang akan memperdengarkan bacaan Al-Quran di Masjid Kristal selama lima hari mulai 13 Mac ini dan ia turut dirakam untuk disiarkan pada bulan Ramadan nanti melalui Terengganu FM. – Bernama

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Harian Metro: BeritaUtama

Posted: 07 Mar 2011 01:21 AM PST

Harian Metro: BeritaUtama


'Bermadu' anak sendiri

Posted: 06 Mar 2011 10:57 AM PST

KUALA LUMPUR: Hati wanita mana tidak terguris apabila melihat suami sedang berasmara dengan anak kandungnya di dapur rumah ketika dia baru pulang dari hospital selepas menjalani rawatan pembedahan kerana mengandung di luar rahim.

Biarpun kejadian itu dua tahun berlalu, situasi ibarat 'bermadu dengan anak sendiri' menyebabkan dia yang mahu dikenali sebagai Azie amat kecewa kerana hatinya disakiti dua insan paling disayangi.

Azie, 30-an berkata, hidupnya tidak menentu selepas melihat perbuatan bekas suaminya yang mengambil kesempatan terhadap anak tiri.

Menurutnya, anak gadisnya yang ketika itu berusia 15 tahun anak sulung hasil perkongsian hidup dengan suami pertama yang dikahwini pada 1994 sebelum bercerai lima tahun kemudian.


"Hasil perkahwinan itu, saya dikurniakan dua anak. Seorang lagi anak lelaki yang kini berusia 13 tahun. Selepas bercerai, kedua-dua anak itu dijaga nenek mereka di pantai timur," katanya.


Menurutnya, selepas tiga tahun menjanda, hatinya ditambat seorang lelaki berusia 40-an dan mereka melangsungkan perkahwinan pada 2002.

"Perkahwinan kali kedua ini pada awalnya bahagia dan kami mendapat dua anak masing-masing seorang lelaki yang kini berusia lapan tahun dan perempuan berusia lima tahun.

"Namun, kebahagiaan itu mula tergugat sedikit demi sedikit selepas saya mengambil dua anak dengan suami dulu tinggal dengan kami di ibu kota," katanya.

Menurutnya, ketika anak gadisnya berusia 13 tahun, dia sudah mula mencurigai sikap suami yang seolah-olah cuba mengambil kesempatan terhadap anaknya itu.

"Saya pernah terserempak suami yang berada dalam bilik anak dan dia cuba meraba anak saya yang ketika itu tidur.

"Bagaimanapun, ketika ditanya dia membuat alasan mahu menghalau nyamuk dan saya mendiamkan diri kerana enggan bergaduh selain tidak mahu anak lain tahu," katanya.

Menurutnya, kejadian itu makin menjadi-jadi apabila anak gadisnya berusia 15 tahun dan pernah anaknya itu demam teruk dan meminta dibawa ke klinik.

"Ketika dalam perjalanan ke klinik, baru anak saya menceritakan kejadian sebenar yang dia sudah beberapa kali menjadi pemuas nafsu suami, namun tidak berani menceritakannya kepada sesiapa kerana diugut bapa tirinya itu.

"Saya membawa anak saya ke balai polis untuk membuat laporan rogol kerana anak masih di bawah umur," katanya.

Azie berkata, suami keduanya itu juga seorang yang panas baran dan suka memukulnya dan anak-anak, namun hanya anak sulung yang dijadikan hamba seks itu tidak dipukul.

"Lebih mengecewakan apabila suami memukul dan memijak perut saya walaupun ketika itu saya baru tiga hari selesai menjalani pembedahan kerana mengandung di luar rahim.

"Mungkin dia bertindak begitu kerana marah selepas saya ternampak dia berasmara dengan anak ketika mereka di dapur," katanya.

Menurutnya, selepas kejadian itu, anak lelaki keduanya turut menceritakan yang dia pernah terserempak kakaknya beberapa kali masuk ke bilik bapa tiri sebelum keluar dua hingga tiga jam kemudian.

"Bagaimanapun, anak saya itu tidak berani menceritakannya sebelum ini kerana takut dipukul suami yang panas baran, malah dia pernah diseksa dengan diterbalikkan kepala ke bawah kerana mengetahui hubungan bapa tiri dengan kakaknya itu.

"Selepas mendengar semua cerita dan mengetahui apa yang berlaku ditambah dengan apa yang saya lihat, saya meminta cerai dan kami berpisah Ogos tahun lalu," katanya.

Bagaimanapun, Azie kini buntu apabila anak gadisnya itu yang kini berusia 17 tahun menghilangkan diri sejak enam bulan lalu dan dia syak kemungkinan bekas suaminya mengambil anaknya itu.

"Saya sudah membuat laporan polis berhubung kehilangan anak dan syak bekas suami melarikannya kerana saya tahu dia bijak memujuk.

"Tidak mustahil anak gadis saya mengikutnya kerana dia masih mentah dan mudah termakan pujuk rayu bapa tirinya," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Buat baik dapat sakit

Posted: 06 Mar 2011 10:44 AM PST

CEDERA...Anoar menunjukkan kecederaan dialami Muhammad Shahfaly.
CEDERA...Anoar menunjukkan kecederaan dialami Muhammad Shahfaly.

KANGAR: Sekumpulan 10 pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Syed Safi di sini, dikatakan bertindak ala gengster apabila dengan selamba menarik keluar seorang pelajar lelaki tingkatan tiga sekolah berkenaan dari kelas sebelum membelasahnya walaupun ketika itu guru sedang mengajar.

Dalam kejadian kira-kira jam 11 pagi Jumaat lalu, Muhamad Shahfaly Anoar, 15, mendakwa terkehel bahu kiri dan patah lengan kiri serta cedera di kening kiri akibat dibelasah teruk tiga daripada 10 pelajar tingkatan tiga, empat dan lima itu.

Difahamkan, sebaik menarik keluar Muhamad Shahfaly dari kelasnya di tingkat satu, dia dibawa ke tingkat bawah bangunan sekolah sebelum dibelasah.

Muhamad Shahfaly berkata, seorang daripada pelajar terbabit memasuki kelasnya di tingkat satu ketika guru sedang mengajar lalu mengheretnya keluar dengan memegang tengkuk dan dibawa turun ke tingkat bawah.


"Di sana, saya lihat tidak kurang 10 pelajar sedang menunggu dan tiga daripada mereka, termasuk suspek yang memasuki kelas, memukul hingga pitam.

Bagaimanapun, mereka melarikan diri selepas mendengar jeritan seorang guru yang kebetulan melalui kawasan itu.

"Beberapa pelajar lain kemudian memapah saya masuk ke kelas dalam keadaan lemah dan tidak bermaya. Bagaimanapun, guru lelaki yang sedang mengajar subjek Kemahiran Hidup ketika itu tidak menanyakan keadaan saya.

"Guru yang menyuraikan kejadian itu juga langsung tidak menjenguk saya," katanya ketika ditemui di rumahnya di Simpang Empat di sini, semalam.

Muhamad Shahfaly yang juga ketua kelas tidak menolak kemungkinan serangan itu bermotif dendam kerana dia pernah mencatatkan kesalahan dilakukan pelajar terbabit yang sering tidak memasuki kelas ketika sesi pembelajaran.

Bapa mangsa, Anoar Ahmad, 38, berkata, dia terkejut apabila melihat Muhamad Shahfaly dipapah beberapa rakannya keluar dari perkarangan sekolah ketika datang menjemputnya kira-kira jam 12.15 tengah hari, Jumaat lalu.

"Saya geram apabila melihat kesan tapak kasut di belakang baju anak sulung saya itu dipercayai akibat ditendang pelajar yang membelasahnya.

"Lebih memilukan, semua guru seperti tidak peduli kejadian anak saya dibelasah dan seolah-olah terkejut apabila dimaklumkan perkara itu," katanya.

Anoar mendakwa guru sekolah berkenaan gagal memberi rawatan kecemasan kepada anaknya walaupun dia dipaksa keluar oleh suspek dari dalam kelas ketika guru sedang mengajar.

"Saya membawa Muhamad Shahfaly ke Hospital Tunku Fauziah (HTF) di sini, untuk rawatan dan doktor mengesahkan tulang bahunya terkehel, lengan kiri patah serta terpaksa menerima jahitan di kening kiri," katanya.

Berikutan itu, dia membuat laporan di Balai Polis Simpang Empat di sini, kira-kira jam 7.30 malam Jumaat lalu.

Menurutnya, Muhammad Shahfaly diberi cuti sakit 11 hari dan dibenarkan keluar dari HTF petang kelmarin, dan kemungkinan besar akan dipindahkan ke sekolah lain demi keselamatan serta mengelak terus dipukul.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kangar, Superintenden Abdul Rahman Mohd Noordin, ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu.

Beliau berkata, polis sudah menahan empat pelajar sekolah berkenaan di rumah masing-masing, malam kelmarin.

"Keempat-empat pelajar lelaki berusia 14 dan 15 tahun ditahan selepas polis menerima laporan daripada bapa mangsa. Kes disiasat mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan kerana mendatang kecederaan parah terhadap mangsa," katanya.

Beliau berkata, siasatan lanjut sedang dijalankan dan empat pelajar ditahan di Balai Polis Kangar untuk menunggu perintah reman.

Sementara itu, jurucakap Jabatan Pelajaran Perlis (JPP) ketika dihubungi berkata, pihaknya akan menyiasat kejadian itu selain menyerahkannya kepada polis untuk tindakan selanjutnya.

Difahamkan, dua pegawai JPP sudah melawat Muhamad Shahfaly di HTF dan akan berjumpa dengan pemangku pengetua SMK Syed Safi hari ini berhubung kejadian itu.

Pengarah Pelajaran Perlis, Mansor Lat tidak dapat dihubungi kerana menghadiri mesyuarat di luar negeri ini.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Utusan Online - Timur

Posted: 07 Mar 2011 01:14 AM PST

Utusan Online - Timur


Kuat kuasa pakai topi keledar

Posted:

Kuat kuasa pakai topi keledar

Kuat kuasa pakai topi keledar

Oleh SAMSUL BAHARI MOHAMED
utusankelantan@utusan.com.my


Penunggang motosikal yang melalui Jalan Kampung Belimbing, Batu Melintang, tidak mematuhi pemakaian topi keledar, semalam.


JELI 6 Mac - Pematuhan pemakaian topi keledar di kalangan masyarakat luar bandar khususnya remaja, masih rendah sungguhpun pelbagai usaha dilakukan pihak berkuasa termasuk meningkatkan penguatkuasaan undang- undang.

Usaha tersebut bagaimanapun dilihat masih belum cukup menggerunkan mereka terutama remaja supaya mematuhi pemakaian topi keledar ketika menunggang motosikal.

Tinjauan Utusan Malaysia di beberapa kawasan di daerah ini misalnya, Batu Melintang, Kampung Renyut, Pasir Dusun dan Ayer Lanas mendapati, masih ramai pengguna motosikal tidak menggunakan topi keledar ketika berada di jalan raya.

Mungkin disebabkan kawasan tersebut agak terpencil, penunggang terbabit merasakan mereka tidak perlu memakai topi keledar, walaupun ia menyalahi undang-undang.

Keadaan tersebut sedikit sebanyak meresahkan orang ramai dan mereka mahu pihak berkuasa bertindak lebih tegas bagi 'mengajar' golongan berkenaan.

Seorang penduduk, Aziz Yusoff, 46, berkata, dia kerap melihat penunggang motosikal terutama di kalangan remaja dengan selamba tidak memakai topi keledar ketika berada di jalan raya.

"Keadaan lebih buruk apabila ada di kalangan mereka menunggang motosikal secara beriringan.

"Sudahlah tidak memakai topi keledar, menunggang pula beriringan. Ini merbahaya kepada diri mereka dan pengguna lain," katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Seorang penduduk, Abdul Rahman Awang, 40, berkata, dia pernah dikejutkan dengan tindakan empat pelajar yang menunggang secara beriringan semasa hendak ke Jelawang baru-baru ini.

"Apabila bunyikan hon, saya ingat mereka berhenti berbuat demikian, sebaliknya ada yang siap berbaring dan menunjukkan punggung ke arah saya. Mereka jadikan jalan raya macam medan perlumbaan," katanya.

Sehubungan itu, dia menyarankan pihak berkuasa lebih kerap mengadakan operasi bagi menyedarkan masyarakat, selain membanteras kegiatan lumba haram atau merempit.

Pandangannya disokong oleh Rosli Hassan, 42, yang mahu pihak berkuasa terutama polis bertindak mengatasi masalah seumpama itu.

"Jika tiada tindakan, mungkin perkara seumpama ini terus berleluasa di daerah terpencil dan membawa kepada kemudaratan," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Terengganu sasar 1,000 pertubuhan belia

Posted:

Terengganu sasar 1,000 pertubuhan belia

Terengganu sasar 1,000 pertubuhan belia


Abd. Aziz Abd. Rahman (kanan) mengibar Jalur Gemilang semasa melepaskan peserta Konvoi Transformasi Belia sempena promosi Hari Belia Negara di Kuala Terengganu, semalam.


KUALA TERENGGANU 6 Mac - Jabatan Belia dan Sukan (JBS) Terengganu menyasarkan penubuhan kira-kira 1,000 pertubuhan belia di seluruh negeri ini menjelang akhir tahun ini.

Pengarah JBS Terengganu, Abd. Aziz Abd. Rahman berkata, penubuhan itu selaras dengan hasrat kerajaan negeri untuk mewujudkan sebuah pertubuhan belia di setiap peringkat jawatankuasa kemajuan dan keselamatan kampung (JKKK).

Menurut beliau, pada masa ini, sebanyak 436 pertubuhan belia didaftarkan di negeri ini dengan kira-kira 30,000 keahlian.

Sehubungan itu, katanya, JBS bekerjasama dengan Majlis Belia Negeri Terengganu (MBNT) dan Majlis Belia Daerah untuk memastikan matlamat tersebut tercapai.

"Selain itu, pegawai jabatan turut mengadakan program turun padang untuk mengenal pasti kampung terlibat bagi penubuhan persatuan belia yang baru," katanya.

Beliau menyatakan demikian selepas majlis Perasmian dan Pelepasan Jelajah Proton Majlis Belia Malaysia-Kementerian Belia dan Sukan sempena promosi Hari Belia Negara 2011 dan Konvoi Transformasi Belia Ke Kuala Terengganu, di sini hari ini.

Turut hadir, Pengerusi Majlis Belia Malaysia (MBM), Mohamed Maliki Mohamed Rapiee dan Pengerusi MBNT, Mat Yusof Mat Ali.

Sebanyak 70 kereta bersama 100 peserta menyertai konvoi tersebut dalam mempromosikan Hari Belia Negara 2011 yang bakal menghimpunkan sejuta belia di Putrajaya pada 27 hingga 29 Mei depan.

Selepas menjelajah Pahang, Kelantan dan Terengganu, konvoi tersebut ke utara minggu depan sebelum ke Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan.

Sebelum ini, mereka menjelajah kawasan selatan meliputi Negeri Sembilan, Melaka dan Johor.

Abd. Aziz berkata, dengan wujudnya pertubuhan belia di peringkat kampung, ia memberi peluang kepada golongan itu melakukan pelbagai aktiviti yang secara tidak langsung dapat membendung gejala kurang sihat.

Katanya, di peringkat penajaan, sekurang-kurangnya 15 orang yang dilantik sebagai jawatankuasa dan penubuhan biro boleh dibentuk untuk membolehkan mereka mendaftar sebagai sebuah pertubuhan belia.

Beliau berkata, JBS sentiasa memantau pertubuhan persatuan bagi memastikannya mematuhi peraturan yang ditetapkan terutama mengadakan mesyuarat agung tahunan bagi mengelakkannya dibatal.

Namun begitu, katanya, bilangan persatuan yang dibatalkan di negeri ini adalah kecil kerana jabatan sentiasa memberi bimbingan dan panduan untuk memastikan setiap persatuan terus aktif.

Mengenai program jabatan pada tahun ini, beliau berkata, sebanyak RM300,000 diterima daripada Kementerian Belia dan Sukan bagi menjalankan pelbagai aktiviti bagi tempoh setengah tahun ini.

"Antara aktiviti yang akan dilaksanakan kursus kepimpinan bagi melatih pemimpin belia baru dalam mengendali sesebuah organisasi pertubuhan belia," katanya.

Selain itu, katanya, ia turut diadakan program 3K Bestari untuk melatih belia dalam bidang keusahawanan melalui pelbagai kemahiran.

Ini kerana, katanya, adalah menjadi hasrat jabatan untuk melahirkan lebih ramai belia terlibat dalam bidang keusahawanan dan menjadikan perniagaan adalah satu kerjaya mereka.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Penggunaan Internet di kalangan remaja perlu dipantau

Posted:

Penggunaan Internet di kalangan remaja perlu dipantau

Penggunaan Internet di kalangan remaja perlu dipantau

BACHOK 6 Mac - Penggunaan Internet di kalangan remaja perlu dipantau secara berterusan bagi mengelak mereka menggunakan kemajuan teknologi itu hanya untuk melayari laman sosial tertentu yang boleh mengikis keutuhan budaya dan jati diri.

Pengarah Penerangan Kelantan, Ramly Yusoff berkata, golongan remaja perlu didedahkan mengenai kebaikan dan keburukan Internet supaya mereka tidak terpengaruh dengan pemikiran serta budaya tidak sihat yang cuba disebarkan oleh pihak tertentu.

Beliau berkata, remaja seharusnya memanfaatkan kemudahan Internet untuk mendapatkan pelbagai maklumat yang boleh membantu percambahan ilmu secara sihat, bukan sebaliknya.

"Ibu bapa dan guru mesti mendedahkan perkara ini termasuk menjelaskan fungsi sebenar Internet dan kesan buruk sekiranya ia disalahgunakan.

"Tidak semua laman sosial, blog dan media dalam Internet bermanfaat untuk dilayari," katanya selepas merasmikan majlis penutup Program Khemah Kerja Kelab Setia 1Malaysia Kelantan 2011 di Permai Chalet, Telong, dekat sini hari ini.

Program selama tiga hari berakhir hari ini disertai oleh 100 peserta mewakili 73 Kelab Setia Sekolah-Sekolah seluruh Kelantan dalam usaha memantapkan kefahaman berkaitan konsep 1Malaysia, Rukun Negara dan Pengukuhan Jati Diri di kalangan generasi muda.

Ramly berkata, Internet yang disifatkan pembangunan hebat dalam teknologi komunikasi maklumat, perlu dianggap sebagai satu ancaman minda kepada remaja masa kini.

Katanya, usaha mengekang pengaruh buruk Internet kepada generasi muda perlu dilaksanakan secara bersepadu melibatkan semua pihak, khususnya sekolah dan ibu bapa.

"Tidak dinafikan sebahagian masalah sosial yang melanda remaja sekarang disebabkan pengaruh Internet terutama laman sosial. Penggunaannya perlu dipantau dengan ketat," katanya.

Mengenai peranan jabatan dalam menyampaikan maklumat mengenai dasar-dasar Kerajaan Pusat, Ramly berkata, pihaknya melaksanakan program penebusan minda rakyat Kelantan yang turut melibatkan masyarakat keturunan Thailand dan Orang Asli.

Beliau berkata, pihaknya juga mengadakan Forum Jati Diri melibatkan 75,000 penjawat awam daripada 117 jabatan Kerajaan Persekutuan di negeri ini dalam tempoh terdekat.

Rakyat Kelantan, katanya, perlu disedarkan mengenai komitmen Kerajaan Pusat dalam membawa pembangunan dan kemajuan di negeri ini sungguhpun ia diperintah oleh pembangkang.

"Jabatan Penerangan bekerjasama dengan Jabatan Pembangunan Persekutuan Kelantan untuk mendedahkan usaha dan pelaksanaan pembangunan, kebajikan, peningkatan intelektual rakyat dan syiar Islam yang dilakukan Kerajaan Pusat di negeri ini," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Berita Harian: Wilayah

Posted: 07 Mar 2011 01:08 AM PST

Berita Harian: Wilayah


Nasib murid sekolah seni diragui

Posted: 06 Mar 2011 06:34 AM PST

Wilayah

SEKOLAH Seni Johor Bahru Jalan Abdul  Samad.

SEKOLAH Seni Johor Bahru Jalan Abdul Samad.

Sistem penggredan didakwa tidak diiktiraf Kementerian Pengajian Tinggi

JOHOR BAHRU: Lebih 100 pelajar perintis dua sekolah seni kendalian Kementerian Pelajaran yang kini berada dalam Tingkatan Lima, dijangka berdepan masalah memohon kemasukan institusi pengajian tinggi (IPT) kelak berikutan sistem penggredan digunakan dalam peperiksaan mata pelajaran kesenian mereka didakwa tidak diiktiraf Kementerian Pengajian Tinggi.

Status itu dikatakan mencetus kebimbangan pelbagai pihak, khususnya ibu bapa dan guru, terhadap nasib serta hala tuju pelajar dua sekolah seni yang ditubuhkan sejak Januari 2007, iaitu Sekolah Seni Johor Bahru (SSeJB) dan Sekolah Seni Kuching (SSK).

Menurut sumber rapat dengan pengurusan sekolah seni itu, sistem penilaian dan penaksiran subjek kesenian yang diambil pelajar terbabit adalah dalam bentuk Band merangkumi Band I hingga VI, berbeza dengan sistem untuk mata pelajaran akademik. Beliau mendakwa, sistem Band seumpama turut digunakan dalam penilaian Malaysian University English Test (MUET) yang diiktiraf kerajaan tetapi dalam konteks mata pelajaran kesenian di sekolah seni, ia belum diiktiraf Kementerian Pengajian Tinggi.

"Modul, sukatan pelajaran dan keputusan peperiksaan menggunakan sistem penggredan Band di sekolah seni dilaksanakan Bahagian Pembangunan Kurikulum (BPK) Kementerian Pelajaran.

"Bagaimanapun, masalah kini timbul apabila Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM) menyarankan pelajar ini mendaftar untuk menduduki peperiksaan subjek kesenian sekolah harian biasa bagi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang dijadualkan November depan.

"Kumpulan perintis sekolah seni ini meluangkan hampir 12 jam seminggu untuk mempelajari subjek kesenian mereka dan menerusi sukatan serta modul khas yang diikuti, pendidikan mereka boleh dianggap setaraf pengajian pelajar tahun pertama peringkat diploma.
"Jadi persoalan kini, berbaloikah usaha semua pelajar sekolah seni ini jika mendaftar mengambil peperiksaan sekolah harian biasa semata-mata untuk memastikan gred mata pelajaran kesenian mereka diiktiraf?" katanya.

Sumber itu berkata, isu berkenaan perlu diberi perhatian segera kerana pelajar sekolah seni terbabit bakal mendaftar mata pelajaran yang akan diambil dalam peperiksaan SPM pada akhir bulan ini.

"Masalah ini dikatakan sudah dikenal pasti sejak lebih setahun lalu dan dibincangkan dalam mesyuarat Kementerian Pelajaran dari semasa ke semasa.

"Namun sehingga kini difahamkan tiada sebarang penyelesaian diperoleh, sebaliknya memerlukan transformasi pada peringkat pelajar sendiri. Di manakah martabat sekolah seni jika keadaan sebegini berlaku?" katanya yang meminta BPK Kementerian Pelajaran dan Kementerian Pengajian Tinggi memandang serius masalah itu dan mengatasinya segera.

Beliau mendakwa sekiranya perkara itu berterusan dan mengundang masalah pada masa depan, tidak mustahil ibu bapa pelajar di sekolah itu memberhentikan anak kerana menganggap lebih baik mereka mengikuti pembelajaran di sekolah harian biasa.

Sementara itu, Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SSeJB, Selamat Omar, mendakwa perkara berkenaan sering dibangkitkan pada mesyuarat PIBG sejak tahun lalu, namun sehingga kini pihak sekolah dan ibu bapa masih belum menerima sebarang kenyataan rasmi daripada Kementerian Pelajaran mahu pun Pengajian Tinggi mengenainya.

"Mungkin bagi pelajar yang mendapat keputusan cemerlang dari segi akademik tidak bermasalah untuk memasuki IPT tempatan.

"Namun bagaimana pula dengan pelajar yang sederhana pencapaiannya, iaitu keputusan akademik dan kesenian masing-masing hanya 50-50, tentu peluang sukar untuk mereka memasuki IPT," katanya.

Selain itu, Selamat berkata, ramai ibu bapa juga pernah mempersoalkan mengapa pelajar sekolah seni perlu memilih aliran sains atau sastera ketika memasuki Tingkatan Empat selepas mendapat keputusan Penilaian Menengah Rendah (PMR).

"Kami terkejut dengan keadaan ini. Dari awal lagi kami sudah bertanya ketika bermesyuarat, mengapa sekolah seni perlu mengikut format sekolah harian biasa? Apa yang kami risaukan sebelum ini kini sudah dapat dilihat sekarang," katanya ketika dihubungi semalam.

SSeJB dan SSK diwujudkan kerajaan sebagai saluran kepada pelajar berbakat dan berpotensi dalam bidang kesenian untuk mendalami bidang yang mereka minati itu.

Sekolah berkenaan menawarkan pendidikan kesenian teater, muzik, pendidikan seni visual dan tarian, selain subjek wajib lain seperti Matematik, Bahasa Melayu serta Bahasa Inggeris.


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Simpang tiada tanda berhenti

Posted: 06 Mar 2011 06:33 AM PST

Wilayah

Punca kemalangan di Jalan Bukit Kemandul-Jalan Kebun-Kebun Baharu

KUALA LANGAT: Pembinaan simpang tiga di Jalan Bukit Kemandul-Jalan Kebun-Kebun Baharu, berdekatan perkampungan Orang Asli, di sini sejak setahun lalu mencetuskan keresahan di kalangan pengguna jalan berkenaan.

Ini berikutan simpang tiga yang turut menjadi laluan utama pengguna jalan raya dari Kuala Langat ke Shah Alam dan Kuala Lumpur itu tidak mempunyai tanda berhenti, selain ia dibina mirip separuh bulatan sehingga sering mengundang kemalangan.

Keadaan itu amat membahayakan pengguna jalan raya yang tidak biasa melaluinya kerana sebahagian besar kenderaan datang dari arah berlainan kebiasaannya tidak berhenti berikutan ketiadaan garisan berhenti di situ. Pengguna, Jamal Sanusi, 47, berkata kemalangan boleh berlaku bila-bila masa berikutan masalah ketiadaan garisan isyarat berhenti yang kebiasaannya dipasang di setiap simpang tiga dan simpang empat.

"Keadaan itu amat mengelirukan dan berbahaya terutama apabila jalan terbabit menjadi antara laluan pintas ribuan kenderaan setiap hari dari Kuala Langat ke Shah Alam dan Kuala Lumpur," katanya ketika ditemui Sentral.

Setakat ini, beberapa kemalangan pernah berlaku hanya kerana masalah ketiadaan garisan berhenti di situ.

Penduduk Orang Asli berdekatan yang hanya mahu dikenali sebagai Atan pula mendakwa, dia pernah menyaksikan perbalahan di antara pemandu ketika berlaku kemalangan.
"Masing-masing bertengkar kerana saling salah menyalahkan apabila berlaku kemalangan. Semua berpunca kerana ketiadaan garisan berhenti pada simpang tiga ini," katanya.

Sehubungan itu, beliau meminta Jabatan Kerja Raya (JKR) mengarahkan kontraktor yang membina simpang tiga dan melaksanakan kerja pembaikan jalan berkenaan menyegerakan pemasangan garisan berhenti bagi mengelakkan berlaku kemalangan lebih teruk.

Selain ketiadaan garisan berhenti, katanya, masalah tumpahan simen daripada lori yang melalui jalan itu memburukkan lagi keadaan apabila ia menjadi debu mengotorkan persekitaran ketika cuaca kering.


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Utusan Online - Muka Hadapan

Posted: 07 Mar 2011 01:08 AM PST

Utusan Online - Muka Hadapan


PRK: BN menang besar

Posted:

PRK: BN menang besar

PRK: BN menang besar


Roslan Ahmad (tengah) dirai Muhyiddin Yassin, Mohd. Ali Rustam, Ahmad Zahid Hamidi (kiri) dan M. Kayveas (kanan) selepas kemenangan Barisan Nasional di Dewan Platinum, Politeknik Merlimau, Melaka, malam tadi.



  • Barisan Nasional (BN) mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau (N27) dan DUN Kerdau (N28) dalam pilihan raya kecil di kedua-dua kawasan itu semalam dengan meraih majoriti undi yang lebih besar.
  • Di Merlimau, calon BN Roslan Ahmad, 44, memperoleh majoriti 3,643 undi menewaskan calon Pas, Yuhaizad Abdullah, 38. Di Kerdau pula, Syed Ibrahim Syed Ahmad, 44, mendapat majoriti 2,724 undi mengalahkan calon Pas, Hassanuddin Salim, 43.
  • Kejayaan itu meneruskan momentum sokongan rakyat kepada BN selepas pilihan raya kecil Batang Ai (April 2009), Bagan Pinang (Oktober 2009), Parlimen Hulu Selangor (April 2010), Galas (November 2010), Parlimen Batu Sapi (November 2010) dan Tenang (Januari 2011).
  • Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin menyatakan rasa syukur atas kemenangan BN di kedua-dua kawasan pilihan raya itu.
  • KUALA LUMPUR 6 Mac – Barisan Nasional (BN) mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau (N27) dan DUN Kerdau (N28) dalam pilihan raya kecil di kedua-dua kawasan itu hari ini dengan meraih majoriti undi yang lebih besar.

    Di DUN Merlimau, calon BN Roslan Ahmad, 44, memperoleh majoriti 3,643 undi menewaskan calon Pas, Yuhaizad Abdullah, 38. Di DUN Kerdau pula, Syed Ibrahim Syed Ahmad, 44, mendapat majoriti 2,724 undi mengalahkan calon Pas, Hassanuddin Salim, 43.

    Kejayaan itu meneruskan momentum sokongan rakyat kepada BN selepas pilihan raya kecil Batang Air (April 2009), Bagan Pinang (Oktober 2009), Parlimen Hulu Selangor (April 2010), Galas (November 2010), Parlimen Batu Sapi (November 2010) dan Tenang (Januari 2011).

    Bagi DUN Merlimau, majoriti yang diperoleh oleh calon BN meningkat kepada 3,643 undi berbanding Pilihan Raya Umum 2008 sebanyak 2,154 undi. Begitu juga di DUN Kerdau, majoriti undi BN bertambah daripada 1,615 undi pada tahun 2008 kepada 2,724 undi pada pilihan raya kecil kali ini.

    Pada pilihan raya kecil ini, BN memenangi kesemua 22 saluran mengundi di DUN Kerdau, manakala 21 saluran di DUN Merlimau.

    Kekalahan yang dialami oleh calon Pas pada pilihan raya kecil DUN Merlimau dan Kerdau merupakan kali keempat berturut-turut sejak pilihan raya kecil DUN Galas, November lalu.

    Calon Pas di Merlimau, Yuhaizad memperoleh 2,319 undi manakala calon Pas di Kerdau, Hassanuddin mendapat 2,336 undi.

    Keputusan Pilihan Raya Kecil N27 itu diumumkan oleh Pegawai Pengurus Pilihan Raya DUN Merlimau, Roslan Eusoff di Dewan Platinum Politeknik Merlimau di sini, pada pukul 8.15 malam.

    Keputusan Pilihan Raya Kecil N28 pula diumumkan oleh Pegawai Pengurus Pilihan Raya DUN Kerdau, Datuk Tarif Abdul Rahman pada pukul 8.30 malam di Dewan Tun Razak, Majlis Perbandaran Temerloh.

    Sebanyak 83.2 peratus pengundi DUN Kerdau keluar menunaikan tanggungjawab masing-masing sementara 78.98 peratus keluar mengundi di DUN Merlimau.

    Di Dewan Platinum Politeknik Merlimau, calon BN meraikan kemenangan bersama Timbalan Pengerusi BN, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dan Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam.

    Syed Ibrahim pula meraikan kemenangan bersama Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob dan Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

    Pengumuman kemenangan kedua-dua calon turut dirai dengan sorakan penyokong-penyokong BN yang berada di luar dewan.

    Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

    Sokongan terhadap Pas terhakis – TPM

    Posted:

    Sokongan terhadap Pas terhakis – TPM

    Sokongan terhadap Pas terhakis – TPM

    JASIN 6 Mac – Kemenangan dua calon Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau dan Kerdau membuktikan sokongan rakyat terhadap Pas semakin terhakis.

    Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, kemenangan itu memberi isyarat bahawa seluruh masyarakat berbilang kaum telah dapat menerima perubahan dari segi dasar-dasar transformasi ekonomi dan sosial yang dibawa oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

    Sambil mengucapkan rasa syukur atas kejayaan tersebut, kata beliau, kemenangan yang diraih itu juga memberi mesej paling penting mengenai penolakan oleh penduduk di kedua-dua DUN tersebut terhadap perjuangan Pas yang tidak lagi relevan.

    "Saya ingin ucapkan tahniah kepada kedua-dua calon BN yang bukan sahaja menang tetapi meraih majoriti yang cukup besar dan amat membanggakan. Ini adalah satu keputusan yang cukup baik dan meningkat di kedua-dua DUN tersebut berbanding daripada apa yang dicatat pada Pilihan Raya Umum 2008.

    "Saya mewakili pucuk pimpinan parti juga ingin mengucapkan terima kasih kepada seluruh rakyat di Merlimau dan Kerdau kerana memberi mandat kepada calon BN untuk menjadi wakil rakyat mereka.

    "Ucapan tahniah juga saya berikan buat Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam dan Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob kerana mengemudi jentera BN dengan cemerlang termasuk jentera BN serta parti komponen," katanya.

    Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas pengumuman keputusan Pilihan Raya Kecil DUN Merlimau di Pusat Penjumlahan Undi Dewan Politeknik Merlimau di sini malam ini.

    Muhyiddin menambah, kemenangan yang diraih di Kerdau dan Merlimau dengan BN menyapu bersih di semua peti undi memberi petanda baik bagi BN menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-13 yang diadakan pada bila-bila masa.

    "Kemenangan di Merlimau dan Kerdau meneruskan momentum kejayaan di Galas, Batu Sapi dan Tenang, tetapi ia tidak menggambarkan senario politik menjelang pilihan raya umum nanti," katanya.

    Sehubungan itu, beliau menegaskan, BN perlu berusaha lebih gigih untuk memastikan seluruh rakyat di negara ini akan terus memberikan sokongan terhadap BN.

    Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

    Dibelasah rakan sekolah

    Posted:

    Dibelasah rakan sekolah

    Dibelasah rakan sekolah

    Oleh ZAINU'L AZHAR ASH'ARI
    pengarang@utusan.com.my


    ANOAR Ahmad (kiri) menunjukkan kesan cedera pada anaknya, Muhammad Shahfaly yang patah tangan kiri selepas dipukul rakan sekelasnya ketika ditemui di kampung Syed Kassim, Simpang Empat, Perlis, semalam.


    KANGAR 6 Mac - Seorang pelajar berusia 15 tahun cedera teruk akibat dibelasah sekumpulan pelajar lain di sebuah sekolah menengah dekat sini, Jumaat lalu.

    Muhammad Shahfaly Anoar terkehel tulang bahu, patah lengan kiri dan luka di bahagian kening selepas dibelasah tiga pelajar di tingkat bawah kelasnya di sekolah tersebut kira-kira pukul 11 pagi.

    Dipercayai, sebelum kejadian berlaku, seramai 10 pelajar menunggu Muhammad Shahfaly di tingkat bawah kelasnya sebelum dia dibawa keluar ke situ.

    Bapa mangsa, Anoar Ahmad, 38, berkata, dia menyedari tentang kejadian menimpa anak sulung daripada empat beradik itu sewaktu mengambil Muhammad Shahfaly pulang dari sekolah.

    Katanya, dia melihat pelajar itu terpaksa dipapah oleh rakan sekolahnya kira-kira pukul 12.15 tengah hari.

    Lebih malang, kata Anoar, kejadian yang berlaku di luar waktu pembelajaran tersebut tidak disedari oleh guru-guru sekolah berkenaan, malah anaknya itu tidak menerima sebarang rawatan kecemasan.

    Berikutan itu, katanya, dia membuat laporan di Balai Polis Simpang Empat kira-kira pukul 7.30 malam pada hari kejadian.

    Menurut Anoar, dia sendiri membawa anaknya ke Hospital Tuanku Fauziah (HTF) mendapatkan rawatan dan disahkan doktor terkehel tulang bahu, patah lengan kiri dan terpaksa menerima jahitan di kening kiri akibat kejadian itu.

    Katanya, akibat kecederaan dialaminya, Muhammad Shahfaly diberi cuti sakit selama 11 hari dan dibenarkan keluar dari HTF petang semalam.

    Ketua Polis Daerah Kangar, Supritendan Abdul Rahman Mohd. Noordin berkata, polis telah menahan empat pelajar sekolah berkenaan di rumah masing-masing semalam bagi membantu siasatan berhubung kejadian tersebut.

    "Semua empat pelajar lelaki berusia 14 dan 15 tahun ditahan selepas menerima aduan bapa mangsa dan kes disiasat mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan parah terhadap mangsa," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

    Beliau berkata, empat pelajar tersebut kini ditahan di lokap Balai Polis Kangar untuk menunggu perintah reman ke atas mereka.

    Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

    Berita Harian: Nasional

    Posted: 06 Mar 2011 11:58 PM PST

    Berita Harian: Nasional


    ‘Kemenangan untuk semua pihak’

    Posted: 06 Mar 2011 03:59 PM PST

    Nasional

    Roslan ikrar turun padang bukti komitmen sebagai wakil rakyat

    MERLIMAU: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Merlimau yang baru, Roslan Ahmad menganggap kemenangannya pada pilihan raya kecil kawasan itu, semalam sebagai kejayaan semua pihak khususnya pengundi dan jentera Barisan Nasional (BN).

    Beliau yang melahirkan rasa syukur, berjanji menunaikan tanggungjawab sebagai wakil rakyat sebaik mungkin dan sebagai membuktikan komitmennya, beliau akan turun padang meninjau masalah rakyat, selain berazam membangunkan penduduk di kawasan DUN terbabit.

    "Alhamdulillah… ini kejayaan semua dan saya berterima kasih kepada pengundi tidak kira agama dan bangsa yang memberikan kepercayaan kepada saya untuk berkhidmat kepada mereka, sekali gus menjadikan DUN Merlimau sebagai kubu kuat BN sejak dulu. "Insya-Allah saya akan melaksanakan tanggungjawab sebagai wakil rakyat sebaik mungkin dan bekerja keras untuk rakyat di sini sebagai membalas jasa mereka yang mengundi saya," katanya.

    Pada pilihan raya kecil itu, Roslan menang dengan majoriti 3,643 undi menewaskan calon PAS, Yuhaizad Abdullah.

    Ditanya sama ada sudah menjangka kemenangan selesa itu, Roslan, 44, berkata, beliau tidak menjangka kemenangan itu, sebaliknya hanya berserah kepada pengundi dan berdoa kepada Tuhan.

    "Saya hanya mampu merancang dan kini bersyukur kepada Allah SWT atas kemenangan ini. Terima kasih kepada pengundi.
    "Selepas ini, perkara pertama yang saya akan lakukan adalah berjumpa sekali lagi dengan pengundi Merlimau untuk mengenal pasti dengan lebih mendalam permasalahan mereka dan cuba mencari penyelesaian," katanya yang turut berterima kasih kepada pucuk pimpinan parti yang memberi kepercayaan penuh kepadanya untuk bertanding pada pilihan raya kecil berkenaan.


    Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

    Azam atasi isu kebajikan rakyat

    Posted: 06 Mar 2011 03:43 PM PST

    Nasional

    ADUN Kerdau ikrar beri khidmat terbaik secara adil

    TEMERLOH: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kerdau yang baru, Syed Ibrahim Syed Ahmad, berazam untuk menangani isu kebajikan pengundi di DUN berkenaan bagi memenuhi janjinya dalam kempen pilihan raya lalu.

    Beliau yang bersyukur dengan kemenangan itu berkata, isu berkenaan adalah masalah sering dikemukakan pengundi ketika menemui mereka sepanjang kempen berkenaan. "Perkara lain yang saya akan beri tumpuan ialah masalah harian mereka, sekali gus dapat memberi perkhidmatan terbaik kepada semua kaum secara adil dan saksama," katanya pada sidang media di Dewan Tun Razak, di sini, malam tadi.
    Syed Ibrahim turut bersyukur kepada Allah serta mengucapkan terima kasih kepada pucuk pimpinan terutama Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan semua petugas Barisan Nasional (BN) yang membantunya.

    Beliau berkata, undi yang diterimanya itu menunjukkan rakyat selesa dengan kerajaan BN yang memberi fokus kepada usaha membela rakyat.

    "Saya terharu dengan kemenangan ini, malah ia kejayaan semua petugas BN yang tidak mengenal penat dan meyakinkan pengundi mengenai sumbangan dan pembangunan yang dilaksanakan BN.

    "Bermula esok (hari ini) saya akan bertemu dengan semua pengundi untuk mengucapkan terima kasih seterusnya berusaha membela nasib mereka," katanya.

    Syed Ibrahim yang juga bekas Pegawai Khas Agama kepada Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Kebangsaan Kuala Krau sebelum melanjutkan pelajaran ke Sekolah Menengah Agama Al-Khairiah Temerloh dan di Kuliah Sultan Abu Bakar, Pekan.

    Beliau seterusnya melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah di Fakulti Bahasa Arab di Universiti Al-Azhar, Mesir dari 1989 hingga 1996.


    Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

    Kosmo Online - Rencana Utama

    Posted: 06 Mar 2011 11:31 PM PST

    Kosmo Online - Rencana Utama


    Budaya Jawa kian dilupakan

    Posted:

    Budaya Jawa kian dilupakan

    Budaya Jawa kian dilupakan

    Oleh NURUL IZZA ROSLY


    KANAK-KANAK yang dirai berkongsi nasi keluban di Majlis Among-Among 6 yang diadakan di Riverstone Ulu Yam baru-baru ini.


    TAHUKAH anda apa itu among-among? Seorang wanita berketurunan Jawa pernah melontarkan soalan tersebut ketika penulis menghubunginya untuk bertanya tentang budaya masyarakat Jawa membuatkan penulis terdiam seketika memikirkan maksud di sebalik perkataan itu. Adakah ia sejenis makanan atau haiwan?

    Jika perkataan among-among agak asing pada penulis, pastinya ia juga jarang didengari oleh mereka yang bukan berketurunan Jawa. Apatah lagi, di kalangan masyarakat Jawa di Malaysia sendiri ada yang tidak mengetahui apa itu among-among. Jika ada pun hanya sekadar pernah mendengar perkataan tersebut.

    Naluri untuk mengetahui lebih lanjut mengenai among-among menemukan penulis dengan beberapa lelaki berketurunan Jawa melalui satu pertemuan yang diaturkan Riverstone, Ulu Yam baru-baru ini.

    "Among-among merupakan satu tradisi masyarakat Jawa meraikan bayi selepas 36 hari dilahirkan. Ia akan diadakan setiap tahun sehinggalah bayi itu pandai bercakap, biasanya pada umur empat tahun.

    "Sebelum among-among ini dijalankan ada beberapa tradisi lain yang perlu dilakukan sebaik sahaja seseorang bayi itu lahir. Hari pertama hingga ketujuh bayi dilahirkan, ramai jiran-jiran dan saudara-mara datang menziarah keluarga bayi. Kunjungan tradisi ini dipanggil muyi, biasanya kaum ibu datang pada waktu siang manakala kaum bapa pada waktu malam," kata Zahrul Nizam Mahfuz, 43, yang lebih mesra disapa Kang Nizam. Beliau merupakan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Mutiara i-Tech.


    ZAHRUL NIZAM membisikkan sesuatu ke telinga Anuar Kusmat menunjukkan bagaimana tradisi balalan dilakukan.


    Selepas muyi, ia diikuti dengan puputan atau kenduri cukur jambul. Pada masa ini para tetamu diraikan dengan jamuan nasi ambang atau disebut ambeng. Juadah nasi itu dimakan bersama ayam masak kicap, mi goreng, sambal goreng, sayur dan serunding kelapa. Kemudian barulah tradisi among-among bermula selepas tempoh berpantang tamat.

    Among-among diadakan setiap tahun sejak bayi dilahirkan hinggalah bayi tersebut fasih bercakap tetapi kebanyakan masyarakat Jawa Malaysia menyambutnya pada hari lahir seseorang bayi tersebut.

    "Among-among sebenarnya untuk meraikan kanak-kanak sama seperti sambutan hari lahir. Memadai menjemput jiran tetangga dan saudara-mara terdekat yang akan dijamu dengan nasi keluban yang dihidangkan di dalam dulang," kata anak Jawa kelahiran Tanjung Karang, Selangor itu.

    Urap

    Kanak-kanak yang hadir akan makan beramai-ramai di dalam satu dulang berlaukkan urap. Urap adalah campuran sayuran seperti pucuk ubi, tauge, kacang panjang ala kerabu kelapa yang diletakkan di atas nasi dan di kelilingnya pula diletakkan telur, ikan bilis, ikan kembung goreng atau ayam mengikut kemampuan sesebuah keluarga," kata Kang Nizam yang merupakan Naib Presiden I Persatuan Anak Jawa Malaysia (Ajmal).

    Selain nasi keluban tetamu cilik juga dijamu dengan bubur abang dan jajan pasar. Bubur abang merupakan tradisi wajib kerana ia melambangkan kesyukuran.

    Ia dipanggil abang kerana warnanya merah. Abang dalam bahasa Jawa ialah merah. Bubur tersebut diperbuat daripada beras yang direbus sehingga lembut kemudian ditambah santan, garam dan daun pandan, manakala jajan pasar pula ialah hidangan makanan ringan tujuh warna atau jenis yang berlainan.

    Menurut Kang Nizam, among-among semakin jarang diamalkan dalam kehidupan masyarakat Jawa di Malaysia mengikut tradisi yang sepatutnya. Bagaimanapun, ia masih diamalkan di sesetengah tempat seperti di Teluk Intan, Perak, Sabak Bernam di Selangor dan Johor.


    MASYARAKAT Jawa meraikan bayi dalam beberapa majlis seperti among-among, puputan dan muyi. - Gambar hiasan


    Turut sependapat dengannya ialah Pengarah Urusan Etika Sihat Sdn. Bhd., Ashaari Sidek, 54. Ashaari memberitahu, tradisi masyarakat Jawa Malaysia seperti muyi dan among-among menunjukkan kesuramannya sejak pertengahan tahun 70-an.

    "Saya masih ingat kerana pada masa itu kami adalah golongan yang diraikan. Orang lama tahulah mengenai tradisi ini. Kini, ramai yang tidak melakukannya kerana tidak tahu bagaimana kerana ia tidak diwarisi dengan baik.

    "Kebiasaannya dalam sebuah keluarga ada orang lama yang menjadi pakar rujuk, apabila mereka tiada, tradisi seperti muyi, among-among, balalan dan baraan semakin dilupakan," katanya ketika meraikan among-among Muhammad Harith Fahmi Mohd. Fidzhar berusia enam bulan di Riverstone Eco Resort yang terletak di Hutan Lipur Sungai Tua, Jalan Sungai Tua, Batu Caves baru-baru ini.

    Jaluk ngapuro


    TRADISI makan nasi ambang di dalam dulang yang dikongsi beramai-ramai mampu mengeratkan hubungan silaturahim.


    Balalan atau dengan nama lainnya jaluk ngapuro iaitu tradisi bermaaf-maafan ketika Hari Raya Aidilfitri turut menerima nasib yang sama kerana ia jarang sekali dipraktikkan.

    "Balalan ini hanya dilakukan ketika hari raya sahaja. Ia merupakan upacara meminta maaf di antara orang muda dan orang tua.

    "Ia dilakukan secara duduk berdepan sambil kepala kedua-dua pelaku merapati satu sama lain secara sisi sambil bersalam dan meminta maaf daripada sekecil-kecil kesalahan hinggalah kesalahan yang besar. Upacara ini paling lama boleh mencecah selama 15 minit," katanya.

    Tambahnya apa yang diucapkan lebih kepada berbisik dan melibatkan penggunaan bahasa Jawa halus.

    Dalam pada itu, seorang anak muda berdarah Jawa, Abdul Raouf Mohd. Dahlan, 31, memberitahu dirinya cukup bertuah kerana keluarganya masih mengamalkan tradisi masyarakat Jawa seperti puputan, among-among dan balalan walaupun juadah seperti nasi ambang dan nasi keluban tidak disediakan kerana kekangan masa.

    "Sebagai seorang Jawa, saya berbangga dengan tradisi turun-temurun yang masih diamalkan dan menjadi identiti kami.

    "Bagaimanapun, saya sedikit terkilan kerana banyak tradisi Jawa sudah dilupakan. Bagi saya tradisi adalah identiti kepada sesuatu bangsa," katanya yang merupakan seorang guru.

    Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

    Ajmal hidupkan tradisi

    Posted:

    Ajmal hidupkan tradisi

    Ajmal hidupkan tradisi

    MENYEDARI tradisi-tradisi masyarakat Jawa Malaysia semakin dilanda kesuraman ditelan arus kemodenan, Persatuan Anak Jawa Malaysia (Ajmal) membuka langkah bagi mengelakkan ia terus luput dalam ingatan generasi muda.

    Bagi menyuburkan kembali tradisi-tradisi lama masyarakat Jawa di Malaysia, Ajmal merancang untuk melawat ke beberapa buah perkampungan Jawa di seluruh negara bagi mengenali tradisi-tradisi Jawa yang kian luput.

    Naib Presiden I Ajmal, Zahrul Nizam Mahfuz memberitahu, ia adalah satu misi untuk menghidupkan kembali tradisi untuk tatapan generasi akan datang.

    "Dengan cara ini, kita dapat menggali semula tradisi-tradisi yang masih kuat diamalkan di kampung-kampung.

    "Kami mahu generasi akan datang tahu mengenai tradisi-tradisi Jawa di negara ini. Sekurang-kurangnya mereka tahu bahawa orang Jawa ini kaya dengan tradisi yang berperanan mengeratkan hubungan sesama insan," katanya.

    Selain merancang mengadakan lawatan ke kampung-kampung, Ajmal juga mahu menekankan penggunaan aspek bahasa kepada generasi baru Jawa kini.

    "Bahasa Jawa juga unik. Bahasa Jawa halus digunakan apabila seseorang itu bercakap dengan orang yang lebih tua bagi menunjukkan rasa hormat.

    "Mungkin bahasa Jawa yang dituturkan di Malaysia tidak sama seperti di Indonesia kerana ia telah diserapkan dengan ciri-ciri tempatan malah, ada juga tradisi yang diamalkan di sana tiada di sini ataupun berlainan pendekatan," ujarnya.

    Dalam pada itu, Ajmal juga bercadang membuka kelas mengajar bahasa Jawa dan tulisan Jawa iaitu Ha Na Ca Ra Ka. Bahasa Jawa mempunyai aksaranya sendiri sama seperti huruf a, b, c dan d.

    "Walaupun ia tidak relevan untuk dipraktikkan dalam kehidupan seharian, ia sesuatu yang bernilai untuk dipelajari," katanya yang turut merancang untuk membukukan tradisi-tradisi Jawa pada masa akan datang.

    Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

    Kemunculan buruj Ophiucus

    Posted:

    Kemunculan buruj Ophiucus

    Kemunculan buruj Ophiucus


    PERTAMBAHAN bintang Ophiucus sebagai bintang ke-13 jika diterima bakal mengubah tilikan astrologikal.




    CHURCHILL antara orang popular yang dikatakan berada di bawah bintang Ophiucus.


    RAMAI individu kembali sedar daripada khayalan silam bahawa mereka adalah bukan mereka. Lebih teruk ada pasangan kekasih yang mengimpikan saat bahagia keserasian bersama insan tercinta berdasarkan petanda astrologikal kecewa setelah dikhabarkan tersasar membaca ramalan horoskop tahun ini.

    Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

    Utusan Online - Jenayah

    Posted: 06 Mar 2011 11:24 PM PST

    Utusan Online - Jenayah


    Pesara tentera dibelasah curi beras, tong gas

    Posted:

    Pesara tentera dibelasah curi beras, tong gas

    Pesara tentera dibelasah curi beras, tong gas

    KUALA TERENGGANU 6 Mac - Seorang pesara tentera menerima padah dibelasah oleh orang ramai kerana mencuri tiga kampit beras dan satu tong gas memasak berhampiran sebuah pasar raya di Kuala Ibai, dekat sini, semalam.

    Lebih malang, suspek berusia 37 tahun dipukul sehingga cedera di muka dan badan di hadapan anak dan isterinya yang sedang sarat mengandung.

    Dalam kejadian kira-kira pukul 4 petang, perbuatan jenayah suspek itu disedari seorang lelaki yang dipercayai pemilik sebuah kedai runcit.

    Lelaki tersebut berjaya mengecam wajah suspek yang dikatakan pernah melakukan perbuatan sama di kedai runcitnya sebelum ini.

    Menurut saksi yang ingin dikenali sebagai Hassan berusia 23 tahun, suspek terbabit pernah mencuri barangan keperluan asas seperti beras dan tong gas memasak dari beberapa buah kedai runcit di kawasan itu, beberapa hari lalu.

    Katanya, berikutan itu, pemilik kedai runcit berkenaan mengecam wajah suspek dan kebetulan dia turut mengunjungi pasar raya berhampiran.

    "Suspek mencuri beras dan tong gas memasak dengan memaklumkan kepada pekerja di sebuah kiosk berdekatan untuk tumpang meletakkan barang-barang berkenaan kerana sukar untuk membawanya menggunakan motosikal.

    "Dia datang dengan sebuah kereta membawa isteri dan anak untuk ambil barang tapi selepas tahu barang itu dicuri, penduduk terus tangkap dan pukul dia," katanya ketika ditemui dekat sini, semalam.

    Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner K. Manoharan ketika dihubungi hari ini mengesahkan kes berkenaan.

    Katanya, semua barangan yang dicuri iaitu tiga kampit beras dan satu tong gas memasak berjaya dirampas daripada suspek.

    "Siasatan mendapati suspek mempunyai tiga rekod jenayah sama menggunakan modus operandi berpura-pura untuk membeli barang sebelum melarikan barang-barang terbabit ke kawasan lain," katanya.

    Tambahnya, dalam kejadian berkenaan suspek yang bekerja sebagai buruh itu cedera di bahagian muka dan anggota badan.

    "Kes disiasat di bawah Seksyen 380 Kanun Keseksaan dan ujian air kencing ke atas suspek mendapati dia tidak mengambil dadah," katanya.

    Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

    Lindungi anak punca serangan

    Posted:

    Lindungi anak punca serangan

    Lindungi anak punca serangan

    Oleh YATIMIN ABDULLAH
    utusankelantan@utusan.com.my

    KOTA BHARU 6 Mac - Gajah betina yang naik minyak dan menyerang seorang penoreh sehingga mati di Kampung Serian Batu 11, Gua Musang semalam, dipercayai berbuat demikian bagi melindungi dua ekor anaknya.

    Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) negeri, Rahmat Topani berkata, ini kerana ketika kejadian haiwan itu merasakan anaknya berusia dua dan lima tahun diancam.

    Katanya, pemeriksaan mendapati gajah betina tersebut sebelum itu cuba melarikan diri tetapi terperangkap dengan pagar elektrik yang dipasang di kebun terbabit.

    "Gajah itu berpatah balik dan terserempak dengan mangsa. Haiwan itu lalu menyerang mangsa bagi mempertahankan dua ekor anaknya.

    "Haiwan tersebut dipercayai dari jenis Asia dengan berat kira-kira dua tan serta berusia antara 30 dan 40 tahun, berdasarkan kesan tapak kakinya," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

    Beliau mengulas kejadian seorang penoreh, Lee Che Hassan, 46, yang maut selepas diserang seekor gajah betina ketika cuba menghalau sekumpulan haiwan itu menggunakan mercun bola di kebunnya di Kampung Serian Batu 11, Gua Musang.

    Dalam kejadian kira-kira pukul 1 petang itu, mangsa parah setelah dililit dengan belalai haiwan berkenaan sebelum dihempas ke sebatang pokok.

    Rahmat memberitahu, pihaknya sebelum ini ada menerima aduan daripada penduduk mengenai pencerobohan gajah-gajah liar di kawasan ladang mereka.

    Katanya, beliau bersama beberapa anggota telah melawat kawasan tersebut Rabu lalu untuk mengenal pasti kawasan terlibat, namun hasil pemeriksaan hanya menemui kesan lama.

    Tambahnya, justeru pihaknya merancang untuk kembali meninjau ke kawasan berkenaan pada hari ini.

    "Hasil pemeriksaan juga mendapati kawasan tersebut telah dibina dengan longkang untuk mengelak diceroboh haiwan liar.

    "Namun di sesetengah kawasan rendah, gajah menolak tanah ke dalam longkang dan memboloskan diri masuk ke kawasan ladang," katanya.

    Katanya, pihaknya menempatkan 13 anggota bagi memantau pergerakan gajah itu sama ada masih di kawasan tersebut atau telah melarikan diri ke hutan berhampiran.

    "Tempoh pemantauan belum ditentukan kerana ia bergantung pada keadaan," ujarnya.

    Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

    Utusan Online - Politik

    Posted: 06 Mar 2011 11:18 PM PST

    Utusan Online - Politik


    GAPS minta tunggu siasatan SPRM

    Posted:

    GAPS minta tunggu siasatan SPRM

    GAPS minta tunggu siasatan SPRM

    Oleh AZIAN AZIZ
    pengarang@utusan.com.my

    SHAH ALAM 6 Mac - Gagasan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS) mendakwa Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berbohong jika mengatakan wang kerajaan negeri berjumlah RM80,500 telah dibelanjakan untuk penginapan rombongan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dari Sabah dan Sarawak.

    Pengerusinya, Hamidzun Khairuddin sebaliknya mempertahankan dakwaan dan pendedahan yang dibuat pihaknya sebelum ini bahawa wang tersebut telah disalahgunakan untuk membiayai penginapan 500 perwakilan Kongres Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada November tahun lalu.

    Beliau berkata, jika wang itu digunakan untuk membiayai penginapan kumpulan NGO, mengapa tarikh yang dipilih untuk menginap di situ sama dengan tarikh Kongres PKR berlangsung dan lokasinya juga berhampiran dengan tempat kongres itu diadakan.

    "Saya minta Menteri Besar berhenti membohongi rakyat. Mungkin ada rombongan dari Sabah dan Sarawak termasuk kaum Penan yang merupakan perwakilan parti,'' katanya.

    Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Abdul Khalid yang mendakwa wang RM80,500 yang dikatakan dibelanjakan untuk penginapan para perwakilan Kongres PKR sebenarnya diperuntukkan kepada rombongan NGO dari Sabah dan Sarawak termasuk suku Penan yang datang melihat kemajuan Selangor.

    Abdul Khalid mendakwa demikian semasa berucap pada majlis pelancaran Buku Jingga di Stadium Malawati di sini, malam tadi.

    Dalam pada itu, Hamidzun meminta semua pihak menunggu hasil siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung perbelanjaan wang rakyat RM80,500 itu.

    "Kita telah buat laporan kepada SPRM agar dakwaan itu disiasat. Jadi kita sama-sama tunggu hasil siasatan SPRM dan Menteri Besar tidak perlu memutarbelitkan semuanya," kata beliau.

    Pada 19 Februari lalu, Hamidzun mendedahkan bahawa kerajaan negeri Selangor telah menyalahgunakan wang rakyat berjumlah RM80,500 bagi membiayai penginapan kira-kira 500 perwakilan pada kongres PKR tahun lalu.

    Menurut beliau, pihaknya mempunyai bukti mengenai penyelewengan tersebut dan bukti-bukti berkenaan telah diserahkan kepada SPRM pada 24 Februari lalu.

    Dalam pada itu kata Hamidzun, pihaknya berharap agar rakyat di negeri ini tidak lagi tertipu dengan 'janji manis' pemimpin PKR yang kononnya mahu membela nasib rakyat.

    "Mereka hanya jaga kepentingan parti, bukan rakyat," tegasnya.

    Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

    MB nafi guna wang negeri

    Posted:

    MB nafi guna wang negeri

    MB nafi guna wang negeri

    SHAH ALAM 6 Mac - Kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor cuba mengalihkan perhatian berhubung dakwaan menggunakan wang rakyat untuk membiayai kos penginapan kira-kira 500 perwakilan pada kongres parti itu tahun lalu.

    Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menafikan dakwaan tersebut dengan memberikan alasan para perwakilan berkenaan bukannya anggota PKR tetapi hanya kumpulan rombongan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dari Sabah dan Sarawak yang mengadakan lawatan di Selangor.

    "Kita gunakan (peruntukan negeri) untuk membiayai mereka yang datang dari Sabah dan Sarawak untuk datang melihat kemajuan di negeri Selangor.

    "Mereka adalah NGO dari sana (Sabah dan Sarawak), mereka mahu cerita sebenar mengenai keadaan di negeri ini. Kita juga menerima kehadiran suku Penan.

    "Sekarang SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia) sedang sibuk mencari orang Penan di Selangor," katanya ketika berucap pada majlis pelancaran Buku Jingga di Stadium Malawati di sini, malam tadi.

    Turut hadir Presiden PKR, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail dan Timbalan Pengerusi DAP, Tan Seng Giaw.

    Majlis pelancaran Buku Jingga yang merupakan manifesto sekiranya pembangkang mentadbir negara itu dilihat kurang mendapat sambutan daripada masyarakat di negeri ini ekoran kira-kira 1,500 orang sahaja yang hadir berbanding jangkaan pengedaran 10,000 hingga 15,000 unit Buku Jingga secara percuma kepada hadirin sempena majlis berkenaan.

    Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

    Malaysiakini :: Berita

    Posted: 06 Mar 2011 07:20 PM PST

    Malaysiakini :: Berita


    Hujah akhir sebelum keputusan bicara dalam perbicaraan

    Posted: 06 Mar 2011 06:49 PM PST

    Perbicaraan kes liwat terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim bersambung hari ini dengan mahkamah mendengar hujah akhir dari pihak pendakwa dan pembela dalam bicara dalam perbicaraan.

    Anwar, bersama dengan peguam Sankara Nair and ahli parlimen Subang, Sivarasa Rasiah, memberi keterangan untuk pihak pembela, manakala Superintendent Ahmad Taufiq Abdullah, memberi keterangan untuk pihak pendakwa.

    Anwar dan Sankara memberitahu mahkamah itu bahawa tiada alasan penangkapan dinyatakan oleh apabila ketua pembangkang ditahan pada Julai 2008 oleh sepasukan anggota polis yang bertopeng.

    Sivarasa pula, dalam keterangannya berkata, beliau telah mengingatkan pegawai penyiasat supaya tidak menahan Anwar semalaman, selepas ahli parlimen Permatang Pauh itu selesai memberi kenyataan dan selepas menjalani pemeriksaan perubatan.

    Dalam bicara dalam perbicaraan itu, peguam Karpal Singh cuba untuk membuktikan yang penangkapan itu tidak sah dan tiga bahan yang diambil dari sel tempat Anwar ditahan semalam - yang mengandungi mengandungi DNA 'Male Y' - dibuat secara tidak adil dan menyalahi undang-undang.

    Ahmad Taufiq pula memberitahu mahkamah yang beliau telah memaklumkan kepada Sankara dan Anwar bahawa penangkapan itu dibuat berdasarkan dakwaan di bawah seksyen 377B untuk liwat dengan persetujuan.

    Bagaimanapun , pegawai polis itu mengakui bahawa waran tangkap bertarikh 15 Julai, 2008, hanya diserahkan kepada Anwar di ibu pejabat polis Kuala Lumpur (IPK KL) - tempat ketua pembangkang ditahan.

    Tumpuan sekarang ialah sama ada Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah akan membuat keputusannya mengenai penerimaan bahan bukti penting itu, hari ini.

    Tiga bahan tersebut - yang pihak pendakwa mahu mahkamah menerimanya sebagai bahan bukti - boleh menentukan kejayaan atau kegagalan kesnya terhadap Anwar.

    LAPORAN LANGSUNG

    8.31am: Pemimpin Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur dengan isterinya yang juga presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail. Kedua-dua pemimpin itu bersalaman dengan wakil-wakil dari kedutaan Denmark.

    8.37am: Peguambela Sankara Nair memasuki dewan mahkamah dengan rakannya, Datuk Param Cumaraswamy.

    8.50am: Masih lagi tiada kelihatan pihak pendakwa. Biasanya, mereka sampai sebelum ketibaan peguambela.

    8.57am: Pasukan pendakwa diketuai Peguamcara II Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden tiba.

    9.01am: Peguambela utama, Karpal Singh berada di mahkamah.

    Mahkamah sedia untuk mula bersidang. Terdapat kira-kira 60 orang dalam dewan mahkamah. Bagaimanapun, masih ada kerusi kosong di barisan depan dan barisan dewan.

    9.06am: Mahkamah mula bersidang di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah.

    9.07am: Yusof memohon untuk memanggil semula Supt Ahmad Taufik, untuk menyerahkan waran tangkap sebagai bahan bukti.

    Tetapi Karpal membantah. Katanya, hari ihi telah ditetapkan untuk mendengar hujah kerana bicara dalam perbicaraan telah ditutup.

    Menurut Karpal, ini merupakan satu perbicaraan jenayah dan permohonan patut dibuat semasa bicara dalam perbicaraan.

    Yusof menerangkan bahawa waran tangkap telah tersalah letak dan dia telah menjumpai salinan asal. Jumaat lalu, waran tangkap yang dikemukakan di mahkamah, bukan salinan asal.

    9.12am: Hakim Zabidin menolak permohonan oleh pihak DPP.

    9.15am: Karpal mula menyampaikan hujahnya. Katanya, bahan bukti tersebut mesti dikeluarkan kerana:

    * Pencabulan perlembagaan persekutuan kerana penangkapan menyalahi undang-undang.

    * Diperolehi melalui cara yang tidak adil.

    Karpal kata beban pembuktian di sini ialah pada imbangan kebarangkalian.

    [Berita lanjut menyusul]

    Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

    Kerdau p'raya 'paling melampau', kata Tuan Ibrahim

    Posted: 06 Mar 2011 05:31 AM PST

    Naib Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man mendakwa, parti itu tewas dalam pilihan raya kecil DUN Kerdau disebabkan peningkatan jumlah para pemilih.

    "Bagaimanapun daripada sudut jumlah undi di tiga kawasan Felda, ada peningkatan," katanya dalam sidang media di markaz PAS di Kerdau malam ini selepas keputusan rasmi diumumkan.

    Ditanya sama ada keputusan hari ini menunjukkan PAS kehilangan undi Melayu, Tuan Ibrahim menafikannya kerana Kerdau merupakan kubu kuat BN.

    azlan"Dengan segala jenteranya, agak sukar bagi kita. Bagi saya ini cuma kemerosotan kecil," katanya lagi.

    Tuan Ibrahim juga terus menyatakan perasaan tidak puas hati kepada perjalanan proses pilihan raya kali ini sebagai "pilihan raya paling melampau".

    Justeru, tambahnya, PAS akan menyarankan supaya dilakukan reformasi melalui program pemutihan pilihan raya Bersih 2.0.

    Dalam pada itu, Tuan Ibrahim turut menafikan dakwaan Pakatan gagal menterjemahkan kandungan Buku Jingga dalam pilihan raya kali ini.

    Beliau memberi alasan, pilihan raya Kerdau lebih tertumpu kepada isu tempatan.

    Sementara itu, exco kerajaan tempatan Selangor Ronnie Liu pula berkata Pakatan tidak perlu susah hati kerana ujian sebenar adalah dalam pilihan raya umum.

    Ditanya tentang sokongan undi Cina di Kerdau kali ini, Ronnie berkata perkara itu tidak dapat diukur kerana bercampur dengan kaum lain dalam satu daerah mengundi.

    Calon BN Syed Ibrahim Syed Ahmad memperolehi kemenangan besar dengan majoriti 2,724 undi, menewaskan Hassanuddin yang mendapat 2,336 undi.

    Keputusan pilihan raya kecil itu diumumkan oleh pegawai pengurus pilihan raya, Datuk Tarif Abdul Rahman kira-kira 8.20 malam ini.

    Majoriti kemenangan BN itu menunjukkan parti itu berjaya mengembalikan tahap sokongan yang dinikmatinya pada pilihan raya umum 2004 di mana parti itu mendapat majoriti sebanyak 2,565 undi.

    Ia juga menunjukkan pertambahan hampir 70 peratus berbanding majoriti yang diperolehi BN sebanyak 1,615 undi pada 2008.

    Pilihan raya kecil itu turut mencatatkan jumlah keluar mengundi sebanyak 83 peratus atau 7,480 orang pemilih keluar mengundi selepas semua 13 pusat mengundi ditutup 5 petang tadi.

    Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

    Utusan Online - Pahang

    Posted: 06 Mar 2011 07:11 PM PST

    Utusan Online - Pahang


    Kualiti produk pelancongan ditingkat

    Posted:

    Kualiti produk pelancongan ditingkat

    Kualiti produk pelancongan ditingkat

    Oleh KHAIRATUL AINAL ABDUL KARIM
    utusanpahang@utusan.com.my

    KUANTAN 6 Mac - Kerajaan negeri akan memberi perhatian dalam meningkatkan kualiti produk serta perkhidmatan pelancongan untuk menjadikan Pahang sebagai destinasi pelancongan berkelas dunia pada masa depan.

    Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kesenian, Warisan, Pembangunan Keluarga dan Hal Ehwal Wanita Negeri, Datuk Shafik Fauzan Shariff berkata, Pahang dikurniakan khazanah alam semula jadi pelbagai bentuk yang selama ini menjadi teras kepada sektor pelancongan negeri ini.

    "Oleh itu, kita harus mengambil peluang yang ada dan berusaha memperkenalkan produk kita kepada masyarakat luar.

    "Di samping itu, ia boleh dijadikan sumber pendapatan tambahan bagi menjana ekonomi penduduk sekitar," katanya.

    Beliau menjelaskan demikian kepada pemberita selepas melancarkan program Promosi Pakej Memukat di Pantai Chempaka, Kampung Pantai Sepat anjuran Perbadanan Kemajuan Bukit Fraser dan Tourism Pahang di sini semalam.

    Program tersebut disertai 135 peserta gabungan daripada ahli Kelab Pacuan Empat Roda dari Perak, Selangor, Johor Bahru, Kuala Lumpur, Terengganu termasuk Pahang bersama penduduk Kampung Chempaka, Pantai Sepat di sini.

    Antara aktiviti diadakan adalah lawatan ke Pusat Tenun Pahang di Kampung Sungai Soi, demonstrasi orang dan beruk memanjat pokok kelapa, memperkenalkan produk makanan penduduk seperti keropok lekor, sata dan otak-otak.

    Shafik berkata, pihaknya turut menyumbang sebuah bot bernilai RM5,000, beberapa pukat serta bubu untuk digunakan penduduk dalam merealisasikan impian mereka menaikkan nama Kampung Chempaka sebagai destinasi pelancongan.

    "Orang ramai atau pengunjung boleh memilih pakej-pakej pelancongan yang disediakan mengikut cita rasa masing-masing secara berkumpulan dan individu.

    "Antara cadangan pakej pelancongan di sini ialah memukat sambil bersantai, Pantai Chempaka dalam kenangan, Sepat perkampungan tradisional, program inap desa, Pantai Sepat 'Free and Easy' dan Kampung Sepat 'weekend special'," jelasnya.

    Beliau berkata, program seperti itu membolehkan penduduk mempromosikan produk berasaskan komuniti sebagai satu tarikan kepada pengunjung luar ke tempat tersebut.

    Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

    60 lampu jalan di tiga tanah rancangan Felda rosak

    Posted:

    60 lampu jalan di tiga tanah rancangan Felda rosak

    60 lampu jalan di tiga tanah rancangan Felda rosak


    KHOLID Hussain menunjukkan lampu jalan yang tidak berfungsi di Felda Sungai Koyan Satu, Kuala Lipis, Pahang baru-baru ini.


    KUALA LIPIS 6 Mac - Penduduk di tiga tanah rancangan Felda di sini memohon pihak berkuasa tempatan dan Tenaga Nasional Berhad (TNB) membaiki 60 lampu jalan rosak serta gagal berfungsi pada waktu malam.

    Tiga tanah rancangan terbabit adalah Felda Sungai Koyan 1, 2 dan 3 dan penduduk berharap ia dapat diperbaiki segera bagi mengelak sebarang kejadian tidak diingini berlaku terutama jenayah.

    Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Felda Sungai Koyan 1, Kholid Hussain berkata, masalah berkenaan telah dikemukakan oleh ketiga-tiga JKKK kepada pentadbiran daerah dan TNB tetapi belum ada tindakan diambil.

    "Masalah itu menimbulkan rasa kurang selesa penduduk apabila berurusan pada waktu malam khususnya di kalangan warga emas.

    "Perkara itu dikemukakan oleh JKKK kepada pihak berwajib dan kerosakan berkenaan masih belum dibaiki. Kami amat berharap lampu berkenaan berfungsi semula," katanya ketika ditemui di sini baru-baru ini.

    Kholid bimbang keadaan lorong dan persimpangan yang gelap boleh mengundang kegiatan tidak sihat oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

    Seorang penduduk Sungai Koyan Tiga, Ismail Ali, 56, berkata, keadaan gelap membahayakan pejalan kaki dan penunggang motosikal pada waktu malam.

    Ismail menambah, jika lampu jalan itu berfungsi ia boleh menambahkan keceriaan kampung dan suasana lebih ceria di kawasan tempat tinggal yang padat dengan penduduk.

    Dalam pada itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jelai, Datuk Wan Rosdy Wan Ismail berkata, pihaknya telah dimaklumkan mengenai masalah tersebut oleh penduduk di ketiga-tiga tanah rancangan itu.

    "Hasil pertemuan dengan ketua kampung berkenaan baru-baru ini, saya memberi jaminan akan memohon pentadbiran daerah Lipis dan TNB segera menyelenggarakan lampu berkenaan menerusi projek membaik pulih kemudahan asas di luar bandar," katanya.

    Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

    Khairul Amri Husin terima sijil penghargaan

    Posted:

    Khairul Amri Husin terima sijil penghargaan

    Khairul Amri Husin terima sijil penghargaan


    Khairul Amri Husin menunjukkan sijil penghargaan yang diterima dari Jabatan Bomba dan Penyelamat Pahang, di Kuantan, baru-baru ini.


    KUANTAN 6 Mac - Keberanian dan kecekapan anggota bomba menyelamatkan pelajar perempuan yang diserang histeria ketika cuba terjun dari tingkat tiga bangunan Sekolah Menengah Kebangsaan Abu Bakar di Temerloh pada Januari diberi penghargaan oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Pahang.

    Khairul Amri Husin, 25, anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Temerloh menerima sijil penghargaan pada Majlis Perhimpunan Bulanan Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri Pahang di sini baru-baru ini.

    Sijil penghargaan tersebut disampaikan oleh Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Pahang, Datuk Abdul Wahab Mat Yasin.

    Menurut Khairul Amri, penganugerahan tersebut bukan sesuatu yang diharapkan terutama sekali dalam menabur bakti kepada masyarakat.

    "Apa yang dilakukan adalah membantu sesiapa sahaja ketika berada dalam kesusahan dan memerlukan pertolongan.

    "Saya pasti semua anggota bomba akan melakukan perkara sama (menyelamatkan orang) jika mereka berada di tempat saya," katanya ketika ditemui di majlis perhimpunan bulanan jabatan tersebut di sini.

    Khairul Amri berasal dari Tumpat Kelantan menambah, sebelum ini dia tidak pernah berhadapan dengan situasi cemas tersebut dan sehingga kini peristiwa tersebut masih segar dalam ingatannya.

    Menceritakan detik cemas itu, jelasnya, ketika kejadian dia bersama tujuh anggota lain bergegas ke lokasi kejadian setelah menerima panggilan bahawa ada pelajar sekolah cuba terjun dari tingkat tiga.

    "Sampai di tempat kejadian saya terkejut apabila melihat pelajar terbabit hanya menggunakan hujung jari kakinya untuk memijak hujung beranda tersebut.

    ''Jika silap sedikit kemungkinan dia akan jatuh.

    "Kira-kira 10 minit saya cuba menenangkan pelajar itu dan akhirnya saya mencapai tangannya lalu menarik mangsa walaupun dia bersikap agresif serta cuba meronta melepaskan diri," katanya.

    Jelas Khairul Amri, sijil penghargaan tersebut menyuntik semangatnya untuk terus memberi khidmat yang lebih baik pada masa akan datang.

    Pada 25 Januari lalu, seorang pelajar perempuan berusia 15 tahun cuba terjun untuk bunuh diri dari beranda bangunan sekolah setinggi lapan meter.

    Bagaimanapun, dalam kejadian pukul 8.30 pagi itu, pelajar terbabit dipercayai mengalami serangan histeria sebelum berjaya diselamatkan oleh Khairul Amri dan beberapa anggota bomba lain.

    Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

    Utusan Online - Mahkamah

    Posted: 06 Mar 2011 07:08 PM PST

    Utusan Online - Mahkamah


    Lelaki bakar rumah dipenjara 5 tahun

    Posted:

    Lelaki bakar rumah dipenjara 5 tahun

    Lelaki bakar rumah dipenjara 5 tahun

    KUALA TERENGGANU 6 Mac - Gara-gara membakar rumahnya sendiri, seorang lelaki terpaksa meringkuk dalam penjara selepas Mahkamah Sesyen di sini, hari ini menjatuhkan hukuman penjara lima tahun ke atasnya bersabit kesalahan itu.

    Hakim Azman Mustapha membuat keputusan itu setelah tertuduh, Maliki Mohamed 39, akhirnya mengaku bersalah atas tuduhan tersebut.

    Dakwaan terhadapnya dikenakan di bawah Seksyen 436 Kanun Keseksaan kerana khianat menggunakan api dan jika sabit kesalahan dia boleh dipenjara sehingga 20 tahun dan denda.

    Tertuduh yang mengalami kecederaan di kaki serta tangan kanan akibat kejadian itu hanya menundukkan kepala ketika keputusan itu dibaca dan Maliki dihukum bermula tarikh dia ditangkap pada 27 Januari lalu.

    Mengikut kertas pertuduhan, dia didakwa melakukan perbuatan itu di rumahnya di No. 72, Kampung Balik Bukit, Bandar Permaisuri, Setiu pada pukul 12.30 malam, 26 Januari lalu.

    Berdasarkan fakta kes, tertuduh dikatakan nekad membakar rumahnya sendiri dengan menggunakan mancis setelah naik berang dengan isterinya ekoran pertengkaran yang berlaku antara mereka.

    Terdahulu, tertuduh merayu agar hukuman terhadapnya diringankan kerana dia tidak berniat untuk membakar rumahnya sendiri.

    "Saya hanya berniat nak bakar asap (ubat nyamuk).

    "Tetapi masa nak keluar dari stor, saya tersepak tong petrol sampai minyak tumpah dan api merebak," katanya.

    Bagaimanapun, pihak pendakwaan mendapati alasan yang dikemukakan lelaki itu didapati tidak berasas serta kurang meyakinkan.

    Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya (DPP), Zulfazliah Mahmud.

    Berdasarkan laporan akhbar sebelum ini, ketika kejadian itu berlaku, isteri tertuduh yang berusia 35 tahun dan bekerja sebagai pembantu di stesen minyak berhampiran tiada di rumah.

    Wanita itu dilaporkan hanya ternampak kepulan asap tebal dari rumah mereka ketika berada di rumah jiran.

    Dia mengesyaki kebakaran tersebut berpunca daripada suaminya kerana lelaki itu pernah mengugut berbuat demikian ketika mereka bertengkar sebelum ini.

    Kebakaran itu turut memusnahkan sebuah stor dan bengkel membaiki motosikal yang terletak berhampiran dan kerugian dianggarkan berjumlah lebih RM100,000.

    Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

    Utusan Online - Rencana

    Posted: 06 Mar 2011 03:13 PM PST

    Utusan Online - Rencana


    Wujudkan perkongsian pintar

    Posted:

    Wujudkan perkongsian pintar

    Wujudkan perkongsian pintar

    Oleh NURUL ANUAR KARI
    anuar.kari@utusan.com.my

    NAMA Majlis Perhubungan Rangkaian Kesatuan Sekerja Antarabangsa Malaysia (UNI- MLC) mungkin tidak begitu dikenali berbanding Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) dan Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC).

    Namun, UNI-MLC mempunyai kekuatan lebih 200,000 ahli dari 60 kesatuan kakitangan kolar putih seluruh negara yang mampu memberi impak dalam hubungan antara pekerja, majikan dan kerajaan di negara ini.

    Didaftarkan secara rasmi pada 2003, UNI-MLC merupakan anggota Kesatuan Global UNI (disebut You and I) yang menggabungkan sekitar 1,000 kesatuan sekerja dari 135 negara dengan keanggotaan kira-kira 20 juta ahli.

    Kesatuan Global UNI yang beribu pejabat di Nyon, Switzerland dibentuk pada 1 Januari 2000 bagi menggabungkan kesatuan sekerja dari empat sektor utama iaitu komunikasi antarabangsa (pos dan telekom); media dan hiburan; grafik dan pembungkusan; serta kakitangan perdagangan, insurans dan kewangan (FIAT).

    Di Malaysia, tugas UNI-MLC termasuk memberi khidmat nasihat dalam perjanjian bersama (CA), keselamatan dan kesihatan di tempat kerja, cara kerja bersesuaian dan juga isu melibatkan pekerja asing.

    Baru-baru ini, UNI-MLC turut menerima anugerah Breaking Throuh iaitu pengiktirafan tertinggi peringkat global untuk sudut pengelolaan sektor-sektor yang tiada kesatuan sekerja dengan mengatur kerja kesatuan untuk pekerja yang tiada kesatuan sendiri

    Dalam temuramah khas bersama Presiden UNI-MLC, Mohamed Shafie BP Mammal sebelum ini, beliau berkongsi harapan untuk era baru hubungan kesatuan, majikan dan kerajaan yang lebih 'aman' kelak.

    "Falsafah kami mahu wujudkan perkongsian pintar dan juga mahu bekerjasama dengan kerajaan, universiti, golongan cendekiawan dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang mempunyai matlamat serupa.

    "Persoalannya, bagaimana membina era perkongsian pintar ini? Ke arah keharmonian dan kesejahteraan pekerja tanpa mengabaikan hubungan yang baik dengan pihak pengurusan," katanya.

    Antara yang ditegaskannya adalah untuk melihat perubahan minda pemimpin kesatuan sekerja yang perlu mengikut iklim politik, ekonomi dan pertumbuhan peluang pekerjaan di rantau ini.

    "Perhubungan industri yang sihat dengan majikan bukan bererti kita berkompromi dengan hak kita. Perubahan ini mungkin akan dibawa golongan muda yang akan mengambil alih dalam lima hingga 10 tahun akan datang.

    "Falsafah mereka mungkin berbeza terutamanya dalam era perkongsian pintar yang tidak hanya melihat kepada isu pendapatan semata-mata," ujarnya.

    Namun, Mohamed Shafie berpendapat perubahan ke era baru tidak begitu mudah jika pihak pengurusan sendiri masih was-was dengan tahap keterbukaan terhadap kesatuan sekerja yang masih rendah.

    Tambahnya, majikan juga kena mengubah cara pemikiran lama terutamanya persepsi bahawa ahli kesatuan merupakan golongan yang selalu suka menentang.

    "Majikan sebenarnya kena jaga pekerja. Dengan cara itu, rasa hormat antara kedua pihak akan bertambah sementara produktiviti dan hasil kerja akan meningkat.

    "Galakkan latihan dan latihan semula supaya dapat membentuk sistem dan budaya kerja baru dalam era globalisasi kini," tegasnya.

    Jelasnya lagi, banyak isu boleh diselesaikan dengan baik dan mudah jika Bahagian Sumber Manusia syarikat cekap dan prihatin terhadap situasi kakitangan.

    "Masalah dapat diselesaikan dengan baik dan mudah jika kesatuan dapat memberi maklum balas dalam suasana kerja yang harmoni, aman dan mementingkan perkongsian pintar semua pihak.

    Berita lanjut, sila rujuk edisi cetakan Utusan Malaysia atau langgani e-Paper di http://ebrowse.bluehyppo.com/utusan/index.asp

    Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

    Rahsia negara tanggungjawab bersama

    Posted:

    Rahsia negara tanggungjawab bersama

    Rahsia negara tanggungjawab bersama

    Oleh JENERAL TAN SRI DATUK SRI AZIZAN ARIFFIN


    Tan Sri Azizan Ariffin memeriksa baris hormat semasa majlis pembubaran Malcon di Padang Kawat 515 Transit, Kementerian Pertahanan.


    PERUBAHAN ke atas persekitaran strategik, perkembangan teknologi maklumat dan revolusi dalam hal ehwal ketenteraan telah mencorakkan wajah peperangan masa hadapan. Sejajar itu, rancangan pembangunan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) telah direncanakan secara capability-based yang menyaksikan proses memperkasakan ATM melibatkan perolehan peralatan dan persenjataan baru dibuat secara berperingkat.

    Kesinambungannya, ATM sedang giat melaksanakan pelan peningkatan keupayaan angkatan yang merupakan dimensi keempatnya ataupun lebih dikenali sebagai Fourth Dimension Malaysian Armed Forces. ATM yakin usaha ini akan melonjakkan keupayaannya pada masa hadapan dari segi pelaksanaan operasi, cegah rintang yang kredibel serta kelebihan asimetri dan penggandaan kekuatan yang akan mengurangkan jurang keupayaan masa kini.

    Sesungguhnya, hanya ketumbukan yang mantap akan dapat memberi keyakinan kepada rakyat bahawa ATM benar-benar mampu melindungi kedaulatan dan kepentingan strategik negara. Keprihatinan berterusan kerajaan terhadap keperluan tersebut amat ATM hargai. Hasilnya, dapat dilihat pada hari ini di mana sistem pertahanan negara kini diperkuatkan lagi dengan kehadiran aset-aset kapital pertahanan yang moden dan berteknologi tinggi.

    Tujuan pemodenan tersebut bukanlah untuk kita berlumba atau bermegah dengan mana-mana negara, tetapi semata-mata demi menentukan pembangunan ekonomi dan sosial yang stabil, keselamatan dan kedaulatan negara kekal di tahap yang tinggi serta membolehkan kita menyumbang terhadap keselamatan dan kestabilan serantau dengan efektif.

    Dalam proses transformasi keupayaan ini, ATM akur akan keperluan untuk berbelanja secara berhemah. Langkah untuk mengubah rancangan perolehan peralatan berdasarkan ancaman (threat-based) kepada keupayaan (capability-based) merupakan satu langkah yang bertepatan. Pembangunan keupayaan secara capability-based mampu mempersiapkan ATM untuk menghadapi ancaman yang lebih meluas (multi spectrum) dengan kos yang lebih rendah.

    Sungguhpun demikian, perolehan peralatan ketenteraan dewasa ini bukannya murah, malahan semakin hari semakin meningkat. Ini kerana nilai bagi setiap peralatan dan persenjataan bergantung kepada teknologi yang khusus untuk keperluan ATM serta menghadapi dinamisme perkembangan keselamatan serantau yang mempengaruhi keselamatan negara.

    Pihak pengeluar persenjataan dan peralatan lazimnya akan membuat penyesuaian bagi memenuhi keperluan yang digariskan oleh ATM. Pakej sebegini semestinya mempunyai kos yang jauh berbeza dengan peralatan atau persenjataan yang dibeli secara off the shelf (mengikut spesifikasi pihak pengeluar). Kos tersebut belum mengambil kira aspek nilai tambah seperti kos penyelidikan dan pembangunan (R&D), perolehan teknologi, pemindahan teknologi, perkhidmatan sokongan dan sebagainya.

    Secara jelas, adalah tidak wajar untuk membuat perbandingan bajet pertahanan sesebuah negara dengan negara-negara lain secara emotional equation tanpa memahami keperluan khusus sebenar negara tersebut, terutama sekali kepada negara-negara membangun. Sebagai pengguna dalam bidang pertahanan yang telah sekian lama mendokong keperluan pertahanan negara, ATM sentiasa mematuhi prosedur yang ketat serta melakukan pertimbangan dan kajian yang terperinci di antara kos dan keupayaan sebelum mengesyorkan setiap rancangan perolehan kepada kerajaan.

    Keupayaan pertahanan negara adalah rahsia negara yang perlu dipertahankan oleh setiap lapisan warga Malaysia yang mempunyai akses terhadapnya. Rahsia keupayaan pertahanan negara boleh diibaratkan seperti rahsia keselamatan rumah kita. Melalui pandangan mata kasar, orang luar boleh mengetahui bahawa rumah kita berpagar dan mempunyai ciri-ciri keselamatan yang lain.

    Namun begitu, mereka tidak akan mengetahui ciri-ciri terperinci mengenai keselamatan dan hal ehwal dalaman rumah kita, jika tidak diberitahu. Apabila rahsia atau ciri-ciri terperinci ini diketahui umum, secara langsung aspek keselamatan dan rahsia dalam rumah kita akan dikompromi dan terdedah kepada pelbagai ancaman seperti jenayah, tohmahan dan fitnah.

    Begitulah juga dengan kerahsiaan keupayaan ATM termasuk perolehan kelengkapan, sistem dan teknologi pertahanan tidak boleh didedahkan kepada umum kerana ia akan menjejaskan kesiagaan pertahanan negara dan semangat juang pasukan keselamatan. Sehubungan itu, rancangan pemilikan aset strategik ATM yang merupakan maklumat berdarjah perlu dilindungi kerahsiaannya.

    Pendedahan maklumat berhubung keupayaan dan rancangan aset-aset pertahanan negara sewenang-wenangnya, tanpa ada kesedaran tentang implikasi negatif terhadap kewibawaan ATM dan kemampuan pertahanan negara pada masa hadapan, tidak sepatutnya berlaku.

    Umum perlu sedar bahawa sebarang kompromi mengenainya akan menjejaskan tahap kesiagaan dan keupayaan ATM dalam melindungi kedaulatan negara. Secara sedar atau tidak, tindakan tersebut juga jelas bertentangan dengan Akta Rahsia Rasmi Negara.

    ATM, seperti mana-mana organisasi kerajaan yang lain, mengikuti proses perolehan yang ditetapkan kerajaan. ATM juga akur, sebagai stake-holder, rakyat perlu maklum akan perolehan aset-aset utama pertahanan negara. Namun, ciri-ciri terperinci sistem pertahanan tidak sepatutnya dihebahkan, kerana ia adalah rahsia dan strategi ketenteraan untuk ATM menghadapi musuh ketika krisis atau peperangan.

    Pendedahan rahsia tersebut adalah umpama pucuk dicita ulam mendatang kepada musuh, ini kerana bukanlah mudah untuk mendapatkan rahsia negara seumpama ini. Tiada mana-mana negara secara sukarela mendedahkan rahsia ketenteraan mereka, melainkan melalui tindakan pengintipan, sabotaj atau pengkhianatan. Secara sedar atau tidak, usaha keterlaluan dalam mempolemik serta mendedahkan perolehan dan keupayaan ATM, umpama mencemuh dan memperlekehkan pasukan keselamatan.

    Harus diingat bahawa pasukan keselamatan inilah yang selama ini telah menjamin kedaulatan dan keselamatan negara semasa era konfrontasi dan darurat. Pasukan keselamatan inilah juga yang akan sentiasa berjuang di masa hadapan demi memastikan negara kita kekal berdaulat dan rakyat hidup dengan aman sejahtera.

    Keghairahan mempersenda dan mendedahkan keupayaan sistem pertahanan negara akan meletakkan pasukan keselamatan berada dalam kedudukan yang 'disadvantage', kerana segala rahsianya telah didedahkan. Natijahnya, tindakan mendedahkan rahsia negara seperti ini tersasar jauh daripada semangat patriotisme yang sejati.

    PENULIS ialah Panglima Angkatan Tentera Malaysia

    Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

    Kosmo Online - Negara

    Posted: 06 Mar 2011 01:37 PM PST

    Kosmo Online - Negara


    Bala minum air petai 'menangis'

    Posted:

    Bala minum air petai 'menangis'

    Bala minum air petai 'menangis'

    zaki.salleh@kosmo.com.my


    KERATAN Kosmo! 5 Mac 2011


    Oleh ZAKI SALLEHGEORGE TOWN - Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) mengingatkan orang ramai supaya tidak meminum air yang kononnya keluar dari sebatang pokok petai 'menangis' di sini kerana ia mungkin mengandungi virus kencing tikus (leptospirosis)

    Pegawai Pendidikannya, N. V. Subbarow berkata, sehubungan itu orang ramai perlu berhati-hati kerana banyak punca penyakit berjangkit disebarkan oleh binatang atau serangga termasuklah leptospirosis yang disebarkan melalui air.

    Beliau berkata, tindakan meminum air berkenaan hanya mendedahkan orang ramai kepada risiko termasuk penyakit kerana tidak mengetahui punca sebenar air tersebut.

    Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

    Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

    Ketua kelas patah tangan dibelasah

    Posted:

    Ketua kelas patah tangan dibelasah

    Ketua kelas patah tangan dibelasah

    Oleh FAIZAL NAZARUDDIN
    faizal.nazaruddin@kosmo.com.my


    ANOAR menunjukkan tangan anaknya, Muhammad Shahfaly yang patah didakwa akibat dibelasah 11 pelajar di Simpang Empat, Kangar semalam.


    KANGAR - Ketua kelas ini sekadar melaksanakan tugas mencatatkan nama pelajar ponteng sebagaimana kebiasaan dilakukannya setiap hari.

    Namun, tindakan murninya itu kelmarin membawa padah apabila dia dibelasah oleh sekumpulan 11 pelajar samseng yang sudah lama berdendam dengannya.

    Akibatnya lengan kiri pelajar itu patah, tulang bahu terseliuh manakala kening kiri turut luka dalam kejadian yang berlaku pada Jumaat lalu, kira-kira pukul 11 pagi.

    Muhammad Shahfaly Anoar, 15, pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Syed Saffi dekat sini terpaksa mengambil cuti sakit selama 11 hari akibat kejadian itu.

    Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

    Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

    BN menang besardi Kerdau, Merlimau

    Posted:

    BN menang besardi Kerdau, Merlimau

    BN menang besardi Kerdau, Merlimau

    Oleh ROSLI HASSAN dan HAFIZ ABBAS
    berita@kosmo.com.my


    PEMENANG ketiga Peraduan Gerbang Cinta musim kedua, Marni Azlina Deraman ditemani suaminya, Shahrul Hisham Hashim turut membuang undi di Sekolah Kebangsaan Jengka 23, Temerloh semalam.


    KUALA LUMPUR – Barisan Nasional (BN) mengekalkan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di Merlimau dan Kerdau dengan tambahan majoriti lebih besar berbanding Pilihan Raya Umum 2008 dan 2004.

    Di Jasin, calon BN yang bertanding pada Pilihan Raya Kecil DUN Merlimau, Roslan Ahmad mengalahkan calon Pas, Yuhaizad Abdullah dengan majoriti 3,643 undi.

    Roslan memperoleh 5,962 undi manakala Yuhaizad mendapat 2,319 undi.

    Keputusan itu diumumkan oleh Pegawai Pengurus Pilihan Raya Kecil DUN Merlimau, Roslan Eusoff di Dewan Platinum Politeknik Merlimau kira-kira pukul 8.15 malam tadi.

    Turut berada di dewan berkenaan untuk meraikan kemenangan calon BN itu ialah Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam.

    Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

    Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

    Utusan Online - Kota

    Posted: 06 Mar 2011 11:20 AM PST

    Utusan Online - Kota


    DBKL hapuskan penalti

    Posted:

    DBKL hapuskan penalti

    DBKL hapuskan penalti

    Oleh NUR NAZLINA NADZARI
    kota@utusan.com.my


    Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin memulakan kerja mengecat dinding salah satu blok sebagai tanda perasmian projek naik taraf Apartmen Putra Ria di Pantai Dalam, Kuala Lumpur semalam. - UTUSAN/ZAINI HUSIN


    KUALA LUMPUR 6 Mac - Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan memansuhkan semua faedah tunggakan bayaran penyenggaraan bagi penghuni Apartmen Putra Ria di Pantai Dalam di sini yang sudah mencecah RM600,000.

    Bagaimanapun, insentif khas itu hanya akan diberikan jika penghuni membayar sepenuhnya yuran penyenggaraan tertunggak itu secara sekali bayaran atau ansuran selama 12 bulan.

    Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin berkata, langkah itu bertujuan meringankan beban penghuni yang dikenakan penalti berkenaan.

    Menurutnya, bagi penghuni yang membayar yuran penyenggaraan tiap-tiap bulan tanpa tunggakan selama setahun, mereka diberi potongan 50 peratus bagi yuran bulan Disember setiap tahun.

    "Selain itu, bagi penghuni yang membayar yuran itu secara sekali gus untuk tempoh satu tahun, mereka akan diberi diskaun satu bulan bayaran yuran penyenggaraan," katanya.

    Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri majlis pemimpin bersama rakyat di Apartmen Putra Ria di sini hari ini.

    Turut hadir, Pengarah Bahagian Perumahan DBKL, Sukiman Surahman dan Timbalan Pengarah Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU), Jabatan Perdana Menteri, Hassan Musa.

    Menurut Raja Nong Chik, jika intensif tersebut berjaya menarik penduduk di apartmen itu untuk membayar caj penyelenggaraan mereka, maka intensif itu akan diperluaskan ke perumahan lain.

    Sementara itu, Raja Nong Chik berkata, ICU memperuntukkan sebanyak RM800,000 untuk mengecat semula apartmen tersebut yang sudah usang.

    Katanya, ICU juga menyediakan pembiayaan untuk menaik taraf surau di apartmen berkenaan berjumlah RM50,000 serta RM200,000 lagi bagi menurap jalan dan menyediakan tempat meletak kereta.

    "Sehingga kini, DBKL telah membelanjakan RM6 juta untuk kerja penyelenggaraan Apartmen Putra Ria termasuk penggantian bumbung bocor dan resapan, sistem pencegahan kebakaran, baik pulih lif dan pam serta kerja railing dan penutup longkang," ujarnya.

    Apartmen Putra Ria yang terdiri daripada tiga blok dan mengandungi 660 unit rumah kini kelihatan usang disebabkan faktor cuaca.

    Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

    Dinding loji IWK jadi sasaran contengan

    Posted:

    Dinding loji IWK jadi sasaran contengan

    Dinding loji IWK jadi sasaran contengan

    KLANG 6 Mac - Salah tempat curah bakat. Itulah yang terlintas di fikiran sesiapa sahaja apabila melihat dinding di loji kumbahan Indah Water Konsortium (IWK) di Pandamaran Indah di sini.

    Ini kerana dinding loji itu diconteng dengan pelbagai corak, lukisan dan tulisan yang tidak berfaedah oleh golongan yang boleh digelar 'seniman tanpa tauliah'.

    Tinjauan Utusan Malaysia baru-baru ini mendapati, hampir setiap dinding dipenuhi dengan contengan menggunakan semburan cat pelbagai warna.

    Meskipun beberapa contengan itu kelihatan cantik tetapi agak mengecewakan apabila bakat seni mereka itu dicurahkan pada tempat yang tidak sesuai.

    Seorang pekerja swasta, Hady Amri Zainal, 29, berkata, pengguna jalan raya di sekitar kawasan itu pasti akan dapat melihat lakaran dan tulisan menggunakan cat semburan berwarna.

    "Saya sendiri tidak faham apa yang ingin disampaikan oleh pelukisnya. Saya lihat ia lebih kepada aktiviti vandalisme berbanding lukisan grafiti yang biasanya cantik, kemas dan berwarna-warni.

    "Mereka bukan sahaja mengotorkan dinding tetapi juga memburukkan lagi pandangan di sekitar kawasan ini dengan lukisan yang tidak bermotif," katanya ketika ditemui di sini baru-baru ini.

    Penduduk tempatan, Nur Ain Awaluddin, 30, berkata, lakaran itu bukan sahaja menyakitkan mata orang ramai malah memberi tanggapan negatif kepada pengunjung atau pelancong yang datang ke daerah ini.

    "Pihak berkuasa perlu melakukan sesuatu agar perkara ini tidak berterusan kerana ini bukan sesuatu yang baru, di samping pemantauan berkala terutama pada waktu malam juga perlu dilakukan," katanya.

    Muhammad Hafiz Harun, 20, berpendapat, PBT perlu menyediakan tempat khas untuk pelukis mural mencurahkan bakat supaya mereka tidak sesuka hati membuat contengan di merata tempat.

    "Mungkin dengan cara itu, ia dapat membanteras mereka daripada terus mencurah bakat di tempat yang salah sehingga menyakitkan mata yang memandang," katanya.

    Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

    Polis perlu peka masalah masyarakat

    Posted:

    Polis perlu peka masalah masyarakat

    Polis perlu peka masalah masyarakat

    PUCHONG 6 Mac - Tugas dan tanggungjawab polis kini tidak lagi sekadar mencegah jenayah tetapi juga mewujudkan persekitaran yang dianggap oleh orang ramai sebagai selamat dan tenteram.

    Justeru, Ketua Polis Daerah Serdang, Supritendan Abd. Razak Elias berkata, setiap anggota polis perlu lebih prihatin serta peka terhadap permasalahan masyarakat.

    Katanya, setiap anggota polis tanpa mengira pangkat dan jawatan juga perlu sering turun padang supaya dapat memenuhi kehendak masyarakat.

    "Tanggungjawab itu selaras dengan peranan hakiki anggota polis untuk berada di lapangan bagi menjamin masyarakat bebas bergerak menjalankan aktiviti harian mereka dengan selamat," katanya.

    Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melawat premis-premis perniagaan di kawasan berisiko berlaku jenayah di Bandar Puteri di sini sempena sambutan Peringatan Hari Polis Ke-204.

    Tinjauan dan pemeriksaan serentak di dua lokasi berisiko sekitar Bandar Puteri dan Puchong Jaya itu melibatkan hampir 50orang pegawai.

    Dalam gerakan pemeriksaan lebih sejam di sekitar Bandar Puteri itu, seramai empat orang pendatang tanpa izin (PATI) telah ditahan.

    Menurutnya, Bandar Puteri antara lokasi yang sering berlaku jenayah ragut antara yang menjadi tumpuan dalam gerakan 'payung' polis turun padang.

    Abd. Razak berkata, gerakan turun padang yang akan dijalankan secara berterusan itu akan dipantau sendiri oleh pegawai kanan polis dari IPD Serdang.

    Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

    Tiada ulasan:

    Catat Ulasan