Khamis, 30 Jun 2011

02 di kuala ketil - Google Blog Search

02 di kuala ketil - Google Blog Search


Kampus Insaniah <b>Kuala Ketil</b> « <b>Kuala Ketil</b>.com

Posted: 26 Jun 2011 11:24 PM PDT

Kampus tetap Kolej Universiti Insaniah (KUIN) di Kampung Pantai Chicar, kini giat dibangunkan di Kuala Ketil .Tapak kampus berkenaan berkeluasan 832 ekar dan kawasan kampus yang dibangunkan ialah seluas 360 ekar membabitkan pembinaan bangunan pentadbiran termasuk dewan-dewan kuliah.Asrama pula akan didirikan di zon dua dan tiga dalam fasa pertama yang boleh memuatkan kapasiti penuntut seramai sehingga 7,000 orang kerana penggunaan tanah secara berhemat.

Pembinaan kampus tetap ini dijangka siap sepenuhnya pada tahun 2013 dan mampu menampung seramai 10,000 penuntut. Kerajaan Negeri akan memastikan Bina Darulaman Berhad (BDB) membina rumah terlebih dahulu sebelum membina kampus dan asrama KUIN bagi memberi kemudahan kepada penuntut KUIN.

KUIN juga turut menyediakan fakulti perubatan dan dengan adanya fakulti ini akan dapat melahirkan pakar dalam bidang perubatan.Yayasan Islam Negeri Kedah (YINK) diberi tanggungjawab bagi meningkatkan pencapaian penuntut yang menyambung pengajian di Maahad Tahfiz yang melibatkan Bahasa Arab, Usuluddin dan Al-Quran.Jurusan hafalan tempat yang bersesuaian serta pensyarah turut disediakan di samping ditanggung sepenuhnya oleh Kerajaan Negeri.KUIN juga merupakan satu-satunya Institusi Pengajian Tinggi Islam di negeri ini yang menjalankan program Pengajian Islam secara berkembar dengan Universiti Al-Azhar, Mesir.

KUIN terus menaikkan imej Kedah dengan menjadi pusat pengajian Islam yang terulung di rantau ini apabila dianggap oleh Universiti Al-Azhar sebagai cawangannya di Asia Tenggara.

Hal ini, akan menarik lebih ramai penuntut asing untuk menyambung pengajian di sini seperti dari Thailand, Indonesia, Singapura, Brunei, Republik Rakyat China, Kemboja dan Iraq. Dengan ini Kuala Ketil akan berkembang maju di masa hadapan.

Sumber : http://portal.kedah.gov.my

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan