02 di gurun kedah - Google Blog Search |
Kemalangan ngeri <b>di Gurun</b>, <b>Kedah</b> | Isu Semasa & Terkini Malaysia Posted: 19 Sep 2009 12:28 AM PDT Baru je kami berpesan-pesan supaya berhati-hati di jalanraya. Kemalangan ngeri di Gurun ini mengorbankan empat sekeluarga di lebuhraya utara selatan. Mereka yang terbunuh ialah Pegawai Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (Keda), Mohd. Yusof Ahmad, 53; isterinya, Hasnah Hamzah, 52, serta dua anak gadis mereka, Hazwani Izati, 24, dan Hafizatun Alimi, 20. GURUN 18 Sept. – Empat sekeluarga rentung manakala dua lagi cedera parah dalam kemalangan yang membabitkan empat kenderaan termasuk sebuah treler di Kilometer 94.8, Lebuh Raya Utara Selatan arah selatan dekat sini awal pagi ini. Mereka yang terbunuh ialah Pegawai Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (Keda), Mohd. Yusof Ahmad, 53; isterinya, Hasnah Hamzah, 52, serta dua anak gadis mereka, Hazwani Izati, 24, dan Hafizatun Alimi, 20. Kemalangan kira-kira pukul 6.30 pagi itu melibatkan kereta Perodua MyVi dinaiki keluarga terbabit serta sebuah Perodua Viva, Naza Citra dan treler. Empat beranak itu terperangkap dalam kenderaan mereka yang meletup dan terbakar selepas merempuh sebuah kereta jenis Naza Citra dan treler. Sebelum itu, treler terbabit yang membawa peralatan komputer dipercayai terbabas dan terbalik sehingga melintang di atas laluan lebuh raya. Seorang pemandu Naza Citra, Kamarulzaman Husain, 36, yang mengikut dari belakang tidak sempat memberhentikan kenderaannya lalu merempuh treler berkenaan. Selepas itu, kereta yang dinaiki keluarga malang tersebut pula terlanggar dua buah kenderaan itu. Sebuah kereta Viva yang dipandu Azhar Abdul Rahman, 38, juga tidak sempat mengelak dan kemudian merempuh kereta Perodua MyVi berkenaan dan terbabas ke bahu lebuh raya. Utusan Malaysia difahamkan, ketika kejadian, keadaan kawasan terbabit agak berkabus tebal ekoran hujan lebat yang turun lewat malam tadi. Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Hashim Ali berkata, kesemua mangsa yang maut itu dalam perjalanan dari rumah mereka di Taman Nuri, Alor Setar ke Hospital Pulau Pinang (HPP). ''Kita percaya kereta MyVi itu dipandu oleh Hasnah. Mereka sekeluarga dalam perjalanan membawa Mohd. Yusof yang mengalami sakit perut untuk menemui doktor pakar di HPP," katanya di sini hari ini. Hashim memberitahu, pada peringkat awal, polis tidak dapat mengenal pasti identiti mangsa kerana semua dokumen pengenalan diri mereka musnah terbakar. Bagaimanapun, semakan butiran kereta berkenaan kemudian mendapati ia milik Mohd. Yusof dan disahkan oleh anggota keluarga yang lain. ''Kamarulzaman cedera termasuk patah di beberapa bahagian badan dimasukkan ke Hospital Sultan Abdul Halim sebelum dipindahkan ke Hospital Pantai Utara Sungai Petani. ''Sementara Azhar yang juga cedera parah dihantar ke hospital yang sama untuk rawatan lanjut. Keadaan kedua-dua mangsa kini stabil," katanya. Tambah Hashim, pemandu treler berusia 32 tahun dari Seri Kembangan, Selangor yang cedera ringan kini ditahan reman bagi membantu siasatan. Katanya, kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang sabit kesalahan boleh dipenjara hingga 10 tahun dan denda sehingga RM20,000. Dalam pada itu, seorang pekerja syarikat kargo, Norhamidi Daud, 36, yang berada di belakang semua kenderaan berkenaan berkata, kemalangan itu berlaku dalam tempoh yang begitu singkat. ''Selepas ternampak kereta tersebut merempuh antara satu sama lain, saya memberhentikan kenderaan di bahu jalan untuk membantu mangsa. ''Bagaimanapun, sebaik sahaja turun dari kereta, saya terdengar seolah-olah bunyi letupan sebelum melihat asap tebal di lokasi itu," katanya. Dia yang dalam perjalanan dari Yan ke tempat kerjanya di Pulau Pinang berkata, tidak lama kemudian orang ramai membantu mengeluarkan mangsa sebelum melaporkan kejadian kepada pihak berkuasa |
BLOG KEDAH: 02 <b>di gurun kedah</b> - Google Blog Search Posted: 09 Jun 2011 03:09 PM PDT awal pagi jumaat dah bergerak ke pasir mas.. kg halaman suami,singgah solat subuh di raub, pahang. Sepanjang perjalanan mcm biasa.. agak membosankan...ditambah dengan mata yang tak tidur semalaman.. ermmm tersengguk2 juga melayan mata..tiba di pasir mas setelah meredah perjalanan selama 7 jam... cuaca di pasir mas agak panas.. berpeluh2 juga dibuatnya.. ditambah dengan letih meredah perjalanan jauh, aduhhh mata terasa nak pejam jer.... anak2 macam biasa.. bila dah sampai kg, semuanya aktif.. mcm2 ragam ada.. aku dan suami mengemas rumah, maklumlah rumah dah tinggal lebih sebulan.. habukpun dah seinci. ditambah dengan sawang2 penuh.. letih2 pun terpaksa la mengerah tenaga mencuci mana patut.. then tengahari sabtu lepas lunch di rumah kakak ipar di Tanah Merah, sambung lagi perjalanan jauh kami.. hari ni bertolak ke kampung ku pula di Gurun, Kedah. Melewati lebuhraya timur barat yang mencabar kesabaran apabila ada pemandu-pemandu yang memandu mengikut kehendak sendiri. Main asal suka jer potong memotong.. sebelum sampai kampung, singgah dulu kenduri kahwin kawan sepejabat di Kg. Teloi Tua, Sik.. hahah ni yang besh kenduri kat kg.. ada gulai batang pisang lagik.. sedap sangat.. sampai kat umah kenduri jam dah lul 6.30 ptg. tapi nasib baik kenduri kat kampung ni meriahnya sampai ke petang, ramai lagi tetamu yang ada.. tp pengantinnya Fyna dan suami tiada sbb dia org baru jer keluar ke Ladang Anggur di Beris untuk sesi outdoor fotografi..so kami dapat berborak ngan parents Fyna jer la sambil makan nasi kenduri yang sedap tu... thanks ya Fyna sebab jemput kami.. Selepas makan, sambung semula perjalanan yang dah tak baper jauh lagi.. sampai jer kat Pekan Gurun dah sesat.. hahaha dah byk lencongan jalannya sbb pembinaan double track KTM.. wahh makin maju kampung ku sekarang. Sampai rumah parentsku di Taman Gurun dah dekat2 pukul 8 mlm.. so pagi ni lepak la kat kampung... tadaaaaa (gambar ni kredit pada encik Nazrul (http://nazrulazat.blogspot.com).. aku songlap dari blog dia.. pinjam gambaq sat no... :p) Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
You are subscribed to email updates from di gurun kedah - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan