Ahad, 21 Ogos 2011

di negeri kedah - Google Blog Search

di negeri kedah - Google Blog Search


CoreTaN hiDUpKu © » Permohonan Pinjaman Lembaga Biasiswa <b>Negeri</b> <b>...</b>

Posted: 17 Aug 2011 08:20 PM PDT

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua..

khas untuk anak-anak negeri kedah yang masih mencari pinjaman pelajaran selain daripada PTPTN..untuk makluman ko orang, Lembaga Biasiswa Negeri Kedah (LBNK) sedang membuka permohonan Pinjaman Lembaga Biasiswa Negeri Kedah Fasa 2 Tahun 2011..

Pinjaman ini dibuka mulai 15hb OGOS sehingga 10 SEPTEMBER 2011

Syarat Permohonan

  • Dilahirkan di Negeri Kedah ATAU
  • Telah mendapat tawaran melanjutkan pengajian dalam Negara di mana-mana universiti dibawah tajaan LBNK (Senarai IPT Tajaan)
  • Mengikuti pengajian secara sepenuh masa
  • Belum menerima mana-mana tajaan Pinjaman / Biasiswa / Penganjur daripada badan-badan tajaan yang lain

Permohonan hendaklah dibuat secara atas talian (on-line) melalui laman web LBNK di alamat  www.lbnk.gov.my 

Pemohon perlu mencetak dan menghantar Pengesahan Permohonan & Kad Jawapan berserta setem bernilai 80 sen selepas selesai mengisi permohonan di laman web LBNK bersama-sama dokumen yang disenaraikan ke pihak pentadbiran

  • Salinan Kad Pengenalan pemohon
  • Salinan Sijil Beranak pemohon
  • Salinan Sijil Beranak Ibu atau Bapa JIKA pemohon tidak dilahirkan di Negeri Kedah
  • Salinan sijil-sijil SPM/Diploma/Ijazah Pertama/Ijazah Sarjana
  • Salinan surat berhenti sekolah
  • Salinan SURAT TAWARAN masuk dari Pusat Pengajian berkenaan
  • Segala dokumen yang disertakan perlulah disahkan terlebih dahulu oleh pegawai-pegawai yang layak

semua dokumen ini hendaklah dihantar selewat-lewatnya 15 SEPTEMBER 2011 ke alamat:

PENGARAH
LEMBAGA BIASISWA NEGERI KEDAH DARUL AMAN
PEJABAT SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI
ARAS 2, BLOK C, WISMA DARUL AMAN
05503 ALOR SETAR
KEDAH DARUL AMAN
 

KADAR PINJAMAN PELAJARAN LBNK

PERINGKAT PENGAJIAN


KADAR SETAHUN

Sijil

RM 2,500.00

Diploma

RM 3,500.00

Ijazah Sarjana Muda

RM 5,500.00

Ijazah Sarjana

RM 6,500.00

Doktor Falsafah (PhD.)

RM 8,000.00


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan