Isnin, 5 September 2011

02 di langkawi - Google Blog Search

02 di langkawi - Google Blog Search


Gulai Kalut @ Gulai Panas <b>di Langkawi</b> | Mata Hati Mekar

Posted: 13 Aug 2011 01:04 AM PDT

 Asssalammualaikum….

Hampir seminggu saya tak update blog mymekar.com. Nak kata sibuk, memang tak logik sebab saya ni surirumah saje. Sebenarnya minggu ni saya berada di Pulau Langkawi. Seperti biasa saya mengikut mr suami yang ada urusan di sini. Mungkin seminggu dua juga berkampung di Langkawi sambil2 tu dapat menghirup udara yang segar dan nyaman di pulau yang diberi jolokan "Permata Negeri Kedah" ini.

Cuaca di Langkawi kali ni sentiasa redup sesekali diiringi hujan renyai-renyai. Sejukkk dan nyaman suasana itu tak seperti kebiasannya yang panas terik. Manakala di kawasan tumpuan pelancong kelihatan lengang memandangkan tak ramai pengunjung berjalan-jalan di bulan ramadhan ini. 

Di dalam rasa ketenangan, saya ada rasa sedikit ralat kerana talian internet di kawasan kediaman ini kurang memuaskan. Signal internet sangat perlahan. Sekejap ada sekejap hilang. Macam chipsmore. Ia membuatkan saya malas untuk mengadap laptop apatah lagi meng update blog. Waktu2 macam ni membuatkan saya rindukan rumah saya di KL. Teringat saya dengan kelajuan internetnya sejak mendaftar UNIFI baru-baru ni. Waaa…. tak sabar nak balik    :cry:

Baiklah.. ni saya teruskan dengan agenda saya jalan-jalan berbuka puasa semalam. Biasanya kalau berada kat Langkawi saya jarang memasak. Saya dan suami lebih suka makan di luar. Untuk bulan puasa ni pun sama juga. Semalam selepas berbuka sekadar makan kuih dan kurma serta selepas solat magrib, isya dan terawih berjemaah di rumah, kami ke warung gulai panas @ gulai kalut untuk berbuka sekaligus bersahur pada kira2 jam 11 malam.

Inilah signboard warung Gulai Panas @ Gulai Kalut yang menjadi tumpuan penduduk tempatan dan pengunjung luar. Lokasi nya di jalan bulatan menuju ke airport Padang Matsirat, Langkawi 

menu di sini tak banyak pilihan. hanya pelbagai jenis ikan utk di masak gulai dan ulaman shj. pelanggan hanya perlu pilih ikan segar yang tersedia di sini kemudian chef akan menyediakan gulai kalut seperti yang diminta. gulai hanya akan di masak apabila adanya order dari pelanggan. memang sedap bila dapat makan panas-panas. jadi itulah sebabnya ia dinamakan gulai panas

 antara menu yang kami order malam tu. simple saje lauk-lauk kampung ni. tp kami sangat berselera apabila menikmatinya.

Tu diaaa……. gulai kalut kari kepala ikan yang menjadi menu utama di sini. Rasa gulai memang betul-betul masakan kari melayu asli. (bukan rasa kari mamak). Gulainya cair (tak terlalu lemak) dan rasa masam2. Ditambah pula dengan kehadiran ikan yang lembut dan segar lebih membuatkan ia bertambah sedap :lol:

Kepada sesiapa yang teringin nak makan gulai kalut, jom singgah kat warung ni bila mai Langkawi. Saya pasti ia tak mengecewakan. Walaupun gulainya hanya akan dimasak apabila ada order, tetapi kita tak perlu menunggu terlalu lama untuk menikmatinya. Kepantasan dan kekalutan tukang masak itulah yang membuatkan nama gulai ini dikenali dengan gulai kalut. Harga juga amat berpatutan bergantung jenis ikan yang dipilih. Perlu diingatkan anda jangan datang sini waktu tengahari kerana tokey kedai tak bangun tido lagi masa tu. Jadi datanglah menjamu selera di sini pada waktu malam, okey 8)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tiada ulasan:

Catat Komen