di negeri kedah - Google Blog Search |
Hujan emas <b>di negeri Kedah</b> | Berhenti Kerja dan Jadi Usahawan Posted: 21 Sep 2011 07:56 PM PDT Hotel Regency, Alor Setar – Ramai betul orang yang datang ke seminar Syukor di ofis baru Public Gold semalam. Walaupun ianya tdak seramai Sunway, tetapi lebih dari 60 orang hadir untuk mendengar seminar beliau berkaitan pelaburan emas. Kerusi yang di sediakan cuma untuk 50 orang sahaja, jadi terpaksa lah staf PG angkat kerusi yang dok bungkus dlm plastik lagi, bawak naik atas ke bilik seminar. Berpeluh jugak la si Kenneth di buatnya! Seperti juga di Melaka dan Kuantan, saya merasakan market emas di Kedah ini still banyak yang boleh di explore. Ramai orang yang masih lagi tak tahu, atau pun di misinformed berkaitan pelaburan emas. Inisiatif peserta-peserta yang hadir ke seminar semalam haruslah di puji kerana sekurang-kurangnye mereka telah mengambil satu langkah kehadapan berbanding mereka yang tidak hadir. Tahniah juga kepada dealer-dealer PG yang ajak mereka datang! Ketika saya menulis post ini, saya masih lagi di atas katil Hotel Regency, Alor Setar. Cantik hotel ni. Betul-betul dok tengah bandar Alor Setar. Masa saya study di UUM dulu, saya tak perasan lak hotel ni. Lagipun masa tu kite ni sengkek, takda keperluan saya nak gi hotel. Hahaha. So lepas ni saya akan meneruskan perjalanan ke Penang. Balik ke Apartmen dan bersiap untuk ke Kulim pula. Malam ni ada seminar di Kulim. Jadi orang-orang kulim, kita jumpa malam ni k. Selamat tinggal Alor Setar. Kita jumpa lagi next month! Semoga negeri Kedah di hujani dengan lebih banyak emas! Terima kasih Shufaad Tags: PG Alor Setar |
You are subscribed to email updates from di negeri kedah - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan