Sabtu, 8 Oktober 2011

di negeri kedah - Google Blog Search

di negeri kedah - Google Blog Search


BLOG KEDAH: <b>di negeri kedah</b> - Google Blog Search

Posted: 27 Sep 2011 03:24 PM PDT

URL Sumber Asal :-

BLOG KEDAH: <b>di negeri kedah</b> - Google Blog Search

Posted: 22 Sep 2011 04:04 PM PDT

URL Sumber Asal :-

<b>Kedah</b> tingkatkan peruntukan bagi R&D dalam Bajet 2012 <b>...</b>

Posted: 21 Sep 2011 07:44 PM PDT

Posted on September 22, 2011, Thursday

ALOR SETAR: Kerajaan Kedah akan meningkatkan peruntukan bagi Penyelidikan dan Pembangunan (R&D) dalam bidang pertanian melalui Bajet 2012 yang akan dibentang tidak lama lagi.

Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak berkata, perkara itu amat relevan memandangkan sektor pertanian di negeri ini amat penting dan memerlukan kaji selidik secara berterusan agar dapat meningkatkan hasil pertanian yang tinggi pada masa akan datang.

Beliau berkata, kerajaan negeri telah menghantar beberapa anggota jawatankuasa daripada Kumpulan Ladang Sdn Bhd (anak syarikat kerajaan negeri) ke Taiwan Ahad lepas agar mereka belajar mengenai sistem teknologi pertanian di negara itu dan mempraktikkannya kepada petani di negeri ini nanti.

"Di Amerika mereka tidak bergantung makanan dari negara lain kerana hasil pertanian yang dikeluarkan hanya untuk keperluan rakyat negara itu sendiri malah mereka juga turut mengeluarkan mesin berteknologi tinggi untuk kegunaan petani di negara itu sendiri," katanya pada perasmian Hari Peladang Penternak dan Nelayan peringkat negeri Kedah di sini semalam.

Hari Peladang Penternak dan Nelayan yang berlangsung di pekarangan Stadium Darul Aman di sini bermula semalam hingga 26 September, bertemakan 'Pertanian Berteknologi Tinggi Asas Kesejahteraan Rakyat'.

Mengulas mengenai tin-dakan syarikat feri penumpang di Langkawi yang menarik balik harga tiket istimewa bagi penduduk Langkawi yang ke tanah besar atau sebaliknya pada hari Jumaat, Sabtu, Ahad, cuti umum dan cuti sekolah, Azizan berkata: "Kerajaan negeri hanya menyediakan tempat dan tidak terlibat dalam soal ini.

"Saya akan minta exco pengangkutan mengkaji me-ngenai isu itu dan berbincang dengan kerajaan Persekutuan bagi menyelesaikan masalah itu," katanya. — Bernama

Hujan emas <b>di negeri Kedah</b> | Berhenti Kerja dan Jadi Usahawan

Posted: 21 Sep 2011 07:56 PM PDT

Hotel Regency, Alor Setar – Ramai betul orang yang datang ke seminar Syukor di ofis baru Public Gold semalam. Walaupun ianya tdak seramai Sunway, tetapi lebih dari 60 orang hadir untuk mendengar seminar beliau berkaitan pelaburan emas. Kerusi yang di sediakan cuma untuk 50 orang sahaja, jadi terpaksa lah staf PG angkat kerusi yang dok bungkus dlm plastik lagi, bawak naik atas ke bilik seminar. Berpeluh jugak la si Kenneth di buatnya!

Seperti juga di Melaka dan Kuantan, saya merasakan market emas di Kedah ini still banyak yang boleh di explore. Ramai orang yang masih lagi tak tahu, atau pun di misinformed berkaitan pelaburan emas. Inisiatif peserta-peserta yang hadir ke seminar semalam haruslah di puji kerana sekurang-kurangnye mereka telah mengambil satu langkah kehadapan berbanding mereka yang tidak hadir. Tahniah juga kepada dealer-dealer PG yang ajak mereka datang!

Ketika saya menulis post ini, saya masih lagi di atas katil Hotel Regency, Alor Setar. Cantik hotel ni. Betul-betul dok tengah bandar Alor Setar. Masa saya study di UUM dulu, saya tak perasan lak hotel ni. Lagipun masa tu kite ni sengkek, takda keperluan saya nak gi hotel. Hahaha.

Alor Setar selepas hujan

So lepas ni saya akan meneruskan perjalanan ke Penang. Balik ke Apartmen dan bersiap untuk ke Kulim pula. Malam ni ada seminar di Kulim. Jadi orang-orang kulim, kita jumpa malam ni k.

Selamat tinggal Alor Setar. Kita jumpa lagi next month! Semoga negeri Kedah di hujani dengan lebih banyak emas!

Selamat tinggal katil Hotel Regency

Terima kasih

Shufaad

Tags:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan