02 di baling - Google Blog Search |
- Kedah Ke KL: Eksklusif!! Video Pemuda Pas mengamuk <b>di Baling</b>!
- House PK: CILI KASI TARUK! AZEEZ BUAT HAL <b>DI BALING</b> <b>...</b>
- Calun Presiden <b>di baling</b> tepung ~ relevan sokmo
Kedah Ke KL: Eksklusif!! Video Pemuda Pas mengamuk <b>di Baling</b>! Posted: 25 Jan 2012 01:45 AM PST video ini menunjukkan sekumpulan pemuda Pas sedang memecahkan batu tanda markas Pas. Kejadian ini terjadi di Dun Kupang, Baling, Kedah. Paling hebat apabila kejadian ini berlaku betul-betul dihadapan markas Pas. Inilah akibatnya bila janji ahli parlimen hanya pakai air liur. janji pelbagai benda, bila menang habuk pun tarak! Published with Blogger-droid v2.0.2 |
House PK: CILI KASI TARUK! AZEEZ BUAT HAL <b>DI BALING</b> <b>...</b> Posted: 23 Jan 2012 09:55 PM PST Hari ini aku nak ceritakan pasal Azeez Baling atau dahulu dikenali sebagai Azeez Rempit. Siapa tak kenal brader Azeez ni kan? Asal saja rakyat Malaysai kita di perantauan menghadapi masalah atau bala bencana, dia ni la orang pertama akan menyiapkan diri untuk kesana dan membantu mereka. Itu kisah dia menjaga kebajikan rakyat Malaysia di perantauan la, sampaikan dah ada cerita-cerita yang mengatakan mengapa Azeez lebihkan orang luar dari orang di tempat atau Parlimen yang dia menjadi penyelarasnya! Mari aku ceritakan apa yang aku tahu pasal Azeez ni kat Baling. Tahukah korang Azeez telah menjaga Baling dari awal lagi sejak dia kalah di tangan Taib Azamuddin dulu? Daripada seorang yang tidak disukai dulu, Azeez berkorban wang dan ringgit serta masa dan tenaga untuk menjaga penduduk di Parlimen Baling ni, akhirnya dia berjaya juga menambat hati penduduk di sini. Ini bukan soal duit, tapi manusia menilai segala pengorbanan yang dilakukan oleh seorang manusia yang lain. Kalau aku nak cerita pasal kebaikan Azeez kat Baling ni memang banyak la, nanti korang kata Azeez bayar aku pulak! Cerita banyak tak mau, sekarang aku nak tunjukkan pada korang apa yang terbaru Azeez buat kat Baling ni, ini petikan dari blog McTheory: Gambar dibawah ini adalah gambar rumah rakyat, pemberian percuma kepada rakyat yang memerlukan dari Yayasan Pembangunan Rakyat Baling, ianya hak milik penuh Datuk Azeez. Maknanya sumber Yayasan tersebut datang dari duit poket dan usaha Datuk Azeez sendiri tanpa dibantu oleh mana-mana pihak. Bukan sebuah yang Datuk Azeez buat, ada 47 buah rumah lagi akan diberikan kepada yang memerlukan. Ini bukan janji pilihanraya, ini adalah usaha untuk membantu rakyat Baling. Sedih melihat rakyat Baling terkapai-kapai mencari perlindungan. Di mana agaknya ahli parlimen Baling, ketika rakyatnya sedang susah? Ini hanya satu usaha dari Datuk Azeez, banyak lagi yang beliau lakukan untuk membantu penduduk Baling. Kalau nak cari ahli parlimen, cari yang macam ni, bukan cari yang hanya pandai cakap semata, kerja haram taktau buat. UMNO Baling, UMNO Kuala Kedah, UMNO Padang Terap, UMNO Merbuk dan lain-lain dah bergerak, UMNO Jerai, UMNO Sungai Petani, UMNO Bandar Baharu dan UMNO Pokok Sena sampai bila nak tidoq? Tak teringin nak menang ka? Artikel penuh baca disini Aku dah sampaikan apa yang benar! Wahai rakyat Baling, korang nilaikan la sendiri. Korang sendiri boleh nilaikan hati budi Azeez berbanding dengan wakil Parlimen kamu sendiri, bukanlah niat aku nak kutuk Ustaz Taib, tapi kita kena akui sumbangan Azeez di BALING! Seperti mana kita semua tahu, awal 70an dulu Anwar gunakan Baling untuk raih populariti, PAS gunakan isu Memali yang juga dalam Baling ni untuk raih simpati, last-last depa sebat DUIT TABUNG MEMALI! Setelah macam-macam berlaku disana, hari ini ada seorang hamba Allah bernama Azeez yang cuba sedaya upaya dia menolong orang Baling. Selama ini segala bantuan dia di Baling ni pun tak pernah dia nak bagitau orang pun, ini pun aku dapat melalui kawan blogger McTheory dan setelah beberapa rakan lain yang telah turun kesana. Aku akan cuba membawakan berita dari Baling seberapa kerap yang mungkin. Bukan apa, just nak bagi korang nilaikan sendiri apa yang telah Azeez buat disini. Cukuplah buat masa ini, nanti aku sambung lagi ok! |
Calun Presiden <b>di baling</b> tepung ~ relevan sokmo Posted: 03 Feb 2012 01:00 AM PST * SEORANG wanita yang identitinya dikenali sebagai Claire Seguin (kanan) membaling tepung ke arah Francois Hollande di Paris kelmarin. PARIS - Seorang wanita yang mendakwa dia diawasi polis dan nyawanya juga terancam bertindak mencurahkan tepung gandum ke atas calon utama pilihan raya Presiden Perancis kempen beliau di sini kelmarin. Wanita berkenaan yang memperkenalkan diri di hadapan kamera televisyen sebagai Claire Seguin, 45, berlari ke atas podium tempat calon Presiden daripada Parti Sosialis, Francois Hollande yang berdiri untuk menandatangani 'kontrak sosial' sebagai simbolik sokongan beliau terhadap dasar perumahan untuk semua rakyat. Hollande yang kini mendahului populariti Presiden Nicolas Sarkozy kekal tenang sepanjang insiden tersebut walaupun kaca mata, rambut dan pakaiannya dilitupi tepung gandum. Beliau tetap meneruskan agendanya untuk bercakap mengenai pembaharuan dalam dasar perumahan negara selepas peristiwa memalukan itu berlaku. Beberapa pegawai peribadinya kemudian menangkap Seguin dan menyerahkan wanita itu kepada polis. Seorang anggota polis mengesahkan bahawa Sequin yang kini ditahan polis, membawa empat kilogram tepung gandum ketika kejadian. Dia dipercayai bertindak demikian selepas menuduh ada pihak dalam Parti Sosialis cuba membunuhnya.- Agensi * Sumber |
You are subscribed to email updates from di baling - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan