Sabtu, 4 Februari 2012

02 di kuala kedah - Google Blog Search

02 di kuala kedah - Google Blog Search


Sejala Rezeki , Seterik Mentari <b>Di Kuala Kedah</b> | maidaribendang

Posted: 01 Jan 2012 07:50 AM PST

Salam kepada semua,

"Kalau tersengat duri ikan belukang ni , kita kena cepat-cepat 'rendam' bahagian yang terkena tu dalam pasir. Insya Allah bisa tu akan hilang".


Demikian petua untuk menghilangkan bisa sengat ikan duri atau ikan belukang yang diberikan oleh seorang lelaki pertengahan umur yang aku temui ketika bersiar-siar di suatu pagi di Kota Kuala Kedah ataupun juga dikenali sebagai Kota Kuala Bahang di Kuala Kedah , lebih kurang 20km dari bandaraya Alor Setar.
Sedikit info untuk pengetahuan bersama.

Mengikut maklumat yang terdapat dari laman web Jabatan Muzium Malaysia , kota pertahanan Melayu ini telah dibina pada 1711 ketika pemerintahan Sultan Muhammad Jiwa hasil kehebatan rekabentuk oleh seorang tokoh senibina Kedah yang ketika itu menjawat jawatan Dato' Maharaja Kadhi. Manakala tukang-tukang mahirnya di'import' khas dari India.


Sebuah pintu gerbang telah dibina di bahagian tembok timur menghadap ke Alor Melaka dikenali dengan nama "Pintu Gerbang Kadapuri".
Kota ini juga pernah diserang oleh Bugis, Acheh dan Siam. Pada 1909 apabila Kedah dengan rasminya diletakkan di bawah pentadbiran British , beberapa buah pejabat kerajaan telah dibina di dalam kawasan kota ini, termasuklah sebuah rumah api.
Kini kawasan Kota Kuala Kedah telah diisytiharkan sebagai sebuah "Tapak Tanah Bersejarah" sejak 1978 dan bangunan-bangunan yang dibina oleh British telah dijadikan muzium dan ia dibuka kepada umum untuk lawatan setiap hari kecuali Jumaat.
"Selalunya , ikan belukang ini orang buat masak apa?" tanya aku kepada lelaki tersebut yang aku panggil pakcik.

Beliau hadir ke kawasan muara Sungai Kedah ini yang terletak di dalam kawasan Kota Kuala Kedah ini semata-mata untuk menjala ikan bersama isterinya. Kedua-dua suami isteri ini begitu peramah dan sudi melayan pertanyaan aku.


" Ada yang buat goreng begitu saja , buat asam pedas pun ada , tapi ramai yang buat jemur ikan ni buat jadi ikan kering" jawab isteri pakcik sambil perhatiannya ditumpukan kepada suaminya yang sedang sibuk menarik keluar ikan-ikan yang terperangkap di dalamnya.

Perhatian aku tertarik kepada sebuah bekas yang ada berdekatan dengan makcik itu. Ia adalah sebuah baldi cat rumah yang sudah kosong dan ia digunakan untuk mengisi hasil tangkapan mereka.


Bekas tersebut hampir penuh dengan ikan belanak, atau ia juga dipanggil ikan kedera oleh masyarakat tempatan. Anggaran aku ia mungkin sudah lebih dari satu kilogram. Ikan ini kalau dimasak goreng begitu saja memang menyelerakan tambah-tambah lagi ketika baru diangkat dari kuali.

Teringat aku kembali kenangan ketika menziarahi seorang rakan sewaktu di bangku sekolah menengah. Kebetulan bapanya nelayan di Kuala Kedah , jadi ikan inilah yang menjadi buah tangan dari mereka ketika aku pulang. Itulah pertama kali aku merasa lauk ikan tersebut.


" Awak cuba tengok dari atas tu, bagitahu saya di mana ada ikan sebab saya dibawah ni tak boleh nampak " kata pakcik kepada isterinya.

"Macamana kita nak tahu ada ikan , pakcik?" tanya aku , memang aku tidak berapa arif mengenai bab-bab menangkap ikan. Baik memancing mahupun menjala. Yang aku tahu hanya beli ikan di pasar sahaja.

" Kita boleh nampak, sekali-sekala ia akan muncul seperti kilasan di permukaan air" kata pakcik sambil terus menebarkan jalanya ke pesisir Sungai Kedah.

Kali ini ada sesuatu yang tersangkut pada jalanya.



 " Alhamdulillah , rezeki lagi kali ni. Di rumah kami pun dah ada seekor. Makcik simpan dalam akuarium , bila sudah banyak boleh masak untuk makan kami anak beranak " kata makcik tadi bilamana seekor udang galah terperangkap di dalam jala suaminya.

Hari semakin terik , agak aku ketika itu jam sudah pun menunujukkan hampir pukul 11 pagi.




Muara Sungai Kedah di hadapan kami semakin sibuk dengan lalulintasnya. Pada waktu sebegini semakin ramai nelayan yang pulang ke pengkalan membawa hasil tangkapan selepas keluar pada awal paginya.

Rata-rata mereka ialah nelayan-nelayan pesisir pantai yang keluar menangkap ikan menggunakan bot atau perahu kecil.


Selain dari pasangan suami isteri yang aku temui tadi , terdapat beberapa orang pemancing yang sedang bersabar menantikan umpan mereka disentap oleh sesuatu .

Mungkin sesuatu yang boleh dijadikan sebagai lauk waktu tengahari nanti.



Tiba-tiba ada sesuatu yang menyebabkan aku tertarik untuk merakamkan aksi lelaki di bawah ini.
Melentur rod pancingnya , seperti ada sesuatu yang begitu besar di dasar sana yang menyentap dan menarik. Aku perhatikan beliau kemudiannya dengan perlahan-lahan memutarkan motor pancingnya.
Dengan pantas aku menghalakan lensa kearah 'ikan' yang sedang ditariknya dari air. Pergerakan 'ikan' berkenaan agak pelik apabila melihat hasil dari kocakkan yang terjadi di permukaan air. 
Apabila sudah hampir dekat , kelihatan segumpal plastik yang terlekat pada mata kailnya.

"Kali ini dah masuk dua kali dah terlekat sampah..." kata lelaki itu apabila beliau tersedar yang aku sedang merakamkan aksi 'pertarungan' beliau dengan plastik tadi.


Kepada mereka yang pernah ke Pulau Langkawi dengan menggunakan perkhidmatan feri melalui Jeti Kuala Kedah , mungkin akan terperasan tentang kewujudan sebuah bangunan yang berbentuk seperti istana yang begitu cantik seperti di bawah ini.
Jangan tersilap sangka dengan mengatakan inilah Kota Kuala Kedah yang dimaksudkan itu. Sebenarnya ia adalah bangunan kepada ibupejabat Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia Wilayah Utara.

Bangunan ini adalah bangunan moden dan ia terletak betul-betul bersebelahan dengan Kota Kuala Kedah


Mungkin disebabkan oleh beberapa faktor, kawasan ini tidak dibuka kepada umum dan dikelilingi oleh pagar. Tetapi aku dapat merakamkan satu akitiviti 'pencerobohan' yang dilakukan oleh beberapa individu yang tidak dikenali ke kawasan berkenaan.

Apakah yang sedang dicari oleh dua orang budak lelaki di dalam kawasan tersebut? Adakah mungkin ada sesuatu yang boleh dijadikan sebagai rezeki kepada mereka dan keluarga.

Wallahu'alam...

tandatangan

Full content generated by Get Full RSS.

CINTA: Suatu Ketika <b>Di Kuala Kedah</b>

Posted: 23 Jan 2012 08:17 PM PST


Suatu Ketika Di Kuala Kedah

Inginku berada di dada pantaimu
Merasai tiupan bayu petang
Melihat burung2 laut terbang
Detik demi detik
Inginku saksikan keindahan warna keemasan langit
Tika suria kian menghilang
Akan ku lihat kejujuran lukisan awan
Ingin ku sentuhi bayang2 tanganmu yang ayu
Ingin hatiku memeluk kejujuran budi
Moga suasana menjadi indah dan murni
Bila malam menjelma
Moga aku bermalam bersama ketulusan hati
Terjalinlah kasih di kamar rinduku
Bayang2 itu menjadi realiti
Menjadi mahligai cinta yang ku cari2

Suatu ketika di Kuala Kedah
Bilakah saat itu
Aku rindu untuk lena di pantaimu.

insan biasa
24.1.2012.

Full content generated by Get Full RSS.

Masyarakat Cina Teruja Cara Ketua UMNO <b>Kuala Kedah</b> Temui <b>...</b>

Posted: 23 Jan 2012 12:05 AM PST

Kategori Dari Bahagian

Masyarakat Cina Teruja Cara Ketua UMNO Kuala Kedah Temui Mereka

ALOR SETAR, 23 Jan – Masyarakat Tionghua di Kuala Kedah yang menyambut Tahun Baru teruja dengan sikap Ketua Umno bahagian itu Datuk Latt  Shariman Abdullah, yang juga Pegawai Tugas-tugas Khas Perdana Menteri, menemui mereka untuk mengucap selamat Tahun Baru Cina, hari ini.

Latt Shariman yang disertai hampir 50 ahli Kelab Basikal Kuala Kedah memulakan program lawatan itu seawal pukul 7.30 pagi bermula di Dewan Undangan Negeri (DUN) Anak Bukit, kemudian ke DUN Kubang Rotan dan Pengkalan Kundor.

Dalam kayuhan sejauh lebih 60 kilometer itu, beliau singgah di kawasan-kawasan ramai masyarakat Cina dalam ketiga-tiga DUN dan beramah mesra dengan mereka sambil mengucapkan Selamat Tahun Baru serta menyampaikan angpau.

Kebolehan beliau bercakap bahasa Cina loghat Hokkien turut menarik perhatian mereka terutama golongan muda Cina yang ditemui.

Petani di Kampung Hilir, Kubang Rotan, Lim Soon Hoi, 63, berkata dia terkejut dikunjungi Latt Shariman yang datang dengan mengayuh basikal bersama rombongannya.

"Ini sejarah bagi kami menerima kunjungan seorang Ketua Umno Bahagian semasa menyambut Tahun Baru yang datang dengan mengayuh basikal. Anak-anak dan cucu-cucu saya amat teruja dengan sikap Datuk Latt," katanya.

Seorang lagi warga emas yang juga nenek kepada dua cucu dari Kampung Hilir, Suan Eng, 54, sangat berbesar hati menerima kunjungan orang Melayu terutama ketua Umno ke rumahnya untuk mengucap selamat Tahun Baru.

Latt Shariman turut disambut penuh kemesraan masyarakat Cina Taman Desarina, Kuala Kedah, persinggahan terakhirnya kira-kira pukul 1 tengah hari.

Wakil penduduk, Thow Yuk Sian, 58, berkata mereka berterima kasih kerana daya usaha Latt Shariman menyelesaikan masalah banjir kilat yang melanda Taman Desarina dan dua taman bersebelahan sejak empat tahun lepas.

"Kami telah banyak kali meminta Majlis Bandaraya Alor Setar dan wakil rakyat mengambil tindakan namun inisiatif Latt Shariman berhasil menyelesaikan masalah banjir kilat yang melanda setiap kali hujan lebat," katanya.

Bercakap kepada pemberita selepas itu, Latt Shariman berkata menolak cemuhan kerajaan negeri bahawa beliau berlagak seolah-olah wakil rakyat kerana membantu rakyat yang datang meminta bantuan.

Beberapa blog pro parti pakatan membuat tuduhan itu berikutan tindakan Latt Shariman memberi bantuan menurap jalan rosak dan membaiki longkang di beberapa taman di sekitar Kuala Kedah yang dilanda banjir kilat sejak dua tahun lepas.

"Apa yang saya lakukan adalah kehendak kerajaan Barisan Nasional agar setiap masalah dan aduan rakyat ditangani. Kita tidak boleh membiarkan mereka hidup dalam keadaan tidak selesa," katanya.

Lagi Berita Berkaitan :

Berita Bertarikh 23 January 2012 Pada 4:05 PM

Full content generated by Get Full RSS.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan