02 di langkawi - Google Blog Search |
Wan Thai – Citarasa Thailand <b>di Langkawi</b> | JuadahMalaysia.com Posted: 26 Jan 2012 06:16 PM PST Sawadikap…Jom jalan-jalan cari makan!.. Kali ni saya nak bawa korang semua menikmati juadah dari negara jiran kita iaitu Thailand tetapi lokasi restorannya terdapat di Langkawi, Kedah. Restoran ini memang cukup popular di Langkawi dan agak eksklusif setaraf dengan harga menu yang sedikit mahal, namun masakan ala siamnya sangat enak disamping mutu kebersihan kedai yang dijamin bersih termasuk tandas dan suraunya. Memang seronok bila mai sini selain faktor2 yang saya sebut di atas, pelanggan yang datang akan dilayan secepat mungkin oleh para pelayan wanita siam yang comei-comei belaka. Pakaian mereka semuanya seragam dan menutup aurat pula. Sejuk mata sesiapa yang memandang Restoran Wan Thai terletak di Pekan Kuah Menurut cerita orang, Tuanku Sultan Kedah dan Tun Dr. Mahathir pun suka menikmati juadah-juadah yang disediakan di sini. Lihatlah gambar pemilik kedai dengan tokoh2 terkenal Malaysia di bawah ini ! Restoran ini memang sesuai untuk meraikan tetamu-tetamu istimewa dan jamuan makan malam besar. Nak tengok menu apa yang delicious di sini? Jom check it out :- Tom Yam Seafood adalah hidangan yang wajib kami order Ranggupnya kerabu mangga muda. Lembutnya isi ikan. Dimasak stim, sungguh membangkitkan selera. ikan apa ni?…lupa pulak. dimasak 3 rasa. ada masam, manis, pedas. ayam yang dibungkus dengan daun pandan, mmm..harumnyee bau dia daging masak merah. tak pedas sangat telur bungkus Tak ingat nama siam untuk hidangan sotong ini satu lagi menu istimewa.. Ketam lembut goreng. Ketam yang ditangkap sebaik saja bersalin kulit ni dimakan rangup bersama kulit-kulitnya sekali. krup..krup..saiznya kecil, mudah utk ngap ke mulut nasi saiz panjang yang berbau harum. mungkin mereka menggunakan beras siam wangi. ada secubit nasi perang di atasnya untuk pencuci mulut, kami dihidangkan dengan jeli kelapa yang comel-comel. mak aih… rasanya cukup manis. tak sanggup nak telan banyak2 lompang pandan ni sedap. terasa lemak apabila ditabur sedikit kelapa parut Alhamdulillah. Berselera sungguh kami makan. Apa2pun, kami memang cukup puas hati setiap kali dapat menjamu selera di Wan Thai disamping meraikan teman-teman yang berkunjung ke Langkawi. Hidangan di atas ni kami makan untuk seramai 7 orang termasuk minuman dan buah-buahan yang berharga RM245 kesemuanya. Pada saya, walaupun harganya mahal tetapi itu sudah cukup berbaloi dengan menu yang penuh satu meja disamping hidangan yang sedap tanpa perlu menunggu lama walaupun kami datang waktu tengahari yang kebiasaannya ramai pelanggan ketika itu. Untuk makluman korang, memang banyak restoran ala siam di Langkawi tetapi pada saya korang patut kunjungi Wan Thai untuk merasai keunikkan masakan ala Thai yang lebih sumptous di sini. Selamat menjamu selera. lihat anak panah merah iaitu lokasi Wan Thai Restoran. klik map utk hasil gambar yg lebih jelas. Lokasi: Persiaran Bunga Raya, Langkawi Mall, Kuah pst : Anda ada pengalaman makan di sini ? Atau anda ada cadangan lain? Jom kongsikan supaya saya lebih bersemangat lagi untuk melaporkan tempat-tempat makan best di seluruh Malaysia. |
You are subscribed to email updates from di langkawi - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan