Rabu, 29 Februari 2012

02 di langkawi - Google Blog Search

02 di langkawi - Google Blog Search


Segmen : Cuti-Cuti Malaysia <b>di Langkawi</b> – Berkelah di Pulau Singa <b>...</b>

Posted: 26 Feb 2012 06:39 PM PST

Assalammualaikum….. Ini cerita minggu lepas. Baru-baru ni sahabat kami dari negara Timur Tengah telah datang bercuti ke Langkawi untuk tempoh selama 2 bulan. Waa.. lamanya dok negara orang?  Ini merupakan trip kali ke-2 mereka menjejakkan kaki ke Langkawi. Untuk pengetahuan korang, mereka laki bini ni memang dah jatuh cinta dengan keindahan Pulau Langkawi sampaikan mereka awal2 lagi dah menyewa sebuah kondo di sini. Bangga sungguh kami mendengarnya bila ada warga asing memuji2 keindahan negara kita :mrgreen:

Ada banyak tempat yang mereka berdua belum pernah jejaki sepanjang berada di sini. Jadi pada hari yang dijanjikan (kebetulan kami juga berada di Langkawi), kami mengatur pertemuan untuk berkelah bersama mereka dengan menaiki bot ke Pulau Singa Besar.

Inilah Pulau Singa Besar iaitu Taman Hidupan Liar terletak di selatan Pulau Langkawi,16 kilometer dari Pekan Kuah dan mengambil masa 35 hingga 45 minit menggunakan bot. Monyet, kancil, iguana dan burung kakak tua adalah di antara fauna yang dibiarkan hidup bebas di kawasan lindungan binatang ini. Untuk mengekalkan habitat semulajadi yang asli kepada kumpulan binatang ini, tidak ada hotel atau chalet yang dibenarkan dibina di sini.

Pulau Singa Besar (PSB) merupakan salah sebuah dari 99 pulau kecil yang terdapat di sekitar Pulau Langkawi. Rupa bentuk PSB adalah unik dan membentuk satu formasi 'singa' (itulah sebab ia dinamakan Pulau Singa). Pantai Pulau Singa Besar memiliki air laut yang sangat jernih. Walaubagaimanapun Pulau ini ditutup kepada pelancong buat sementara waktu kerana pihak PKNK sedang dalam proses membaikpulih dan mengembalikan keindahan Pulau tersebut.  Macamana pula kami boleh masuk sini? hehe… sebab kami ada 'kunci besar' untuk berkelah ke Pulau tersebut. Jangan marah :wink:

aktiviti eagle feeding

Kebiasaannya jika pelancong yang datang ke Langkawi mengambil pakej 'island hopping' mereka akan dibawa pusing2 pulau. Salah satu destinasinya ke Pulau Singa Besar. Tapi kat Pulau ni memang pelancong tak dibenarkan turun. Cuma boleh tengok demonstrasi oleh boatman memberi burung helang makan. Kat sini memang tempat helang berkumpul. Nak tau helang makan apa? Makan kulit ayam…boatman dah sesiap bawak bekal kulit ayam dan lemparkan ke arah helang apabila ia datang menghampiri boat pelancong.

 

Berbalik kepada cerita perkelahan saya. – Sebagai tuan rumah, kami sediakan segala makanan untuk dibawa berkelah pada hari tersebut.  Mula-mula tu pening juga kepala saya dok memikirkan makanan apa yang sesuai dijamu kepada mereka. Bila selidik dengan kawan2 (org travel agent), katanya org TimurTengah ni boleh je pekena gulai kari. Wah..ini sudah bagus selain memudahkan kerja, saya juga boleh perkenalkan juadah orang Malaysia kepada orang luar.  ! Dalam kepala mr suami dah terbayang untuk order makanan dari kedai Gulai Panas Mak Teh (ada review di SINI).

Antara habitat yang ada di Pulau Singa Besar :-

Sesampai di Pulau Singa, ada monyet menyambut kedatangan kami dengan muka yang serius. Nasib baik bukan singa yang sambut :evil:

mouse deer – yang malu-malu

landak lulu

cicak gergasi – sebenarnya xtau nama asal dia heh

cendawan hutan

Jom tengok kitaorang makan apa pulak….! Ada beberapa jenis menu yang kami order untuk dimakan seramai 8 orang termasuk boatman dan beberapa orang rakan. Ada ikan goreng, udang goreng, gulai ikan, sotong masak sambal, sayur goreng kunyit, telur dadar, ulaman dan salad sayur.

banyaknye lauk..habis ker nih?? tak lain tak bukan mr suami suka benor order makanan banyak-banyak macam ni. last2 perut kami semua menjadi mangsanya :P

minuman sejuk penghilang dahaga

actually salad ni memang tak sesuai di hidang dengan aneka lauk melayu di atas tapi sebab nak jamu warga timur tengah maka terpaksa lah kami sediakan juga. Last2 diaorang tak makan pun salad ni..huhu… Tapi korang jangan terperanjat, menu2 lain yang dihidangkan di atas, semuanya tetamu kami makan dengan berselera. Tapi tak tau la berselera betul2 atau just nak ambik hati kami je :P

…..kami menjamu selera kat dalam hutan ditemani bunyian unggas dan deruan ombak kerana di hadapannya mengadap pantai Pulau Singa Besar. Haritu tiada aktiviti mandi-manda just makan-makan dan berbual hal kerja.

Sebenarnya saya lupa nak ambik gambar persekitaran PSB yang dah terbiar usang dan hambar ni. Sampah-sampah bertaburan. Daun kering menutupi hampir seluruh ruang. Pondok khemah pun kelihatan sangat uzur. Dalam pada berbual-bual sesama kami berharap sangat ada pihak yang dapat membangunkan semula kawasan ni seperti dulu kala kerana……  point yang saya nak cakap ialah…  pantai dan kawasan di sini sangat Cantik. Ada potensi besar sekiranya dimasyhurkan…cewah :mrgreen:

Selepas kira2 satu jam setengah berada di Pulau Singa Besar, kami berangkat pulang untuk pusing-pusing ke pulau lain sambil menyedut udara yang nyaman dan segar sampai kembong perut…. arrhh :D

pst 1 : Gambar binatang di atas adalah hasil bidikan kawan kami yg bekerja dengan PSB.

pst 2 : Apabila Pulau Singa dah dibuka kepada umum, insyaAllah saya tulis lagi apa yang menarik di dalamnya.

pst 3: Nantikan setiap 1 bulan 1 segmen berkenaan Langkawi akan saya kongsikan di blog mymekar.com. TQ kawan2 kerana sudi membaca :-)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Selatan Online - Permodalan Kedah Berhad bina hotel <b>di Langkawi</b>

Posted: 14 Feb 2012 02:33 AM PST


You have attempted to access this site with an invalid User Agent.

If you think this is a mistake you can contact the site webmaster at abujihad98(at)gmail(dot)com.

Be SURE to include the following information in any email!
User Agent: none
Remote Address: 69.162.77.2
Client IP: none
Forwarded For: none

Tiada ulasan:

Catat Ulasan