02 di merbok - Google Blog Search |
Gambar-Gambar Gadis Seksi Melampau <b>Di</b> Padang <b>Merbok</b>, KL Posted: 18 Jan 2012 08:15 AM PST Koleksi gambar gadis melayu seksi terlampau dihadapan orang ramai di Padang Merbok KL. |
MerbokOnline: 3000 Sertai Sambutan Maulidur Rasul <b>Di Merbok</b>. Posted: 01 Feb 2012 12:00 AM PST 12 Rabiulawal merupakan satu tarikh penting dalam sejarah umat Islam di seluruh dunia. Disaat manusia berada dalam kekufuran serta tidak mengenal pencipta mereka, Allah S.W.T mengutus seorang Rasul yang ditunggu oleh umat manusia untuk menghentikan semua kerosakan dan membawa kepada cahaya Ilahi.Kedatangan Nabi Muhammad S.A.W merupakan satu rahmat terbesar dan anugerah teragung yang Allah berikan kepada alam semesta ini. Sambutan Maulidur Rasul yang diadakan saban tahun menuntut kita sama-sama menghayati dan mencontohi ketabahan serta kesungguhan baginda Nabi S.A.W dan para sahabat dalam menegakkan syiar Islam. Di Merbok, lebih dari 3,000 umat Islam dari pelbagai lapisan berkumpul bersama Ketua UMNO Bahagian yang juga Penyelaras Parlimen Merbok, Dato' Hj. Tajul Urus Mat Zain untuk menyertai perarakan sempena sambutan Maulidur Rasul 1433H, peringkat Parlimen Merbok, semalam.Perarakan yang bermula dari perkarangan Sekolah Menengah Kebangsaan Merbok itu berarak sejauh kira-kira 2 kilometer menuju ke Masjid Merbok.Lebih menarik, orang ramai yang berada di tepi jalan sepanjang laluan perarakan juga turut tidak melepaskan peluang menyertai perarakan itu. Di Masjid Merbok, sambutan turut diserikan dengan alunan merdu bacaan Al-Quran oleh adik Khairul Hakimi Mohd Fadli yang merupakan johan tilawah KAFA Negeri Kedah. Ceramah sempena Maulidur Rasul juga turut disampaikan oleh Ustaz Suhaimi Shuib dari Jabatan Hal Ehwal Khas(JASA). Dalam ucapannya, Dato' Hj. Tajul Urus mengingatkan tentang sejarah perjuangan Rasulullah S.A.W yang perlu dihayati dan diteruskan.Katanya umat Islam harus sedar dari sikap tak ambil kisah terhadap ancaman-ancaman yang dihadapi oleh ummah pada masa kini. Antaranya dakyah pemurtadan, pengliberal akidah, penghalalan seks songsang-bebas, dasar pemencilan ummah dan pencabulan teras ummah secara sistematik oleh kaum kuffar yang dibantu oleh golongan munafik. Bahaya ancaman katanya ini memang tidak nampak pada masa sekarang kerana kita dikaburi oleh kepura-puraan mereka.Namun apa yang ada dalam hati mereka, sentiasa ingin menghancurkan umat Islam dan tidak akan puas selagi umat Islam masih menguasai pemerintahan.Dengan perancangan serta bantuan dari pihak luar mereka berselindung di sebalik ketelusan dan hak asasi serta akan mencari segenap kelemahan ummah untuk diperalatkan. Beliau yang diminta mengulas sambutan itu kemudian berkata, apa yang dilihat hari ini merupakan menifestasi kesedaran umat Islam khususnya orang melayu untuk bersatu dalam konteks menghadapi cabaran-cabaran yang dihadapi oleh umat Islam hari ini khususnya di Malaysia dimana menurutnya gerakan-gerakan anti Islam semakin berleluasa. Menurutnya jumlah melebihi angka 3,000 yang menghadiri program itu melepasi jangkaan awal iaitu seramai 2,000 orang. "Jadi semua ini amat membanggakan dan memberi satu semangat kepada orang Islam bahawa jika kita tidak bersatu, kita akan lemah dan kita akan ditindas dalam semua segi",katanya. |
You are subscribed to email updates from di merbok - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan