Ahad, 26 Februari 2012

02 di sungai petani - Google Blog Search

02 di sungai petani - Google Blog Search


KEJADIAN HUJAN BUAH KELAPA <b>DI SUNGAI PETANI</b> [GAMBAR <b>...</b>

Posted: 26 Feb 2012 08:30 PM PST

No of View :2
Sebagai Rakyat 1 Malaysia, Jum Bersatu Hati..Tak Yah Gaduh2

rumah dihempap pokok

SUNGAI PETANI – Dianggarkan 245 premis awam, termasuk rumah kediaman, rumah kedai, bengkel besi, kandang kambing dan lembu di sekitar Kuala Muda terjejas akibat kejadian angin kencang dan ribut petir, petang kelmarin.

Antara kawasan terlibat, termasuk 13 kampung dan taman sekitar Parlimen Sungai Petani, manakala empat kampung dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (Dun) Bukit Selambau.

Menurut mangsa, T Parames, 50, dari Kampung Sungkap Para, Bukit Selambau berkata, ketika kejadian dia bersama suami, seorang anak dan dua cucu berada di rumah.

"Pintu rumah tidak boleh dibuka kerana ditolak angin kuat, pada masa sama daun dan buah kelapa jatuh bertubi-tubi menghempap bumbung rumah.

"Cucu ypokok tumbangang berusia dua dan empat tahun pula menangis tidak henti-henti kerana terlalu takut," katanya kepada

Parames berkata, hujan lebat berterusan selama sejam mengakibatkan kerosakan beberapa barangan elektrik, termasuk televisyen dan perabot, manakala berlaku kebocoran akibat bumbung rumah diterbangkan angin.

Menurutnya, bencana itu adalah kejadian pertama yang pernah dialami sejak lebih 40 tahun menetap di situ.

Sementara itu, Pembantu Khas Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Selambau, K Suppiah berkata, pihaknya telah mengenal pasti sekurang-kurangnya 15 rumah terjejas di Kampung Sungkap Para, Kampung Petani Para, Kampung Jerai dan Ladang Goden.

"Kita akan berbincang sekiranya ada peruntukan yang boleh dibantu Kerajaan Negeri bagi meringankan beban mangsa," katanya.

Pengerusi Jawatankuasa Kemaju­an dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP) Kampung Permatang Berangan, Zamri Sadon berkata, dianggarkan 130 premis di kampungnya terjejas akibat kejadian itu.

Di sini Di Himpunkan Kisah Pelik dan Lucu, Anda Pasti terhibur...

Dapatkan info terkini dengan klik link ini

"Melalui bancian yang kita lakukan, ada 130 premis terjejas termasuk kandang lembu dan kambing yang turut musnah namun sehingga kini, hanya 92 mangsa berdaftar di bilik gerakan yang kita sediakan.

"Turut disediakan di bilik gerakan ialah perkhidmatan kaunter Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan pengedaran bantuan kilat berupa barangan keperluan harian yang dikendalikan Penyelaras Parlimen Sungai Petani," katanya.

Pegawai JKM Daerah Kuala Muda, Mohamad Md Nor berkata, Bilik Gerakan Bencana Ribut yang dibuka di Dewan Umno Kampung Permatang Berangan bertujuan memberi kemudahan mangsa melaporkan kejadian.

"Kita sediakan bilik gerakan ini yang dibuka bermula jam 8.30 pagi hingga 6 petang dan sekiranya masih ada penduduk yang belum berdaftar, boleh terus ke pejabat JKM di Kompleks Penyayang," katanya.

Mohamad berkata, seramai 15 kakitangan JKM turun padang bagi melancarkan proses pendaftaran dan melakukan siasatan terhadap kerosakan yang dialami.

Selain itu, katanya, Kampung Pokok Asam, Kampung Permatang Kedundung, Kampung Pulau Tengah, Kampung Berapit, Kampung Jawa dan Kampung Pinang Tunggal turut dilaporkan terjejas.

Manakala Taman Seraya, Taman Kempas, Kampung Kilang Makau, Kampung Padang Temusu, Taman Rhu dan Kampung Seberang Tok Soh juga dilanda bencana sama.

"Sehingga jam 4 petang ini, 191 rumah dan anggaran 764 mangsa terlibat dilaporkan semasa kejadian dan kerugian dianggarkan kira-kira RM100,000," katanya.

Menurutnya, kejadian hujan lebat kelmarin yang disertai ribut, guruh dan kilat dikatakan terburuk dalam tempoh dua tahun.

Namun tiada kecederaan dan kematian dilaporkan.

Sementara itu, Pengerusi JKKKP Kampung Pengkalan Bukit Kecil Simpor, Ismail Hamid mengesahkan kejadian sama pernah berlaku pada 2010 dan 263 rumah di kampungnya terjejas ketika itu.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan