Sabtu, 11 Februari 2012

02 di tanjung dawai - Google Blog Search

02 di tanjung dawai - Google Blog Search


THE FLYING KICK: JIJIK TENTANG PENDEDAHAN PERANGAI <b>...</b>

Posted: 10 Feb 2012 11:30 PM PST


Pendedahan yang dibuat oleh KEDAHAN69ERS.COM tentang ADUN Tanjung Dawai, Hamdan Mohd Khalib nampaknya mula mendapat reaksi daripada pihak PAS Kedah, terutama sekali puak yang mendapat upah daripada geng PARASIT.

Cerita tentang salahlaku dan moral ADUN berkenaan pernah disiarkan oleh pelbagai blog termasuklah THE FLYING KICK sendiri. Malahan cerita berkenaan tidak hanya tersebar di kalangan blogger, tetapi yang lebih penduduk di jeti Tanjung Dawai juga sangat arif tentangnya.

Cubaan beberapa pihak yang cuba untuk menutup skandal berkenaan, semestinya memerlukan kerja keras. Menariknya kalangan berkenaan cuba menjadikan berita tersebut sebagai berita yang menjijikkan dan cuba menimbulkan persepsi agar para pembaca menolakn sebarang berita berkenaan.

Apa yang berlaku kepada Anwar Ibrahim, Johari Abdul, Chegu Bard dan Elizabeth Wong selain ADUN Selinsing menyedarkan para propagandis Pakatan yang mereka perlu 'menyelesaikan' hal ini dari awal lagi dan tidak boleh sama sekali dibiarkan terdedah.

Sebarang pendedahan seperti yang berlaku kepada video seks Anwar Ibrahim hanya akan menyusahkan. Malah fatwa dan pendapat agama seperti rakaman tersebut tidak boleh dijadikan bukti dan saksi kerana ia adalah besi yang tuli dan bisu, hanya akan memberi masalah kepada Pakatan sendiri.

Justeru, persepsi jijik perlu diberikan kepada pendedahan tersebut, sama ada barang yang didedah mahupun orang ynag mendedahkannya, agar pendedahan berkenaan ditolak terus.

Dalam hal ini, menggunakan ungkapan FITNAH adalah yang paling popular dan dalam kes ADUN Tanjung Dawai, ia dikatakan fitnah sekalipun pada masa yang sama, sekiranya video berkenaan dikatakan mengandungi adegan ADUN Bakar Bata, barangkali tidak cukup ruang di internet untuk mereka menulisnya sekalipun, klip berkenaan tidak ada di tangan mereka!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan