Rabu, 28 Mac 2012

02 di jitra - Google Blog Search

02 di jitra - Google Blog Search


Pelajar POLIMAS maut dalam kemalangan <b>di Jitra</b>

Posted: 07 Feb 2012 06:33 AM PST

Bharian.com.my
07/02/212

JITRA: Seorang pelajar Politeknik Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah (POLIMAS) maut selepas motosikal yang ditungganginya merempuh sebuah kenderaan penyelenggara lebuh raya dan kemudian dilanggar sebuah pikap di Kilometer 34.5 Lebuhraya Utara Selatan, hari ini.

Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Superintendan Ibrahim Mohd Yusuf, berkata kemalangan itu berlaku pada jam 9.12 pagi semasa pelajar terbabit, Muhamad Izam Azhar Khairuddin, 20, yang menuju ke arah utara dipercayai leka melihat lori pasir dari arah bertentangan lalu terbabas ke tepi jalan.
"Mangsa tidak menyedari terdapat sebuah kenderaan penyelenggara lebuh raya di hadapannya lalu merempuh kenderaan berkenaan mengakibatkan mangsa terjatuh ke kiri jalan sebelum dilanggar pikap yang lalu di lorong itu," katanya di sini, hari ini.

Beliau berkata, Muhamad Izam Azhar meninggal dunia di tempat kemalangan kerana mengalami cedera parah dan mayatnya dihantar ke Hospital Jitra untuk dibedah siasat.

Ibu saudara mangsa, Aishah Ibrahim, 50, berkata anak saudaranya yang mengambil jurusan Kejuruteraan Pembuatan itu baru saja menjalani latihan industri di sebuah kilang di Napoh, dekat sini.

Mayat Muhamad Izam Azhar dikebumikan di Kampung Lepai, Jalan Langgar, Alor Setar selepas solat Asar


Tiada ulasan:

Catat Ulasan