Sabtu, 24 Mac 2012

02 di kuala ketil - Google Blog Search

02 di kuala ketil - Google Blog Search

Lepan Jaya Dan <b>Kuala Ketil</b> Bukan Kawasan Seliaan Ladang <b>...</b>

Posted: 21 Mar 2012 05:04 AM PDT

Datuk Ahmad Yakub

Oleh RAITINI RAHMAN

KOTA BHARU – Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakub menjelaskan wujud kekeliruan mengenai projek Ladang Rakyat di  kawasan di Lepan Jaya dan Kuala Ketil di Gua Musang sebagaimana laporan akhbar sebelum ini kerana kawasan terbabit sebenarnya tidak berada di bawah pengurusan Ladang Rakyat.

Katanya, laporan yang kononnya rakyat teraniaya selepas kerajaan Kelantan memberi pajakan 60,000 hektar tidak berasas kerana projek Ladang Rakyat hanya membabitkan tanah seluas 25,660 hektar sahaja.

"Kononnya berlaku penderitaan yang ditanggung bebeberapa keluarga yang langsung tiada kaitan dengan projek Ladang Rakyat. Laporan yang mendakwa ada penduduk di Kampung Lepar Jaya dan Kuala Ketil, Gua Musang dianiaya projek Ladang Rakyat  tidak berasas sama sekali kerana tidak ada projek Ladang Rakyat di kedua-dua lokasi berkenaan.

"Ladang Rakyat berkonsepkan pembangunan tanah oleh syarikat selama 66 tahun dengan membayar sewa dan kita mendapat pendahuluan sewaan empat tahun pertama. Hak milik tanah Ladang Rakyat kekal sama ada tanah kerajaan atau didaftar di atas nama Perbadanan Pembangunan Ladang Rakyat tanpa dipajak kepada syarikat swasta,," katanya kepada media ketika ditemui selepas menghadiri mesyuarat mingguan Exco Kerajaan Negeri Kelantan di Kota Darul Naim, dekat sini hari ini.

Menyentuh mengenai masalah tanah membabitkan kaum Orang Asli beliau berkata, Kerajaan Negeri kini sedang berkerjasama dengan Jabatan Hal Ehwal Orang Asli (JHEOA) untuk memproses tanah yang diukur bagi menyelesaikan masalah tersebut.

"JHEOA membiayai kos ukur tanah dan kita memproses dan mewartakannya selepas kerajaan meluluskannya, proses ini sedang berjalan," katanya.

Sementara itu, mengulas mengenai isu Lembah Sireh, beliau turut menafikan pembangunan yang dibuat kerajaan negeri di kawasan itu menyebabkan penduduk teraniaya sebaliknya menjelaskan hasil pembangunan kawasan tersebut kini memberikan peluang pekerjaan kepada lebih 4,000 penduduk berbanding hanya 130 penduduk sebelum ini.

nottydaddy.blogspot.com: NAJIB GEGAR <b>KUALA KETIL</b> BERSAMA <b>...</b>

Posted: 08 Mar 2012 02:04 AM PST

DEY MACHA!!!
DENGAQ CERITA HARI NI NAJIB TURUN KUALA KETIL
PATUTLA DEPA BAWA MAWI PI SANA
KAH! KAH! KAH!

UMNO BE END TERPAKSA BAWA ARTIS
UNTUK TARIK ORANG RAMAI PI PROGRAM DEPA
KALAU TAK BAWA ARTIS SAPA NAK PI TENGOK DEPA
HARAP KERUSI DENGAN MEJA SAJA LA
KAH! KAH! KAH!

Inilah dia Stesyen Bas Kuala Ketil

Mawi gegar Kuala Ketil

BARISAN artis popular akan menyemarakkan program Pemimpin Bersama Rakyat 1Malaysia yang akan diadakan di Padang Awam, Kuala Ketil, Kedah pada hari ini (Sabtu). Mereka bukan saja akan menghiburkan orang ramai, tetapi akan beramah mesra dengan masyarakat setempat.

Artis yang akan tampil membuat persembahan termasuk Mawi yang baru saja menjadi ayah, Datuk A Rahman Hassan, Roslan Shah, Kenchana Devi, Fida, Qhaud AF, Iqram Dinzly, Atie AF, Anding AF dan Zalif Sidek.
Kemunculan mereka ke sana diuruskan oleh syarikat pengurusan acara, Artist KL Productions Sdn Bhd yang beroperasi di Pavilion Kuala Lumpur.

Pengarah Urusannya, Zulaika Aziz, berkata artis akan muncul dari jam 1 tengah hari hingga 6.30 petang.

Katanya, kemunculan artis pada program itu bukan saja untuk memeriahkan suasana, tetapi juga untuk menjalinkan silaturahim antara pemimpin dengan artis kerana selama ini bagai ada jarak antara dua kelompok itu.

"Mereka saling memerlukan di mana dengan kemunculan artis pada sesuatu program akan menambahkan lagi daya tarikan supaya lebih ramai yang datang. Pemimpin rakyat dan artis ada peranan masing-masing dalam masyarakat.

"Saya berharap dengan adanya persembahan artis, program itu akan lebih berjaya. Artis yang Artist KL pilih pun bukan sebarangan kerana mereka memang popular.

"Artis juga ikon masyarakat jadi saya mahu mereka menunjukkan nilai yang baik walau di mana mereka berada," katanya.

Tambah Zulaika, selepas program di Kuala Ketil itu, syarikatnya turut terbabit dengan pelbagai acara lain dan berhasrat melebarkan sayap perniagaannya sehingga ke peringkat antarabangsa.

"Walaupun Artist KL baru saja beroperasi, tetapi saya perlu bergerak pantas kerana saingan dalam perniagaan hari ini sangat mencabar. Untuk berjaya, saya perlu berani mengambil risiko," katanya yang dibantu rakan karibnya, Hani Nadzir selaku Pengerusi Eksekutif.-HM

Read more: http://biaqpila.blogspot.com/2012/03/najib-gegar-kuala-ketil-bersama-mawikah.html#ixzz1oWCLGB4s

Tiada ulasan:

Catat Ulasan