02 di kubang pasu - Google Blog Search |
Misai Merah: Pengundi <b>Kubang Pasu</b> jangan terus kena tipu <b>...</b> Posted: 02 Mar 2012 11:57 PM PST Saya masih ingat lagi semasa pru 12 pada tahun 2008 di Changlun dalam kawasan parlimen Kubang Pasu dan Dun Bukit Kayu Hitam Umno telah berjanji untuk membina sebuah masjid baru di Pekan Changlun,Tapi hingga kini janji tersebut tidak ditunaikan.Pandai janji tapi tapi tak pandai tunai. Tapak Masjid baru di Pekan Changlun itu dijanjikan di atas tanah kerajaan persekutuan tapak bekas kem Unit Kawalan Keselamatan (UKK) yang telah tidak beroperasi berhampiran stesen Petonas Pekan Changlun.Kini dah tahun 2012 tidak ada sebarang kerja-kerja asas pembinaan dilakukan.Papan tanda tersebut kini hanya jadi tempat iklan 'homestay' saja.Tapak masjid tersebut juga dipenuhi semak samun yang tebal tanpa sebarang kerja pembersihan dilakukan.Klik gambar untuk besarkan imej. Ahli parlimen Kubang Pasu kini ialah Datuk Johari Baharom (Umno) yang juga Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani(gambar).Manakala Adun Bukit Kayu Hitam yang juga Umno ialah Datuk Zaini Jaafar.Mereka berdua memang tidak layak lagi jadi wakil rakyat Kubang Pasu dan Dun Bukit Kayu Hitam.Kata orang tak berapa ada umpph.Kalau kata tak cerdik nanti Umno marah pulak. Kini PM Najib turun ke seluruh negara menabur janji kepada rakyat menjelang pru 13.Berjanji dan berjanji adalah trend lama bagi pemimpin Umno Ketika rakyat di seluruh negara boleh dikatakan menolak Umno-Bn dalam pru 12 yang lalu tapi angin perubahan itu tidak sampai di Kubang Pasu.Sampai bila pengundi Kubang Pasu masih berharap dan bertongkatkan Umno? |
You are subscribed to email updates from di kubang pasu - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan