Jumaat, 13 April 2012

02 di baling - Google Blog Search

02 di baling - Google Blog Search


KedahLanie.info: Lebih 30 rumah rosak akibat ribut <b>di Baling</b>

Posted: 18 Mar 2012 05:00 PM PDT

BALING - Lebih 30 rumah di lima buah kampung di sini musnah akibat dilanda ribut 4.30 petang semalam.

Tiga buah kedai menjual makanan dan barang keperluan harian turut roboh dalam kejadian itu.

Kampung terbabit ialah Kampung Lanai melibatkan 23 buah rumah, Kampung Sungai Tas (empat termasuk sebuah surau), Kampung Carok Salang (dua), kampung Sungai Tembak (lima) dan Kampung Parit Panjang (tiga).

Dalam kejadian itu kebanyakan rumah yang terbabit kehilangan bumbung dan rosak akibat dihempap pokok.

Sementara itu, seorang peniaga kedai makan di kampung Sungai Tembak, Yusuf Ahmad, 58, bersyukur kerana keluarganya terselamat apabila kedainya roboh ketika kejadian itu.

"Waktu kejadian dalam kedai saya terdapat seorang pelanggan selain tiga anak saya serta isteri turut terperangkap dalam runtuhan kedai," kata Yusuf kepada Bernama di sini, hari ini.

Akibat kejadian itu, laluan utama dari Parit Panjang Ke Baling dan dari Kampung Lanai ke Kuala Pegang tergendala lebih tiga jam akibat pokok tumbang di atas jalan.

Difahamkan semua kenderaan yang hendak ke pekan Baling terpaksa menggunakan laluan Kuala Ketil ke pekan Baling sejauh 60 kilometer. - Bernama

Tiada ulasan:

Catat Ulasan