02 di langkawi - Google Blog Search |
Banjir <b>Di Langkawi</b> – Perparitan Tidak Diselenggara Jadi Penyebab <b>...</b> Posted: 09 Apr 2012 09:29 PM PDT Jumaat lepas, ketika Anwar Ibrahim begitu rancak cuba mempengaruhi Azizan Abdul Razak bagi mendapatkan lebih kerusi untuk PKR tandingi pada PRU akan datang di Alor Star, selain bantahan penentang-penentang Anwar Ibrahim di Jalan Putra, Langkawi pula bagaikan terkena sumpahan kerana kaki pendosa seperti Anwar Ibrahim menjejak ibu negeri Kedah. Langkawi telah diserang banjir kilat! Hujan mulai turun lebih kurang pada pukul 6:00 petang. Hanya dalam tempoh 15 minit, hujan telah mengakibatkan banjir kilat di beberapa kawasan di sekitar pekan Kuah, Langkawi. Antara faktor penyebab banjir adalah kerana sistem perparitan yang gagal berfungsi dengan baik dan kegagalan Majlis Perbandaran Langkawi untuk menyelenggara perparitan serta sistem saliran di pulau pelancongan terkenal dunia itu. PBT-PBT di Kedah kebanyakannya kurang diperkatakan berbanding PBT-PBT di Selangor dan Pulau Pinang serta Kelantan. Mungkin disebabkan kurang perhatian, maka secara automatik ia juga kurang diperkatakan. Namun masalah-masalah yang ditimbulkan oleh PBT di seluruh Kedah tidak kurang hebatnya berbanding PBT-PBT di negeri-negeri tadbiran Pakatan Rakyat yang lain. Tolaklah PBT di Pulau Pinang memandangkan Pulau Pinang bukannya berketua menterikan seorang Melayu-Islam dan Selangor yang walaupun bermenteri besarkan Melayu-Islam, tetapi dasar-dasarnya adalah DAP-Kiasu Ultra Chauvinist. Namun apa yang disajikan Kerajaan Negeri Kelantan dan Kedah terutamanya, amat memalukan umat Islam. Kesempatan yang diberikan oleh Allah Taala kepada golongan yang memperjuangkan Islam untuk membuktikan kehebatan, kecantikan dan keagungan Islam, telah disia-siakan sama sekali. Seharusnya Kedah menjadi negeri contoh kepada negeri-negeri lain memandangkan Kedah ditadbir oleh PAS yang giat mempromosikan Islam sebagai wadah perjuangan dan addin. Malangnya itu tidak berlaku. Bahkan pentadbiran PAS menunjukkan betapa lemahnya umat Islam dan terlalu mudahnya untuk tunduk, akur dan patuh dengan perintah daripada golongan yang sangat membenci Islam dan umat Islam seperti yang seringkali ditunjukkan oleh kepimpinan DAP. Contoh dan teladan keagungan dan ajaran Islam telah gagal sama sekali untuk dibuktikan oleh PAS sekalipun dalam setiap ceramah mereka, PAS seringkali mendabik dada sebagai juara memperjuangkan Islam! Banjir di Langkawi adalah bukti bagaimana ketidakpedulian terhadap kerja mengatasi kempen yang bukan-bukan oleh PAS yang sekarang ini diserapi oleh golongan PARASIT yang tidak lain tidak bukan hanyalah untuk menunjukkan yang Islam itu pengotor, Islam itu tidak mempedulikan rakyat, pentadbiran Islam pula sekadar pemungut cukai dan tukang ceramah yang sangat aktif. Hanya setakat itu sahaja!!! |
You are subscribed to email updates from di langkawi - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan