Ahad, 22 April 2012

02 di langkawi - Google Blog Search

02 di langkawi - Google Blog Search


ekspresimunira: MuSaFirKu <b>di LaNGkaWi</b>

Posted: 17 Apr 2012 08:05 AM PDT

ASSALAMUALAIKUM W.B.T...






NYUM NYUM
Sedang menunggu keputusan perlawanan bola antara N9 vs Terengganu. Ye la, rumah kami tadak siaran bola. Hadoiii... Keh3. Malam ni makan char kuay teow lagi. Muni rasa ada 3 dishes yang kami makan setiap minggu. Char kuay teow, oblong dan makanan kegemaran Muni; MAGGI. Rumah kami tadak peti ais. Kalau nak masak, xleh simpan lebihan ataupun sayur ataupun ikan ataupun eskrem ataupun berapa banyak ataupun daaa.Tapi ada satu yang paling Muni suka... tadaaaa~jamuan di hotel dan kenduri makan dan bila akak kat opis belanja..oyeahhh..COKLAT? jangan cakapla, kebiasaan yang tak ditinggalkan.

BERJIMAT SEHABIS CERMAT
Namun fail jua. Sukarnya untuk menyekat kebebasan duit. Bila dah bernafsu dengan itu dan ini, duit melambai pergi. Muni bukan berharap sangat orang belanja Muni. Muni amat hargai sesiapa sahaja yang faham dengan keadaan kewangan Muni dan menyumbang kebaikan. Jika ada yang fikir Muni hanya mengambil kesempatan, biarkan mereka.


LANGKAWI BEVERLY HILLS / PAVILLION
Siapa bilang kos sara hidup di Langkawi ini rendah? Kalau ada sesiapa yang fikir macam tu, siaplah. Jika korang tadak sedara mara or rakan-rakan kat sini, bersedialah untuk berhabis ratusan ringgit sehari. Kalau punya sedara-mara or kawan-kawan pon, bersedialah untuk menebalkan muka. Langkah bijak yang lain adalah merancang perjalanan dua tiga bulan sebelum itu ataupun cari travel agent tapi hati-hati takut terkena petualang(penipu). Yang murahnya cumalah coklat, pinggang mangkuk, dan kain batik, rokok dan kereta yang hanya boleh dibeli menggunakan no plat KVxxxx dan tetap dikenakan cukai jika dibawa ke darat kurang drpd tempoh 3 tahun..dan sebagainya yang merumitkan.
TIPS MEMULAUKAN DIRI DI PULAU
Apa yang harus di consider sebelum pergi mana-mana pulau adalah
a. Tempat tinggal $$
b. Pengangkutan $$
c. Makanan $$
d. Tempat untuk dilawat $$( melainkan kawasan pantai tapi biasanya pantai yang da tak cantik baru
    diorang tak kacau)
e. $$$hopping

KUBU MUNI
Benteng pertahanan Muni adalah di kuarters yang menempatkan pelajar dan pekerja. Tapi pelajar ditempatkan dengan kuarters yang berbeza ngan pekerja. Kami  berempat menghuni rumah kuarters kami. Namun, biasalah hidup bersama orang lain. Macam-macam yang nak kena jaga. Kita hidup bersama perasaan orang lain. Oleh kerana itu, sila rujuk berjimat sehabis cermat itu. Kubu Muni dan perkara tersebut berkait rapat. Dapur tidak boleh digunaan sesuka hati..full stop.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan