Selasa, 10 April 2012

02 di merbok - Google Blog Search

02 di merbok - Google Blog Search


Portal UMNO Kedah: 200 PELAJAR <b>DI MERBOK</b> TERIMA NETBOOK

Posted: 23 Mar 2012 07:48 PM PDT

Seramai 200 pelajar dari beberapa buah sekolah dalam Parlimen Merbok bertuah apabila menerima sumbangan netbook 1Malaysia di majlis penyerahannya oleh Penyelaras Parlimen Merbok, Datuk Tajul Urus Mat Zain di Sekolah Menengah Kebangsaan Merbok, semalam.

Selain sumbangan netbook 1Malaysia, seramai 120 orang pelajar dari keluarga yang kurang berkemampuan dari tiga buah sekolah rendah juga turut menerima sumbangan beg serta pakaian sekolah.

Tajul Urus berkata pemberian netbook ini adalah secara simboliknya menunjukkan keprihatinan kerajaan kepada perkembangan ICT pada hari ini.

Menurutnya perkembangan ICT pada hari ini adalah perkara yang penting kerana dunia hari ini adalah dunia yang tiada sempadan di mana serata pelusuk dunia kini telah disambungkan oleh internet.

Tegasnya, melalui ICT, individu dapat mengakses pelbagai maklumat berkaitan pendidikan, politik dan perniagaan.

Beliau juga berkata, pemberian netbook ini merupakan satu usaha kerajaan untuk merapatkan jurang digital antara penduduk bandar dan luar bandar.

"Jurang digital ini kalau dibiarkan ia akan menjadi bertambah besar dan akan menyebabkan penduduk luar bandar serta yang kurang berkemampuan ketinggalan dan salah satu usaha kerajaan supaya jurang digital ini tidak jauh ialah dengan memberi sumbangan netbook ini", katanya.

Turut hadir Pengarah Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) wilayah utara, Mohd Hussin Ali serta pengetua SMK Merbok, Osman Ahmad

Tiada ulasan:

Catat Ulasan