YAB Dato' Seri Ustaz Azizan Abdul Razak
Pelaburan di Kedah meningkat dengan cergasnya sehingga mencatatkan rekod tertinggi sejak 16 tahun KHTP ditubuhkan. Keyakinan pelabur sedia ada di Taman Teknologi Tinggi Kulim (Kulim High technology Park- KHTP) menambah pelaburan mereka sehingga 'memaksa' Kerajaan Negeri menambah keluasan kawasan Perindustrian tersebut. Keyakinan pelabur ini adalah berdasarkan kestabilan politik dan kecekapan Pentadbiran Kerajaan Negeri. Polis pentadbiran yang di perkenalkan iaitu pengurusan atau urusan diatas meja dan tidak dibawah meja semasa YAB Menteri Besar merasmikan pembukaan kilang baru Fuji Elektrik pada tahun 2008 sangat dipuji oleh pelabur. Urusan diatas meja dan bukan dibawah meja menunjukkan bahawa pentadbiran Kerajaan Kedah tidak mengamalkan rasuah dalam menjalankan urusan dan ini menjadikan urusan pentadbiran semakin cekap dan mengurangkan kerenah birokrasi. Ini memudahkan banyak pihak termasuk urusan-urusan yang berkaitan kerajaan.
Pelabur sedia ada yang mula meningkatkan pelaburan dalam kategori pembesaran keluasan kawasan operasi turut menarik minat pelabur baru untuk mencuba perniagaan di Negeri Kedah. Pelabur baru yang berminat melabur di KHTP turut berasa selesa dengan suasana dan kestabilan serta jaminan yang di tawarkan oleh Kerajaan Negeri. Pelaburan baru bukan hanya tertumpu pada insudtri pembuatan di KHTP malah turut tertumpu di Langkawi dan Gurun serta akan berkembang pula ke Kubang Pasu. Minat pelabur untuk menyahut hasrat kerajaan Negeri membina hotel 14 tingkat di Langkawi. Hasrat kerajaan negeri tersebut disambut setelah saban tahun pertambahan bilangan pengunjung ke Langkawi semakin tinggi terutama setelah kerajaan negeri di ketuai oleh YAB Dato' Seri Ustaz Azizan Abdul Razak.
Pertambahan bilangan pelancong ke Langkawi bagaimanapun pernah dinafikan oleh Menteri Kerajaan Pusat yang mendakwa kemasukkan pelancong berkurang sejak tahun 2008. Peningkatan pelancong ini yang ketara terutama ketika musim cuti sekolah memaksa Kerajaan Negeri Kedah mengambil keputusan membina hotel dan hasrat tersebut hampir menjadi kenyataan apabila YAB Menteri Besar menyempurnakan majlis pecah tanah hotel tersebut.
Mercutanda KHTP
Disamping pelaburan di Langkawi, Kedah juga turut menerima pelaburan dalam industri perlombongan bijih besi yang baru itemui berhampiran kaki Gunung Jerai, Gurun. Kerajaan Negeri melalui anak syarikatnya berusaha membuka satu lagi tapak perlombongan mineral ini di Kubang Pasu dan kini alam proses pengeluaran lesen. YAB Dato' Seri DiRaja Ustaz Azizan Abdul Razak melahirkan rasa syukur kepada Allah kerana hasil dari usaha kerajaan memberi kesejahteraan kepada rakyat diberkati Allah. Keberkatan ini berterusan dengan penemuan mineral seperti bijih besi ini yang tidak pernah terjangka untuk ditemui. Kerajaan Negeri akan bekerjasama dengan sesiapa sahaja yang berminat melabur di Kedah demi untuk kesejahteraan rakyat.
Sumber : Warta Darul Aman
Tags: kedah, khtp
Tiada ulasan:
Catat Ulasan