02 di baling - Google Blog Search |
1 MALAYSIA: 10 NGO <b>di Baling</b> mahu kerakyatan Ambiga <b>...</b> Posted: 05 May 2012 12:01 AM PDT BALING: Sepuluh pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di Baling hari ini mendesak kerajaan melucutkan kerakyatan Pengerusi Bersama BERSIH, Datuk S Ambiga dan menarik balik semua darjah kebesaran yang dianugerahkan kepada beliau dan ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Seramai 500 orang, antaranya mewakili PERKASA, Majlis Belia Malaysia (MAYC), JKKP Baling, Persatuan Siam Baling, Persatuan Kebajikan Islam dan Dakwah Islamiah (PEKIDA), Persatuan Wanita dan Kaum Ibu Baling, Puteri UMNO serta peniaga Melayu Pekan Baling berikrar menyokong kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak serta institusi polis. Pengerusi Bantahan BERSIH daerah Baling, Othman Mohd Nor, 47, berkata penduduk Baling tidak sanggup melihat keganasan yang dilakukan peserta perhimpunan Bersih di Kuala Lumpur pada 28 April lalu yang jelas diperalatkan pemimpin berfahaman komunis dan pengaruh Yahudi."Penduduk Baling mampu mengadakan bantahan lebih besar selepas ini sekiranya penyokong parti pembangkang merancang mengadakan BERSIH 4.0 pula," katanya kepada pemberita di sini. Pengerusi Perkasa Baling, Wan Mahmud Wan Ibrahim, 69, berkata PERKASA kecewa dengan keganasan yang dilakukan peserta perhimpunan BERSIH itu yang jelas didalangi anasir yang hendak menghancurkan negara. Sebagai menunjukkan kemarahan, mereka membakar patung Anwar dan Ambiga. - BERNAMA |
You are subscribed to email updates from di baling - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan