Rabu, 16 Mei 2012

02 di baling - Google Blog Search

02 di baling - Google Blog Search


THE DUKE&#39;S BLOG: TERJAH BALAK AZIZAN <b>DI BALING</b>: EPISOD I <b>...</b>

Posted: 15 May 2012 08:04 PM PDT

Baru-baru ni aku berpeluang untuk ke Baling untuk "melawat" projek balak "Azizan Razak" di Gunung Inas bersama beberapa orang rakan. Aku disambut oleh rakan, Kamera Kupang, yang janji nak bawa aku terjah kawasan balak Azizan tu...
Aku bagitau dia, masa aku nak ke Baling, aku berselisih dengan beberapa lori balak. Haaa..tu diaaaa.. Azizan punya la tuuuu..heh!
Tengahari tu...aku dibawa ke Lata Chelak. Aku dok bayangkan Lata Chelak tu macam Lata Bayu atau Lata Bukit Hijau laa..airnya sejukkkk...jernihhh...dengan kehijauan flora dan fauna yang mengkagumkan...heh! Cuma..aku tak bawak seluar extra..kalau tidak..boleh la aku berendam..!!!
Tapi bila sampai di Lata Chelak, aku tengok airnya pun aku dah geleng kepala. Keruhhhh..!!! Macam air teh ais! Heh! Member aku dari Kedahan69ers pun setuju! Potong stim betoi...! Sampah pun bertabur..

 Kami berhenti kat sebuah kedai makan kat Lata Chelak. Kedai tu nampak usang. Kata Sarjan Kamal yang bawak kami tu, kedai makan tu dah lama tutup. Ye laaa...dah takdak orang mai berkelah kat situ.. mana la tuan kedai tu tahan..tutup kedai laaa...
Menurut Sarjan Kamal, kawasan Lata Chelak di dulu tiap-tiap hari ramai orang mai berkelah. Tak pernah tak dak orang. Kadang-kadang, ramai jugak yang mai camping kat situ dua tiga hari. Tapi tu beberapa bulan dulu laaa..sekarang ni dah takdak orang mai dahhhh..
Kalau tengok kawasan berkelah Lata Chelak tu, memang menarik! Kamera Kupang kata, dia dulu selalu mai mandi dan lepak kat situ dengan family dan kawan-kawan dia. 
Tapi semua tu dah berlalu...dah berlalu sejak air kat situ dah bertukar jadi "teh ais"...sikit hari lagi terus jadi "teh ais sungai Klang" kat KL tu...heh!
Sarjan Kamal kata, air Lata Chelak tu jadi keruh dan tercemar disebabkan aktiviti balak di Gunung Inas, punca air terjun Lata Chelak tu. Disebabkan aktiviti pembalakan kat situ.. maka Lata Chelak jadi macam tu..habis jahanam tak menarik lagi...
Aku tertanya-tanya, apakah pasal hasil balak yang berjuta-juta tu maka Azizan sanggup gadaikan keindahan alam semulajadi dan rosakkan lokasi pelancongan tu?
Aku jadi panasss..! Geram. Tak sabar aku nak masuk kawasan "store balak" Azizan Razak... Dan aku meneruskan perjalanan ke kawasan "hot spot" itu...
Apa yang aku temui di kawasan balak tu..? Nantikan cerita aku selanjutnya selepas ini...

THE DUKE&#39;S BLOG: TERJAH BALAK AZIZAN <b>DI BALING</b>: FINALI <b>...</b>

Posted: 16 May 2012 02:03 AM PDT

[unable to retrieve full-text content]Eksklusif Dari Baling: Hutan Simpan Gunung Inas Giat "Dirompak" Tanpa Belas. PART II - Sebagaimana yang dijanjikan semalam mengenai projek balak "cepat kaya" di Baling, penulis menyambung kembali titipan ...

THE DUKE&#39;S BLOG: TERJAH BALAK AZIZAN <b>DI BALING</b>: EPISOD <b>...</b>

Posted: 16 May 2012 12:03 AM PDT

Aku jumpa satu signboard kaler hijau (PAS memang suka kaler hijau). Dia tulis kat situ nama pemegang lesen balak ialah Winlyn Sdn Bhd. dan kontraktornya ialah SBB Nothern Trading.
Maknanya, kawasan balak ni berlesen. Sapa yang bagi lesen balak? Takkan JPJ kot??? Tentulah Azizan Razak...! Heh! Elok la tu...hasil kekayaan bumi ni bagi kat Cina. 
Tu yang orang PAS marah sangat kar Azizan tu... Depa dah lama dah dok target nak angkut balak lepas PAS dapat kuasa. Tapi Azizan bagi kat Cina la pulakkkkk..ishhh..!!!
Kami lalu melintasi air terjun Lata Chelak kat situ...airnya tetap keruhhhh. Dan kami terjumpa sebijik lori balak yang digunakan untuk angkut balak kat kawasan tu ke tempat simpanan balak-balak Azizan. Tapi lori tu dah rosak dan bangkainya dibiarkan situ...
Dekat dengan area tu, kami jumpa beberapa pokok balak yang rasanya baru saja ditebang. Mungkin semalam atau dua hari lepas. Aku tak sure. Tapi nampak macam baru...
Tak jauh dari situ, kami jumpa beberapa buah jentera berat untuk aktiviti pembalakan. Aku rasa macam nak turun sabotaj je jentera-jentera tu. Tapi memandangkan aku tak sejahat Azizan dan puak-puak PAS, maka aku batalkan niat aku...
Tapi geram aku tu membara je kat hati. Aku terpandang sebatang balak kat situ. Heh! Kalau diikutkan hati, nak je aku ambik sebatang bawak balik. Tapi memandangkan jeep aku takleh bawak balak..terpaksa aku lupakan niat aku tu...heh! Lagipun..haram woooo kalau curi...
10 minit dari situ, aku jumpa satu lagi signboard tertulis nama pemegan lesen balaknya, Cheng Chai Seng (Seng Heng Timber Trading) dan kontraktornya pula ialah Eng Chen Khoon (Amarzid Trading)...
Heh! Ni syarikat Cina lagi ni..kontraktornya pulak maybe syarikat "Alibaba". Joint venture dengan Phahrolrazi ke Amiruddin? Heh! Hasil Tanah Melayu dikaut bukan bumiputera. Agak-agak aku boleh dapat kontrak balak kat Tanah Besar China tak?
Walaupun otak aku bergegar naik 4x4 tu, tapi aku masih waras untuk berfikir. Sampai hati Azizan "rompak" hasil balak dan kongsi dengan Cina...kurang-kurangnya share la dengan orang PAS..at least depa pun Melayu jugak...(walaupun ada yang tak mengaku Melayu!) heh!
Nak tahu apa yang yang aku jumpa? Tunggu lagi 2 jam dari sekarang...memang panas brooo..!!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan