Selasa, 15 Mei 2012

02 di padang serai - Google Blog Search

02 di padang serai - Google Blog Search


“Saya tetap bertanding <b>di Padang Serai</b>; BN semakin kuat , Anwar <b>...</b>

Posted: 09 May 2012 06:35 PM PDT

N.Gobalakrishnan merupakan satu nama yang tidak asing dalam arena politik negara dan begitu sinonim dalam percaturan politik pembangkang khususnya Parti Keadilan Rakyat (PKR) sejak ditubuhkan pada 1999. Beliau merupakan antara pemimpin kanan parti tersebut yang telah berjuang habis – habisan untuk kebangkitan, kemaraan dan kemenangan parti tersebut ketika waktu susah dan senang sehingga PKR berjaya mengegarkan arena politik negara pada pilihanraya umum ke 12 (2008).

Beliau yang dilahirkan di Setiawan , Perak merupakan bekas Setiausaha Pergerakan Pemuda MIC Kebangsaan bermula dari 1993 hingga 1999. Beliau pernah mengharungi pelbagai cabaran getir, mencemaskan dan menderita dalam arena politik negara demi Datuk Seri Anwar Ibrahim termasuk pernah dipenjarakan atas tuduhan "reformasi politik" yang melampau .

Gobalakrishnan juga dilabel sebagai orang kanan Anwar Ibrahim dalam PKR dan antara pemimpin yang disegani dalam parti tersebut sebaris dengan Azmin Ali dan Ezam Mohd Nor. Beliau juga merupakan antara pemimpin pelapis daripada masyarakat India yang berjaya menonjol di PKR sejak ditubuhkan.

Pada PRU 2008, Gopalakrishnan menang di Parlimen Padang Serai (Kedah) menewaskan calon BN Datuk Boey Chin Gan (MCA) dengan majoriti 11, 738 undi. Perjuangan politik beliau bersama PKR menerima jalan buntu pada Januari , 2011 selepas hampir 12 tahun berjuang disebabkan politik "kepentingan diri sendiri" yang dikuasai oleh Anwar dan Azmin Ali.

Sejak keluar dari PKR , beliau meneruskan perjuangan karier politiknya selaku anggota bebas dan menjadi salah seorang "rakan setia " kepada BN tanpa menyertai mana – mana parti politik sehingga sekarang.

Dalam wawancara bersama wartawan THE MALAYSIAN TIMES (TMT), ERNA MOHD YUSUFF , beliau berkongsi pandangan mengenai hala tuju perjuangan politiknya , betekad untuk mempertahankan Parlimen Bagan Serai pada PRU 13 , masa depan Anwar Ibrahim, pendekatan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak , peluang Pakatan Rakyat , BN pada PRU 13 dan beberapa isu – isu politik semasa.

Berikut adalah wawancara bersama beliau :

TMT :Adakah YB akan bertanding untuk pilihanraya kali ini? Di kawasan mana dan kenapa?

GOBAL :Saya akan tetap bertanding di Parlimen Padang Serai di PRU ke 13. Ada dua sebab untuk saya terus bertanding. Pertama, saya suka berkhidmat untuk masyarakat, jadi saya nak teruskan kerja-kerja saya membantu rakyat di Parlimen Padang Serai. Kedua, sekiranya saya tidak bertanding, Anwar Ibrahim akan merindui saya di Parlimen (Ketawa). Jadi saya bertanding supaya kami dapat bersua muka, jadi dia takkan merindui saya.

TMT : Pada PRU ke-13 nati YB akan bertanding atas tiket apa?Barisan Nasional, PKR atau kekal sebagai calon bebas?

GOBAL :Setakat ini saya masih lagi calon bebas. Saya juga telah meminta calon dari PKR dan BN untuk tidak bertanding bagi memberi peluang kepada saya. Ini juga bergantung kepada senario politik semasa.

TMT :Adakah YB terfikir untuk menyertai mana-mana parti politik selepas ini?

GOBAL :Saya memilih untuk kekal sebagai calon bebas. Saya tidak berniat untuk menyertai mana-mana parti kerana saya selesa membantu rakyat dengan cara ini. Setiap parti ada sumbangan kepada rakan kongsi masing-masing, jadi jika saya sertai mana-mana parti, akan timbul ketidakseimbangan kepada parti tersebut. Akan timbul masalah lain yang akan menghadkan sumbangan saya terhadap rakyat. Jadi lebih baik jika saya kekal sebagai calon bebas.

TMT : Dalam tempoh kebelakangan ini, bagaimana YB melihat perkembangan politik di Malaysia?

GOBAL :Saya melihat politik kita menuju ke dimensi yang lebih baru, di mana Pakatan Rakyat kini berusaha keras mengambil kerajaan daripada Barisan Nasional. Namun begitu, sikap PKR yang hanya mahu mentadbir dan mengambil alih kerajaan amat mengecewakan sedangkan mereka tidak bekerja keras untuk membantu rakyat.

TMT :Bagaimana pula dengan kepimpinan BN dan Pakatan Rakyat?

GOBAL :Saya dapat lihat kepimpinan negara di bawah BN hari ini semakin disukai rakyat. Kerajaan tidak membangunkan banyak projek mewah dan mega, sebaliknya dana yang ada banyak disalurkan kepada rakyat secara terus.

Pakatan Rakyat pula, masih tidak mahu menukar halatuju dan landasan politik mereka untuk mengambil alih kerajaan dan tidak ada perkembangan yang memperangsangkan di empat negeri yang mereka tawan. Mereka sebaliknya berdegil untuk meneruskan rancangan mereka. Ini jelas menunjukkan mereka hanya berminat dengan jawatan.

TMT :Apa pendapat YB tentang kepimpinan Datuk Seri NajibTun Razak selama beliau menjadi Perdana Menteri?

GOBAL :Datuk Seri Najib Tun Razak mengambil langkah berbeza, iaitu untuk bersama rakyat. Dalam tempoh yang singkat, beliau berjaya menawan hati rakyat dan penampilanya cukup menarik dan menonjol selaras dengan gagasan 1 Malaysia. Beliau juga banyak memberi banyak bantuan kepada rakyat untuk menaikkan taraf hidup mereka. Beliau seorang Perdana Menteri yang bijak, dan banyak berusaha demi kepentingan rakyat.

Saya menyambut baik apa yang dilakukan oleh Perdana Menteri, dan berharap lebih banyak usaha akan dilakukan oleh beliau dalam membantu rakyat. Beliau banyak menganjurkan program untuk transformasi nasional. Rakyat perlu sedar, yang Perdana Menteri juga menerima banyak tekanan daripada parti, tapi masih mampu meneruskan kerja.

TMT :Bagaimana pula kalau Pakatan Rakyat diberi peluang untk memerintah?

GOBAL :Kalau Pakatan Rakyat diberi peluang untuk memerintah, bolehkah mereka melakukan perubahan? Jika mereka masih tidak mahu mengubah pendirian mereka, masalah besar akan timbul. Keadaan dalam parti tersebut masih tidak stabil, bagaimana memerintah satu negara? Sekiranya Pakatan Rakyat memerintah, mereka akan saling tikam belakang kerana berebutkan jawatan.

Kenapa mereka masih mahu mengangkat Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri sedangkan mereka sedar tentang isu skandal seks beliau? Masih banyak calon dalam PAS yang layak untuk diangkat sebagai Perdana Menteri. Apa salahnya jika mereka menamakan calon dari PAS?Kenapa mereka tidak memberi peluang kepada PAS yang telah banyak berkorban selama ini?PAS telah banyak mensia – siakan peluang mereka kerana terlalu ghairah menyokong Pakatan Rakyat. Malah PAS juga salah satu parti yang berkuasa selain BN dan DAP.

TMT :Nasihat YB kepada pemimpin-pemimpin di luar sana.

GOBAL :Jawatan Perdana Menteri tidak penting, asalkan mereka ikhlas membantu rakyat dan sanggup turun padang demi mereka. Saya harap mereka sedar akan perkara ini, dan ikhlas untuk membuat kerja membantu rakyat. Tidak perlu tuduh menuduh dan fitnah memfitnah untuk mendapatkan tempat. Cukup sekadar berusaha membantu rakyat.

Kepada pemimpin Pakatan Rakyat, cuba lawan kerajaan sekarang dengan kerja keras berusaha membantu rakyat, bukannya dengan fitnah. Politik bermaksud, bersedia berkhidmat, jadi teruskan usaha untuk berkhidmat kepada masyarakat. Tidak semestinya Anwar Ibrahim boleh menjadi Perdana Menteri jika Pakatan Rakyat menawan kerajaan, kerana masih banyak calon PAS yang sesuai dan berkaliber. Kepada kerajaan sekarang, teruskan usaha-usaha membantu rakyat jelata.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan