02 di baling - Google Blog Search |
Gulai kawah <b>Baling</b> laris <b>di</b> bulan puasa | :: cina islam | 2012 :: Posted: 23 Jul 2012 12:19 AM PDT 3 Ramadhan 1433H. [MOD] - Gulai kawah campuran rias batang pisang dengan daging atau tulang lembu sudah tidak asing lagi kepada masyarakat di Baling. Peniaga gulai kawah, Malik Mat Khir, 45, berkata dia terpaksa mendapatkan rias batang pisang setiap hari daripada sekurang-kurangnya 10 batang pokok untuk dimasak bersama daging cincang atau tulang lembu. Malik yang berpengalaman memasak gulai kawah hasil belajar daripada tukang masak kenduri kahwin di Baling memberitahu bukan semua gulai kawah mampu menarik minat dan selera pembeli. Katanya warna kuahnya yang kekuningan dan cair mampu menarik minat dan selera pembeli. Malik berkata ramuan rempah untuk membuat gulai kawah adalah daripada jenis serbuk kari yang sesuai yang tidak terlalu pedas dan tidak berkuah pekat. Malik berkata sejak dua hari berniaga di pasar Ramadan pekan Baling, setiap petang lebih 300 bungkus gulai kawah dijual kepada pelanggan. "Rias batang pisang adalah daripada batang pisang jenis kebatu atau pisang awak. "Rias pisang kebatu dan pisang awak sesuai dicampur dengan daging untuk gulai kawah kerana tidak mudah lembik dan rasanya juga sedap dan manis," katanya. Sejak 3 petang, Malik akan mula menumis bahan gulai kawah di kawasan dia berniaga dan mula menjualnya seawal 5 petang dengan harga serendah RM3 sebungkus. |
ORANG GUNUNG <b>BALING</b> - MTB <b>DI</b> SEKITAR GUNUNG <b>BALING</b> <b>...</b> Posted: 21 Jan 2008 08:08 PM PST Di Daerah Baling terdapat satu gugusan bukit batu kapur yang dinamakan Gunung Baling. Puncak yang tertinggi sekali ialah Gunung Pulai dengan ketinggian lebih kurang 585m dari paras laut. Terdapat satu trek MTB yang boleh digunakan di keliling gugusan batu kapur ini. Sambil menunggang MTB kita juga boleh melawati gua-gua yang terdapat di sini. Antara gua yang boleh dilawati ialah Gua Dato Sheik, Gua Layang-layang, Gua Kelambu dan Gua Sireh.Selain itu terdapat sebatang sugai iaitu Sungai Ketil berhampiran dengan gugusan bukit batu kapur ini. geng so beng alor star aku baju hijau kuning tu naik pandai, kot2 x blh turun pula siap mandi di lata baling ni aku dgn z kayung 2 org ja gunung pulai, sebelah dlm wang bunga sireh dalam gua merenung kebesaran ilahi balik dari MTB layan sungai dgn bdk2 ni tak boleh masuk sukan sea ni |
You are subscribed to email updates from di baling - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan