02 di gurun kedah - Google Blog Search |
Misteri Wanita Berkebaya Merah <b>Di</b> Lebuhraya <b>Gurun Kedah</b> Posted: 28 Jun 2012 11:51 PM PDT Sebuah keluarga yang sedang dalam perjalanan melalui Lebuhraya Gurun, Kedah telah diganggu oleh seorang wanita misteri berkebaya merah. Wanita itu juga berjaya dirakam di salah satu kamera milik keluarga tersebut. Kali ini terdapat satu kejadian yang berlaku di lokasi lebuhraya Gurun Kedah. Antaranya kejadian tersebut adalah kes mangsa diekori wanita berkebaya merah dan ada juga terdapat kes kemalangan jalan raya. Cerita ini berlaku berkisar pada 13 Mei 2009 yang mana seorang guru bahasa Arab, En.Mohd.Fitri Mohamad, 29 tahun, tidak dapat melupakan keanehan yang beliau sekeluarga alami ketika bercuti selama tiga hari ke Cameron Highlands dan Kuala Lumpur. (Gambar di atas) En.Mohd.Fitri tidak menyedari ada imej 'lembaga' berbaju merah di belakang isterinya di stesen minyak R & R Gurun sehinggalah gambar ini dimuat turun semula semalam. Sepanjang percutian itu, guru Sekolah Yayasan Islam Perlis, Kangar itu mendakwa anak saudaranya yang berusia dua tahun yang menaiki kereta Proton Wira yang dipandunya berperangai aneh apabila asyik menangis. Tidak cukup dengan itu, beliau juga mendakwa keretanya terasa begitu 'berat' dan beliau ternampak kelibat 'lembaga' semasa berhenti di Padang Besar. "Sepanjang perjalanan selepas itu, kereta saya terasa berat semacam sehingga kos minyak dari Kuala Lumpur balik Perlis mencecah RM100 sedangkan biasanya dalam lingkungan RM60 sahaja" katanya. Sewaktu dia menurunkan abangnya di Felcra Lubuk Sireh, Padang Besar sebaik habis cuti pada Isnin lalu, Mohd.Fitri mendakwa ternampak kelibat satu lembaga keluar dari keretanya. Namun, peristiwa paling mengejutkan mereka ialah kemunculan imej 'lembaga' yang kelihatan seperti wanita berbaju kebaya merah yang dirakam dalam sekeping gambar di sebuah stesen minyak di Hentian Rehat & Rawat (R & R) Gurun arah selatan sewaktu mereka memulakan percutian pada Jumaat lalu. En.Mohd.Fitri mengakui semasa mengambil gambar isterinya, Pn.Shatini Shahidan, 28 tahun, yang berdiri di sebelah kereta mereka pada pukul 5.30 pagi itu, tiada sesiapa dilihat berjalan di belakang Pn.Shatini. Lembaga itu muncul dengan wajahnya kabur dan berambut panjang. "Saya membaca ayat Kursi bagi memastikan kami tidak terus diganggu," ujarnya. Peristiwa itu kemudian dilupakan sehinggalah dia melihat semula gambar yang dirakam di stesen minyak itu menggunakan kamera digital Nikon milik majikan isterinya. "Berdasarkan gambar itu dan pengalaman saya melihat kelibatnya, ia amat mengerikan iaitu seakan-akan muka beruk dengan pipi lebar dan mulut muncung panjang serta berambut panjang," ujarnya. Sementara itu, Pn.Shatini yang merupakan seorang kakitangan Universiti Malaysia Perlis (UNIMAP) memberitahu, ketika gambar itu diambil, beliau tidak berasa sesuatu yang aneh pun. Gambar ini dirakamkan di stesen minyak yang sama di Lebuh Raya Utara-Selatan dekat Gurun tidak lama selepas imej 'wanita berbaju merah' itu kelihatan Kejadian yang mereka alami itu berlaku hanya kira-kira 20 minit perjalanan dari lokasi dua kemalangan jalan raya yang berlaku pada tahun ini di Sungai Petani. Kemalangan itu membabitkan seorang pemandu kereta Perodua Kancil yang cedera parah pada 5 Februari 2009. Ia diikuti dengan insiden seorang pemandu lori serta kelindannya cedera apabila kenderaan mereka terbabas di Kilometer 105, Lebuh Raya Utara-Selatan dekat Sungai Petani pada 19 April 2009. Dalam kejadian tersebut, kedua-dua mangsa mendakwa yang mereka ternampak dan cuba mengelak kelibat 'wanita berkebaya merah' yang dilihat melintasi lebuh raya itu. Walaupun kita sebagai pembaca tidak pernah mengalami nasib yang sama seperti yang berlaku kepada keluarga En Mohd Fitri, mungkin kisah ini boleh dijadikan kita supaya lebih berhati-hati apabila melalui lebuhraya ini. Sesugguhnya syaitan itu sering mengganggu kita tidak kira tempat ataupun masa. |
Hebahan Kuliah Perdana Ustaz Azhar Idrus <b>di Gurun Kedah</b> Posted: 11 May 2012 03:41 AM PDT Siri lengkap kuliah Munyatul Musolli, Hidayatus Salikin, Bidayatussul serta kuliah Fiqh Manhaji, Riyadhus Solihin dan lain-lain. Himpunan kuliah Bahrul Mazi, Nurul Ihsan, Muhimmah dan kuliah umum lain. Kuliah Bimbingan Mukmin, Fiqh Sirah, Fiqh Sunnah, Tafsir (Kuliah Jumaat Jalan Dato' Pati, Kota Bharu) dan ceramah isu semasa. Siri kuliah Munyatul Musolli, Asas Fardhu Ain Lengkap, Hidayatus Sibyan, Fiqh Manhaji dan lain-lain. Himpunan kuliah Tafsir di Radio IKIM, Tanyalah Ustaz TV9 dan juga kuliah-kuliah lain. Kuliah Sohih Bukhari, Sohih Muslim, Riyadhus Solihin, Umdatul Ahkam, Fiqh Manhaji, Khutbah Jumaat dan ceramah isu semasa. Cadangan Pembinaan Pusat Pendidikan khusus untuk anak-anak yatim Markaz al-Aitam, Pasir Puteh. Cadangan Pembinaan Bangunan Asrama Madrasah Muhammadiah Pondok Sungai Durian, Kuala Krai. Cadangan Pembinaan Masjid Bandar Bukit Raja, Klang |
You are subscribed to email updates from di gurun kedah - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan