02 di langkawi - Google Blog Search |
#<b>langkawi</b> cable car... 700 meters above sea level | Flickr - Photo <b>...</b> Posted: 05 Jul 2012 07:16 AM PDT |
Our Wonderful Simple Life: Hotel Penginapan kami <b>di Langkawi</b> Posted: 01 Jul 2012 09:08 PM PDT Tak nak review lebih-lebih cuma nak cerita ceriti buat kenangan masa akan datang sahaja. Hotel pilihan kami untuk 2 malam yang pertama ialah Hotel Langkawi Seaview yang terletak di Jalan Penarak, Kuah. Akak tempah hotel ini setelah mengambil kupon dari Groupon untuk 3D2N dengan harga RM240 dengan sarapan untuk dua orang. Kalau ikutkan harga dalam laman webnyer :- lseaview.com/reservation harga yang akak dapatni kira spesiallerkan. Kalau tengok review sebelum pergitu menakutkan jugak tapi dah sampaitu kira okler. Untuk tumpang tidurkan rasanya tiada masalahpun, maalumler kalau dah di Langkawi kebanyakan masa adalah melawat dan bershoppingkan. Tapi kalau tanya akak untuk kaki shopping rasanya Hotel Bayview memang terbaikkan. Sebabnya Hotel Langkawi Seaviewni jauh jugak dari pekan Kuahtu jadinya kena ada kenderaan baru boleh. Jom tengok gambar dulu yerk.. Atikah berposing di halaman lobi hotel. Azalia pulak mengambil tempat untuk bergambar... Ada insiden yang berlaku sebelum gambar ini diambil, tengah nak ambil kupon sarapan tiba-tiba bunyi yang kuat kedengaran. Rupanya sliding door dia pecah berderai dan nasibler anak akak ada dengan akak masatu. Kaunter dengan pintu memang dekat, kaca tu memang terpelanting sampai kat kaki kita. Tapi staff dia memang cepat bertindak, katanya pintu tu barujer tukar tak sampai sebulan.. Ini pulak keriangan dua orang budak mandi di kolam renang sebelum kami check out dihari kedua. Memang takder orangpun pagitu, kolam ini memang tersorok sikit so kena bertanya untuk sampai ke situ.. Hari kedua di sana akak berpindah hotel ke kawasan Pantai Chenang pulak. Alasan akak berpindah adalah kerana ingin merasai tinggal di kawasan pantai pulakkan. Secara jujurnya akak suka lagi tinggal di area Pantai Chenangni sebabnya barulah terasa kita bercuti di kawasan pulaukan. Yang penting dua orang budak keciktu teramat suka dan pantang masa terluang mesti nak duduk di tepi laut. Sebenarnya nak main pasir... Akak ada ambil gambar depan bilik kami tapi disebabkan masalah teknikal kebanyakan gambar di hari kedua tidak dapat diselamatkan. Lupa lak kami tinggal di Langkapuri Inn sahaja, sedia maalumkan harga untuk penginapan tepi lautni mahal sikit. Memang keadaan bilik ala kadar sahaja tapi yang penting bilik air dia memuaskan hati. Sarapan juga ada disediakan, rasapun boleh tahan. Jadinya untuk penginapan yang kami pilih selama percutian kami di Langkawi ini rasanya bolehler tahan. Tapi kalau akak rancang elok-elok pasti lebih bagus lagi rasanya... Next : nak cerita pasal kami-melawat-kota-mahsuri-langkawi |
You are subscribed to email updates from di langkawi - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan